KERBAU GULING, APA RASANYA ?

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Puasa 1439H ni semua rakyat Malaysia di hidangkan dengan satu kuih baru iaitu Kerbau Guling atau Kuba Guling. Existing kuih ni daripada Selatan Thailand maka tempat popular untuk cari kuih ini semestinya di Rantau Panjang Kelantan. 

Bagi mek yang rumah dalam 15 minit je nak ke Rantau Panjang, mestilah kena try this kuih kan. Tapi untuk pengetahuan korang, kuih ni bukan tahun ni je baru wujud, Kuih Hitam ni dah lama ada dekat Rantau Panjang tapi kuih ni takde la popular. Nama sebenar kuih ni pun bukan lerr Kuba Guling. Biasa orang tempatan duk panggil Kuih Hitam je.


Sempat la rasa dalam 5x dalam bulan puasa 1439H. Nak kata sedap sampai tidur malam teringat tu, idok lerr. Rasa Kuba Guling ni more kepada kuih Kosui tapi korang golek dalam kelapa muda. Manis Kosui ditambah pulak dengan manis masin kelapa parut.

Spouse mek cakap memang beratur panjang lerr kalau nak beli yang tempat viral tu. So spouse mek pergi cari dalam bazar Masjid Beijing, owner yang sama buat this Kuba Guling. Takde la kena beratur panjang. Kesimpulan daripada cerita Kuba Guling ni, hebatnya kuasa Viral dan Keywords untuk satu-satu benda. Padahal kuihnya biasa-biasa aje.

Korang dah try ke kuih Kuba Guling ni? Mane lagi prefer, Kuba Guling atau Puding Karamel? ❤


Sekian ..

16 comments

  1. ooo rasa macam kuih kaswi, kira sedap la tu cuma warna la berbeza sikit. kuih ni hitam pekat. Betul sebab kuasa viral, dari tak tahu jadi tahu

    ReplyDelete
  2. Alaa teringinnya nak rasa tapi tak berkesempatan lagi...

    ReplyDelete
  3. First time dgr kerbau guling mmg cikla bygkan kuih ya bentuk kerbau. Haha. Rupanya mcm kuih kasi je.. Cuma kasui coklat warnanya..

    ReplyDelete
  4. terkejut first time dengar nama kuih ni kerbau guling..hihi

    ReplyDelete
  5. katanya macam kuih kasui tapi keras sikit eh.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  6. itu la. da agak mcm kasui.
    tapi aida rasa, yg mengglamerkan nyer adalah nama nyer, mek.
    lain dr yg lain.
    aida pun kalau la dekat, memang nak rasa :)

    ReplyDelete
  7. xpernah rasa ataw tgk, tpi bila ada yang post kata buat dr arang...rietta jd kurang minat utk cuba...

    PS: salam perkenalan...

    ReplyDelete
  8. tak pernah makan dan tgk bentuknya hahaha

    ReplyDelete
  9. Katanya ada campuran arang tempurung kelapa.

    ReplyDelete
  10. Itulah Mrs. A ingatkan kuih ni luar biasa sangat tapi kawan Mrs. A cakap kalau kat Negeri Sembilan ni kuih tu samalah jenis dia dengan orang negeri panggil kuih Kaswi.
    La kalau kuih Kaswi tu tahulah Mrs. A mak Mrs. A pun pandai buat selalu jer makan nak macam cenggitu je pun boleh tapi selalunya gaul dengan kelapa parut.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Memang glamer habis kerbau guling tahun ni :)

    ReplyDelete
  13. Tak jumpa pun kuih ini.. kikiki..
    Kuasa viral kan..

    ReplyDelete
  14. Agak dah mesti cam kuih kaswi, takat ni tak penah jmp lagi .Lagipun bulan pose dah habis, org cari bemda pelik2 ni dlm bln puasa je.

    ReplyDelete