5 SERUM TERBAIK UNTUK KULIT YANG TERDEDAH KEPADA AIRCOND

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Penggunaan SERUM pada kulit wajah bukan satu RUTIN yang asing bagi wanita. Kalau tak apply SERUM mungkin korang antara yang tidak begitu menitik berat pada kulit wajah di usia mencecah 40 tahun nanti. Siapa je nak kulit berkedut pada seawal usia 40 tahun, ye dak? Come on, 40 tu harus masih VOGUE ! Bukan hanya pada pakaian sahaja.

Kalau nak cerita pasal SERUM, banyak yang dikeluarkan pada masa kini. Nak try satu demi satu, memang tak mampu PLUS tak elok nak bagi try and error dekat kulit. Berapa kos nak kena labur, berapa lama nak kena tunggu untuk kesan sebaik mungkin. So, jangan buang masa korang, jom baca 5 SERUM yang terbaik untuk SEMUA JENIS KULIT. 

BIO ESSENCE ROSE GOLD


BIO ESSENCE bukanlah satu jenama perawatan kulit yang rare sebab BIO ESSENCE antara yang famous glamorous kalau di DRUG STORE. Produk keluaran SINGAPURA ini telah berada di pasaran selama 32 TAHUN dengan pelbagai produk rawatan muka. Cuma mungkin dalam tempoh 10 TAHUN ini baru BIO ESSENCE agak dikenali ramai dengan CHALLENGE yang dioarang jalankan.

FORMULATED 24K EMAS

SERUM terbaru keluaran BIO ESSENCE adalah yang diformulasikan dengan 24K EMAS untuk meremajakan kulit wajah anda. Team BIO ESSENCE juga percaya EMAS 24K tersebut dapat melambatkan penuaan kulit wajah serta melambatkan timbulnya garisan-garisan yang tidak diundang pada kulit wajah. 

YOUTH SERUM SHAKLEE


SHAKLEE satu nama company yang besar dan jarang jugak yang tak mengenali mereka. SHAKLEE juga lebih dikenali dengan MAKANAN TAMBAHAN untuk tubuh badan. Seingat mek, masa mek kecik umur 8 tahun tu (around tahun 2000) dah dengar dah pasal SUPPLIMENT SHAKLEE. Di asaskan oleh seorang doktor luar negara dan antara produk menggunakan bahan semulajadi.

ANTI OXIDANT UNTUK PERAWATAN KULIT WAJAH

Awal 2018, mek ada mendengar SHAKLEE ada keluarkan YOUTH SERUM untuk rawat kulit wajah. Ianya bersifat ANTI OKSIDAN bagi mempercepatkan rawatan kulit muka dan SHAKLEE percaya dengan kaedah ini, penumbuhan atau pembaikian kulit wajah daripada dasar epidermis akan lebih cepat dan amat membantu untuk ia menjadi seperti remaja semula. 

THE THERAPY BY THE FACE SHOP


THE THERAPY by THE FACE SHOP antara SERUM yang high cost mek pernah jumpa. Harga tidaklah sampai riban tapi bagi mek yang seeking for another lower price memang hanya mampu tersenyum je la bila promoter offerkan THE THERAPY. Namun begitu, banyak feedback yang mek baca mengatakan THE THERAPY among the best and VALUED BUY.

PENGGUNAAN AIR LAUT PADA WAJAH

Penggunaan air laut untuk THE THEAPY ni adalah kerana AIR LAUT mempunyai sumber mineral semulajadi yang mana membantu kulit untuk mendapatkan sumber mineral dengan baik. THE FACE SHOP percaya bahawa kulit memerlukan mineral-mineral yang sewajarnya bagi mengekalkan kelembapan pada wajah disamping menjaga kulit wajah.

HADA LABO HYDRATING ESSENCE


HYDRATING ESSENCE oleh HADA LABO - satu jenama keluaran KOREA yang memang kalau orang yang setia dengan artis KOREA ni akan cari produk-produk KOREAN jugak sebab dia nak hasil kulit sama seperti artis yang diaorang minati. Untuk HYDRATING ESSENCE by HADO LABO ni boleh didapatkan di rangkaian DRUGSTORE berhampiran dengan korang.

LEMBABKAN KULIT BAGAI ARTIS KOREAN 

Dengan texture yang berMILKY - untuk mereka yang dambakan KULIT LEMBAB seperti KOREAN memang SERUM ini salah satu antara yang boleh memberikan anda hasil seperti itu. Tapi daripada testimoni yang mek baca, it takes quite sometimes to MOIST UP your skin. Atau mungkin dengan kulit dia tu ambik masa lebih sikit compare dengan orang lain.

DR BEAU SERUM


Tapi ini SERUM paling mek suka ! Berkenalan dengan DR BEAU ni pun dengan cara tidak sengaja sebenarnya. Kawan suruh try, kita try. First try tu suka dengan haruman DR BEAU - bau macam GENTLEMENT gitu. Texture dia yang berminyak tu memang mula-mula tak suka tapi bila dah masuk minit 3, terus tak rasa berminyak - rasa kulit LEMBUT dan BERSIH aje.

GABUNGAN VITAMIN SEMULAJADI YANG MERAWAT KULIT

Umum memang tahu, kebanyakkan SERUM memang menggunakan VITAMIN E untuk merawat kulit muka. Namun untuk DR BEAU ni ada PELBAGAI CAMPURAN BAHAN yang membantu dalam merawat masalah kulit. Lebih sesuai kalau kata nak bagi kulit kita FAIR. Tak semestinya kulit kena bermasalah baru nak pakai SERUM, right?

CARA PENGGUNAAN

Untuk apply DR BEAU SERUM teramat mudah. KAPSUL FORM lagi memudahkan korang untuk guna SERUM supaya CUKUP. Idok ler nanti awok awok pakai TERSIKIT atau TERBANYAK. Nanti CLAIM cepat pulok SERUM tu habis ye. Penggunaan DR BEAU SERUM ini disarankan DUA KALI SEHARI iaitu satu pada WAKTU PAGI dan satu lagi SEBELUM TIDUR MALAM.

KESAN SAMPINGAN

DR BEAU SERUM ni tak ada kesan sampingan lain kecuali GLOW kan kulit korang. Bukan sekadar GLOW tapi LEMBUTKAN dan buat kulit korang jadi SIHAT. Bila KULIT MUKA kita sihat, tepek la apa benda pun mesti akan jadi elok sahaja. JERAWAT pun susah nak tumbuh merata, PIGMENT pun lambat nak membiak. Kita sendiri pun SYOK tengok cermin, tatap muka kita hari-hari.

CONTACT DR BEAU

Berminat nak TRY DR BEAU SERUM ? Korang boleh contact ADMIN DR BEAU SERUM di talian 0169633443 atau korang boleh jugak tengok-tengok FB DR BEAU dan PM la diaorang kalau rasa malas nak call atau WHATSAPP. Soal harga rasanya mampu milik sebab ketahanan DR BEAU SERUM adalah selama sebulan dengan dua kali penggunaan sehari.


Korang pakai SERUM ke tak untuk penjagaan kulit wajah? Kalau pakai, SERUM mana yang menjadi pilihan korang? Mind to share ye ❤


Sekian ..

5 comments

  1. i saw YOUTH. ! mmg the best serum youth tuuu :D organic

    ReplyDelete
  2. I suka bio essence tu ha. skrg pakai Cetaphil + Bio Essence Gold Water + Laneige. so far okay

    ReplyDelete
  3. bio essence tu agak menarik. dulu pernah pakai rangkaian bird nest.hado labo pun ramai cakap bagus.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  4. Serum ni tak berminyak ye mek? Macam menarik je..

    ReplyDelete