DURIAN MCFLURRY MAKAN SEPUAS PUASNYA

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

UNLIMITED REFILLS



CALLING FOR DURIAN'S LOVER ! Siapa yang follow FB mek mesti dah tahu kan yang 17 JULAI 2018 - MCDONALD'S akan buat satu event di mana korang boleh UNLIMITED REFILL DURIAN MCFLURRY di semua cawagan mereka! Best kan? Event ni ada DUA SESI iaitu pada jam 3 PETANG dan jugak 5 PETANG. Sorang kena bayor RM10 dan korang boleh makan sebanyak mana DURIAN MCFLURRY. Nak tambah 6 KALI pun boleh dengan RM10 tu tapi tempat adalah terhad kepada 20 ORANG TERAWAL sahaja. Info lanjut korang boleh ke WEBSITE MCDONALD'S . Korang kena datang awal dan ajak kawan-kawan korang sekali yang penggemar DURIAN tu. Rasai sendiri NIKMAT DURIAN D24 dengan manisnya MCFLURRY. 

PERSONAL EXPERIENCE WITH DURIAN MCFLURRY



DURIAN MCFLURRY ni bukanlah kali pertama keluar sebab setahu mek, tahun lepas dah pun di launch pada Ogos 2017. Korang boleh baca DI SINI review mek pasal DURIAN MCFLURRY. Untuk tahun 2018, MCDONALD'S masih lagi continue DURIAN MCFLURRY mengikut musim DURIAN of course. Seperti tahun sebelum ni jugak, DURIAN MCFLURRY tak mengecewakan mek sebagai peminat DURIAN dan jugak MCFLURRY. Gabungan manis vanilla MCFLURRY dan juga ISI DURIAN D24 memang ngam dan tidak melampau bagi mek. Si kecik Amzar pun suka dengan DURIAN MCFLURRY. Untuk sepanjang bulan JULAI dan OGOS sementara DURIAN MCFLURRY masih ada di MCDONALD'S, mek akan menikmatinya pada setiap hujung minggu. 

SUPPORTERS D24 MCFLURRY



Ni sebahagian gambar yang di-share dalam WHATSAPP GROUP yang mana bila seorang je VOICE UP DURIAN MCFLURRY dah launch, semua pakat nak try, nak menikmati sendiri ISI DURIAN D24 dengan MCFLURRY. Antara feedback yang mek terima - mereka suka dengan rasa REAL ISI DURIAN D24, bukan sekadar FLAVOR DURIAN. Yela, kalau setaka FLAVOR rasanya tak menikmati sangat makan aiskrim. Sama macam makan AISKRIM yang berperisa MINT. So, dengan ISI DURIAN SEBENAR akan memikat dan memukau lagi pencinta DURIAN. Tambah pulak peminat sejati MCFLURRY yang akan cuba semua keluaran MCFLURRY tak kisah perisa apa yang keluar sekalipun, tetap akan mencuba dan terus menyokong MCDONALD'S.

Korang yang dah try DURIAN MCFLURRY boleh share pendapat korang di bahagian komen ye. Mek nak tahu jugak siapa yang vote DURIAN MCFLURRY ni dikekalkan ❤


Sekian ..

6 comments

  1. Bestnya promo ni! Suka mcflurry durian. Sedapppp!

    ReplyDelete
  2. Sedap!! Best sangat ada promo camni

    ReplyDelete
  3. ni nak makan sampai lebam pun boleh ni...sedap tu durian

    ReplyDelete
  4. Geram pulak lama lama tengok AR. Esok kena try jugak ni sementara masih ada promo

    ReplyDelete
  5. Suk makan durian tp rasa x boleh makan asikrim durian. Nnt lah mencari kekuatan hehhe

    ReplyDelete