MENU UNTUK BERBUKA / SAHUR ; MINGGU KEDUA RAMADHAN

Salam alaikum semua sahabat blogger mek ..

Fuhh, dah day twelve kita berpuasa ye. Setakat ni macam mana? Ok tak? Untuk mek, setakat ni masih dalam keadaan alhamdulillah. Cuma ada la satu dua benda yang macam tak boleh nak control lagi terutamanya mulut. Muahaha. Susah betul nak jaga lidah ni daripada menyumpah orang. Maksud mek, time bawak kereta - kereta depan tu slow so mek cakap 'bowok slow tok mikir ko oghe blakey. Mu ingat mu sore jah ko bowok kreto. Mu takpo la balik daripada bazar ramadhan. Aku ni nak kelik jauh lagi.' Haa gitu la biasa mek bebel. Memang dia tak dengar tapi bebel jugak dalam kereta sorang sorang. 

Lupakan kisah itu. Mek nak kongsikan dekat sini beberapa lagi resepi yang boleh korang rujuk untuk berbuka dan bersahur. Antaranya :


Ayam Panggang Kenny Rogers. Harga RM 10.90. Bagi mek yang malas memasak dan malas nak fikir menu yang sarat, mek akan pilih apa yang ada depan mata sahaja. Weekend memang mek akan ke Tesco Kota Bharu so sesuai sangatlah, kat sana ada Kenny Rogers Roaster. Plus, mek memang suka ayam panggang dia. Mek akan ambik kuah black pepper. So korang just balik tanak nasi sahaja.


Roti Sosej Cheese. Harga entah la. Less than RM10 untuk makan tiga hari. Sosej tu je yang perlukan korang goreng. Mek goreng terlajak api. Maklumlah, jarang-jarang guna api untuk memasak. Ni menu mek untuk sahur. Mek tak makan nasi time sahur. Just makan roti atau biskut dan minum milo sahaja. Untuk korang yang acah-acah nak loose weight, boleh la try this menu pulak.


Gulai Kuning Udang dan Ayam Percik. Yang ni spouse mek punya menu. Gulai kuning tu paling mudah uols nak buat. Amatur macam mek ni pun lulus buat gulai kuning apatah lagi korang yang memang memasak hari-hari. Ayam percik tu mek pun tak pandai jugak. Tapi boleh terjah SINI untuk resipi percik mudah.

So, ada yang terliur atau terlintas di fikiran tak nak makan yang mek cadangkan tu? Atau korang dah pun makan first week? Kalau ada cadangan lain, nanti komen dekat bawah ye. Atau kalau korang pun buat entry menu-menu ni, boleh jgak drop link dekat komen. Senang nak BW gitu ❤


Sekian ..

4 comments

  1. hahahhaha.. betul tu mek. saya pun rasa nak menyirap je bawa kereta kat kelantan.. Ya ampun!!! dengan slownya, dengan tak der signalnya, dengan motonya buat macam jalan sendiri.

    ReplyDelete
  2. Tudiaa makan ayam panggang, sedapnya!

    ReplyDelete
  3. bekengnyoo mek.. :D.. kena control sikit.. sedap dah tu menu simple2 x pe asalkan bersyukur selalu

    ReplyDelete
  4. Rabia dah start pergi bazar ramadhan dah..puasa kali ni so far sangat menyedihkan.hehe.sebab rabia ditimpa gastrik.kalau petang2 tu dh start lapar dah.that why rabia tidur petang tu.Skrg ni alhamdulillah dah okey sikit dh.sebab rabia minum susu masa sahur tu.

    ReplyDelete