LELAKI LANGIT BUMI NOVEL ONLINE BY PORTAL ILHAM

Salam alaikum sahabat blogger mek ..

Ni semua pengaruh blogger yang membaca novel macam SIQAH, KAK SHA, FATINA dan beberapa lagi. Bila pegi page deme, review novel jekk. Hukhuk. Jeles kita yang masa semput ni haa. Nak dijadikan cerita, that day mek duk BW. Jumpa lah rumah FARAH MF . Before mek tak kenal pun. Memang first time jenguk rumah dia. Katanya tuan rumah tengah busy sekarang ni. Duk buat novel online. Dia ada sertakan link NOVEL ONLINE LELAKI LANGIT BUMI . Apa lagi, mestilah terjah untuk tahu story macam mana.


Ni lerr rumah FARAF MF. Kat atas tu dia ada tulis siap-siap yang dia takde kat rumah, dia sibuk dekat ofis. So dia cakap tengok je la apa yang terhidang. Gitu. Tu yang mek pergi office dia pulak dekat PORTAL ILHAM. Tak jauh pun. Tekan link yang dia bagi tu je.


Ni cover NOVEL LELAKI LANGIT BUMI . Mohon share ye FARAH MF. Setakat mek duk baca ada 22 bab dan mek baru di bab 4. Hikhik. Setakat BAB 4 tu mek dah rasa seronok untuk baca. Berkisahkan DIHA seorang BLOGGER MALAYSIA yang ke JAKARTA untuk lunaskan wasiat arwah kawannya, MARSHA. Wasiat yang ditinggalkan oleh MARSHA semacam tak masuk akal bagi DIHA dan ARRIYAN. Wasiat jenis apa korang kena baca sendiri di link yang mek bagi dekat atas tu.

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak mek baca novel. Kalau yang online macam ni boleh la mek baca depan PC. Kalau baca buku, kang boss nampak 'amboiii senang lenangnya kau baca novel' tapi kalau baca yang dalam PC, 'uihh PA aku ni tak bergerak geri tengok screen monitor duk tilik data based'. Kan beza tu. 

Ada ke antara korang yang baca this novel jugak? Dah sampai bab mana dah? Jom share novel online apa lagi yang best untuk dibaca ❤


Sekian ..

6 comments

  1. Lama dah tak membaca online. Nak terjah la nanti.

    ReplyDelete
  2. dah lama tak membaca novel online, penat nak tunggu setiap bab..hihi

    ReplyDelete
  3. Walau zaman teknologi, feel baca novel ni lain macam kan. Sanggup tidur lambat tu sebab nak habiskan baca

    ReplyDelete
  4. farrah dah beritahu aritu tp sy x dan nk baca lg

    ReplyDelete
  5. Wah.. Macam menarik.. Nanti Sha terjah.. Sha tengah gigih nak habiskan dua novel ini.. kikiki.. Pending banyak.. Selamat membaca mek..

    ReplyDelete
  6. Mek, terima kasih banyak-banyak untuk entri ni. Really appreciate it. Moga mek terus seronok baca Lelaki Langit Bumi 😊

    ReplyDelete