CARA TUKAR / DIY BATERI KERETA

Salam alaikum untuk semua yang baca entry mek ..

HAYAT BATERI KERETA



BATERI KERETA ni kalau dia nak go ataupun lebih dikenali sebagai KONG memang takde signal. Tahu-tahu aje tak boleh nak start sebab dia dah LEMAH. Macam yang terjadi pada mek tempoh hari. Pagi tu start elok je. Boleh GOSTAN nak basuh kereta. Dah siap basuh semua, nak masuk untuk teduhkan kereta, tup tup eekkk ekkkk ekkkk tak boleh start. Lampu dekat DASHBOARD elok menyala tapi startnya tak boleh. Dalam hati duk fikir STARTER yang rosak ni sebab lampu DASHBOARD menyala lagi. Try GOOGLE dan memang sah, BATERI LEMAH sebab tu dia tak mampu nak menghidupkan enjin kereta. So mek boleh estimate yang kereta sekarang HAYAT BATERI hanya mampu bertahan sehingga 2 tahun.

YOKOHAMA GOLD MF SERIES NS40ZL



Petang tu terus ke kedai barangan kereta untuk beli BATERI KERETA yang baru. Ada beberapa recommendation daripada kedai tu, antaranya YOKOHAMA dan CENTURY. Spouse pilih YOKOHAMA sebab kata tokey kedai tu, YOKOHAMA lebih tahan. Tapi bagi mek, BATERI KERETA jenama apa pun, memang hayatnya 2 tahun aje. Masuk tahun kedua tu dah boleh jaga-jaga atau simpan duit untuk beli BATERI KERETA yang baru. Untuk YOKOHAMA GOLD MAINTENANCE FREE NS40ZL adalah berharga RM169.80 setelah tiada GST. Mek estimate harga BATERI KERETA tak lebih daripada RM180.00 sebab before mek tukar RM180.00 dekat PERODUA. Bayar lebih untuk WARRANTY so tak lah runsing sangat if anything happen. 

CARA TUKAR BATERI



Mula-mula spouse agak risau nak tukar BATERI KERETA sendiri. Yela, bukannya tiap tahun tukar BATERI KERETA. Plus semenjak pakai kereta daripada tahun 2010, kalau pasal BATERI KERETA ni memang serah kepada kedai atau TEMPAT SERVIS je yang buat. Tak pernah intai pun macam mana mereka buat. Tapi disebabkan sekarang dunia di hujung jari, boleh aje GOOGLE BLOG dan VLOG untuk tahu cara tukar BATERI KERETA, so spouse beranikan diri jugak. Rupanya, bila dah beli tu, ada pulak TATACARA nak tukar BATERI KERETA dekat kotak. SIMPLE dan semua orang boleh buat termasuklah kaum perempuan kita ni. Jadi lepas ni kalau BATERI KONG, jangan panik. Beli aje BATERI dan boleh pasang sendiri if takde kedai yang nak tolong.

PERALATAN YANG DIPERLUKAN



Peralatan yang diperlukan pun (kalau takde dekat rumah) boleh beli di MR DIY dengan kos RM6.60 sahaja. Tak mahal dan harga mampu milik. Yang penting tak membazir kalau beli sebab boleh guna untuk benda lain lagi dalam rumah. Mek tak pasti untuk kereta lain tapi kalau dulu, PERODUA ada bekalkan BASIC SPANAR ni untuk kegunaan pengguna kereta. Kut kut EMERGENCY dekat mana-mana so benda ni ada dalam bonet kereta. Item yang diberikan termasuklah JET TAYAR yang kecik portable tu. Itu dulu la. Sekarang mek tak pasti PERODUA ada bekalkan lagi ke tak. Macam kereta spouse memang tak dibekalkan dah. Itu pasal kena pergi cari dekat kedai untuk tukar BATERI KERETA dekat rumah.

READY TO GO



So, bila dah siap pasang ikut TATACARA dekat kotak tadi, siap dan selamat lah kereta untuk dihidupkan. Dah boleh bergerak macam biasa. Mek sarankan bila korang dah tukar BATERI KERETA, bawak lah dia pergi jalan-jalan untuk test ketahanannya. Mana lah tahu time nak hidupkan ok bila dah bergerak dan berhenti, nak hidupkan balik tu bermasalah. So boleh la rujuk kedai BATERI yang korang beli tadi tu. Sesetengah kedai, BATERI yang dibeli tak ada WARRANTY dan sesetengah kedai dia bagi WARRANTY untuk tukar if anything happen. Korang kena betul-betul dapatkan pengesahan WARRANTY sebelum korang beli untuk langkah keselamatan diri supaya tidak tertipu dan membazir duit.

Korang yang ada pengalaman tukar BATERI KERETA, jom share dekat bawah. Kut kut ada TIPS daripada korang pulak. Jangan segan untuk share ye ❤


Sekian ..

8 comments

  1. wahhhhh. salute laaa mek dapat tuka bateri kete. hahahaa. azah pun tatau cara camne nak tukar :D

    ReplyDelete
  2. Abe kie pun kalau bateri kong akan cari penjual bateri n suruh dia dtg umah n tukar. Last tukar dec 2015.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih sebab kongsi tips ni.

    ReplyDelete
  4. wah!good sharing mek!ku tak pandai tukar!!

    ReplyDelete
  5. Terbaik mek ! Thanks forum sharing

    ReplyDelete
  6. So far tak pernah cuba tukar sendiri semuanya guna khidmat abg pomen hihi...
    Ohhh kiranya tak susahlah ye AR.... kalau terpaksa agaknya no problem lah kan

    ReplyDelete