MENU UNTUK TETAMU PADA PAGI AIDILFITRI

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Aidilfitri tak lama lagi nak bersua dengan kita dah. Insyaallah kalau dapat tengok anak bulan malam esok, Jumaat nanti berhari raya lah kita. Mesti korang dah well prepared kan untuk sambut raya. Dalam kita duk sibuk dan kalot dalam menyiapkan diri untuk berhari raya, kita pun kena ingat juga pada yang kurang berkemampuan. Bantu la semampu yang boleh. InsyAllah pahala kita dapat, besar pulak tu ganjaran bersedekah dalam Ramadhan. 

Selain daripada prepare baju dan kuih raya, mesti di pagi raya korang pun kena masak jugakkan? Macam family mek, raya pertama dah tahu nak tuju rumah sape, rumah kedua pun dah set rumah sedara mana. So masing-masing dah tahu turn sapa kena masak dulu. Gitu.. Untuk tahun ni, tiba-tiba mek pun nak ambik port jugak dalam menyediakan juadah di pagi raya. Entah mood apa yang datang. Tapi mek masak nasi je la, lauk pauk tu mummy dengan mertua mek la yang sediakan. Takat nasi masak dalam Noxxa tu boleh lerr nak tolong. So ni antara juadah cadangan mek di pagi Aidilfitri nanti :

1. Nasi Dagang ft Gulai Ikan Tongkol / Gulai Ayam

Yang ni menu wajib mummy mek sediakan. Daripada mek kecik sampai la dah beranak dua, mesti ada Nasi Dagang versi Terengganu. Yang ni semua sanak saudara akan berkumpul dekat rumah mummy untuk have this Nasi Dagang.

2. Satay

Ini pulak mertua mek punya idea. Tahun ni buat satay katanya sebab ramai dekat rumah Tokki. Mek follow je lerr. Ada satay barulah nampak raya. 

3. Nasi Briyani ft Ayam Masak Merah

Ini menu nasi mek dekat rumah mertua. Korang tahu je la kan, satay tu kan agak leceh jugak nak buatnya, so mek bantu la buat nasi. At least ada la makanan untuk tengahari sekali. Tapi Ayam Masak Merah tu mertua mek je la yang buat. Hukhuk, that one, mek belum master lagi.

4. Nasi Briyani ft Kerutuk Kambing / Kerutuk Ayam

Ini pulak dekat rumah mummy nanti. Mek yang beriya nak makan Kerutuk Kambing. Tu yang mummy sanggup nak masak kerutuk even dah ada nasi dagang. Hikhik. 

So mek ada EMPAT menu cadangan untuk korang buat kot-kot korang kering idea nak masak apa di pagi raya. Bagi mek, pagi raya nak masak apa terpulang, tak semestinya lauk dan nasi kena yang rare sebab bagi mek niat utama kita buat makan di pagi raya adalah untuk berkumpul sanak saudara. Sambil makan sambil borak. Dan lagi satu, elakkan lah daripada membawang ye. Elok tinggal Ramadhan macam kain putih bersih, tup tup pagi raya dah conteng dosa pulak. Sia sia duk terawikh 20 rakaat.

Korang masak apa di pagi raya? Nanti share dekat komen ye ❤


Sekian ..

5 comments

  1. Lebih kurang sama menu kita. Sedapnya tak sabar nak merasa menu raya ni😍

    ReplyDelete
  2. Bak mai alamat rumah mek, nak pi beraya. Simpan satay tu untuk kitorang nanti tau :D

    ReplyDelete
  3. Teman raya tahun nie turn Kelate pulak...😌😉☺️
    Nasib baik perjalanan telah di rancang dengan baik... tak dek la menempuh azab jem tu... menu raya kat Kelate nie kebanyakkannya heavy weight jerk... sapa yg berjaya menurunkan berat badan tu, kena la beringat sket ye...

    ReplyDelete
  4. meriahnyaaa makanan2 dipagi raya. kalau kat kg CT pulak time first memang ketupat lemang n rendang saja. hari2 lepas tu baru meriah hehe tak tahula knapa..

    ReplyDelete
  5. Dekat rumah Abah Sha buat Meehoon sup dengan rendang ayam.. Umah MIL Sha pula buat mee kuah dengan rendang ayam.. sempoi je..

    ReplyDelete