PENJAGAAN TAPAK KAKI BAGI WANITA

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Semalam dah ceritakan pasal penjagaan rambut untuk wanita so hari ni nak jugak share pasal penjagaan tapak kaki bagi kaum hawa sekalian. Kadang, bukan niat tak nak jaga tapi takda masa, rasa tak berapa penting dan kadang memang malas nak jaga tapak kaki ni. Bagi mek, kalau korang yang dah kahwin, of course jaga untuk cantik demi suami. Kalau yang single, jaga lah atas dasar kurniaan Allah.

Dulu mek pernah jugak tak jaga kaki, that time first pregnancy. Malas giler ! Korang boleh baca DEKAT SINI untuk kisah dulu. 

Untuk kisah sekarang, lepas beranakkan Amzar, memang kaki langsung tak jaga. Pendek cite sebab malas. Sebab tak spend masa untuk sapu losyen dekat tapak kaki. Last, kaki dah berkerak baru sedar yang kaki dah agak nazak. 


Tapi untuk kali ini, mek apply Nivea Skin Delight haruman Glowing Rose. Cerita asal kenapa boleh try Nivea ni sebab mummy mek yang bagi. Dia beli lepas dia apply katanya tak sesuai dengan dia so dia bagi dekat mek. This Nivea mek peram dalam almari almost a year ! Macam mek cakap tadi, dah nazak baru cari balik losyen yang mana ada dalam almari.

Whatever losyen yang korang guna tapi korang MESTI kena sapu losyen dekat tapak kaki. Why?? This is why ..

1. Lembutkan tapak kaki

Yes ! Untuk lembutkan tapak kaki korang. Kalau tak nanti jadi pecah-pecah, kasar dan paling worst berdaki berkerak.

2. Urutan untuk kaki

Time korang apply losyen, korang jangan lah sapu macam angin lalu je. Korang ambik la peluang ni untuk mengurut tapak kaki korang. Bila tapak kaki diurut, peredaran darah juga akan ok. Tambah pulak bau losyen korang yang wangi lagiii menambah rasa tenang tu.

Dua dah cukup. Tapi paling penting adalah nombor dua. Itu pendapat mek. So from now on, jom la kita rajin-rajinkan diri untuk moist up kaki disamping memberi ketenangan kepada diri kita. 

Korang guna losyen apa dekat kaki? Mind to share ❤


Sekian ..

11 comments

  1. cik nor pun guna losyen ni gak...best..:)

    ReplyDelete
  2. Lelaki pun sepatutnya perlu ambil tahu untuk tips penjagaan tapak kaki nie...

    ReplyDelete
  3. Mrs. A memang jaga tapak kaki dari zaman remaja auww... hahaha..
    Eh! serius jaga sebab Mrs. A ada kawan yang tumit kakinya pecah-pecah pastu bergaris hitam dalam hati cakap eiii gelinya aku tak naklah jadi macam tu.
    Alhamdulillah tumit Mrs. A takde masalah macam tu.

    ReplyDelete
  4. mesti wangi losyen ni. nak kena try juga..kerja dalam aircond ni kulit cepat kering

    ReplyDelete
  5. boleh try.. hehehe https://nanafidenaz.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. best nyer la baca entri ni.
    sambil terus tgn ni urut tapak kaki.
    ada losyen gini lebih best.

    ReplyDelete
  7. rabia guna johson baby.berkesan jgk kt kulit ni.smooth je.tp tak letak pun kat tapak kaki.boleh try letak kan.sbb kaki pun merekah jugak .

    ReplyDelete
  8. Yang no 2 tu, kalau ada yang tolong buatkan lagi ohsem mek.. kikiki..

    ReplyDelete