CALDO KITCHEN KB FOOD DELIVERY KOTA BHARU

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

FOOD DELIVERY ni bukan satu benda yang asing dah untuk masakini. Mana-mana je mesti ada FOOD DELIVERY. Demand tinggi so memang akan makin ramai yang buat servis FOOD DELIVERY. Mek menganggapkan, SERVIS ini banyak memudahkan orang ramai. Lebih-lebih lagi golongan macam mek yang tak pandai masak tapi nak makan yang sedap-sedap.

FOOD DELIVERY ni kalau salah pilih, memang tak kekal lama. Kalau jenis buat makan #ASALSIAP #ASALKENYANG memang kena tinggal je la dik. Satu lagi memang kena tahu, apa menu yang terkini atau lebih elok kalau dapat ADVANCE-kan menu supaya menarik lebih ramai orang untuk membelinya.

CALDO KITCHEN ANOTHER DELIVERY TO GO


Last weekend mek berkesempatan lagi untuk mencuba satu FOOD DELIVERY yang ada di KELANTAN. Idea ni bila mek dan para ADMIN BPT menginap di QAS HOMESTAY KOTA BHARU . Kami semua setuju yang kami nak guna perkhidmatan DELIVERY semata-mata sebab nak rehat secukupnya plus anak-anak nak mandi kolam renang. Bila search by #FOODDELIVERYKOTABHARU keluar lah CALDO KITCHEN KOTA BHARU yang mek yakin boleh fulfill semua keinginan para ADMIN dan keluarga. Sambil skrol sambil menitik air liur. Sambil menitik air liur sambil tu jugak la kami duk berebut nak order itu ini daripada CALDO KITCHEN KOTA BHARU. At last baru semua sepakat nak order their SPECIALTY !

PERKHIDMATAN KATERING UNTUK EVENT


Selain daripada FOOD DELIVERY, CALDO KITCHEN KOTA BHARU juga ada menyediakan perkhidmatan KATERING yang mana korang boleh mintak CALDO KITCHEN KOTA BHARU sediakan juadah untuk EVENT atau lebih senang nak faham MAJLIS KENDURI KENDARA. Macam mek sendiri, mana sempat nak masak lauk untuk 100 jemputan (itu baru 100 jemputan), so dengan adanya perkhidmatan KATERING macam ni, senang just cakap je bajet berapa, lauk apa yang korang prefer, then nanti diaorang akan hantar je ke DOORSTEP korang. Mudah dan paling penting, korang takyah pening kepala dah nak beli lauk pauk dan masak memasak di rumah. Tapi kalau korang nak buat akikah, daging tu boleh je bagi CALDO KITCHEN masakkan. No worries.

DELIVERY UNTUK BREAKFAST LUNCH


Antara yang best tentang CALDO KITCHEN KOTA BHARU adalah diaorang boleh delivery BREAKFAST dan LUNCH. Untuk yang bekerja office macam mek, kalau kena hari yang tak sibuk, memang la boleh keluar merayap testing kedai makan itu dan ini. Tapi kalau kena hari yang TIED dengan jadual HAKIKI, nak makan pun tak sempat weih. So kalau ada FOOD DELIVERY yang hantar untuk BREAKFAST dan LUNCH, takada la istilah MERENDAM MEE SEGERA ketika LUNCH. Boleh la mek makan HEALTHY FOOD yang disediakan oleh CALDO KITCHEN KOTA BHARU. Lebih terjamin kesihatan perut mek nanti. Paling penting waktu makan mek terjaga, tiada lagi istilah TAK SEMPAT MAKAN sebab TERLALU SIBUK dengan urusan kerja.

SPECIALTY - POPIA VIETNAM


Setiap orang yang memasak mesti ada SPECIALTY masing-masing, kan? Kalau mek SPECIALTY mek mestilah MEE SEGERA yang bertumis, tidak berlauk dan nan hado sayur. Gitu. Untuk CALDO KITCHEN KOTA BHARU pulak diaorang memang SUPERB bab POPIA VIETNAM. Nampak senang, gulung-gulung letak sayur letak lauk macam tu je, tapi kalau SOS nya tidak cukup rasa memang tak UMMPHH sangat la kan this POPIA VIETNAM. Untuk setakat yang mek pernah try POPIA VIETNAM, CALDO KITCHEN KOTA BHARU memang TERBAIK SOS POPIA VIETNAM mereka. Secukup rasa dan sedang elok dengan isi POPIA yang terasa manis UDANG, AYAM dan SAYURAN SEGAR.

CONTACT CALDO KITCHEN KOTA BHARU


Untuk mereka yang berminat nak ambik perkhidmatan CALDO KITCHEN KOTA BHARU boleh contact 0179677684 atau korang boleh tengok FB CALDO KITCHEN KB untuk tengok set menu yang dia sediakan. Korang boleh jugak WHATSAPP ke nombor yang mek sediakan tu untuk bincang lebih lanjut pasal FOOD DELIVERY yang dia sediakan. Mana tahu, nak order untuk satu office ke, kan. Lebih baik bincang terlebih dahulu. Senang diaorang nak prepare. Satu lagi sebab mek recommend CALDO KITCHEN KOTA BHARU sebab dia memang FAST RESPOND so takde la kena tunggu dulu untuk dapatkan pengesahan makanan yang kita nak order. FOOD DELIVERY kan kena sama level dengan FOOD DELIVERY FAST FOOD yang ada baru lah orang akan repeat. 


Tempat korang ada FOOD FELIVERY yang jenis cammano pulak? And dalam sebulan, berapa kali korang menggunakan perkhidmatan FOOD DELIVERY ni? Mind to share ye ❤


Sekian ..

5 comments

  1. uikk..senangnya sekarang..delivery jer..:)

    ReplyDelete
  2. wahh senangnya ada delivery je skrg kan.

    ReplyDelete
  3. Senang dan memudahkan kita yang kadangkala sibuk dan tak sempat memasak.. Popia vietnam pulak nampak menyelerakan..

    ReplyDelete
  4. Nak suh dia buka kat behrang nie, boleh dak.. Nak rasa gak popia vietnam tu.. :)

    ReplyDelete