Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Untuk wanita bertudung, kadang penjagaan rambut ni bukan satu kemestian untuk dijaga. Cukup beli shampoo dan perapi, then basuh la dalam bilik air masa mandi. Dah keluar tu lap bagi kering. Paling tidak letak minyak baby johnson sebab tak nak bagi rambut tu kering sangat.
Kalau yang bekerja macam mek, weekend mungkin ada masa untuk ke saloon tapi kalau dah weekend tu masa untuk anak-anak, mana nak ke saloon lagi dah. Bagi surirumah pun sama. Kebanyakkan masa spend dekat rumah dan anak-anak.
Tapi tahu tak sebenarnya rambut kita ni perlu jugak ke saloon. Kenapa?
1. Urutan Kepala
Yes ! Ke saloon rambut bukan sahaja korang manjakan rambut korang malah untuk sesi mengurut kepala. Ya Allah, bestkan kalau orang urutkan kepala kita, tengkuk kita. Rasa hilang penat. Tenang je rasanya.
2. Buang kerak / minyak di kulit kepala
Jangan nak menipu. Basuh sendiri takkan sama dengan orang yang tolong basuhkan rambut kita. Mek sendiri takdanya nak spend 30 minit untuk shampoo rambut. Paling lama 5 minit, tu pun dah lenguh tangan. Minyak dekat kulit kepala memang takkan hilang kalau kita shampoo setakat ala kadar. Sudahnya, kita akan kerap sakit kepala dan rambut pun akan banyak gugur.
3. Me Time
Pergi ke saloon seolah-olah me time untuk kita. Kita boleh relax sambil orang urut kepala, cucikan kepala kita, belai rambut kita. Masa di saloon ni la kalau korang nak bertenang tanpa fikirkan apa-apa.
Itu tiga main reasons mek bagi untuk wanita harus ke saloon untuk penjagaan rambut. Rambutkan mahkota perempuan. Kalau suami cium bau hapak je cam erkkk. Kalau suami belai rambut kita rasa lembut je, kan best. Jangan sayang untuk spend RM15 ke saloon yang boleh bagi banyak manfaat kepada korang. Berapa kali sebulan untuk ke saloon terpulang ke atas individu. Bagi mek sebulan sekali dah cukup untuk mek curi masa ke saloon. Itu pun dah bersyukur. Hihi. Kalau korang nak seminggu sekali pun takdak hal.
Bila last korang ke saloon? Cer komen dekat bawah ni ❤
p/s : sebab isu rambut so takde gambar / video hiasan.
Sekian ..
Last akak pegi ke salon bulan Januari lepas, tuepun sebab nak nipiskan rambut jea.. tapi kadang2 'me-time' kena buat jugak utk kita..
ReplyDeletelama dok me time!!
ReplyDeletedah kurang byk dah rambut ni. laki boleh torai la kan.. hehe
ReplyDeletesalam kenal.. CT follow sini.
ReplyDeletepart paling best adalah ‘me time’ hehe sedapnya kena urut kepala kat salon..
Last Mrs. A pergi salon YunNam tahun 2015 tak silap, ada buat post kat blog.
ReplyDeleteLa nih! dah 3 tahun tak pi salon kalau pergi pun setakat kedai gunting biasa kat kampung potong biasa baru RM6.00 hiks!
baru je aira pergi dua minggu lepas. aah memang rutin pergi cuci kat kedai sebulan sekali, memang syok habisss orang urutkan kepala. haha
ReplyDelete