FIREFLY AIRLINE BAJET TERBAIK DUNIA

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Firefly airlines. Ni sapa tak kenal company kapal terbang yang satu ni kan. Kalau korang perasan, flights Firefly ni semua fly out dari airport Subang, atau nama lebih glamer dia Sultan Abdul Aziz International Airport, Subang. Bagi yang tak berapa nak familiar dengan flights ni, Firefly airline ni kira adik kepada syarikat penerbangan Malaysia, MAS dan dia dah boleh beroperasi somewhere in 2007.

Most flights of Firefly ni untuk local flights je, kapal terbang dia tak de yang jenis Boeing atau pun Airbus, semua flights kecik-kecik. Firefly ni ada je fly pergi international, but negara-negara sekitar Malaysia je macam Indonesia, Thailand dan jugak Singapore.

FIREFLY KECIK TAPI BERBISA



Macam kat atas tu dah mention, kapal terbang Firefly ni kecik-kecik je. Pintu dia pun satu je kat belakang tu. Lepas tu, enjin kapal terbang dia, kipas dia korang boleh nampak berpusing kat luar tu. Kapal terbang jenis Fokker. Walaupun flights dia kecik, jangan tertipu. Firefly ni per hari banyak trips dia. Dengan fleet kapal terbang yang tak seberapa tu, dorang manage to cover almost all major cities kat Semenanjung Malaysia. Johor ada, Terengganu, Kelantan ada, Alor Setar ada dan macam-macam bandar lagi kat Malaysia. Firefly ni pun terbang to several places kat Indonesia, but hanya ke Kepulauan Sumatra, macam Banda Aceh dan Medah. Untuk Thailand, dia pergi Phuket sahaja. Lepas tu ada Singapore.

HARGA RENDAH SERVIS VIP



Beza Firefly dengan MAS ni mainly harga dia. Harga tiket Firefly ni memang jauh la lebih murah dari MAS kan. Kalau compare tickets, harga dia around half of what MAS is, tapi depends on time korang book tiket and promotion applied lah. Lepas tu, dia fly out dari satu je destinations. Kalau korang kat KL tu, malas nak gi KLIA, naik je flights Firefly dari Subang ni untuk pergi kat mana-mana tempat yang Firefly pergi. Subang pun tak sesibuk KLIA, rilek-rilek sikit environment dia. Takde lah rasa nak terkejar je semua benda. Airport dia pun kecik je. Walaupun boleh di kira sebagai flights tambang murah, servis dia tetap tiptop macam kakak dia, MAS tu. Ada in-flight service macam complimentary snacks and drinks. Kalau entertainment tu takde lah sebab flights dia kejap-kejap. Korang nak tengok satu movie pun tak sempat gaknya. Oh ye, sebelum lupa, setiap tiket Firefly ni, korang semua dapat luggage free for 15 kg tau! Takyah beli baggage extra. 15 kg tu tak termasuk beg yang korang boleh bawak naik kat kabin, seberat 7 kg. So in total, korang dapat around 22 kg of barang boleh bawak naik flight Firefly.

BOOKING FIREFLY SEKARANG



Nak book any flights of Firefly ni senang je. Kalau google, korang masukkan tempat berlepas dan destination korang, lepas tu tambah ‘Firefly flights’ kat belakang. Nanti Google akan keluarkan result yang bersesuaian. Or korang boleh jugak pergi kat website Firefly directly untuk book ticket Firefly online and tengok routes and schedule flights yang ada. Dekat pilihan nak book flight tu, korang boleh pilih sama ada nak fly pada tarikh korang bagi, or pilih untuk cari tiket paling murah around tarikh yang korang pilih. Selalunya, kalau book directly under Firefly ni, susah nak dapat discount and harga dia fix. Unless waktu korang book tu tengah ada promo ke macam tu lah.

PENJIMATAN DALAM PERCUTIAN



Nak dapatkan harga tiket yang lebih murah, korang boleh cuba pergi kat website traveloka. Kat traveloka ni, korang bukan takat boleh usha-usha hotel, or book hotel, korang pun boleh pilih nak beli tiket under traveloka punya website. Promotion tu selalu ada kat sana. Selain tu, bila korang pilih tarikh nak fly, dengan destination dia siap-siap, website traveloka ni akan show results flights dari harga yang paling murah sehinggalah paling mahal. Booking under traveloka punya website pun no problem untuk flights Firefly sebab nanti lepas bayaran settle semua, korang akan dapat e-ticket, ni dah cukup sebagai bukti tiket. So takyah takut untuk beli tiket kat traveloka. Lepas da beli tiket, boleh lah tengok-tengok hotel or tempat tinggal kat mana korang nak bercuti tu kan? Sambil menyelam minum air gitu kat satu website kan?


Korang pernah ke fly dengan FIREFLY? Korang rasa TRAVELOKA membantu korang berjimat tak untuk percutian korang? Mind to share ye ❤


Sekian ..

11 comments

  1. lama x naek 'belon' hehe.. blm pernah lagi naek firefly ni.. :)

    ReplyDelete
  2. dulu selalu naik fireflyz, 3-4 tahun lepas sebab tiket waktu tu memang murah giler tapi sekarang a lil bit pricey, hehe. and pernah guna Traveloka jugak! best!

    ReplyDelete
  3. Kat kerteh ppun ade firefly ni.

    ReplyDelete
  4. Nani tak pernah naik firefly ni, next time boleh lah try pulak.

    ReplyDelete
  5. x pernah naik firefly.
    ada member inform, gegar lebih skit.
    sebab ia kecik :)
    seram plak aida dgr, mek.

    ReplyDelete
  6. tak pernah lagi naik firefly ni

    ReplyDelete
  7. tak pernah nail firefly.. takut sha naik kapal terbang nie..

    ReplyDelete
  8. If you are not in a rush and want to save money more then keep your travel time options open. Consider arriving later or earlier during the day on even arriving or departing on different days. ucuz uçak bileti

    ReplyDelete
  9. These weight reduction organizations have created weight loss meal plans that can be delivered directly to your front doorstep. Each of these diet food items has been perfectly portioned, so there isn't any guess work. 먹튀검증

    ReplyDelete
  10. Flying is the fastest and most convenient way to see the world but until recent years, tickets were hugely expensive, making air travel a facility for the rich. Things have changed, thankfully, and now anyone can fly to the most exciting cities in the world for a token price. CheapoAir

    ReplyDelete
  11. Thank you very much for this useful article. I like it. santehostel.com

    ReplyDelete