Fuhh, dah habis sesi AIDILFITRI 1439H untuk mek sekeluarga. Maksud tamat tu bukan lah tamat tak attend open house dah. Cuma dah habis tempoh balik kampung dan juga bercuti AIDILFITRI 1439H. Raya ke lima mek dah start berkerja balik.
MENU RAYA untuk keluarga mek dah pun di publish. EKAD RAYA pun mek dah tunjuk dekat korang. So entry kali ni mek nak tunjuk BAJU RAYA mek lerr pulok. Walaupun tidak glam, cukup la untuk OOTD pada hari raya.
Outfit RAYA PERTAMA : GENE MARTINO . Previous entry mek ada suruh korang teka samada mek beli ke tak design yang mek try. Hanya BASH je yang teka but sorry sayang, bukan seperti yang di teka. Takpe, still ada peluang pada outfit raya kedua.
Yang berbaju oren tu JIM PETERSSON from Sweden. Melancong ke Langkawi sekali kena angkut oleh sepupu spouse mek untuk try berHARI RAYA. Nampak la kan muka dia excited. JIM ni baru 24 tahun tapi orang Sweden ni memang tinggi. Nampak macam 30 tahun pun ada.
JIM ni pun nak bagi duit raya jugak lepas dia tengok sape entah bagi duit raya. Dia tanya orang bagi apa dekat budak-budak. So mek cakap la duit raya. Kalau Christmas korang bagi hadiah, kalau AIDILFITRI kita bagi duit. So dia mintak lerr dengan mek nak sampul raya tu. At first ingat dia nak sampul buat kenangan je. Bila dia cakap nak satu lagi sampul, mek suspek dia nak bagi Amani dan Amzar duit raya. Dan tekaan mek memang betul. Rezeki anak-anak.
Menu pertama mek pada AIDILFITRI 1439H . Lemang tu beli dengan kawan sekolah mek aje. Satay as mek publish dalam entry (mak mertua yang buat).
Ni Tokki yang request suruh ambik gambor dia dengan Amzar. Time snap takde pulak feeling apa-apa, masa duk tengok-tengok gallery tu macam terasa pulak. Dia yang request nak bergambar. Allahu, panjangkanlah usia Tokki.
AIDILFITRI KEDUA, ini dekat rumah Mummy mek pulak. Abang mek yang nombor dua dan kaum kerabatnya sahaja yang tak ada. So muat-muat la kitaorang dekat kerusi ni. Amani paling gembira dalam gambor ni. Mek pun tak pasti kenapa.
Selain dekat ruang tamu, tangga rumah Mummy jugak satu port yang menjadi WAJIB untuk bergambar. Kalau korang perasan, shawl mek tu ditaja khas oleh NADIA IZZATY sebab mek menang GiveAway yang dia anjurkan. Shawl DUCK memang lembut dan selesa. Tak panas dan tak mudah berkedut walaupun Amzar duk genggam erat. Patut la bila sekali dah beli DUCK, memang akan cari DUCK jugak.
Ni pun port WAJIB jugak bila beraya dekat rumah mak sedara mek. Sofa dan langsir rumah dia lawo sebab tu WAJIB bergambor dekat sini. Kiranya cam tempat bergambor dah ruang ni.
Ini anak tuan rumah merangkap sepupu mek. Anak dah empat tapi body still maintain. Muka pun maintain. Kena menuntut ilmu lebih sikit.
AIDILFITRI KETIGA dah start kenduri kendara. Pinjam pelamin orang untuk jadikan port berfoto. This outfit pun mek ada buat CONTEST jugak. Dan guess what, WANI SUKARNO betul in guessing this ! Tahniah ye Wani. Nanti claim duit raya dengan mek.
Next open house pulak. Yang ni developer office mek yang ajak datang memeriahkan Open House Tijani Raja Dewa Kelantan. So dapat lerr jumpa Nora dan dengar dia nyanyi live. Amani paling gembira tengok Nora nyanyi. Mek dengan spouse pun layan jugak tapi takde la sampai sing along lambai-lambai tangan gitu.
Ni rumah contoh yang kitaorang masuk tengok. Memang lawo ! English style gitu. Paling best, ada dinding yang boleh buat background photoshoot. Lighting pulak amat membantu. Harga rumah ni mek hanya mampu sebut sahaja : RM1.6 million
Ni Mr Lim, pelanggan SSP mek dan jugak sales manager untuk Tijani Raja Dewa. Kalau korang nak tengok rumah-rumah yang Tijani Raja Dewa duk buat, boleh je contact Mr Lim ni. Memang korang akan puas hati dengan cara dia consult korang.
AIDILFITRI KEEMPAT just keluar untuk buat urusan sebab esoknya dah kerja. Sebelum masuk kerja jom la kita siapkan semuanya supaya tidak kelam kabut nanti.
Itu lerr outfit mek dan family sepanjang AIDILFITRI 1439H. Cukup untuk lengkapkan photo album nanti. Dikesempatan ni mek nak mohon keampunan daripada korang semua if mek ada tersalah bahasa atau menyinggung perasaan korang dalam penulisan mek. Kadang memang sengaja nak bedal orang kadang tu saja nak bergurau. Harap kita semua bukak lembaran baru. Amin..
Korang dah buat entry wrap up untuk raya? Jangan lupa share dekat komen, boleh mek baca yang korang pulak ❤
Sekian ..
Ini betul-betul raya mek.. kita beraya masih lagi sama, tak sempat nak siap gambar hikhik
ReplyDeleteini baru btl raya..:)
ReplyDeleteSelamat hari raya buat mek sekeluarga.
ReplyDeleteWow meriohh raya mek,, x sangka tekaan tepat, hii, boleh lah mintak duit raya :D
ReplyDeleteSALAM IDILFITRI AYUNIE N FAMILI
ReplyDeleteSalam Aidilfitri buat Ayunie sekeluarga. Salam ukhwah, maaf zahir dan batin :)
ReplyDeleteSelamat hariraya Aidilfitri Mek.
ReplyDeleteSalam kosong-kosong
Wah! sakan beraya sana sini situ, terbaik!
Salam lebaran buat keluarga mek!
ReplyDeleteSelamat Hari Raya mek! Takpe tak menang pun, suka suka 😊 Suka tengok gambar-gambar raya mek. Kadang memang betul, setiap rumah tu ada port cantik nak bergambar. Tiap tiap kali amik gambar kat situ je.
ReplyDeleteBtw bash dah update blog akhirnya
http://yesbashtiahwrites.blogspot.com/2018/06/eid-2018-crying-sofia.html?m=1
Selamat Hari Raya Mek. Meriahnya raya. ;)
ReplyDeleteMuka amzar tu dah kenapa pasrah habis haha. Ni baru betul raya sakan kak. Terbaikkkk :P
ReplyDeleteselamat hari raya mek..
ReplyDeletesy tgh menunggu mood datang nak update raya.
yg puasa pun ada 2 3 entri belum post.kihkihkih
selamat hari raya utk ayunie sekeluarga.. eh eh tp ank menakan sy ayuni belum kawen lg br pt3 hahahaa
ReplyDeleteMeriahnya raya mek.. Salam Aidilfitri ye Mek..
ReplyDelete