RUMAH KEBAJIKAN RONALD MCDONALD DI HUSM KUBANG KERIAN SASAR GOLONGAN B40

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Pernah tak antara kita ni merasakan detik dan waktu kena menjaga kaum keluarga kita di hospital? Tak kisah untuk tempoh yang panjang ataupun sehari dua. Apa yang korang rasa? Mek sejujurnya tak ada la pernah jaga keluarga sampai berbulan lamanya. Setakat sehari tu adalah dan tu pun dalam keadaan emergency so sekejap sangat. Tidak sempat merasa nak tidur dengan selesa.

Tapi pernah mek tengok keluarga spouse mek yang terpaksa menjaga bapa saudaranya selama hampir tiga bulan lamanya. Tidur, makan memang nampak macam simple tapi bila dah masuk lebih daripada seminggu, gelisah mula merudung. Dengan kos untuk makan, tempat tidur yang tak selesa dan keselamatan barangan peribadi tak terjaga, memang hati tak begitu tenang.

USAHA MURNI RONALD MCDONALD DAN HUSM


29 Julai 2018 bertempat di HUSM Kubang Kerian - Mek bersama-sama 9 lagi BLOGGER PANTAI TIMUR berkesempatan dan diberi peluang untuk rakam detik bersejarah antara HUSM dan juga RONALD MCDONALD atau lebih mesra kalau digelar RMHC di mana pada tarikh ini TERMETERAI JANJI antara dua pihak untuk saling membantu masyarakat yang memerlukan mengikut kemampuan dan port folio masing-masing. Kalau nak mengharapkan satu pihak bukanlah mustahil tapi jika gabungan padu, maka hasilnya akan lebih awesome ! Masing-masing ada kekuatan untuk membantu mereka yang perlukan, yang penting - hasrat murni terlaksana, mereka yang perlukan perhatian dan bantuan dapat secukupnya dan seadanya.

SASAR GOLONGAN B40


Dalam ucapan YBhg Prof. Datuk Dr Asma Ismail, Naib Canselor USM, perbincangan awal dengan pihak Ronald McDonald yang diwakili oleh En Azmir Jaafar selaku Presiden bagi projek RMHC menyasarkan RUMAH TUMPANGAN ini untuk didiami oleh golongan B40. Seperti yang kita semua maklum, golongan yang berpendapatan rendah ini kebanyakkannya memang bekerja dengan income daily basis atau weekly basis. Dan bila menjaga anak yang sakit di wad, mereka semestinya tidak akan hadir untuk bekerja dan pendapatan mereka tiada. Tempoh rawatan untuk pesakit kronik bukan mengambil masa seminggu dua namun mungkin berbulan-bulan dan ada yang bertahun. Itu merupakan main reason kenapa RUMAH RONALD MCDONALD ini perlu ada pada HUSM.

MERINGANKAN BEBAN KELUARGA PESAKIT


Bagi meringankan bebanan mereka dengan kos travelling dan juga kos makan sepanjang berada di hospital bagi menjaga anak mereka, RUMAH RONALD MCDONALD merupakan inisiatif untuk beri KESELESAAN kepada ibu bapa dan penjaga. Tentunya moral mereka juga perlu dijaga bagi memastikan mereka lebih kuat untuk tempuhi apa jua kemungkinan yang perlu mereka hadapi sepanjang tempoh rawatan. Dengan hanya RM 5 bagi satu malam dan berkemungkinan untuk dapat FREE STAY jika mencukupi syarat kelayakan, mek pasti para penjaga akan berasa amat berterima kasih dengan bantuan yang diberikan. Dengan kelengkapan peralatan dapur, mereka juga boleh memasak sendiri mengikut citarasa mereka selain boleh menjaga kesihatan makanan tersebut. 

KITA JUGA DAPAT MEMBANTU MEREKA


Korang perasan tak bila pergi ke mana-mana cawangan MCDONALD akan ada tabung kecik berwarna merah di kaunter mereka. Tabung tu sama macam dengan rupa dalam gambar kat atas ni. Tabung ni, hasil KEPRIHATINAN rakyat MALAYSIA, ianya berjaya dikumpul sehingga RM600K setiap tahun ! Dan dana tersebut disalurkan sepenuhnya kepada mereka yang memerlukan. Jangan salah anggap yang RMHC hanya membina penempatan sahaja, mereka juga MEMBANTU DALAM KOS RAWATAN dan PEMBEDAHAN untuk golongan yang memerlukan. See, kadang sepuluh sen yang kita letak dalam tabung, mampu memberi satu nafas baru kepada seorang FIGHTER. Cuba bayang kalau lebih banyak yang kita letak, lebih ramai yang dapat diselamatkan.

SOKONGAN PADU RAKYAT MALAYSIA


MALAYSIAN memang bersatu padu dan ianya telah dibuktikan pada Mei 2018. Kalau benda baik macam ni, lagi la MALAYSIAN sanggup tolong-menolong, kan? A bit favor mek harapkan daripada kalian yang membaca entry mek kali ni, buatlah apa yang termampu untuk bantu mereka yang memerlukan. Just anything that you can. Kita ni lain orang lain kemampuannya. So, SPREAD THE NEWS supaya lebih ramai yang tahu usaha murni sedang dijalankan di sini. SPREAD THE NEWS supaya orang lain juga terbuka pintu hati mereka untuk turun dan bantu mereka yang perlukan. Bila semua dah bersatu-padu, akan lebih banyak dan ramai dapat kita bantu. Ingat, bukan semua yang bernasib baik seperti kita dan tak mustahil kita ditempat mereka satu hari nanti.

USAHA MURNI MEMBERI SENYUMAN


Mungkin kita rasa usaha kita kecil, tapi impaknya mungkin besar bagi mereka yang memerlukan. Contohnya, usaha antara HUSM dan RMHC mampu memberi senyuman kepada ramai orang. Bukan sekadar mereka yang tinggal dan dapat perkhidmatan ini kelak, bahkan kita yang mengetahui usaha murni ini pun tersenyum puas dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana adanya pihak HUSM dan RMHC yang boleh membantu sehingga ke peringkat ini. Mek yakin, tanpa ada nilai dari dalam hati dan jiwa, takkan ada perjanjian sebegini yang termeterai. Semoga usaha semua pihak ini dapat menyelamatkan kita semua di dunia dan akhirat kelak. Dan juga, usaha sebegini memerlukan banyak sokongan - MALAYSIAN you one of these.


Terdetik tak sekali dalam fikiran korang, kalau korang adalah golongan B40 dan merupakan penjaga kepada CANCER FIGHTER, apa yang korang harapkan bantuan daripada mereka yang boleh membantu? Mind to share ya ❤


Sekian ..

5 SERUM TERBAIK UNTUK KULIT YANG TERDEDAH KEPADA AIRCOND

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Penggunaan SERUM pada kulit wajah bukan satu RUTIN yang asing bagi wanita. Kalau tak apply SERUM mungkin korang antara yang tidak begitu menitik berat pada kulit wajah di usia mencecah 40 tahun nanti. Siapa je nak kulit berkedut pada seawal usia 40 tahun, ye dak? Come on, 40 tu harus masih VOGUE ! Bukan hanya pada pakaian sahaja.

Kalau nak cerita pasal SERUM, banyak yang dikeluarkan pada masa kini. Nak try satu demi satu, memang tak mampu PLUS tak elok nak bagi try and error dekat kulit. Berapa kos nak kena labur, berapa lama nak kena tunggu untuk kesan sebaik mungkin. So, jangan buang masa korang, jom baca 5 SERUM yang terbaik untuk SEMUA JENIS KULIT. 

BIO ESSENCE ROSE GOLD


BIO ESSENCE bukanlah satu jenama perawatan kulit yang rare sebab BIO ESSENCE antara yang famous glamorous kalau di DRUG STORE. Produk keluaran SINGAPURA ini telah berada di pasaran selama 32 TAHUN dengan pelbagai produk rawatan muka. Cuma mungkin dalam tempoh 10 TAHUN ini baru BIO ESSENCE agak dikenali ramai dengan CHALLENGE yang dioarang jalankan.

FORMULATED 24K EMAS

SERUM terbaru keluaran BIO ESSENCE adalah yang diformulasikan dengan 24K EMAS untuk meremajakan kulit wajah anda. Team BIO ESSENCE juga percaya EMAS 24K tersebut dapat melambatkan penuaan kulit wajah serta melambatkan timbulnya garisan-garisan yang tidak diundang pada kulit wajah. 

YOUTH SERUM SHAKLEE


SHAKLEE satu nama company yang besar dan jarang jugak yang tak mengenali mereka. SHAKLEE juga lebih dikenali dengan MAKANAN TAMBAHAN untuk tubuh badan. Seingat mek, masa mek kecik umur 8 tahun tu (around tahun 2000) dah dengar dah pasal SUPPLIMENT SHAKLEE. Di asaskan oleh seorang doktor luar negara dan antara produk menggunakan bahan semulajadi.

ANTI OXIDANT UNTUK PERAWATAN KULIT WAJAH

Awal 2018, mek ada mendengar SHAKLEE ada keluarkan YOUTH SERUM untuk rawat kulit wajah. Ianya bersifat ANTI OKSIDAN bagi mempercepatkan rawatan kulit muka dan SHAKLEE percaya dengan kaedah ini, penumbuhan atau pembaikian kulit wajah daripada dasar epidermis akan lebih cepat dan amat membantu untuk ia menjadi seperti remaja semula. 

THE THERAPY BY THE FACE SHOP


THE THERAPY by THE FACE SHOP antara SERUM yang high cost mek pernah jumpa. Harga tidaklah sampai riban tapi bagi mek yang seeking for another lower price memang hanya mampu tersenyum je la bila promoter offerkan THE THERAPY. Namun begitu, banyak feedback yang mek baca mengatakan THE THERAPY among the best and VALUED BUY.

PENGGUNAAN AIR LAUT PADA WAJAH

Penggunaan air laut untuk THE THEAPY ni adalah kerana AIR LAUT mempunyai sumber mineral semulajadi yang mana membantu kulit untuk mendapatkan sumber mineral dengan baik. THE FACE SHOP percaya bahawa kulit memerlukan mineral-mineral yang sewajarnya bagi mengekalkan kelembapan pada wajah disamping menjaga kulit wajah.

HADA LABO HYDRATING ESSENCE


HYDRATING ESSENCE oleh HADA LABO - satu jenama keluaran KOREA yang memang kalau orang yang setia dengan artis KOREA ni akan cari produk-produk KOREAN jugak sebab dia nak hasil kulit sama seperti artis yang diaorang minati. Untuk HYDRATING ESSENCE by HADO LABO ni boleh didapatkan di rangkaian DRUGSTORE berhampiran dengan korang.

LEMBABKAN KULIT BAGAI ARTIS KOREAN 

Dengan texture yang berMILKY - untuk mereka yang dambakan KULIT LEMBAB seperti KOREAN memang SERUM ini salah satu antara yang boleh memberikan anda hasil seperti itu. Tapi daripada testimoni yang mek baca, it takes quite sometimes to MOIST UP your skin. Atau mungkin dengan kulit dia tu ambik masa lebih sikit compare dengan orang lain.

DR BEAU SERUM


Tapi ini SERUM paling mek suka ! Berkenalan dengan DR BEAU ni pun dengan cara tidak sengaja sebenarnya. Kawan suruh try, kita try. First try tu suka dengan haruman DR BEAU - bau macam GENTLEMENT gitu. Texture dia yang berminyak tu memang mula-mula tak suka tapi bila dah masuk minit 3, terus tak rasa berminyak - rasa kulit LEMBUT dan BERSIH aje.

GABUNGAN VITAMIN SEMULAJADI YANG MERAWAT KULIT

Umum memang tahu, kebanyakkan SERUM memang menggunakan VITAMIN E untuk merawat kulit muka. Namun untuk DR BEAU ni ada PELBAGAI CAMPURAN BAHAN yang membantu dalam merawat masalah kulit. Lebih sesuai kalau kata nak bagi kulit kita FAIR. Tak semestinya kulit kena bermasalah baru nak pakai SERUM, right?

CARA PENGGUNAAN

Untuk apply DR BEAU SERUM teramat mudah. KAPSUL FORM lagi memudahkan korang untuk guna SERUM supaya CUKUP. Idok ler nanti awok awok pakai TERSIKIT atau TERBANYAK. Nanti CLAIM cepat pulok SERUM tu habis ye. Penggunaan DR BEAU SERUM ini disarankan DUA KALI SEHARI iaitu satu pada WAKTU PAGI dan satu lagi SEBELUM TIDUR MALAM.

KESAN SAMPINGAN

DR BEAU SERUM ni tak ada kesan sampingan lain kecuali GLOW kan kulit korang. Bukan sekadar GLOW tapi LEMBUTKAN dan buat kulit korang jadi SIHAT. Bila KULIT MUKA kita sihat, tepek la apa benda pun mesti akan jadi elok sahaja. JERAWAT pun susah nak tumbuh merata, PIGMENT pun lambat nak membiak. Kita sendiri pun SYOK tengok cermin, tatap muka kita hari-hari.

CONTACT DR BEAU

Berminat nak TRY DR BEAU SERUM ? Korang boleh contact ADMIN DR BEAU SERUM di talian 0169633443 atau korang boleh jugak tengok-tengok FB DR BEAU dan PM la diaorang kalau rasa malas nak call atau WHATSAPP. Soal harga rasanya mampu milik sebab ketahanan DR BEAU SERUM adalah selama sebulan dengan dua kali penggunaan sehari.


Korang pakai SERUM ke tak untuk penjagaan kulit wajah? Kalau pakai, SERUM mana yang menjadi pilihan korang? Mind to share ye ❤


Sekian ..

SUSU DUTCH LADY PACKAGING BARU 5 KALI LEBIH DHA

Salam alaikum sahabat blogger mek ..

Bila dah ada anak ni, asal SUSU beriklan di TV je mesti kena tonton. Kalau dulu, tengok sekali lalu macam tu je la. Yela, apa pentingnya nak tahu pasal SUSU budak-budak. Tapi bila dah beranak pinak, kena ambik tahu SUSU apa yang elok dan sesuai dengan anak kita. Tak semuanya sesuai dengan anak. Kadang ok, kadang sembelit.

Tahu tak korang yang setiap SUSU yang diluluskan berlainan dia punya NUTRISI dan juga kandungan DHA? Semasa naif dulu mek pun ingat macam tu la. Tapi bila dah start ambik tahu, apa beza susu mahal dan susu yang lower cost, baru tahu KANDUNGAN yang berbeza. Dan KANDUNGAN tu lah yang boleh diterima oleh anak kita atau tak.

SUSU DUTCH LADY TRADISI TURUN TEMURUN


DUTCH LADY telah lama wujud semenjak 1871 tapi mek tak pasti tahun berapa DUTCH LADY masuk pasaran Malaysia. Tapi disebabkan SUSU LEMBU terbaik adalah berasal daripada FRIESLAND somewhere in UTARA HOLLAND, jadi tidak salah lagi kalau semenjak daripada dulu lagi mak-mak percaya pada DUTCH LADY. Tapi SUSU DUTCH LADY masa kini dah pun berkembang di beberapa negara yang sesuai dengan spec asal DUTCH LADY. Bukan setakat untuk kanak-kanak je PRODUK DUTCH LADY malah untuk kita yang dewasa ni pun ada. Mek dengan spouse memang akan ada FRESH MILK sebagai stok untuk kami berdua. Kadang untuk minum, kadang untuk masak. Tapi kebanyakkan adalah untuk minum. 

DIPERKAYA DENGAN 5 KALI LEBIH DHA


Mak-mak mesti nak anak semua bijak pandai, kan? Sesetengah mak-mak berpendapat, kalau tak minum yang DHA tinggi pun elok je budak tu pandai. Yang penting kena ajar budak tu untuk faham pembelajaran. Tapi tahu tak mak-mak yang setiap anak kita berbeza keupayaan? Maksud mek, tahap kefahaman mereka tidak sama. Jadi, dengan bantuan DUTCH LADY yang 5 KALI LEBIH DHA ni boleh membantu anak-anak dalam proses pembelajaran mereka. Bila mereka lebih cekap untuk memahami, lebih banyak perkara yang mereka boleh belajar. Bila mereka belajar, lebih banyak benda kreatif yang mereka boleh hasilkan. Mak-mak mana yang tak seronok bila tengok anak cepat memahami dan belajar, boleh melahirkan insan GENERASI MINDA KELAS PERTAMA.

KELENGKAPAN NUTRISI SEHARIAN ANAK-ANAK


Pengalaman mek sendiri, risau bila Amani memang suka minum SUSU je. Tak nak makan nasi, tak berminat nak makan apa-apa FOOD yang mek masakkan (banyak beli daripada masak). Amani bukanla tak makan terus tapi lebih kepada makan semulut atau dua, then dia tak nak dah. Mana la budak ni dapat NUTRISI. Bila pergi checkup dekat klinik, nurse cakap walaupun dia tak berapa nak makan SOLID FOOD, sebagai mak, mek perlu pilih susu yang cukup NUTRISI TUMBESARAN Amani. Bila bincang dengan spouse, SUSU apa yang paling sesuai untuk umur Amani dan Amzar, DUTCH LADY 123 adalah pilihan paling mesra buat kami berdua pada ketika ini. Maksud paling mesra adalah dengan HARGA dan juga BEKALAN NUTRISI yang diberikan dalam setiap hidangan.

PACKAGING BARU LEBIH MESRA PENGGUNA


Mek sedar akan perubahan PACKAGING ni bila mek ke TESCO dan tengok gambar budak tu dah lain. Warna BIRU masih lagi dikekalkan untuk packaging DUTCH LADY sebab bagi mek memang DUTCH LADY ni dah sinonim dengan warna biru macam tu. Bila pusing depan, rasanya DESIGN kali ini memang lagi MESRA PENGGUNA dengan dah siap-siap tulis untuk anak berumur berapa tahun. Kalau dulu kena pesan either nak CURIOUS atau nak EXPLORE. Ini boleh mengelakkan daripada tertukar sebab biasa ayah-ayah akan ingat umur anak then itu akan menyenangkan mereka daripada kena berfikir secara kreatif. Its more direct to the point. DESIGN baru ni jugak seiring la dengan masa kini, ye dak. DESIGN 2018 yang lebih urban.


Bagi mereka yang dah ada anak, atau anak sedara atau anak-anak kawan, diaorang minum susu apa? Boleh share dekat komen ye. Saje nak survey susu apa kanak-kanak minum sekarang ❤


Sekian ..

ESYAMZ PERFUME ANTARA PERFUME YANG PERLU DIKOLEKSIKAN

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Semua orang minat BAUAN WANGI. Kalau dia tak suka means dia something sikit. WANGI ni tak semestinya kena BAUAN yang menusuk hidung. Ada yang minat BAUAN LIGHT sahaja macam BAU sekali angin lalu. Ada jugak yang suka BAUAN yang STRONG yang mana betul-betul bau yang boleh memikat deria bau individu lain.

Macam mek sendiri, mek lebih suka bauan yang LIGHT. Tak terlalu mengganggu insan lain ketika mereka berada berdekatan dengan mek. Kalau NATURAL tak berbau lansung pun ok tapi macam kosong sangat hidup. Lagikan setiap orang pun ada bau badan masing-masing, kan. Jadi, korang kena la jugak ambik satu PRODUK untuk ENHANCE BAU diri korang.

ESYAMZ PERFUME - PRODUK UNTUK WANGI


WANGI tu memang SUBJEKTIF jugak sebenarnya sebab tak semua orang terima BAUAN yang sama sebagai 'WANGI' tapi mek percaya, ESYAMZ PERFUME boleh tarik minat korang untuk cuba WANGIAN diaorang. Kenapa mek cakap macam tu? Sebab ESYAMZ PERFUME ada beberapa PRODUK yang korang boleh cuba untuk WANGI kan diri korang. Sesetengah orang, dia tak suka pakai PERFUME, tapi still kena WANGI right. Dengan pelbagai PILIHAN PRODUK ESYAMZ PERFUME korang dah tak ada alasan untuk tidak WANGI. Bagi mek, dengan pelbagai PRODUK yang dikeluarkan ini dapat membantu kita semua untuk pilih dengan lebih bijak apa PERSONALITI kita. Senang kata, akan membantu kita untuk BOLD setiap hari.

KOLEKSI PERFUME YANG MEMIKAT DAN MENARIK


PERFUME ni ada yang memang beli sebab BOTOL dan mostly memang beli PERFUME sebab BAUAN nya. Tapi kalau DUA benda ni ada untuk SATU BRAND, mek akan lebih cenderung untuk membeli yang sebegitu. Of course nak yang WANGI dan BOTOL CANTIK. Mek akui BOTOL yang BERJENAMA BESAR memang lagi lawa, tapi ini juga boleh dijadikan salah satu KOLEKSI BOTOL PERFUME korang sebab TUDUNG BOTOL yang berbentuk DIAMOND dan PLEATED GOLD membuatkan ESYAMZ PERFUME ni satu tangga lebih atas daripada PERFUME yang seangkatan dengannya. Kalau korang nak jadikan hadiah HARI LAHIR, ANNIVERSARY atau GIFT kepada BESTFRIEND korang pun dah cukup elok rupa PERFUME by ESYAMZ PERFUME.

ANTI STRESS HAIR MIST


Yang ni dengar agak lucu tapi memang BENAR. Mungkin korang kalau tak cuba memang akan kata ini semua MEMBOHONG sebab mana ada satu MIST yang boleh hilangkan STRESS SERABUT yang kita tengah hadapi. Dont get it wrong semua. Maksud ANTI STRESS tu adalah sebab HAIR MIST ESYAMZ PERFUME ni amat WANGI. Dengan kewangian itu akan hilangkan STRESS. Ada fakta menyatakan bahawa melalui BAUAN, kita akan reduce STRESS dengan sendirinya. Mungkin untuk satu-satu individu tak sama dia punya BAUAN. Sebagai contoh, bayi akan reda tangisannya bila dapat bau ibunya. Macam kita yang dah besor-besor ni, kalau STRESS, guna je ANTI STRESS HAIR MIST then BAU itu akan bantu untuk menenangkan. Elok hilang STRESS.

3 IN 1 BODY, FACE AND HAIR WASH


Untuk 3 IN 1 BODY, FACE and HAIR WASH ni amat SUGGESTED kepada orang LELAKI sebab diaorang lebih senang guna 3 IN 1 macam ni. Kalau yang jenis MASKULIN tu mungkin la PARTICULAR sikit kan penjagaannya. Tapi untuk OVERALL LELAKI mek memang SUGGEST 3 IN 1 BODY, FACE and HAIR WASH by ESYAMZ PERFUME sebab dia punya WANGIAN memang sangat GENTLEMEN. Kita orang PEREMPUAN pun boleh aje kalau nak pakai sebab mek sendiri pun guna untuk BODY WASH. Bila lepas mandi mesti BAU SEMERBAK dah macam pakai PERFUME. Anak pun puji BAU WANGI. Apatah lagi kita yang LAKI BINI ni kan. Rasa CONFIDENT tu lebih bila kita tahu badan kita dah cukup WANGI untuk berhadapan dengan orang. 

CONTACT ESYAMZ PERFUME


Macam biasa, mek pasti korang akan MELAMAR produk-produk keluaran ESYAMZ PERFUME ni so korang boleh la contact secara terus 0182202984 untuk buat sebarang pembelian. Dan juga kalau korang berminat untuk jadi AGENT atau STOKIS, nak jual untuk orang ramai pulak, pun boleh contact nombor yang sama untuk buat deal dengan team ESYAMZ PERFUME. Bagi korang yang rasa nak usha-usha dulu tunggu gaji masuk baru nak menyunting PERFUME di taman, boleh jugak usha di FB ESYAMZ PERFUME . Boleh jugak PM diaorang dulu untuk tanya apa-apa macam boleh COD ke, nak POS ke, ada AGENT dekat area korang ke. Haa boleh la sembang sepatah dua kata dulu. Dah settle, boleh buat PAYMENT, dapat berWANGIAN dengan produk ESYAMZ PERFUME.


Korang suka tak kumpul botol PERFUME? Mek dulu-dulu suka jugak dah dewasa tua ni banyak yang dah buang. Ingat sekali sayang jugak tapi bila ada serabut pulak. Siapa yang macam mek? Mind to share ye ❤


Sekian ..

CALDO KITCHEN KB FOOD DELIVERY KOTA BHARU

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

FOOD DELIVERY ni bukan satu benda yang asing dah untuk masakini. Mana-mana je mesti ada FOOD DELIVERY. Demand tinggi so memang akan makin ramai yang buat servis FOOD DELIVERY. Mek menganggapkan, SERVIS ini banyak memudahkan orang ramai. Lebih-lebih lagi golongan macam mek yang tak pandai masak tapi nak makan yang sedap-sedap.

FOOD DELIVERY ni kalau salah pilih, memang tak kekal lama. Kalau jenis buat makan #ASALSIAP #ASALKENYANG memang kena tinggal je la dik. Satu lagi memang kena tahu, apa menu yang terkini atau lebih elok kalau dapat ADVANCE-kan menu supaya menarik lebih ramai orang untuk membelinya.

CALDO KITCHEN ANOTHER DELIVERY TO GO


Last weekend mek berkesempatan lagi untuk mencuba satu FOOD DELIVERY yang ada di KELANTAN. Idea ni bila mek dan para ADMIN BPT menginap di QAS HOMESTAY KOTA BHARU . Kami semua setuju yang kami nak guna perkhidmatan DELIVERY semata-mata sebab nak rehat secukupnya plus anak-anak nak mandi kolam renang. Bila search by #FOODDELIVERYKOTABHARU keluar lah CALDO KITCHEN KOTA BHARU yang mek yakin boleh fulfill semua keinginan para ADMIN dan keluarga. Sambil skrol sambil menitik air liur. Sambil menitik air liur sambil tu jugak la kami duk berebut nak order itu ini daripada CALDO KITCHEN KOTA BHARU. At last baru semua sepakat nak order their SPECIALTY !

PERKHIDMATAN KATERING UNTUK EVENT


Selain daripada FOOD DELIVERY, CALDO KITCHEN KOTA BHARU juga ada menyediakan perkhidmatan KATERING yang mana korang boleh mintak CALDO KITCHEN KOTA BHARU sediakan juadah untuk EVENT atau lebih senang nak faham MAJLIS KENDURI KENDARA. Macam mek sendiri, mana sempat nak masak lauk untuk 100 jemputan (itu baru 100 jemputan), so dengan adanya perkhidmatan KATERING macam ni, senang just cakap je bajet berapa, lauk apa yang korang prefer, then nanti diaorang akan hantar je ke DOORSTEP korang. Mudah dan paling penting, korang takyah pening kepala dah nak beli lauk pauk dan masak memasak di rumah. Tapi kalau korang nak buat akikah, daging tu boleh je bagi CALDO KITCHEN masakkan. No worries.

DELIVERY UNTUK BREAKFAST LUNCH


Antara yang best tentang CALDO KITCHEN KOTA BHARU adalah diaorang boleh delivery BREAKFAST dan LUNCH. Untuk yang bekerja office macam mek, kalau kena hari yang tak sibuk, memang la boleh keluar merayap testing kedai makan itu dan ini. Tapi kalau kena hari yang TIED dengan jadual HAKIKI, nak makan pun tak sempat weih. So kalau ada FOOD DELIVERY yang hantar untuk BREAKFAST dan LUNCH, takada la istilah MERENDAM MEE SEGERA ketika LUNCH. Boleh la mek makan HEALTHY FOOD yang disediakan oleh CALDO KITCHEN KOTA BHARU. Lebih terjamin kesihatan perut mek nanti. Paling penting waktu makan mek terjaga, tiada lagi istilah TAK SEMPAT MAKAN sebab TERLALU SIBUK dengan urusan kerja.

SPECIALTY - POPIA VIETNAM


Setiap orang yang memasak mesti ada SPECIALTY masing-masing, kan? Kalau mek SPECIALTY mek mestilah MEE SEGERA yang bertumis, tidak berlauk dan nan hado sayur. Gitu. Untuk CALDO KITCHEN KOTA BHARU pulak diaorang memang SUPERB bab POPIA VIETNAM. Nampak senang, gulung-gulung letak sayur letak lauk macam tu je, tapi kalau SOS nya tidak cukup rasa memang tak UMMPHH sangat la kan this POPIA VIETNAM. Untuk setakat yang mek pernah try POPIA VIETNAM, CALDO KITCHEN KOTA BHARU memang TERBAIK SOS POPIA VIETNAM mereka. Secukup rasa dan sedang elok dengan isi POPIA yang terasa manis UDANG, AYAM dan SAYURAN SEGAR.

CONTACT CALDO KITCHEN KOTA BHARU


Untuk mereka yang berminat nak ambik perkhidmatan CALDO KITCHEN KOTA BHARU boleh contact 0179677684 atau korang boleh tengok FB CALDO KITCHEN KB untuk tengok set menu yang dia sediakan. Korang boleh jugak WHATSAPP ke nombor yang mek sediakan tu untuk bincang lebih lanjut pasal FOOD DELIVERY yang dia sediakan. Mana tahu, nak order untuk satu office ke, kan. Lebih baik bincang terlebih dahulu. Senang diaorang nak prepare. Satu lagi sebab mek recommend CALDO KITCHEN KOTA BHARU sebab dia memang FAST RESPOND so takde la kena tunggu dulu untuk dapatkan pengesahan makanan yang kita nak order. FOOD DELIVERY kan kena sama level dengan FOOD DELIVERY FAST FOOD yang ada baru lah orang akan repeat. 


Tempat korang ada FOOD FELIVERY yang jenis cammano pulak? And dalam sebulan, berapa kali korang menggunakan perkhidmatan FOOD DELIVERY ni? Mind to share ye ❤


Sekian ..

FUN RUN 2018 SAFARI PARK BUKIT GAMBANG RESORT CITY

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Siapa dekat sini yang suka join FUN RUN atau lebih umum MARATHON dan mungkin jugak dikenali dengan apa-apa RUN. Mek ada sahabat blogger yang memang setiap RUN buat dekat KL dia memang akan JOIN. Tak lain tak bukan Blogger SIQAH dan jugak Blogger NADIA. Memang betul-betul minat diaorang dengan larian.

Semenjak tengok diaorang duk join RUN dekat KL, mek rasa waa seronoknya dioarang HAVE FUN, SPEND TIME SAMA-SAMA (sebab laki diaorang pun biasanya akan ikut serta dalam acara larian tu). Kiranya tu salah satu terapi untuk redakan stress di tempat kerja sambil sihatkan badan. Dan mek ada satu FUN RUN yang nak dihebahkan kepada semua orang di MALAYSIA.

LARI SAMBIL TENGOK BINATANG


Di MALAYSIA, dekat mana korang akan dapat peluang untuk LARI SAMBIL TENGOK BINATANG? Tak ada lagi tempat yang offer macam ni, kan? So ini adalah peluang yang terbaik korang kena GRAB kalau betul korang nak try benda yang rare ! Daripada merbahayakan diri buat challenge yang entah apa-apa, lebih baik korang JOIN FUN RUN bersama-sama KELUARGA korang. Apa yang mek nampak bagi FUN RUN yang BGRC anjurkan ni, antaranya pendekatan untuk FIT MALAYSIA dan juga BONDING MALAYSIA  di mana korang akan MEMBAKAR KALORI dalam tubuh badan, MENGEMPAM JANTUNG anda supaya lebih SIHAT dan mengeluarkan TOKSIN yang dah lama bersemi dalam badan korang sambil BERGEMBIRA of course !

DAPAT DISKAUN BERGANDA


Lebih UNTUNG bila join FUN RUN ni, korang akan dapat harga bilik dengan kadar yang SPECIAL ! Berapa percent kurangnya mek tak pasti tapi mek yakin harga bilik yang ditawarkan pada peserta FUN RUN semestinya harga kasih sayang saudara mara je. Secara logik, kalau datang untuk bergembira bersama keluarga, boleh la stay satu hingga dua malam di BGRC untuk FAMILY BONDING, plus boleh rehat secukupnya sebelum FUN RUN bersama-sama keluarga. For sure kalau Amani dan Amzar dah besar - dah masuk sekolah rendah, mek bawak diaorang untuk FUN RUN ni walaupun mek bukan jenis RUN MARATHON semua tu. Tapi untuk BONDING dengan family, untuk bagi pengalaman yang baru pada keluarga, why not kita JOIN, right?

MENANG HADIAH SEHINGGA RM400


Join FUN RUN ni memang la niat untuk bersuka ria dengan keluarga aje tapi korang jugak berpeluang untuk menang hadiah sehingga RM400 seorang ! Merujuk pada kategori yang disediakan (sehingga kategori D sahaja yang mempunyai hadiah wang tunai), semua ahli keluarga berpeluang untuk dapatkan hadiah wang tunai ! Berbaloi sangat, kan? Dengan duit yang menang tu nanti boleh la buat cover duit bilik penginapan ke, duit entrance ke WATERPARK ke atau lebih elok kalau disimpan terus dalam akaun untuk kegunaan akan datang. Selain daripada menang wang tunai, korang juga akan menang MEDAL dan ianya sangat memorable sebagai tanda kenang-kenangan. Tak ada jual kat kedai okei that MEDAL. Kena lari dulu baru dapat MEDAL.

PELUANG UNTUK TEROKA BGRC


Peluang baik untuk korang kalau korang join this FUN RUN sebab time ni la korang nak ambik KESEMPATAN untuk BERCUTI BERSAMA-SAMA KELUARGA ! 19 Ogos tu anak-anak dah start cuti sekolah, right. Then ibu bapa ambik je cuti sehari untuk Isnin - complete your HOLIDAY. Mek sure anak-anak akan ingat this TRIP sampai ke hari tua diaorang. Why not, you give them a new experience to EXPLORE. Alang-alang dah dapat DISKAUN sebab join FUN RUN, apa kata borong semua sekali AKTIVITI yang ada di BGRC. They have alot to EXPLORE. Korang boleh baca EXPERIENCE MEK DAN KELUARGA BPT teroka BGRC macam mana. Mungkin daripada situ korang boleh plan your HOLIDAY at BGRC.

CONTACT BGRC


Korang yang nak join FUN RUN ni boleh la berbuat demikian di 0146461304 / 0199364768 / 0169884769 (WHATSAPP and CALL). Kalau rasa nak buat FAMILY DAY atau datang lebih dari 10 keluarga, korang jugak boleh emel kepada safarirun@bgrc.com.my . Lagi senang sebab boleh letak details nak mintak apa-apa contohnya nak penginapan ke, nak tiket masuk WATERPARK ke. Semua boleh include dalam tu je. Korang jugak boleh SUBMIT PENYERTAAN pada link yang mek letak tu. Nanti team BGRC akan call atau emel lepada korang untuk buat pengesahan. Sekarang dah banyak cara nak daftar penyertaan. Dah pelbagai perantara yang boleh mempercepatkan urusan. So, jangan lengahkan masa ye ! Tarikh tutup dah dekat tu.


Korang pernah tak join event FUN RUN macam ni? Seronok tak? Kalau pernah, mind to share ye dekat bawah ❤


Sekian ..

BLUEBERRY CHEESE LAVA CAKE BY DOMINOS

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Dah berkali-kali mek mention yang mek memang HANTU KEK. Disebabkan HANTU KEK, mestilah kek nak dimakan tu kena HIGH STANDART dan mencapai KPI mek. Bukan semua kek jugak mek boleh telan. Ada yang tak menetapi citarasa so agak slow sikit nak dihabiskan. Tapi kalau yang cukup dengan KEHENDAK LIDAH dan TEKAK, 2 minit dah licin !

Bila ada kek baru yang di launch, wajiblah mek mencubanya baru lah tahu dan boleh RECOMMEND ke idok. Nak kata mek ni macam JUDGE bahagian KEK tu bukan, tapi macam mek bagitahu tadi la - sebab HANTU KEK dan memang akan cuba setiap KEK yang dihasilkan. So jangan salah anggap dengan mek punya kenyataan ye. 

CALLING FOR PEMINAT TEGAR CHEESE  


Memperkenalkan DESSERT baru di DOMINOS MY - BLUEBERRY CHEESE LAVA CAKE ! Kek BUTTER yang terisi dengan CHEESE LAVA dan disulami dengan rasa MASAM MANIS BLUEBERRY memang akan buat korang terpikat. Kalau korang penggemar CHEESE sememangnya ni antara KEK yang WAJIB CUBA sebab memang CHEESE dia tu tak mengecewakan korang. Memang penuh ! Nama lagi LAVA CAKE kan, mestilah bila potong je CHEESE CAIR MELELEH bersama-sama BLUEBERRY. Memang sedap sangat. Gabungan yang tidak mengecewakan. Plus, kek BUTTER yang dihasilkan oleh DOMINOS MY tidak begitu keras dan cukup LEMBUT untuk kek jenis LAVA. Great job guys !

HARGA RENDAH UNTUK MASA TERHAD


Untuk harga PERKENALAN, BLUEBERRY CHEESECAKE ni berharga RM7.10 tapi harga ni hanya untuk MASA YANG TERHAD sahaja. Harga mungkin akan dinaikkan kembali ke harga asal LAVA CAKE iaitu RM11.90 bila PROMO ni dah habis. Cuma pihak DOMINOS MY tidak menyatakan lagi bila PROMO RM7.10 untuk BLUEBERRY CHEESECAKE ni akan tamat. So korang sepatutnya menggunakan masa yang ada ni untuk TRY SENDIRI BLUEBERRY CHEESECAKE samada kena dengan selera korang ke tidak. Dan kesempatan ini jugak la korang boleh BELANJA KAWAN atau KELUARGA sempena BIRTHDAY atau ANNIVERSARY. Sweet gitu macam BLUBERRY CHEESECAKE jugak.

DELIVERY KE DOORSTEP ATAU PESAN DAN SELF PICKUP


Macam yang mek bagitahu tadi, disebabkan HARGA yang LIMITED OFFER, kalau korang rasa tak nak serbu cawangan DOMINOS MY berdekatan dengan korang pun tak mengapa. Korang ada cara lain untuk buat PEMBELIAN. Satu - Korang boleh mintak DELIVERY ke PREMIS korang. Macam office korang atau DOORSTEP korang sendiri. Yang ni memang seronok la, tak kena keluar habiskan minyak kereta, DOMINOS MY akan hantar pada anda. Kedua - korang boleh ORDER dan AMBIK SENDIRI di cawangan berdekatan. Which means, korang tak perlu BERATUR dan tunggu giliran. Just ORDER THRU WEBPAGE DOMINOS MY , letak je jam berapa korang nak PICKUP then pilih BRANCH yang korang nak PICKUP. Done. Boleh balik makan bersama-sama keluarga.

LAGI HEBAT BILA BERAMAI-RAMAI


DOMINOS MY ni memang terkenal dengan pizza dan side dish mereka yang lain. Jadi alang-alang korang nak beli DESSERT BLUEBERRY CHEESECAKE lebih UNTUNG kalau ambik set seperti yang mek tunjukkan tu. Kenyang untuk LUNCH ataupun DINNER. Lebih-lebih lagi kalau WEEKENDS yang kebanyakkannya ramai yang nak memerap di rumah saje. Macam mek, WEEKDAYS memang tak sempat masak so boleh la beli untuk DINNER dengan spouse dan anak-anak. Kalau LUNCH pun boleh jugak makan dengan kawan-kawan kalau waktu rehat tu agak terkejar-kejar nak keluar LUNCH secara DINE IN. Sebab tu mek cakap set yang mek tunjukkan ni berbaloi dengan harga dan dalam masa yang sama dapat TRY BLUEBERRY CHEESECAKE.

PILIHAN TEPAT UNTUK REUNION DINNER


Weekend lepas, para ADMIN BLOGGER PANTAI TIMUR ada buat satu GATEAWAY sambil-sambil kami berbincang pasal next PLAN untuk TEAM BLOGGER PANTAI TIMUR. Bila mak-mak ADMIN sibuk berbincang mana sempat nak MASAK dah so alternative untuk menggembirakan anak-anak dan mengenyangkan perut semua keluarga yang ada - TOGETHER GETHER SUPER COMBO menjadi pilihan setiap keluarga. Memang semua orang kenyang. Lebih-lebih lagi anak-anak - sesekali berubah DINNER daripada nasi kepada WESTERN, terujalah diaorang. Pilihan ADMIN BLOGGER PANTAI TIMUR memang tepat untuk DINNER bagi GATEAWAY kali ni. Yang teramat gembira mestilah MEK, SIS HAWA dan SIS GEE sebab kami memang HANTU KEK !


Korang dah cuba ke belum this new BLUEBERRY CHEESE LAVA CAKE? Korang VOTE ke tak for this new cake? Mind to share ye ❤


Sekian ..

SURPRISE DELIVERY KOTA BHARU BY CIKYA COOKIES AND CAKE

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Mek akui, nak cari DELIVERY SURPRISE sekarang ni dekat KELANTAN memang banyak. Serius banyak sebab kalau korang search FB atau IG dengan #SURPRISEDELIVERYKOTABHARU memang bersusun yang keluar. Nak yang gaya macam mana semuanya ada. Nak yang berjambak bunga atau nak berjambak belon - masuk pilih adik kakak sekalian.

Tapi yang pasti bila dah gempak gaya SURPRISE DELIVERY, harga pun kencang mahu jadi ribut petir ada guruh. Gitu. Bagi mek, nak SURPRISE orang ni memang la nak tapi takda la sampai nak BERATUS duit kena mengalir pergi bersama bunga dan belon. Yang kek tu takpe la kita boleh makan. Memang memories tu MAHAL tapi kalau ada yang jimat kenapa nak belanja lebih.

SURPRISE TERSAYANG DENGAN HARGA BERPATUTAN


Kaedah PENJIMATAN itu lebih tepat perkataannya. Bukan tak nak LABUR lebih dalam buat SURPRISE yang boleh mencipta moment-moment indah dalam hidup, tapi tengok jugak dengan kondisi EKONOMI dan SERVIS yang diberikan. Selalu nak SURPRISE kan orang tapi TERBATAL NIAT sebab tengok harga yang EXCEEDING RM50. Dengan CIKYA COOKIES AND CAKE korang boleh mintak harga dengan BAJET korang contohnya nak SURPRISE DELIVERY yang berharga lingkungan RM30, nanti CIKYA COOKIES AND CAKE akan aturkan SURPRISE DELIVERY RM30 dekat korang. Dapatlah korang SURPRISE kan orang yang kita HARGAI dengan HARGA BERPATUTAN. Bajet lebih boleh belanja DINNER pulak.

IKUT CITARASA PELANGGAN


Mek jenis agak malu untuk SURPRISE ni, so bagi mek kalau nak bagi sejambak BUNGA atau CHOCLATE dekat SPOUSE rasanya tak terbagi agaknya. Mek REQUEST dengan CIKYA COOKIES AND BAKE untuk dapatkan BUNGA ROSE dan dihias CANTIK tanda TERIMA KASIH. Biasa kalau orang buat SURPRISE DELIVERY ni dia akan tahu CORAK dan GAYA PENYAMPAIAN mengikut SURPRISE yang kita REQUEST. Kalau nak bagi untuk BIRTHDAY kena GAYA BIRTHDAY, kalau nak bagi sempena ANNIVERSARY ada unsur GAYA ROMANTIK yang digubah. Macam nak say THANK YOU pun ada GAYA yang tak melebih-lebih. IMPRESSION at FIRST LOOK tu penting supaya si kena SURPRISE tak rasa PELIK.

CONTACT CIKYA COOKIES & CAKE


Korang boleh CONTACT CIKYA COOKIES & CAFE di talian 0189054460 - boleh WHATSAPP dan juga CALL. Atau korang boleh aje PM CIKYA COOKIES AND BAKE dekat FB sebab dekat sana korang boleh pilih KEK atau COOKIES yang macam mana korang nak. And korang jugak boleh tengok IG CIKYA COOKIES AND BAKE untuk tengok contoh-contoh SURPRISE DELIVERY yang telah dijayakan. Untuk korang yang berada di KELANTAN, kalau rasa nak buat SURPRISE sendiri, korang boleh jugak BOOKED dengan CIKYA COOKIES AND BAKE, nanti SELF PICKUP dekat KG PENGKALAN NANGKA, PENGKALAN CHEPA. Lebih afdal kalau CALL dulu CIKYA untuk jumpa dekat mana-mana.

SPOUSE DI SURPRISE BUAT PERTAMA KALI


Sejujurnya mek tak pernah pun SURPRISE kan spouse. Dari zaman berkenalan, bencinta dan berkahwin - dah anak dua pun, sekalipun mek tak pernah SURPRISE kan dia untuk BIRTHDAY atau ANNIVERSARY. Alasan? Sebab dia pun tak pernah buat benda yang sama dekat mek. So, win win. Bila dapat peluang untuk SURPRISE kan SPOUSE ni memang rasa agak keberatan nak ambik sebab MALU mek tak pernah nak WISH bagai dekat dia. Say THANK YOU jarang sekali. Tapi dalam hati memang ada ayat-ayat yang nak APPRECIATE PASANGAN. Bukan senang jugak attend event tanpa bantuan SPOUSE. SURPRISE DELIVERY ni memang agak membantu insan seperti mek untuk ucap apa yang terbuku di dalam hati mek.


Korang pernah ke ambik perkhidmatan SURPRISE DELIVERY ? Untuk siapa korang SURPRISE kan tu? Mind to share ye ❤


BACA JUGA DARIPADA SIS GEE


Sekian ..

FIREFLY AIRLINE BAJET TERBAIK DUNIA

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Firefly airlines. Ni sapa tak kenal company kapal terbang yang satu ni kan. Kalau korang perasan, flights Firefly ni semua fly out dari airport Subang, atau nama lebih glamer dia Sultan Abdul Aziz International Airport, Subang. Bagi yang tak berapa nak familiar dengan flights ni, Firefly airline ni kira adik kepada syarikat penerbangan Malaysia, MAS dan dia dah boleh beroperasi somewhere in 2007.

Most flights of Firefly ni untuk local flights je, kapal terbang dia tak de yang jenis Boeing atau pun Airbus, semua flights kecik-kecik. Firefly ni ada je fly pergi international, but negara-negara sekitar Malaysia je macam Indonesia, Thailand dan jugak Singapore.

FIREFLY KECIK TAPI BERBISA



Macam kat atas tu dah mention, kapal terbang Firefly ni kecik-kecik je. Pintu dia pun satu je kat belakang tu. Lepas tu, enjin kapal terbang dia, kipas dia korang boleh nampak berpusing kat luar tu. Kapal terbang jenis Fokker. Walaupun flights dia kecik, jangan tertipu. Firefly ni per hari banyak trips dia. Dengan fleet kapal terbang yang tak seberapa tu, dorang manage to cover almost all major cities kat Semenanjung Malaysia. Johor ada, Terengganu, Kelantan ada, Alor Setar ada dan macam-macam bandar lagi kat Malaysia. Firefly ni pun terbang to several places kat Indonesia, but hanya ke Kepulauan Sumatra, macam Banda Aceh dan Medah. Untuk Thailand, dia pergi Phuket sahaja. Lepas tu ada Singapore.

HARGA RENDAH SERVIS VIP



Beza Firefly dengan MAS ni mainly harga dia. Harga tiket Firefly ni memang jauh la lebih murah dari MAS kan. Kalau compare tickets, harga dia around half of what MAS is, tapi depends on time korang book tiket and promotion applied lah. Lepas tu, dia fly out dari satu je destinations. Kalau korang kat KL tu, malas nak gi KLIA, naik je flights Firefly dari Subang ni untuk pergi kat mana-mana tempat yang Firefly pergi. Subang pun tak sesibuk KLIA, rilek-rilek sikit environment dia. Takde lah rasa nak terkejar je semua benda. Airport dia pun kecik je. Walaupun boleh di kira sebagai flights tambang murah, servis dia tetap tiptop macam kakak dia, MAS tu. Ada in-flight service macam complimentary snacks and drinks. Kalau entertainment tu takde lah sebab flights dia kejap-kejap. Korang nak tengok satu movie pun tak sempat gaknya. Oh ye, sebelum lupa, setiap tiket Firefly ni, korang semua dapat luggage free for 15 kg tau! Takyah beli baggage extra. 15 kg tu tak termasuk beg yang korang boleh bawak naik kat kabin, seberat 7 kg. So in total, korang dapat around 22 kg of barang boleh bawak naik flight Firefly.

BOOKING FIREFLY SEKARANG



Nak book any flights of Firefly ni senang je. Kalau google, korang masukkan tempat berlepas dan destination korang, lepas tu tambah ‘Firefly flights’ kat belakang. Nanti Google akan keluarkan result yang bersesuaian. Or korang boleh jugak pergi kat website Firefly directly untuk book ticket Firefly online and tengok routes and schedule flights yang ada. Dekat pilihan nak book flight tu, korang boleh pilih sama ada nak fly pada tarikh korang bagi, or pilih untuk cari tiket paling murah around tarikh yang korang pilih. Selalunya, kalau book directly under Firefly ni, susah nak dapat discount and harga dia fix. Unless waktu korang book tu tengah ada promo ke macam tu lah.

PENJIMATAN DALAM PERCUTIAN



Nak dapatkan harga tiket yang lebih murah, korang boleh cuba pergi kat website traveloka. Kat traveloka ni, korang bukan takat boleh usha-usha hotel, or book hotel, korang pun boleh pilih nak beli tiket under traveloka punya website. Promotion tu selalu ada kat sana. Selain tu, bila korang pilih tarikh nak fly, dengan destination dia siap-siap, website traveloka ni akan show results flights dari harga yang paling murah sehinggalah paling mahal. Booking under traveloka punya website pun no problem untuk flights Firefly sebab nanti lepas bayaran settle semua, korang akan dapat e-ticket, ni dah cukup sebagai bukti tiket. So takyah takut untuk beli tiket kat traveloka. Lepas da beli tiket, boleh lah tengok-tengok hotel or tempat tinggal kat mana korang nak bercuti tu kan? Sambil menyelam minum air gitu kat satu website kan?


Korang pernah ke fly dengan FIREFLY? Korang rasa TRAVELOKA membantu korang berjimat tak untuk percutian korang? Mind to share ye ❤


Sekian ..

TATACARA PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN UNTUK GAJI BAWAH RM4K

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Semenjak diumumkan bahawa semua PEMINJAM PTPTN perlu MENGEMASKINI MAKLUMAT DIRI, ramai yang CALL dan tanya kepada kakitangan PTPTN bagaimana nak UPDATE MAKLUMAT DIRI. Kalau call HOTLINE PTPTN mahu berpuluh-puluh minit menunggu giliran untuk dapat bercakap dengan dia punya CUSTOMER SERVICE.

Sebelum tu, korang kena tahu kenapa pihak KERAJAAN nak kita semua UPDATE MAKLUMAT DIRI. Pada dasarnya pihak KERAJAAN nak bantu rakyat dalam PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PTPTN tapi KEWANGAN NEGARA tidak mengizinkan. So, dengan adanya DATA BASE baru bagi PEMINJAM PTPTN, diaorang boleh buat satu KEPUTUSAN YANG BARU.

KUNJUNGI CAWANGAN PTPTPN BERDEKATAN


Spouse mek menyahut seruan KERAJAAN untuk UPDATE MAKLUMAT DIRI dengan harapan, jika kita UPDATE MAKLUMAT DIRI, pihak KERAJAAN dapat bantu kita dengan cara yang lain pula. Tapi untuk masa ini, apa yang perlu anda lakukan sebagai PEMINJAM PTPTN, kalau korang tak tahu NOMBOR PINJAMAN PTPTN korang, boleh lah hadir ke mana-mana cawangan yang berdekatan. Rujuk LOKASI CAWANGAN NEGERI untuk memudahkan urusan korang dengan PTPTN. Untuk spouse, PTPTN di UTC KELANTAN menjadi pilihan sebab kitaorang off WEEKEND dan the only AGENSI KERAJAAN yang bukak adalah di UTC.

KESAN NOMBOR PINJAMAN MELALUI ONLINE



Kalau korang tak berkesempatan untuk ke CAWANGAN BERDEKATAN, korang boleh jugak view melalui ONLINE. Korang boleh baca TATACARA DAPATKAN NOMBOR PINJAMAN PTPTN untuk dapatkan NOMBOR PINJAMAN PTPTN. Antara kaedah lain jugak, korang boleh PM di FB PTPTN . Sebab ada BLOGGER yang request NOMBOR PINJAMAN melalui FB dia layan. So ada dua kaedah lain untuk tahu selain korang ke CAWANGAN PTPTN. Kalau dah malas nak pergi CAWANGAN, malas nak PM FB PTPTN - korang cari je la mana dokumen yang korang tandatangan dulu-dulu. Di DOKUMEN PERJANJIAN tu pun ada NOMBOR PINJAMAN. Kalau yang spouse mek SURAT REMINDER BAYARAN yang latest dia hantar tu pun ada NOMBOR PINJAMAN.

KEMASKINI MAKLUMAT PENDAPATAN



Sudah dapat NOMBOR PINJAMAN, korang klik UPDATE MAKLUMAT DIRI DI SINI dan isilah INFO yang dia mintak tu. TARIKH TUTUP untuk UPDATE MAKLUMAT PEMINJAM adalah pada 25 JULAI 2018 (RABU). Dah takda banyak masa sangat dah. Kalau korang baca info mek bagi ni, kalau tak submit lagi FORM UPDATE tu, sila lah buat sekarang ye. Ada jugak yang mek dengar tak nak update sebab sekarang dia dah POTONG GAJI untuk BAYARAN BALIK. Jangan macam tu ye kawan. Bayar memang tetap kena bayar. Tapi ni adalah salah satu usaha KERAJAAN nak dapatkan DATA FRESH PEMINJAM. So, korang kena la bagi KERJASAMA yang baik. Spouse mek pun buat jugak bayaran 3 tahun sekali dengan KWSP, but still UPDATE MAKLUMAT PEMINJAM.


Pinjaman PTPTN korang dah bergerak ke tak sebelum ni? Apa kaedah bayaran korang? Mind to share ye ❤


Sekian ..

QAS HOMESTAY DI PELANGI KONDOMINIUM KOTA BHARU

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Hujung minggu lepas, mek dengan SIS HAWA dan SIS GEE adakan pertemuan sesama ADMIN BLOGGER PANTAI TIMUR. Yelah, asyik berbincang dalam WHATSAPP je sesekali tu nak jugak berdepan, berenam mata bertemu. Kalau dah depan-depan ni boleh la sambil menyembang sambil jaga anak. Korang pun tahu kan kalau ada anak takkan nak pegang and mengadapa phone je.

Disebabkan mek dan SIS HAWA dah berlokasi di KELANTAN dan SIS GEE berlokasi di TERENGGANU maka kami cari satu HOMESTAY yang ala-ala percutian buat keluarga kami bertiga di KELANTAN. So anak-anak dan pasangan takde la bosan sangat dengar kami duk menyembang. Maka, pilihan kami untuk kali ini adalah QAS HOMESTAY PELANGI KONDOMINIUM.

QAS HOMESTAY - HOMESTAY DI KONDOMINIUM



Sungguh mek tak sangka mek berpeluang untuk menyewa HOMESTAY yang berKONDOMINIUM. Dulu selalu jugak cakap dekat spouse, kalau kawan-kawan atau sanak saudara tinggal dekat KONDO, mampu la nak merasa suasana KONDOMINIUM tu macam mana. Term KONDOMINIUM tu pun dah melambangkan satu rumah yang agak besar ruangnya untuk kita huni. Sesuai sangat la kalau mek sumbat 3 keluarga ADMIN BLOGGER PANTAI TIMUR dekat QAS HOMESTAY ni. Anak-anak pun akan teruja sebab biasa duduk dekat rumah perumahan je, sesekali nak ke rumah kena naik lif, terasa suasana PERCUTIAN. Bila bukak langsir dari QAS HOMESTAY, nampak pulak pemandangan KOTA BHARU. Syok sangat !

RUANGAN YANG LUAS



Seperti yang mek katakan tadi, term KONDOMINIUM tu dah cukup membayangkan keluasan rumah. Memang betul RUANGAN dalam QAS HOMESTAY ni luas ! Kami 3 keluarga ni semuanya berjumlah 18 orang termasuklah anak-anak kecil dan remaja. Tahu sajalah kan kalau budak-budak yang umur macam Amani dan Amzar, mesti ada sahaja 'program' mereka tersendiri. Tambah pulak ada geng yang sekepala. Macam mek, SIS HAWA dan SIS GEE memang melepak dalam bilik sambil berblogging. Suami pulak duduk dekat ruang TV sambil menyembang dan menonton TV. Anak-anak boleh main SAIDINA di ruangan dekat dengan dapur. So masing-masing ada ruangan sendiri and tak kacau satu sama lain.

BILIK FULLY AIRCOND



Mek pun risau jugak bila menyewa HOMESTAY sebab tak semua HOMESTAY boleh provide bilik FULLY AIRCOND. Di QAS HOMESTAY semua bilik ada AIRCOND. So korang kalau datang sini tak perlu nak berebut nak bilik yang beraircond. QAS HOMESTAY sediakan 3 BILIK TIDUR dan 2 BILIK AIR. Satu bilik yang berkatil QUEEN, bilik kedua SATU QUEEN dan SATU SINGLE dan bilik ketiga SATU SINGLE. Kalau datang in big group macam mek, SIS HAWA dan SIS GEE, korang boleh je bawak COMFORTER atau dikenali sebagai TOTO. Budak-budak memang suka lah dapat tidur dengan geng mereka. Tengok TV sampai ke lewat malam, sambung lagi main SAIDINA, sedor-sedor jam 2 pagi baru diaorang lena.

RUANGAN DAPUR YANG SELESA



Dapur yang disediakan juga cukup dengan PETI AIS, DAPUR dan jugak BEBERAPA BEKALAN MAKANAN. Perkara BASIC seperti HEATER sememangnya ada. Katakanlah korang datang ke QAS HOMESTAY dan berniat nak masak-memasak pun DIBENARKAN dan alatan BASIC seperti FRYING PAN, PERIUK KECIK tu disediakan. Boleh la kalau tapau makanan dan nak panaskan balik dekat QAS HOMESTAY. Macam kami pun semuanya tapau sebab ya Allah 18 orang nak makan dekat kedai memang haru kot. Lagi pulak memang kami nak berehat di QAS HOMESTAY sahaja memandangkan masa yang ada perlu dimanfaatkan sebaik mugkin. Kami just keluar untuk tapau makanan sahaja - meriah makan berhidang beramai-ramai walaupun dapur off that day.

HOMESTAY BERKOLAM RENANG



Korang, mana nak jumpa HOMESTAY yang ada KOLAM RENANG dekat KELANTAN ni. Bila OWNER dia bagitahu yang HOMESTAY ni ada KOLAM RENANG, PLAYGROUND kanak-kanak dan jugak GYM mek macam serius la weih ! Tapi yela, KONDOMINIUM kot mesti ada all this kind KEMUDAHAN right. KOLAM RENANG ni memang ada dua side, satu side anak-anak dan satu lagi side dewasa. Mak-mak pun memang teruja jugak terjun KOLAM RENANG dengan anak-anak. Sambil duk berbincang next plan BLOGGER PANTAI TIMUR, sambil berendam dalam KOLAM RENANG. Dari QAS HOMESTAY, korang dah boleh nampak KOLAM RENANG dari jarak yang dekat sebab QAS HOMESTAY berlokasi di TINGKAT 11 dan KOLAM RENANG di tingkat 10.

LOKASI STRATERGIK



Salah satu sebab mek pilih QAS HOMESTAY adalah sebab berlokasi STRATERGIK. Berlokasi di tepi SUNGAI KELANTAN tentunya menyajikan korang dengan PEMANDANGAN yang cukup cantik tak kira siang atau malam. Selain itu, tempat makan tersohor di KELANTAN juga dekat dengan QAS HOMESTAY contohnya NASI ULAM CIKGU KAMPUNG KRAFTANGAN, hanya berjalan kaki 3 MINIT sahaja. WARUNG POK MAT SUP KEPALA IKAN TEH TARIK MADU hanya 15 MINIT dari QAS HOMESTAY. Dan paling menggembirakan orang luar daripada KELANTAN adalah PASAR SITI KHADIJAH yang hanya 6 MINIT sahaja dengan BERJALAN KAKI. MASJID MUHAMMADI juga hanya 2 MINIT. Memang terbaik lokasi HOMESTAY mereka.

CONTACT QAS HOMESTAY



Korang kalau nak stay di QAS HOMESTAY amat dialu-alukan dan korang boleh PM FB NURUL HAKIMAH atau boleh WHATSAPP dan CALL di nombor 0145067552 . Untuk satu malam, semua PERKHIDMATAN yang mek bagitahu tadi hanya RM250. Untuk kami bertiga, satu family tak sampai SERATUS pun. Jimat berganda, kan? Lagi satu yang mek perasan bila kita stay dekat HOMESTAY hubungan kekeluargaan tu akan jadi lebih erat. Mana taknya, anak-anak boleh main bersama-sama, makan pun bersama-sama. Mengemas pun sama-sama. Memang PERCUTIAN di QAS HOMESTAY kali ni buat mek bukak mata dan merubah presepsi mek terhadap HOMESTAY. Tak kenal maka tak cinta. Tak rasa maka tak tahu hikmahnya.


Korang pernah tak bercuti di HOMESTAY atau korang lebih prefer menyewa di HOTEL? Mind to share dekat komen ye ❤


Sekian ..