SAKIT / PERIT TEKAK APA NAK BUAT

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Lately ni ramai pulak yang mek terdengar SAKIT TEKAK. Atau mek boleh cakap BENGKAK TONSIL. Setahu mek, kalau bengkak tonsil ni biasanya kuman duk kat tonsil tu then membengkak. Kadang punca BENGKAK TONSIL sebab korang makan then tak minum air putih untuk bilas kemanisan / kepedasan / kemasinan dan segalanya. Contoh kalau makan dekat kedai, lepas makan then minum air yang manis. Pastu blah macam tu je lah.


Credit to KAK MUIS ISMAIL untuk gambor ni dan korang boleh click dekat link untuk tahu cerita BENGKAK TONSIL yang dialaminya.

Sebelum ni bila spouse mek duk sakit tekak tu, dia just take panadol je. Tapi tahan kejap je. Around 5 to 6 hours. Then nanti akan perit balik. Mungkin sifat panadol tu sebagai ubat tahan sakit je kot. Then kalau kita pergi farmasi, biasa mereka akan suggest untuk ambik antibiotik. Lepas consume antibiotik 3 - 4 days macam tu, tonsil akan surut bengkaknya. So korang takkan perit lagi dah.


Credit to tuan empunya gambor untuk this menyelerakan AIR SUAM PANAS.

Another method yang mek tahu, baru je tahu semalam iaitu MINUM AIR SUAM yang agak panas. Bukan SUAM yang budak minum tu. Ambik around 12 gelas secara on off la. Mahu pecah perut korang duk telan air 12 gelas one short. Hukhuk. This method proven by kawan ofis mek. Rabu kita orang ada meeting. Memang dia diam je sebab perit yang amat untuk menelan dan bercakap. Lunch pun dia tak makan. Tidur je sebab dia cakap sakit sangat nak menelan air liur pun kena pejam mata tahan peritnya. Esoknya dia datang mek tengok gembira ok dah boleh breakfast, dah boleh cakap. Totally fine. Dia pun bagitahu lah yang dia ambik AIR SUAM PANAS around 10 gelas semalam dan 2 gelas pagi ni untuk legakan tekak dia. Memang jadi oii. Alhamdulillah.

Korang ada cara lain lagi tak untuk redakan BENGKAK TONSIL / PERIT TEKAK / SAKIT TEKAK ? Kalau ada boleh la share dekat komen di bawah ❤


Sekian ..

7 comments

  1. aduih... sengsara nak makan klu kena tonsil ni.... mmg betul kena minum air putih tu... thanks for sharing mek

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. nampaknya kena try petua ni pulak..minum air suam pns.
    btw ayah selalu membebel suruh minum air suam kalau bengkak tonsil. hihi
    musim pns mcm sekarang ni kena banyak minum air je..utk elak jangkitan kuman atau bakteria kat tonsil

    ReplyDelete
  4. cik nor klu gatal2 tekak tu paling haru..nak tdo pun ssh..huhu

    ReplyDelete
  5. yang eskrim tu kitaaaa suka hehe jadikan alasan nak makan eskrim lebih yaaaassss..

    ReplyDelete
  6. get well soon..makan ice cream tu insyaAllah hilang lah tonsil tu

    ReplyDelete
  7. Kalau minum air suam memang melegakan.. Agaknya sebab air suam panas tu membunuh kuman dekat tonsil tu kot.. Sha rasalah.. Sebab selalu kalau tekak perit memang rajin minum air suam panas..

    ReplyDelete