Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Dah ada anak ni, memang la akan diuji dengan pelbagai ujian. Maksud mek, sepanjang nak membesarkan diaorang mesti ada jugak yang sakit, yang gembira, kan. Jun 2018 - Amzar pulak yang kena sakit perut. Macam mana mek tahu dia sakit perut? Time dia sakit perut, dia akan berguling-guling sambil nangis. Memang tak pernah tengok dia macam tu. Pada mulanya, mek ingat dia just macam nak attention je la. Bila dah lebih 3x, mek suspek budak ni sakit perut. Pagi tu terus bawak jumpa doktor.
Dia berguling sakit sambil menangis. Dah letih tu tertidur dengan sendirinya. Kesian tengok anak macam ni. Dia nak bagitahu tapi dia tak pandai cakap lagi.
Bila doktor diagnose, memang betul la perut dia ada bunyi macam orang dewasa sakit perut. Tapi doktor cakap tak serius sangat. Sakit perut ni mungkin disebabkan oleh Amzar duk mengutip makanan kat lantai. Yang tu mek percaya sebab biasa dekat rumah mertua kalau Amani ke Amzar makan, memang tumpah la kan. Pastu Amzar jenis yang kutip pulak makanan yang tumpah tu masuk dalam mulut. Kalau sempat tengok, sempat lah melarang, kalau tak sempat tengok, maknanya sempat lah makanan tu masuk mulut dia.
Doktor decide untuk bagi this ubat DOMPERIDONE untuk tahan muntah dan kembung perut. Orang dewasa pun kalau kembung perut / nak tahan muntah, boleh ambik DOMPERIDONE dalam bentuk pil. Yang ni syrup punya untuk kanak-kanak.
Ni rupa DOMPERIDONE kot kot korang nak cari dekat farmasi. Alhamdulillah, after 2x Amzar consume ubat ni, tahan dah dia punya sakit perut. Dah elok tak berguling-guling dah. Syukur sangat. This DOMPERIDONE cost RM25 (tapi mungkin harga ubat dekat klinik agak tinggi sebab dia klinik 24 jam).
Time tak sakit perut memang elok lerr dia senyum dan main dengan Amani. Time sakit perut tu memang tak kenal orang dah menangis dan berguling.
Korang yang ada anak elok ada DOMPERIDONE ni satu dekat rumah untuk standby kut kut anak tetiba menangis kembung perut. DOMPERIDONE ni amat membantu, insyaAllah. Bagi korang yang ada pengalaman anak kembung perut, ubat apa korang bagi? Boleh share dekat komen ye ❤
Sekian ..
Nice info... selepas dibuka, DOMPERIDONE tu boleh tahan berapa lama ye...
ReplyDeleteselalu CT standby tasneem balm yang sakit perut tu. alhamdulillah setakat ni membantu. bukan untuk baby je kita yang tua pun elok =)
ReplyDeleteOwh.. Ada ubat untuk makan ye.. selalu Sha sapu minyak je kat perut bagi dia kentut.. thanks share mek..
ReplyDelete