URUSAN ASB DI BSN KELANTAN

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

This entry khusus untuk warga negeri Kelantan. Selalunya korang kalau nak buat urusan ASB, mesti kena ke Pejabat Pos / Maybank / CIMB / ASNB, kan? So ni ada berita baik untuk korang !


Credit to Google Image dan Website ASNB.
Mulai 23 Mei 2018, BSN Kelantan secara keseluruhannya telah mula operasi bagi urusan ASNB. Korang boleh pergi mana-mana cawangan BSN samada di luar Kelantan mahupun di dalam Kelantan untuk buat transaksi ASNB. Dengan banyak channel macam ni harap dapat membantu korang dalam memudahkan urusan pelaburan.

Di sini mek jugak akan list-kan senarai cawangan BSN di Kelantan untuk korang terjah untuk buat apa-apa urusan berkaitan :

1. CAWANGAN UTAMA KOTA BHARU JALAN PINTU PONG
2. CAWANGAN JALAN KUALA KRAI
3. CAWANGAN LUNDANG
4. CAWANGAN KUBANG KERIAN
5. CAWANGAN PENGKALAN CHEPA
6. CAWANGAN WAKAH BHARU
7. CAWANGAN PASIR MAS
8. CAWANGAN RANTAU PANJANG
9. CAWANGAN TUMPAT
10. CAWANGAN PENGKALAN KUBOR
11. CAWANGAN TANAH MERAH
12. CAWANGAN MACHANG
13. CAWANGAN JELI
14. CAWANGAN KUALA KRAI
15. CAWANGAN GUA MUSANG
16. CAWANGAN PASIR PUTEH
17. CAWANGAN JELAWAT
18. CAWANGAN KOK LANAS
19. CAWANGAN MELOR
20. KIOSK TEMAN TUNJONG

Ada 20 cawangan yang sedia untuk bantu korang dalam apa jua urusan perbankan. Kalau korang rasa cawangan berdekatan korang agak sesak dengan orang ramai, korang juga boleh ke Ejen Bank BSN. Biasanya Ejen Bank BSN ni di kedai-kedai runcit. Yang ada logo EB BSN tu maksudnya korang boleh buat urusan perbankan. Tapi di EB BSN korang masih lagi tidak dibenarkan untuk buat transaksi ASNB

Harap entry ni dapat membantu korang. Yang dah buat transaksi ASNB di BSN, komen ler kat bawah. Ok ke idok? ❤


Sekian ..

8 comments

  1. Hehe.. mungkin sebab dah terbiasa guna services dekat pejabat pos dengan ASB itu yang tak pernah cuba dekat BSN

    ReplyDelete
  2. Hehehehehe... teman dah close Akaun ASB....🤗😋

    ReplyDelete
  3. wahh bagus mek.. acc asb bt di maybank, tiap bulan potong masuk je. asb loan pulak bt dgn cimb. heee

    ReplyDelete
  4. first time sampai sini. salam singgah.

    ReplyDelete
  5. Kalau di sini LZ prefer pi BSN di Seremban 2..
    Untuk transaksi ASB pula selalu buat di CIMB or Maybank sebab dekat dengan office..

    ReplyDelete
  6. molek sangat nie..

    bagi kemudahan kepada mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
  7. Mudahlah nak berurusan kalau macam nie.. nice sharing mek..

    ReplyDelete