ZAKAT FITRAH KEWAJIPAN SEMUA UMAT

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Berbaki dua hari sahaja lagi kita akan berpuasa untuk 1439H. Bulan yang penuh keberkatan ni dah nak tinggalkan kita dah. Entah sempat ke tidak nak jumpa tahun depan. InsyaAllah kalau Allah beri kesempatan lagi, masih lagi dapat mengumpul pahala dalam bulan Ramadhan 1440H.

Mek percaya, korang semua dah pun lakukan sunat Tarawikh sepanjang ramadhan ni, kan? Mek pun ada jugak tinggal. Hukhuk. Tapi better daripada tahun lepas rasanya. Moga Allah terima amalan kita semua.

Lagi satu sebelum puasa kita berakhir, ZAKAT FITRAH dah selesai ke belum? Satu-satunya zakat yang WAJIB ke atas semua umat Islam, tiada pengecualian. Tujuan zakat dikeluarkan adalah untuk membersihkan harta yang kita ada. Harta ni bukan kena ada berbillion baru nak isytihar ada harta. Setiap milik yang kita ada, itu adalah harta kita. Jadi, kenalah dibersihkan setiap tahun. Kalau boleh derma lebih lagi elok.


Untuk Kelantan, RM 7.00 kadar Zakat Fitrah. Most yang mek tengok, RM 7.00. Ada jugak yang murah sikit daripada Kelantan, tapi rasenya satu atau dua state je la.


Ni adalah NIAT untuk keluarkan Zakat Fitrah. Boleh baca dalam hati, boleh baca macam nada bacaan solat. Asalkan korang tahu niat untuk korang mana satu. Kang dah ada anak, tapi baca yang bujang pulak. Kena tengok betul-betul.

Bagi family mek, dah settle on last weekend. Punyala cari kaunter zakat sebab tahun sebelum ni, kaunter zakat ada je dekat mall. So sambil korang pusing mall boleh bayar zakat sekali. Tahun ni  kena pergi Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) untuk buat bayaran zakat. Kalau antara korang yang tahu mana lagi ada kaunter untuk bayar zakat, share dekat komen okeih ❤


Sekian ..

6 comments

  1. Alhamdulillah En Suami PC dah bayar zakat awal...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dah settle.. Dekat pejabat Sha ini memang ada ustaz datang kutip dari pejabat ke pejabat, jadi senanglah..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..sy pun dah tunaikan..:)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah
    Dah disempurnaan kewajipan.
    Selamat hari raya Mek
    Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  5. Sama dengan Terengganu, RM7 jugak..esok dah last puasa, kena bayar cecepat takut terlupa pulak..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah selesai. yang wajib ni kita kena tunaikan. nampak remeh tapi janganla berlengah2..

    ReplyDelete