PENYAKIT KUKU DAN MULUT ; KAEDAH RAWATAN

Salam alaikum untuk semua rakan blogger mek ..

May 2018, Amani dapat penyaki Kuku dan Mulut atau lebih mesra HFMD (Hand, Foot and Mouth Diseas). Entah daripada mana dia berjangkit. Ye, HFMD memang merebak melalui jangkitan. Its a virus with no vaccine. Dan its not cure by antibiotic.

Mek detect Amani dapat HFMD ni bila tengok tapak kaki dia berbintik-bintik. Check tapak tangan pun sama. Yang ulser dalam mulut tu pun satu hal jugak. Meraung tiap kali nak isap susu. Allahu, memang luluh hati seorang ibu. Even worst, tengok kaki Amzar pun ada jugak that red spot ! Tanpa berlengah terus ajak spouse pergi klinik. 

Doktor cakap yang HFMD ni tidak la bahaya unless anak kita tak boleh makan dan minum. So that infection akan getting worst. Itu yang mungkin akan menyebab kepada kematian atau warded. Thats why, bila korang dapat tahu je anak ada simptom HFMD, terus rujuk doktor dan kuarantin kan anak-anak daripada bergaul dengan kids lain sebab nanti kesian dekat yang tidak bersalah tu. HFMD ada tiga simptom yang simple untuk korang detect iaitu red spot dekat kaki dan tangan (some like chickenpox tapi tak besar) dan ulser dalam mulut

Cara perawatan HFMD pulak, korang kena bagi anak minum air masak sebanyak mungkin. Kalau macam Amani, susu dia dikurangkan dan lebihkan minum air putih. Minum air adalah untuk elak anak daripada hidrasi. Macam orang dewasa dapat ulser, kena minum air sebanyak mungkin. Dan ulser tu kalau boleh sapu dengan Oral Aid lagi elok supaya dapat kurangkan sikit pedih ulser.


Untuk tapak kaki dan tangan pulak, korang kena sapu this cream. Sapu sekerap mungkin contohnya lepas mandi, lepas dia orang membuang - terus apply. This cream elak daripada red spot terus membiak dan elak jugak rasa gatal. Sebab bila gatal, diaorang akan garu dan red spot tu akan pecah. Air bisa red spot tu boleh merebak ke bahagian kulit yang lain pulak. So this time of HFMD memang kena hygiene sehabis mungkin. 

HFMD jugak boleh menyebabkan anak kita demam. Tapi demamnya biasa tidak berpanjangan dan suhu tidak tinggi mencecah 40c. Untuk demam, korang boleh sahaja continue PCM untuk turunkan suhu badan.

InsyaAllah, dengan penjagaan yang rapi dan terkawal, dalam tempoh 3 - 5 hari, anak yang dijangkiti HFMD akan pulih seperti biasa. Jika day 6 masih lagi ada red spot, ulser tak surut dan demam tak kebah, korang sekali lagi kena rujuk doktor. Please jangan lengahkan sebab kadang kita tak tahu antibody anak kita setakat mana. Jangan kerana kecuaian kita anak menjadi mangsa.

Korang yang ada pengalaman anak dijangkiti HFMD, boleh share dekat komen ❤ 


Sekian ..

1 comment

  1. Moga anak mek cepat sembuh ye. Sekarang ni macam-macam penyakit yang timbul. Ni puasa pula..

    ReplyDelete