BUKIT GAMBANG RESORT CITY

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Kalau korang follow mek di FACEBOOK, tentunya korang dah tahu mek ke mana since RABU 04 JULAI 2018. Mek rasa tak baik buat korang tertanya-tanya, that date mek ke BUKIT GAMBANG RESORT CITY bersama-sama 11 lagi BLOGGER BPT untuk sama-sama merasai FAMILY DAY dekat sana. Yela, kami ni semua tak pernah lagi jumpa secara bersemuka dengan semua ahli BPT, peluang ni mek ambik sebagai FAMILY DAY TEAM BPT.

Menggunakan #DISCOVERGAMBANG memang masing-masing seronok / excited / tak sabar  untuk ke BUKIT GAMBANG RESORT CITY. Mek bet korang yang baca entry ni pun tak sabar jugak kan untuk tengok gambar gambar yang TEAM BPT dah DISCOVER / UNLOCK THE SECRET of BUKIT GAMBANG RESORT CITY. 

DAY 1


Dari KELANTAN mek bertolak around 7.30 pagi dengan perasaan yang sabar nak ke BUKIT GAMBANG RESORT CITY. Kalau tak sabar, mahu mek request dengan spouse, SUBUH dah ada dekat GAMBANG sebab nak sambut sendiri semua team BPT. Perjalanan 5 JAM dengan 3X persinggahan, 12.30 tengahari selamat tiba di BGRC. So WELCOME TO BGRC !


Mek check in ARABIAN BAY RESORT yang terletak sebelah kiri after pintu gerbang BGRC. Resort ni adalah salah satu resort yang ada di BGRC. Di BGRC, terdapat 3 BLOK untuk penginapan iaitu ARABIAN, CARRIBEAN dan jugak EVERIA VILLAS RESORT. Untuk ARABIAN BAY RESORT ada 4 jenis bilik untuk korang pilih mengikut kesesuaian berapa family members yang ada.

Ni jenis TWO BEDROOMS SUITES yang mana ada 1 RUANG TAMU, 1 PANTRY, 2 BEDROOMS, 2 BILIK AIR. Setiap bilik di ARABIAN BAY RESORT mesti ada BALCONY. Mek bernasib sebab dapat bilik yang menghadap POOL. Yes, walaupun datang untuk masuk WATER PARK, tetap anak-anak akan request untuk mandi POOL. Good one kan ada satu POOL dekat kita punya stay. Boleh lerr pujuk anak if diaorang tak puas lagi main dekat WATERPARK nanti.


Meet and greet Head Marketing of BGRC - En Nasiruddin. Alhamdulillah, team BPT dapat peluang untuk dengar BRIEFING sebelum ke agenda pertama daripada head BGRC sendiri. Datang in grouping macam ni memang korang akan di-consult sebaik mungkin oleh team BGRC. What to do and what good to know nanti kita dekat perhentian tu nanti. And this BRIEFING adalah untuk masuk ke GAMBANG WATER PARK - apa yang boleh kami buat, apa yang dilarang dan berapa jam suppose kami spend masa di sana. Dekat sini juga kami diberikan tiket untuk entrance ke GAMBANG WATER PARK so tak payah beratur untuk beli tiket dah nanti.


Eloknya di BGRC ni, once korang dah CHECK IN di mana-mana RESORT yang mek dah bagitahu dekat atas tadi, korang akan bergerak dengan TRAM sahaja ! Tak perlu dah bergerak sendiri dengan kereta atau jalan. Aiyok, kalau jalan rasanya korang akan kepenatan sebab BGRC bergeografi berbukit. Tahu aje la kalau panjat bukit macam mana rasanya. Belum sempat sampai WATERPARK, dah pancit, hukhuk. TRAM ni muat lebih kurang 24 orang termasuk kanak-kanak dalam satu masa. So no worries kalau datang in big family.


Port WAJIB untuk ambik gambar bila dah sampai ke BUKIT GAMBANG WATER PARK ! Bukan setakat anak-anak je yang tak sabar nak terjun dalam air, mek dengan spouse pun sama. Yela, inikan first time kami ke sini. Tengok kaki Amani, dah sedia nak masuk air dah. Memang daripada awal dah cakap dengan dia nak terjun kolam so maybe dia ingat ini la kolamnya. Not yet BIE ! Sabor eyh, sikit lagi kena jalan untuk touch air.


Ni pintu masuk nak ke WATERPARK. Korang kena jalan around berapa meter je sebelum dapat terjun ke dalam kolam air. Untuk entrance ni harganya RM33 per adult. Kanak-kanak bawah 90cm adalah PERCUMA. Yang 90cm ke atas sehingga umur 12 tahun, tiketnya berharga RM23. Murahkan? Korang tak tengok lagi dengan RM33 apa keseronokkan yang korang dapat. BUKIT GAMBANG WATERPARK juga mengamalkan sistem cashless dan korang perlu topup duit di dalam WRISTBAND ketika korang membeli tiket. Ini bertujuan untuk, korang boleh simpan dompet korang dalam locker yang disediakan - so takde lah peluang untuk berlaku keciciran, kecurian. Balance dalam WRISTBAND tu korang boleh tunaikan balik bila dah keluar nanti. Andai kata, tak cukup duit korang dalam WRISTBAND, still ada kaunter dekat dalam untuk topup. Tapi saranan mek, topup semaximise mungkin dan nanti korang cash-kan balik bila dah keluar. So tak yah nak buka tutup locker korang tu nanti.


Ini antara yang ada di sebelah PENGUIN ISLAND atau lebih senang tempat kanak-kanak tapi dalam masa yang sama, ibu bapa pun boleh join sekali sebab tempatnya memang banyak SLIDE untuk korang cuba. SLIDE tu tidak merbahaya sangat sebab memang SLIDE direka untuk kanak-kanak so safety tu agak tinggi. Plus, setiap tempat ada LIFE GUARD. Apa-apa pun, first step of safety - parents kena pantau sendiri okei. GLACIER RIVER tu pun best sebab ada pelbagai ombak. Ada yang kuat ada yang slow. Memang nasib la sapa yang masuk time ombak tengah kuat. Nanti next gambor kita tengok close up cara main di GLACIER RIVER.


Untuk main di GLACIER RIVER korang kena ambik PELAMPUNG seperti yang ditunjukkan di dalam gambor tu. Untuk dapatkan PELAMPUNG ni RM25. Korang just ke kaunter PELAMPUNG, dia akan scan korang punya WRISTBAND - untuk tandakan yang korang pinjam PELAMPUNG. Andai kata korang tak bertanggungjawab dan tak pulangkan balik that PELAMPUNG, so senang diaorang nak detect guest mana yang tak hantor balik PELAMPUNG. Untuk itu, be bertanggungjawab okei. Lagi pun kalau korang tak pulangkan balik PELAMPUNG ni nanti tak dapat duit deposit korang balik.


Korang pun boleh buat game bila dekat PENGUIN ISLAND ni. Atas kreativiti masing-masing. Macam team BPT buat mini game LETAK AIR DALAM BOTOL MENGGUNAKAN SUDU. At first kita orang buat untuk budak-budak je. Lepas budak-budak dah settle, kami yang mak-mak ni pulak join. Eyh, bapak-bapak pun terhibur jugak so diaorang pun battle jugak antara mereka. Aktiviti macam ni boleh eratkan lagi hubungan antara ahli. So boleh la korang nanti buat game if datang FAMILY DAY dekat sini nanti.


Tengah syok duk layan WATERPARK di PENGUIN ISLAND, sure akan lapar. No worries sebab dalam WATERPARK ni aje dah ada DUA CAFE untuk korang try makanan. MAHAL? Tidak semahal makanan di atas awan. Dengan harga yang berpatutan dan rasa yang sedap - BERBALOI untuk korang try. Macam PIZZA yang mek ambik ni, PEPPERONI BEEF cukup rasa weih. Setanding dengan pizza di luar sana. CRUST dan ISI pizza ni lembut dan cukup bahannya. Mek memang vote untuk this pizza. Amani dan Amzar pun makan dengan jitu walaupun Amani hanya berehat di CABANA. Macam mak-mak gitu anak aku. 


Ni adalah CABANA. This CABANA memang helpful untuk kita letak barangan kita dan jugak untuk kita REHAT. Macam nak makan apa semua tu memang elok menyewa this CABANA. Just RM38 je. Amani duk baring kat sini la sambil tengok mummy, papa and Amzar duk menyelam dalam kolam. Dia elok duk kat CABANA sambil menyusu. Tujuan CABANA ni pun untuk menyenangkan anak-anak, walaupun dia pergi main ke mana sekalipun, at least dia tahu nanti mana nak cari parents diaorang. Idok ler nanti duk pusing satu WATERPARK mencari sanak saudara / kaum kerabat.


Dah habis round and main SLIDES di PENGUIN ISLAND, korang boleh terjah COCO BEACH pulak. ONLY IN GAMBANG WATERPARK ada jenis 8 JENIS OMBAK untuk korang rasa sendiri keseronokan bermain di pantai buatan. Dekat sini pun sesuai untuk kanak-kanak bawah umur bermain walaupun ada 8 jenis OMBAK. Dan dekat sini jugak korang boleh buat match VOLLEY BALL ataupun BOLA PADANG. Memang sesuai untuk korang nak buat sukaneka. If dekat PENGUIN ISLAND tadi korang dah buat satu match, dekat sini pulak satu match. Baru lah boleh tengok geng mana yang terror. 


Dah habis buat match dekat COCO BEACH, tibalah masanya korang buat match di SLIDES TELEMATCH POOL pulak. Perghh tengok SLIDES yang tinggi dan panjang tu, memang ada yang tak berani nak turun ! Dan ada jugak yang terlebih berani. Skill masing-masing. Time mek pergi hari tu, tak semua jugak yang berani sahut cabaran untuk game ni. Lebih-lebih lagi yang ada anak kecik. Tapi apa-apa pun TELEMATCH ni memang menjadi penutup terbaik untuk kami semua petang tu. Seronok dapat pengalaman naik SLIDES yang tinggi dan BERPUSING-PUSING. 


Lepas check out WATERPARK around 6.00 petang, balik ke bilik menaiki TRAM. Rehat dan solat. Untuk DINNER pulak, team BPT diberi peluang untuk menikmati DINNER di ROOFTOP. Memang seronok open air macam tu kan. Untuk korang yang datang dengan family, korang boleh je request dengan receptionist untuk DINNER di ROOFTOP. Contohnya kalau korang nak CELEBRATE BIRTHDAY atau macam nak berBBQ that night at ARABIAN BAY RESORT - boleh saja. Just request it and they will serve it to you. Cuma harga korang kena tanya berapa sekepala sebab mek tak dapat info pasal tu. Sorry ye. Malam DINNER at ROOFTOP tu jugak kami ambik kesempatan untuk bagi HADIAH kepada PEMENANG game di WATERPARK petang tadi. Seronok sebab kitaorang pun buat jugak cabutan bertuah. So, korang boleh plan macam-macam if korang DINNER dekat ROOFTOP ni.

DAY 2


Selamat pagi BGRC ! Alhamdulillah lena tidur di ARABIAN BAY RESORT. Pagi hari kedua kita breakfast di CAFE ARABIAN BAY RESORT pulak. Beraneka makanan weih ada dan paling penting ada ROTI CANAI. Bukan semua hotel boleh provide ROTI CANAI okei. Their BREAD BUTTER PUDDING pun superb jugak. Elok lemak manis crunchy gitu. Another tarikan adalah BUAH-BUAHAN SEGAR yang dihidangkan dengan ASAM BOI. Memang anak-anak mek suka la dapat BUAH-BUAHAN SEGAR tu. As for mek, ROTI CANAI yang mek terkam dulu.


Aktiviti pada pagi hari KEDUA adalah dengan melakukan AKTIVITI LUAR / OUTDOOR ACTIVIIES di ACTIVE ACADEMY. Ramai yang tak tahu, BGRC ada tempat untuk korang buat TEAM BUILDING / AKTIVITI LUAR. Biasa bila sebut je GAMBANG, so orang akan nampak WATERPARK. Sebenarnya banyak lagi AKTIVITI lain yang korang boleh buat di BGRC. Ini semua boleh menguji tahap fitness korang. Kalau datang FAMILY DAY macam ni, boleh pakat-pakat try untuk buat AKTIVITI EXTREME. Bagi mek, kalau saje-saje korang nak buat AKTIVITI LUAR macam ni, memang idok lerr kan.


Untuk 4 GAMES, hanya RM38 sahaja dengan pakej yang ditawarkan. Mula-mula, bila tengok semua GAMES ni, mek macam ooo its so not me sebab mek bukan jenis yang buat AKTIVITI LASAK / AKTIVITI EXTREME macam ni. FLYING FOX tu zaman sekolah 2009 last buat tu pun sebab pergi BIRO TATA NEGARA. Yang lain tak usah cakap la, memang tak pernah langsung buat. Tapi, bila FAMILY DAY korang nak HAVE FUN bersama-sama dan disebabkan itu mek rasa RUGI kalau mek tak cuba. RM38 tu worth pengalaman seumur hidup korang. Serious.


DAY 2 sempat main ACHERY dan PAINTBALL SHOOTING je sebab ada lagi satu yang tak masuk pakej SUNSHINE iaitu MINI SKY TRAIL. ACHERY tu mek main DUA KALI sebab kita orang buat match pulak ! Dan pemenang semestinya TEAM LELAKI sebab diaorang punya DAYA mana nak sama dengan DAYA orang perempuan. Hukhuk. Tapi itu satu pengalaman ! Memang betul kalau datang BGRC tapi tak try this game, memang korang takkan betul-betul menikmati keindahan di BGRC.


Nin dia MINI SKY TRAIL yang mek cakap tadi. Yang MINI tau, kalau yang ADULT punya SKYTRAIL ya Allah, rasanya tak ternaik, tak terpanjat. Kejung kat atas sana. Yang ni pun dah berperang dengan GUARD setiap pitstop tu. Asyik kena laung je 'MEK TAK BOLEH PEGANG ELEMEN'. Elemen tu yang tempat kita cangkuk kita punya besi tak nak bagi kita jatuh. Tapi this time memang mek menggunakan #ASALSAMPAI . Tak kisah la pegang elemen atau bendalah lain asalkan tak jatuh dan sampai ke destinasi dengan jayanya. Haha.


Dah siap LUNCH and SOLAT di ARABIAN BAY RESORT, kami teruskan lagi misi #DISCOVERGAMBANG dengan menjelajah BUKIT GAMBANG SAFARI PARK ! Korang tahu ke tak yang sebenarnya GAMBANG ni ada SAFARI? Rata-rata respon dalam FB bila mek muat naik SAFARI PARK ni, masih ramai yang tidak tahu. Takpe, bila dah tahu ni, korang kena la datang tengok sendiri apa benda yang ada di SAFARI PARK BUKIT GAMBANG. Sebelum tu, meh mek tunjuk dekat korang apa yang kami lalui sepanjang di SAFARI PARK.


Ini adalah SAFARI PARK yang BGRC offer dekat kita. Untuk entrance ni, RM63 seorang tapi kalau korang ambik sekali dengan WATERPARK, dapat RM88 je. Jimat RM8 seorang. Banyak jugak tu. That RM8 simpan untuk main di ACTIVE ACADEMY.  Ekeke. SAFARI PARK ni korang akan ke sana dengan menaiki TRAM. TRAM ni akan bertutup dan beraircond sebab korang akan masuk ke tempat SAVANNAH. Tempat di mana semua binatang dilepaskan hidup macam PADANG AFRIKA. Kalau korang tengok NATIONAL GEOGRAPHIC atau ANIMAL PLANET, korang dah boleh teka macam mana rupa SAFARI PARK ni. Tempat ni memang semua budak EXCITED termasuklah anak-anak mek. Even Amzar sekalipun kemain tengok BINATANG REAL duk berlari, duk tidur, duk berendam. Semua lah. Plus, korang akan di-guide oleh seorang yang berpengalaman dalam SAVANNAH ni. Dia akan explain binatang yang kita tengok. Baka daripada mana, cara hidup diaorang macam mana, berat berapa kg. COMPLETE INFO ! Cuma mek je yang tak sempat nak tulis satu persatu apa yang dia cakap. Hihi. Sorry. 


Ni pulak AKTIVITI ATV di SAFARI PARK. Kalau korang rasa yang dekat ACTIVE ACADEMY tu tak puas korang pusing dengan ATV, korang boleh naik dekat sini pulak. SPECIAL ATV dekat sini kalau korang naik, korang dapat masuk tengok BINATANG dalam keadaan open cuma korang tak boleh masuk tempat haiwan yang ganas je la macam SINGA, HAYEENA dan seangkatan dengannya. Memang mula-mula semua agak keberatan untuk naik ATV plus TOUR GUIDE tu cakap akan tengok BINATANG secara LIVE pulak. GERUN adalah perkataan yang lebih tepat kenapa semua agak keberatan. Tapi jangan risau, korang ada GUIDER yang berkemahiran dan berpengalaman dalam hal ni. Nak di jadikan cerita, ATV yang dinaiki BLOGGER berasap. Mula-mula tak perasan pun berasap tapi MARSHALL yang belakang sekali tu perasan dan mereka tukar ATV lain. See, betapa PELANGGAN di SECURE untuk ke SAVANNAH menaiki ATV. Untuk pengalaman ini, harganya RM98 dan extra RM30 jika bawak penumpang. Untuk pengalaman yang takkan dilupakan, that RM98 memang lebih daripada itu yang kita akan dapat.


Dah selesai tengok BINATANG melalui TRAM dan ATV, jam 3.45 petang bermula PREDATOR SHOW. Dekat sini korang boleh tengok WHITE LION daripada GENERASI KEDUA. Pada mulanya mek ingatkan, WHITE LION adalah sebab dia ALBINO tapi sebenarnya tidak ! Mereka adalah RARE SPECIES dan BUKIT GAMBANG SAFARI PARK antara yang beruntung dapat bela WHITE LION. Sekarang dah ada GENERASI ke 3 dah untuk WHITE LION. Untuk PREDATOR SHOW ni korang tak perlu tiket pun sebab ALL INCLUDE dalam harga tiket korang beli. Banyak lagi SHOW yang korang kena tengok ni.


Ni pulak WONDERFUL BIRDS SHOW yang dimulakan pada jam 4.45 petang. Yang BIRDS SHOW ni dimainkan di stage lain dan korang kena jalan ke tempat ni. Jangan risau, nanti GUIDE akan tunjukkan. Menariknya tempat BIRDS SHOW ni korang boleh INTERACT secara LANGSUNG dengan BIRDS yang ada dekat sini. Contohnya korang boleh suruh burung tu EJA NAMA BINATANG yang korang nak, AMBIK DUIT daripada tangan korang, dan FEED BURUNG DIRECTLY. Yang ni, bukan anak-anak je yang TERUJA, mek dengan spouse pun macam 'BURUNG NI DI TRAIN MACAM MANA YE' sebab memang BIJAK.


Lepas tengok SHOW, korang boleh je santai kejap dekat SUMMER SEASON CAFE yang berada di atas SAFARI PARK ni. Peluang ni jugak mek ambik untuk REFRESH anak-anak. Tukarkan pampers, lap-lap badan tak nak bagi dia rasa melekit. As untuk spouse dan mek kami ambik air sementara nak tunggu DINNER WITH WHITE LION jam 6.30 petang. Dekat atas ni pemandangan pun cantik macam dekat kawasan tanah tinggi. Tapi disebabkan kepenatan berjalan so mata-mata asli je yang sempat rakam keindahan tu. Mata lensa tak sempat nak CAPTURE pemandangan kat atas ni. 


MULTI ANIMAL SHOW diteruskan lagi pada jam 5.45 petang. Dekat sini lagi Amani suka sebab ada BEAR yang minum susu DALAM BOTOL. Amani cakap 'sama macam BIE minum susu' hihi. Untuk pengetahuan korang, SAFARI PARK BUKIT GAMBANG ni ada 4 EKOR SPECIES BERUANG dan semuanya korang boleh tengok depan mata aje ! Mek kenal BERUANG MATAHARI je. Dan dekat sini jugak ada banyak jenis MONYET YANG BERBULU PUTIH pada bahagian tengkuknya. Bila tengok Amani dan Amzar terpegun tengok PERSEMBAHAN MULTI ANIMAL ni, mek rasa berbaloi penat mek bawak diaorang ke atas ni. They LEARN A LOT ! Bukan setakat dia je, mek dengan spouse pun. Asyik rasa KAGUM sebab haiwan tu WELL TRAINED.


Jam 6.30 petang, TEAM BPT ber-DINNER dengan si WHITE LIONS. Masa diberitahu nak DINNER dengan WHITE LIONS, dalam fikiran makan dalam keadaan open air dan SINGA duk kat tepi sambil MENGAUM. Haha. Rupanya makan dalam RESTOREN yang dianugerahkan GOLD AWARDS pada 2017. Anak-anak akan selesa dalam ni sebab RESTOREN ni berHAWA DINGIN. So boleh la korang melepak dekat sini dulu sebelum ke SHOW seterusnya. Dan, korang jugak takkan risau untuk lepaskan anak-anak dalam ni sebab ada tarikan tengok WHITE LIONS thru WIDE GLASS. Anak-anak terhibur, korang pun akan lebih tenang. Dekat sini jugak ada menu SPECIAL. Bagi peminat DAGING KAMBING - korang boleh menikmatinya di sini. Request aje cara masaknya, pasti tak mengeciwakan. Balik tidur nanti pun duk sendawa KAMBING je.


Dah kenyang semua, sebelum SHOW start, korang boleh jugak have a walk to NIGHT JUNGLE. Dekat sini ada pelbagai BINATANG jugak yang dalam cermin dan jugak dalam pagar kawasan NIGHT JUNGLE. Mek sempat tengok yang dalam cermin je dan spouse sempat melawat secara keseluruhan. Katanya banyak binatang macam SINGA dan bunyi dia MENGAUM ! Dah macam dalam hutan betul. Ini peluang untuk kita tunjuk dekat anak-anak habitat sebenar bagi HAIWAN yang dia tengok. Sama macam SAVANNAH petang tadi. Tengok muka anak-anak walaupun nampak agak penat but still EXCITED !


AFIRCAN YABARA FIRE . SHOW ni start jam 7.45 malam. Amani takut tengok api tapi at last dia OK. Anak-anak yang lain memang EXCITED sebab keluor API daripada mulut manusia ! Dah macam NAGA dah. SHOW ni pertama kali mek tengok secara LIVE. Biasa tengok yang kartun je. Korang boleh rujuk FB mek untuk tengok VIDEO yang mek rakam. 


TARSAN ADVENTURE pada jam 8.15 malam adalah SHOW yang last sebelum kita pulang ke bilik. TARSAN SHOW ni macam PENTOMIN zaman sekolah dulu. Dia tak bercakap tapi ber-AKSI. Anak-anak memang excited sebab yang turut berlakon adalah BERUANG MATAHARI dan jugak MONYET BERBULU PUTIH tu ! Dengan SOUND SISTEM yang bunyi REAL memang menghidupkan SHOW TARSAN ADVENTURE ni. So korang jangan MISS this SHOW ok bila datang SAFARI PARK BUKIT GAMBANG.


Last but not least, dekat SAFARI PARK ni jugak ada kedai CENDERAHATI nanti boleh la beli untuk buat kenang-kenangan. Sambil tunggu TRAM datang ambik korang, boleh lerr membeli belah kejap. Untuk pengetahuan korang jugak, STROLLER ada untuk korang guna dengan kadar bayaran sewa RM30 sahaja. So tak susah la korang datang sini nak angkut STROLLER. Sewa aje untuk memudahkan pergerakan korang dan ahli keluarga.

DAY 3


DAY 3 TEAM BPT di BGRC lepas breakfast semuanya, kami sekali lagi di bawa ke ACTIVE ACADEMY untuk buat AKTIVITI FLYING FOX. Yang mana gayat memang dah berpakat tak nak naik untuk GAME ni tapi macam biasa, dah datang, dah ada depan mata dah pun tapi tak ambik PELUANG - so RUGI. GAYAT ditolak ke tepi, semua sepakat ambik turn nak try FLYING FOX termasuklah para SUAMI TEAM BPT. Hihi. Tapi yang ni kami dah tak buat match. Ni memang try untuk KENANGAN dan merasai sendiri KETINGGIAN FLYING FOX di BGRC. Alhamdulillah semua dapat turun dengan jayanya walaupun ada beberapa scene DRAMA tak nak turun, tak yakin dengan tali dan sebagainya. Haha. Itulah MEMORI MAHAL yang tak mampu dibeli melalui WHATSAPP. 


Ni lah TEAM ACTIVE ACADEMY BGRC yang melayan TEAM BPT. Tahu saje lah, mek sorang pun dah banyak karenah campur lagi anak dan pasangan masing-masing pulak. Korang memang terbaik sebab sabor dengan karenah kami. Dikesempatan ini mek dan ahli BPT ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan FAMILY DAY TEAM BPT. Terutamanya En Nasiruddin yang mempercayai kami dan kami harap kekurangan daripada pihak kami dapat dimaafkan. InsyaAllah ada ketika dan masa, bersua lagi.


Berakhirlah percutian FAMILY DAY TEAM BPT untuk kali ini di BGRC. Alhamdulillah, semuanya seronok sebab dapat PENGALAMAN dan KENANGAN yang BERHARGA. Tipu kalau kata tak penat sepanjang 3 hari berkampung di BGRC tapi it WORTH SINGLE SECONDS. Mek pun harap dengan perkongsian mek ni dapat bukak mata korang tentang BUKIT GAMBANG RESORT CITY. It just not for fun, but there's more to explore. Gitu. Korang boleh jenguk BGRC WEBSITE atau FB RASMI BGRC untuk tahu dengan lebih lanjut.

So korang ada yang nak pergi ke? Cer drop email dekat komen mana tahu ada tawaran menarik yang mek boleh offer. And korang yang dah ke BGRC, moh drop komen cite pengalaman kome kat sana ❤ 




Sekian..

7 comments

  1. penah sampai sini sekali je.
    tapi masuk waterpark dia je.
    wah bestla mek dok berkampung sini 2 3 hari.
    konfem puas hati kan?hehe

    ReplyDelete
  2. CR nak pergiiiii heee saidatulazreen@gmail.com

    ruginya tak dapat join korang, best gilerr aktiviti ..
    Banyak aktiviti yang kita leh wat rupanya kt bukit gmbang ni

    ReplyDelete
  3. tak tahu pula kuantan pun ada tempat menarik mcm ni

    ReplyDelete
  4. Memg kena g paling kurang 3h2m nih baru setel semua..opss..atv blogger mana yg berasap tuuu...ahahaha

    ReplyDelete
  5. its a goood and wonderful experience!! Serius kena repeat lagi!

    ReplyDelete
  6. cantik kak yuni ni..bestnyaaa..next time rabia kena pergilah.tp nk tgk bila cuti sem

    ReplyDelete