Kompleks Haji Ismail Group (HIG) - Antara Shopping Mall yang WAJIB jejak di Langkawi

Salam alaikum untuk semua rakan blogger mek ..

Review di Langkawi haritu tak habis lagi. Bila mek dah keluarkan entry tentatif baru habis cite Trip Utara mek dengan #bpt. So bila dah jejak Langkawi, yang sinonim dengannya adalah Chocolate / Kain Batik / Minyak Gamat. Jadi, kalau korang datang Langkawi  tapi tak jejakkan kaki di Haji Ismail Group Mall atau lebih dikenali dengan HiG Mall memang tak sah dan tak complete la lawatan korang.


Ni la mall HiG Sdn Bhd yang terletak di Pekan Kuah. Nak ke sini tak susah, korang waze / maps nama HiG Mall je, terus berdesup sampai. Parking dia spaces dan tidak mengelirukan. Haha. Plus, mall dia ada troley untuk letak barang dan anak-anak. Hihi. Masuk dalam ni memang rambang mata. Tak caye?


Jangan tanya knp posing mek macam orang patah pinggang. Amani tak berapa sehat sebab tu nampak tak ceria. Amzar je yang ok time ni. Kat belakang tu pelbagai corak dan jenis kain batik ! Mek pun tak tahu semenjak bila mek jatuh cinta dengan kain batik ni. Ada mek beli untuk pakai dekat rumah, dan ada jugak beli untuk buat raya. Ole-ole untuk mummy dan mertua pun mek beli dekat sini jugak. Harganya bagi mek standart price yang dah ada GST sekarang ni. Nak yang bawah RM10 macam dulu, memang takde. Tapi kain dia berkualiti dan kena pandai pilih corak. Mek lebih suka corak bunga halus. Katanya batik indon. Tapi cop Malaysia. Design je la kot bagaikan Indon. Mane-mane la asal cantik.


Ni rambang mata nak pilih choc pulak. Harganya takde la murah sangat sampai berderai air mata korang tengok. Murah sikit je daripada kedai biasa. Tapi alang-alang dah datang, beli la kan. Kalau kedai biasa takdenya pulak nak beli unless kalau choc tu keluaran baru. Mek grab Kisses untuk dibawa pulang. Daim tak beli sebab harga dia dah errrkk kenyang. Rasanya mek beli Kisses je kot. Haha. Lupa !


Selain daripada tu, beg troli juga antara yang mek duk rancang dah nak beli. Mek pun tak tahu kenapa sebab nak beli dekat HiG ni. Padahal harga dia lebih kurang Barry Smith yang offer. Huhu. Mungkin sebab nak ambik syarat - Langkawi punya bag. Haha. Ok la. Standart bag troley. 

Itu lah semua hasil tangkapan mek di HiG Mall Langkawi. Korang datang sini jemput la singgah ye. Rugi tak singgah sini sebab kat sini macam pitstop sebelum naik feri. Bukan tak boleh nak pergi tempat lain, boleh jugak cuma dekat sini macam lagi banyak pilihan dan agak menyenangkan.

Korang yang dah pergi Langkawi, singgah sini tak? Apa yang korang beli? Nanti komen dekat bawah ye ❤


Sekian ..

4 comments

  1. Husniey suka gi sini, macam2 boleh beli.. Coklat lah paling bestt borong 😍😍

    ReplyDelete
  2. hamboihh... kalau mak2 ni mmg sakan la kalau masuk sini. haha

    ReplyDelete
  3. Dah lama akak tak gie ke Langkawi, bila planning nak gie, ada jea halangan.. huhuhu, bila Mek dah review tempat nie, lagilah rasa membuak di hati nie nok gie.. hihihi

    ReplyDelete
  4. Jangan pernah abaikan caj Lebihan. Langkawi Dalam kebanyakan kes, anda perlu meninggalkan deposit pada ketika sewaan (lihat Soalan lazim kami tentang Caj Lebihan dan Pengurangan Caj Lebihan), tetapi anda biasanya boleh menginsuranskan deposit ini atau membeli Pengurangan Caj Lebihan. Sentiasa ambil perhatian kepada jumlah deposit, ia adalah tidak mustahil jika harga sewaan rendah, tetapi caj Lebihan sangat tinggi ataupun sebaliknya. Anda patut selalu mempertimbangkan jumlah keseluruhan, dan tidak hanya harga kereta sewa.

    ReplyDelete