Salaim alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
STEAMBOAT ALAF BARU
BERITA BAIK untuk WARGA KELANTAN atau mereka yang nak datang ke KELANTAN. Mulai 16 JULAI 2018, ROYAL GUEST HOUSE KOTA BHARU juga sudah mulakan perniagaan STEAMBOAT mereka di lokasi berhadapan dengan hotel tersebut atau lebih senang di NASI ULAM CIKGU. STEAMBOAT ROYAL GUEST HOUSE ni dibuka setiap hari dan korang boleh walk-in atau tempah dahulu di talian 09-7430008 untuk menikmati STEAMBOAT ni. Harga memang kaw-kaw murah hanya RM19.80 sahaja untuk satu kepala ! Banyak pilihan lauk-pauk dan juga menu STEAMBOAT untuk kita semua try dan paling penting ADA MENU SPECIAL yang dihidangkan kepada pelanggan STEAMBOAT ROYAL GUEST HOUSE !
80 ANEKA PILIHAN STEAMBOAT
Bila korang masuk dekat bahagian HIDANGAN LAUK PAUK, memang korang akan RAMBANG MATA dan perut akan MAKIN LAPAR sebab tengok 80 PILIHAN LAUK PAUK di depan mata. Daripada LAUK BASAH YANG FRESH sehingga la ke SAYURAN SEGAR sedia terhidang untuk korang rasa. Sos pulak ada 6 JENIS daripada kategori MANIS, MASAM, PEDAS dan jugak UNIK. Ada juga beberapa jenis MEE antaranya MEE KUNING, YEE MEE dan jugak SOO HOON untuk korang makan bersama lauk-pauk ni. Turut terhidang adalah NASI GORENG sebab ada pelanggan yang memang kena jugak makan nasi walaupun sikit. No worries, they have for that. Dekat sini korang boleh isi perut korang dengan selera STEAMBOAT korang yang tersendiri.
MENU YANG FRESH
Korang sebut je nak STEAMBOAT macam mana, yang SEAFOOD, CHICKEN, MEAT, MUTTON semua ada. Dengan perapan sos yang cukup rasa (ada beberapa jugak antaranya perapan LADA HITAM dan jugak MADU) memang akan membangkitkan lagi selera korang. Sayuran segar dengan pelbagai jenis CENDAWAN mengancam yang pasti memikat selera para pelanggan STEAMBOAT ROYAL GUEST HOUSE. Bagi mek yang minat sangat dengan ISI KETAM, FISHCAKE memang kena sangat-sangat sebab yang jenis tu pun dah beraneka ! Plus, senang nak suapkan Amani dan Amzar sebab FISHCAKE seangkatan tu isinya LEMBUT. Udang tu pulak elok sangat makan dengan YEE MEE atau SOO HOON yang disediakan. Memang akan makan lebih daripada 3 mangkuk.
SUP YANG RARE DIHIDANG BERSAMA SOS YANG UNIK
Uniknya STEAMBOAT ROYAL GUEST HOUSE ni adalah kerana buat JULUNG KALI Chef memperkenalkan kepada pelanggan SOS PEANUT dan SOS GREEN THAI. Apa rasa bila digabungkan dengan dua perasa ni? Satu MANIS dan satu lagi PEDAS ! Jangan tak tahu, kuah SUP untuk STEAMBOAT ROYAL GUEST HOUSE juga unik dengan diperkenalkan SUP BUTTERMILK dan jugak SUP WHITE CURRY. Mek paling vote BUTTERMILK sebab bila dimakan bersama SOS PEANUT dan diletak sedikit SOS GREEN THAI (mek tak suka pedas) - memang satu pengalaman makan STEAMBOAT yang korang tak penah dapat dimana-mana kedai di MALAYSIA ni. Sebab tu mek klasifikasikan ianya sebagai STEAMBOAT yang RARE.
BEVERAGE PENYEDAP TEKAK
RM19.80 adalah harga termasuk air SIRAP dan juga JAGUNG atau senang kata air KORDIAL. Tapi tak semua antara kita yang minum air sejuk. Korang boleh jugak ORDER AIR PANAS di bahagian BEVERAGE mengikut kehendak selera masing-masing. Dan TEAM ROYAL GUEST HOUSE juga ada menawarkan satu jenis air yang mana boleh buat tekak korang rasa lega sebab SEJUK dan SEGAR. Kombinasi AIR SODA dengan LEMON semestinya akan buat korang rasa lebih nyaman menikmati STEAMBOAT ROYAL GUEST HOUSE. Tak ketinggalan juga air ASAM BOI untuk NEUTRAL kan balik tekak korang. Dah makan macam-macam mesti nak satu air yang REFRESHING, kan?
SANTAI BERSAMA KELUARGA
Untuk sesi STEAMBOAT ni, mek rasa cukup SANTAI kalau nak makan dengan KELUARGA dan KAWAN-KAWAN tapi mek lebih prefer KAWAN-KAWAN sebab this relationship kalau jumpa memang endless STORY. Tak tahu start dekat mana, tak tahu nak berhenti dekat mana. Ada sahaja cerita yang nak dikongsikan. So, bila having STEAMBOAT korang memang akan ada banyak masa sebab korang kena TRY semua hidangan yang ada. Kalau takat makan dua pinggan je, tak BERBALOI ler korang makan STEAMBOAT. Konsep STEAMBOAT kan kena tambah dan tambah. Makan dan makan. Kalau rasa kenyang, berhenti kejap. Then sambung balik. Macam mek pun dengan TEAM BPT kemain rancak berbual sambil makan. Dah cuba semua baru balik rumah.
TEAM ROYAL GUEST HOUSE
Dikesempatan ni mek nak ucapkan ribuan terima kasih kepada TEAM ROYAL GUEST HOUSE kerana sudi terima kunjungan BLOGGER PANTAI TIMUR dan kami mendoakan agar TEAM ROYAL GUEST HOUSE akan berjaya dalam setiap misi yang dijalankan. Diharapkan jugak kolaberasi antara TEAM BLOGGER PANTAI TIMUR dan TEAM ROYAL GUEST HOUSE akan berterusan demi kebaikan sejagat. Korang memang AWESOME dalam melayani tetamu walaupun sesetengah TEAM ROYAL GUEST HOUSE nampak penat sebab ke sana ke mari serving pelanggan. Mek sebagai pelanggan berpuas hati dengan layanan mereka. Mintak BABYCHAIR kejap je dah ada depan mata. Nak gelas untuk anak-anak pun kejap je mereka bekalkan. Kekalkan momentum !
Korang yang terliur nak try BUTTERMILK dan WHITECURRY boleh datang ke ROYAL GUEST HOUSE KOTA BHARU. Nanti #SPREADTHENEWS untuk VIRAL kepada semua orang ❤
Sekian ..
Wah ade kuah buttermilk. Memang lain dr yg lain tu. Bestnyaaa. Kalau ada pluang ke sana bleh la singgah sini nti. Murah pun murah
ReplyDeleteSedapnya steamboat, dah lama pulak rasanya tak makan. Last makan bulan puasa, itupun masak sendiri. Kena cari nanti ni..
ReplyDeleteWahhh best ni. Sesekali keluar makan steambot seronok jugak
ReplyDeleteHarga berpatutan sangat tu AR ... tp malangnya duduk KL huhu...
ReplyDeleteTak per lah bagi chance oghe Kelate bersteamboatlah nampaknya
Terliur lak lak wehh...kalau byk pilihan bleh la yg xmkn itu inj..bleh pilih lg kan
ReplyDeletesdap terr..:)
ReplyDeleteWahh murahnyaa harga, banyak pilihan pulak tu. Berbaloi sangat gini.
ReplyDeleterare sangat tu sos dan sup, tak pernah lagi seblum ni dekat mana-mana. boleh cuba nii
ReplyDeleteharga murah teruk ni! Pilihan pun banyak sangat :D
ReplyDeleteGambar ambo pun ada juga?hihihi
ReplyDeletepuashati tengok... macam-macam ada
ReplyDeletesyok ni layan steamboat..ada byk pilihan
ReplyDeletewow rare pulak kuah buttermilk sodap2 semua.. puas hati
ReplyDeletesedapnya semua tu.
ReplyDeleteJanji Kita