MENU UNTUK MOREKH V1

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Sengaja mek tulis V1 macam tu sebab tak pasti ada ke tak V2 yang muncul nanti. Bukan sebab takda source sebenarnya. Kadang dah makan baru teringat nak snap gambor. Kadang dah tidur, spouse kejutkan bangun untuk morekh. Tengah mamai takdenya teringat nak snap gambor. So ini antara yang mek sempat snap untuk morekh.


Fabulous Four by Dominos. Cost RM25.90. Yang ni memang mek vote sangat sebab semua di atas tu kegemaran mek. Terutama Cheesy Stick tu. MasyaAllah ! Mungkin weekend ni kena beli pulak this Fabulous Four. Kalau spouse mek, dia tak vote sangat roti-roti macam ni. Dia lebih suka another morekh. Nanti mek tunjuk dekat bawah.


BBQ Dominos Pizza. Cost RM15 kot. Yang ni pun bukan pilihan spouse mek. Ni adalah pilihan mek. Bagi mek worth to buy and kenyang la kan. Sambil layan movie, sambil makan. Tapi Dominos ni mek prefer weekend je. Kalau weekdays kebanyakkanya spouse akan kejut mek untuk morekh sebab mek akan terlelap awal. Menyusu anak, sekali dengan mak tidur. 


Murtabak Pok Dee. Cost RM2.70 sebiji. Haa, yang ni spouse mek suka. Mek pun suka. Isi dia tebal. Lately, Amzar pun suka makan murtabak. Alhamdulillah. Amani macam kurang berminat. Mungkin sebab rasa rempah kot. Untuk korang yang berada di area Kota Bharu, boleh beli Murtabak Pok Dee di jalan Wakaf Che Yeh sebelum Perodua Kota Bharu. Jalan menghala ke susur keluar Kota Bharu. Kalau tak faham, tanya dekat komen nanti.



Shinjuku Bake by Secret Recipe. Cost RM 12.80. Yang ni time nak sejukkan tekak memang best. Mek ambik yang nutella. Tak try lagi yang lain. Kek dia tu macam kek kosong je, rasa marjerin macam tu. So manis nutella dan vanilla aiskrim tu memang awesome ! Taburan kacang tu pun membuatkan mek rasa sayang nak habiskan. Gitu.

So korang ada yang rasa terliur nak try apa yang mek suggestkan? Atau korang ada better idea, boleh kongsikan dekat bawah ni ye ❤


Sekian ..

7 comments

  1. Fabulous four tu memang sedap, husniey suka jugak beli.. Ya ampunn ni buat husniey terliur.. Kalau moreh selalunya makan kuih muih, buah je 😋

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas kunjungan anda ke blog saya. selamat menunaikan ibadah berpuasa admin

    ReplyDelete
  3. Shinjuku tuuu fav CR. Macam kena terjah SR malam ni

    ReplyDelete
  4. Wow, Domino's.. Memang sedap, tambah-tambah lagi di bulan puasa.. hihi

    ReplyDelete
  5. dah 12 hari puasa ni, tak makan lagi murtabak pokdee.huhu
    btw sy pun kurang jugak makan moreh ni.
    sebab selalunya dah kenyang makan yg berbuka je.
    tapi kalau ada, biasanya tapau popiah dekat bazar jelah.

    ReplyDelete
  6. sedap meh fobulous four?belum pernah cuba lagi ni
    JanjiKita

    ReplyDelete