NUZUL AL QURAN ; PERKARA SUNAT UNTUK GANDAKAN PAHALA

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Salam hari Nuzul Quran untuk semua yang membaca entry mek. Alhamdulillah, berkesempatan lagi tahun ni untuk kita sama-sama menikmati pahala dalam bulan Ramadhan. Sedikit perkongsian ilmu pasal Hari Nuzul Quran in this entry.

Petang Khamis 31 Mei 2018, seronoknya lahai nak cuti weekend sebab this weekend dapat 3 hari cuti. Alhamdulillah. So dalam sibuk-sibuk duk wish 'selamat cuti tiga hari', seorang menyapa dan tegur mek, 'Apa yang awak faham dengan Nuzul Quran?'. Mek macam wow ! Nasib aku dah google tadi. 'Nuzul Quran tu hari yang mana Quran diturunkan secara complete kepada Rasulullah.' Dia angguk. 'Lagi?' Dia sambung. Mek dah lain macam. Ni nak kena ceramah free ke ni? 'Hari yang mana kita semua umat Islam dapat panduan lengkap untuk hidup di dunia dan akhirat'. Dia angguk jugak. Then dia start tazkirah Asar kepada mek.

'Nuzul Quran ni jatuhnya pada 17 Ramadhan. Walaupun banyak qhilaf tapi ulamak sepakat mengatakan 17 Ramadhan adalah hari turunnya al-Quran secara lengkap. Dan betul lah, macam awak cakap, turunnya Quran sebagai pelengkap hidup manusia dunia dan akhirat. Tinggal lagi manusia amal atau pun tidak. Itu seperkara. Perkara yang kedua kita kena ingat pada Nuzul Quran adalah 10 malam terkahir Ramadhan. Bermula 17 Ramadhan, kurang lebih ada 12 malam lagi untuk kita beribadat. Dan sepatutnya semua orang Islam perlu sedar dan mula untuk menambah amalan-amalan sunat mereka supaya kita tidak terlepas dengan malam Lailatul Qadr. Kalaulah semua orang faham dan tahu nikmat Malam Lailatul Qadr, takkan ada orang yang nak tidur nyenyak, mesti semua berlumba nak bangun pada malam hari, nak sembahyang, zikir dan baca al Quran supaya bertemu malam yang seolah-olah kita beribadat 83 tahun tanpa melakukan dosa. So, renung-renungkan lah. Jangan hanya faham Nuzul Quran dapat cuti dan Nuzul Quran ada Quran Hour. Inisiatif tu bagus tapi kalau dapat diamalkan sehingga ke penghujung Ramadhan, pasti hidup kita diberkati.'

Mek pulak yang angguk this time. Dan mek terus blah pergi sembahyang Asar. Tapi syarahan dia tu memang terngiang-ngiang kat telinga mek sehinggakan mek boleh tulis semua macam dia cakap. Macam pencatit minit pulak. Tapi he said the truth ! Ko duk bye bye orang selamat cuti 3 hari, kau sepatutnya ingatkan diaorang jugak untuk tambah ibadah. Hukhuk.

So gaiss, lets tambah amalan masing-masing. Still berkesempatan. Dan moga ibadah kita diterima Allah. Amin ❤


Sekian ..

4 comments

  1. betul jugak, dah nak dekat dah dengan malam lailatul qadr tu

    ReplyDelete
  2. abe kie cuba nak lebih kerap membaca Al Quran pd bln Ramadhan ni...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian awak dan semoga kita sentiasa beristiqamah dalam baca Al-Quran di bulan Ramadhan Al-Mubarak nie..

    ReplyDelete