HADIAH DARIPADA KAIN FELT OLEH CIK RENEX

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

CIK RENEX SI TANGAN KREATIF



Mek kenal dengan CIK RENEX ni melalui medium BLOG jugak. Ketika itu mek tak tahu pun yang CIK RENEX ni seorang yang KREATIF dalam menghasilkan seni kraftangan. CIK RENEX berasal daripada TRIANG, PAHANG dan juga merupakan salah seorang daripada TEAM BLOGGER PANTAI TIMUR. Dan melalui CIK RENEX lah mek join TEAM BLOGGER PANTAI TIMUR. Kalau jengah blog CIK RENEX yang popular dengan gelaran CR, kebanyakkan akan buat readers jadi lapor sebab banyak jugak yang CR kongsikan perihal makanan. Tak lupa jugak dengan info-info terkini di sekitar TEMERLOH PAHANG yang CR kongsikan. Pendek kata, blog CIK RENEX ada pelbagai info yang boleh memanfaatkan pembaca.

CONTACT CIK RENEX



Korang yang nak bincang tentang PERKHIDMATAN yang CIK RENEX tawarkan, boleh je contact CIK RENEX di WHATSAPP 0177944891 atau korang boleh jugak PM di FB CIK RENEX . Kalau rasa nak offer CIK RENEX bagi pihak company korang, boleh jugak email di saidatulazreen@gmail.com . Perkhidmatan yang CIK RENEX tawarkan ada beberapa jugak antaranya BANTAL CUSTOM MADE, PIN UNTUK SHAWL, TEMPAT LETAK PIN (PINCUSHION), GUEST BOOK UNTUK EVENT - semuanya dibuat menggunakan KAIN FELT dan dibuat secara HAND MADE. Korang jangan khuatir dengan hasil CIK RENEX sebab mek dah try dekat TEAM BPT sendiri.

HADIAH UNTUK BPT



Time TEAM BLOGGER PANTAI TIMUR ke BUKIT GAMBANG RESORT CITY , CIK RENEX ada buatkan kami satu FRIDGE MAGNET #DISCOVERGAMBANG sebagai tanda kenang-kenangan. Memang kagum sangat sebab CR buat 30 FRIDGE MAGNET yang buat dengan tenaga manusia bukan dengan bantuan tenaga mesin. This FRIDGE MAGNET boleh jugak korang request untuk letak dalam GOODIES bagi semua majlis yang korang terlintas nak buat contohnya BIRTHDAY, WEDDINGS, AKIKAH, LAUNCHING dan sebagainya. Seperti yang mek bagitahu tadi kat atas, banyak jugak lagi SERVIS lain yang ditawarkan oleh CIK RENEX. So korang kena tengok dia punya FB dan kena WHATSAPP dia juga untuk latest design.


Korang pernah tak order KRAFTANGAN KAIN FELT dengan CIK RENEX? Kalau ada, korang boleh share produk apa yang korang request dengan CIK RENEX ❤


Sekian ..

7 comments

  1. happy tgok korang happy dapat gift ni . :)
    tak berpeluang nak pergi kan, tu kirim brg jer..heee

    ReplyDelete
  2. Tq Mek, kenalkan Cik Renex.. Bleh la nanti usha hadiah gift utk customer ke kan.. Idea2..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..hadiah yang cukup bermakna tu kan..
    Janji Kita

    ReplyDelete
  4. wahhhh bestnya dapat hadiah, cantik pulak tu hasil tangan cik renex

    ReplyDelete
  5. cantikkkknya..best kan dapat hadiah

    ReplyDelete
  6. Tq cik renex..Memang cantik gift dari cik renex..

    ReplyDelete
  7. Cantiknya hasil kerja Cik Renex.. Memang bebraloi untuk ditempah..

    ReplyDelete