MENU UNTUK BERBUKA / SAHUR ; MINGGU KEEMPAT RAMADHAN

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Dah last-last puasa ni memang agak dah kering idea nak makan / masak apa. Spouse mek daripada dua senduk dah jadi sesenduk. Dua tiga pagi ni makin nazak tengok cara dia cedok nasi. Dah jadi sejemput dah kat dalam pinggan. Mek memang tak makan nasi kalau sahur. Tapi tetap kena makan. Antara yang mek ambik adalah :


Kuey Teow Goreng plus dengan Ayam Goreng Berempah. Kuey Teow yang mek buat ni masak dalam 3 minit je kot sebab tak da barang tambahan seperti sayur dan lauk pauk. Ayam Goreng Berempah tu pulak spouse belikan dekat bazar je. Senang, kan? 


Sardin Tumis. Simple dan membuka selera, kot. 5 minit dah siap masak sardin ni. Kalau rajin, tambah la telur dadar. Kalau tak rajin sangat, makan aje lah sardin ni dengan nasi. Oh lagi satu, kalau terlebih rajin, boleh buat sandwich sardin perah asam limau. Perghh ! Mungkin itu akan lebih mengenyangkan.


Last but not least, Ayam Goreng McD. Korang boleh nak makan macam tu aje atau makan dengan nasi berkuahkan sup. Bagi mek, mek suka makan Ayam Goreng McD dengan kuah sup. Mungkin bagi korang yang suka masak akan cakap goreng ayam biasa pun boleh. Ye memang boleh. Cuma Ayam Goreng McD ada ramuan tepungnya sendiri. So lain la sikit. Plus, mek kalau goreng ayam satgi tak siap ayam tu nanti, Amzar duk buat concert free dekat dapur.

Itu ler antara menu yang mek sempat rakam untuk share dengan korang. Ada jugak menu yang mek tak snap gambor. Maklum ler mek jenis sahur, panaskan lauk lepas tu sambung tidur. 4.45 pagi baru hidang nasi. Dalam keadaan mamai, takdenya nak snap gambor. Kalau teringat baru la ambik phone dan snap. Hukhuk. 

Korang ada idea lain boleh share dekat bawah ye. Dah last episod dah untuk MENU UNTUK BERBUKA / SAHUR. InsyaAllah tahun depan bersiaran pulak ❤


Sekian ..

7 comments

  1. Lama tak makan sardin...sedapnya..pembuka selera.

    ReplyDelete
  2. kdg2 yg simple itulah yg sedap.

    btw, mek ditag

    http://ciklapunyabelog.blogspot.com/2018/06/comeback-giveaway-by-byzura-halifah.html

    ReplyDelete
  3. sahur selalu nak simple pun kan. tak selera sangat , hehe

    ReplyDelete
  4. patutlah mek queen bee ni kurusss!!!dok makan nasi rupanyaa..

    ReplyDelete
  5. Pakcik kalau sahur tak jumpa nasi, boleh pengsan siangnya.

    ReplyDelete
  6. sardin tu boleh jadi sebab menambah2 hehe.. sodap tu..

    ReplyDelete