IFTAR RAMADAN 'SOUQ RAMADAN @ PERDANA' DI HOTEL PERDANA KOTA BHARU

Salam alaikum untuk semua rakan blogger mek ..


Ramadhan tiba Ramadhan tiba ! Dan entry kali ni khas untuk korang yang teringin nak berbuka puasa di Hotel Perdana Kota Bharu. Saban tahun (to be exact, lebih 4 tahun), Hotel Perdana Kota Bharu tak pernah miss untuk sediakan buffet Ramadhan kepada para pelanggannya. Mek bet, korang dalam setiap Ramadhan mesti nak jugakkan rasa hidangan buffet hotel dan kesempatan itu mesti nak bawak family berbuka sama-sama, ye dak? 
Dengan bertemakan Souq Ramadhan @ Perdana tapi kejap ! Mesti korang tertanya tanya ni, ape SOUQ tu mek? SOUQ tu dalam istilah arab yang bermaksud pasar / bazar. Yang korang duk sebut PARAM tu Souq Ramadhan lerr. Kenapa bertemakan bazar? Sebab dengan pelbagai aneka juadah makanan (185 sajian, 13 jenis minuman sejuk, 2 jenis minuman panas) akan buat korang rasa bila masuk je Cerana Coffee House, macam masuk bazar ramadhan tapi nyaman dengan aircond. Dalam 185 sajian tu termasuk lah jugak 5 jenis masakan kawah yang terdiri daripada Kambing masak kari, Gulai Daging Lembu Tempatan, Kari kepala Ikan, Gulai Ayam Kampung dan jugak Daging Salai masak Lemak Mangga Muda.
Yang sup-sup pun tetap ada uols. Sup Torpedo, Sup Tulang - tetap disajikan kepada mereka yang suka dengan sup. Macam mek, mek vote kari lagi (pakistan tak tinggal okei).
Banyak sangat tulisan kat atas ni, moh skrol tengok gambor.






Itu antara lauk pauk yang disediakan dan antara lauk blogger Amar dan spouse mek ambik. Banyak giler ! Serius ! Dan paling penting semuanya menetapi citarasa mek. So mek nak puji lah chef Hotel Perdana Kota Bharu yang diberi nama Eksekutif Chef Ibrahim Abu Lasi. Dan semestinya dia ada para pembantu yang hebat sebab boleh maintain rasa setiap hidangan. Mek paling vote sampai menambah 3x adalah Udang Masak Kari / Berempah ! MasyaAllah memang lazat yang amat ! Sambil borak sambil ratah that udang.





Ni bagi mek appetizer la. Hihi. Sedap jugak. Semuanya ok la bagi mek. Takde pun rasa kurang. Yang ni pun duk ratah cam tu sambil borak dengan PR Hotel Perdana Kota Bharu - Fatihah. Sambil makan sambil puji makanan sedap. Sambil tu kenyang jugak. Hehe. Jom skrol lagi, banyak lagi mek nak tunjuk dan nak cerita ni.




Untuk masakan yang bergoreng-goreng ada jugak disediakan di luar dining hall iaitu di pool side. So ada live action cooking. Korang mintak je nak apa nanti dia akan gorengkan. Macam kambing golek semua tu pun golek dekat luar ni lah. ABC pun ada. Biasanya ABC ni orang akan ambik lepas turun daripada sembahyang Maghrib. Buka puasa mesti nak minum air teguk macam tu sebab haus kan.. Tapi kalau korang terliur sangat nak berbuka dengan ABC pun takde masalah. Bagitahu je dekat adik manis kita ni dan dia akan buatkan untuk korang. Manis dan topping apa korang nak, korang boleh mintak.




Korang boleh pilih nak duk kat luar atau nak dining kat dalam. Sitted berapa orang pun nanti bagitahu time korang booking. Bagi mek terpulang atas individu masing-masing nak duk tepi kolam atau kat dalam dining hall. Macam mek, mek lebih suka dining hall sebab sejuk dan anak mek senang sikit nak pantau takda nak risau dia terjun kolam ke apa benda lain lagi. Tapi bagi mereka yang smoking mesti pilih untuk duduk di luar. 


Korang disarankan untuk booking dahulu sebelum datang. Sehari sebelum amat dialu-alukan. Tapi kalau last minit punya plan, try la call 09-7458888 untuk tempahan. Kalau ada sit, diaorang akan bagi je. Walk in tu bukan la tak bagi cuma diaorang nak prepare meja apa semua. So tu yang pihak hotel mintak jasa baik para pelanggan untuk membuat tempahan terlebih dahulu. Seperti yang korang tengok gambar di atas, dewasa RM 85 dan kanak-kanak (6-12 tahun) half price. Reward la diri korang dan ahli keluarga sekali sekala berbuka di hotel. Biar dapat pengalaman dan penghargaan gitu setelah duk pulun cari gaji. Mihmih.


Yang ni tak semua hotel buat. Tadarus sambil tunggu buka puasa. Sambil korang tunggu nak register, boleh dengar alunan quran dulu. Sejuk telinga, sejuk hati. Hotel Perdana Kota Bharu pun adakan solat terawikh. Agak-agak korang rasa macam jauh penat nak balik terawikh kat rumah, boleh selesaikan terawikh kat sini dulu. Macam mek hari tu, lepas Maghrib jam 8.00 malam terus balik sebab esoknya kerja. Kalau tak kerja, boleh je join terawikh dekat sini. Spaces surau yang disediakan.



Dikesempatan ni mek nak ucapkan ribuan terima kasih kepada team Hotel Perdana Kota Bharu terutamanya Pn Nik Adura Zuliana (Head of Department - Sales and Marketing) dan jugak PR kesayangan Fatihah kerana sudi jemput bpt untuk merasai sendiri Souq Ramadhan @ Perdana. Harapnya kolaberasi ni dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Notes : Untuk warga Korporat area Kota Bharu, kalau ada yang nak buat Open House raya nanti, korang boleh jugak buat di Hotel Perdana Kota Bharu. Call je 09-7458888 dan cakap dengan Pn Nik Adura untuk menu dan harga. Seingat mek, BSN ada beberapa kali buat majlis raya di Hotel Perdana Kota Bharu (2014 dan 2015). Harap tahun ni dapat buat jugak dekat sini. InsyaAllah.


My kids . Huhu. Seronok tengok kolam !



Sekian ..

9 comments

  1. betul makanan kat sana semua best and sedap-sedap

    ReplyDelete
  2. Wah. ..bestnya..meyelerakan.. telan air liur jer lah... Hehe

    ReplyDelete
  3. baru best ada mengaji, sejuk dan tenang rasa.... nampak pun sedap2 semua.... kenyang perut senang hati la pas makan... hehe

    ReplyDelete
  4. meriahnya makanan.
    Tapi tak pernah berbuka kat hotel.

    ReplyDelete
  5. Makanannya nampak sedap, selamat menyambut bulan Ramadhan Mek..

    ReplyDelete