RENEW ROADTAX DI PERODUA SALES

Salam alaikum semua sahabat blogger mek ..

Every Jun mek akan celebrate birthday my little precious OZZY. Dulu mula-mula dapat bagi nama BABY MAROON. Bila tengok surat beranak baru tahu namanya OZZY. Melekat lerr panggil OZZY tu OZZY. Still dont get it? Jom baca lagi.

Since dapat OZZY, mek tak pernah putus lagi dengan pengeluarnya. Daripada segi checkup OZZY, memang akan menuju ke tempat asalnya. Jadi untuk perbaharui CUKAI di atas OZZY, mek pun ke PERODUA jugak. Ok, dah faham kan siapa OZZY.

Mek ambik OZZY 2014, jadi tahun ni (2018) adalah tahun ketiga mek buat renewal ROADTAX and INSURANS di PERODUA. Kenapa mek ambik PERODUA? Dulunya sebab ingat mudah nak claim if anything happen. Bagi mek, kalau ambik dengan AGENT, kalau jadi apa-apa kita as owner kena cari syarikat INSURANS kita sendiri. Ataupun serahkan kepada workshop untuk settlekan. Selain tu, kalau ambik dengan AGENT, kalau jenis AGENT tak explain, customer pun jenis terima bulat-bulat, memang tak tahu lerr apa benefit INSURANS tersebut. Kan?

Tapi itu common case. Siapa je yang jenis tanya satu persatu apa benefit dia dapat bila apply. Lagipun lebih kurang sama je kalau INSURANS kereta. Tapi tahu tak korang, PERODUA itself ada keistimewaan untuk pelanggan mereka? Kita sebagai pelanggan PERODUA tidak terputus bila kereta tu kita pandu keluar daripada showroom. Still masih boleh connecting thru services dan RENEWAL ROADTAX and INSURANS. Jom tengok apa benefit yang kita dapat jika kita RENEW ROADTAX di PERODUA SALES.


Di PERODUA, korang bukan sahaja dapat protection daripada syarikat INSURANS yang kita apply malah kita akan dapat COVERED daripada PERODUA TOTAL PROTECT. Ever heard about it? Jom kita story dekat bawah lagi.


Biasa in 1st year korang beli any cars from PERODUA, akan ada nombor SMART ASSIST di pelekat next service korang. Perasan tak? Talian bebas tol akan ada di sticker tersebut. Itu antara PERODUA TOTAL PROTECT buat. 
Dengan hanya RM10 sahaja korang akan gain benefit daripada PERODUA TOTAL PROTECT. Antaranya, MEDICAL BENEFIT, BAYARAN PAMPASAN BILA KERETA KORANG DEKAT WORKSHOP PERODUA, BAYARAN HOTEL JIKA KORANG KEMALANGAN LUAR NEGERI.
Weih, tak rasa ke that RM10 ni banyak cover benda? At least membantu korang untuk tampung kos bila kereta breakdown.


Ni full PERODUA TOTAL PROTECTS bagi dekat pelanggan. Untuk paparan lebih jelas, mek sarankan korang ambik pamplet di PERODUA SALES berdekatan dengan korang.

Bagi mek, RM10 amat berbaloi dengan PROTECTION yang diberikan. Yelah, siapa je nak excident, kan. Tapi kalau dah kena, memang azab jugak lerr duit mengalir keluar. Silap haribulan, tergadai simpanan Tabung Haji / ASNB.

So, ada rasa nak dapatkan PERODUA TOTAL PROTECT? Jangan lupa ke PERODUA SALES berdekatan dengan korang. For those yang dah purchase these, atau dah pernah claim these, boleh share dekat komen ❤


Sekian ..

4 comments