GENE MARTINO ; GEDUNG PAKAIAN UNTUK SEISI KELUARGA !

Salam alaikum untuk semua yang baca blog mek ..

Dah pun selesai PRU 14 kita ni haa. Alhamdulillah dengan rezeki dan keputusan yang dimaklumkan. Tapi dah selesai PRU 14 ni jangan lupa pulak kita nak kena tempuh berpuasa. Biasanya dalam tempoh berpuasa ni la kan kita mula nak cari baju raya. Lagi-lagi bila radio dah start lagu-lagu raya. Syiok !

Kalau korang yang dah follow mek daripada awal, tentunya korang dapat meneka dekat mana biasanya mek beli baju raya untuk dipakai pada raya pertama. Bagi mek, di hari raya, selain nak melaram cantik, elemen keselesaan juga perlu dititik beratkan. Lagi-lagi dengan mek yang dah beranak dua. Amzar dah lasak. Memang kena pakai pakaian yang selesa untuk menjalani hari raya dengan tenang dan damai.

So jom, mek tunjuk dekat korang butik yang menjadi pilihan mek setiap tahun.


Gene Martino adalah butik raya menjadi pilihan mek sekeluarga. Mana taknya, pergi je Gene Martino confirm selesai baju untuk raya pertama. Sedondon itu tanda keluarga bahagia. Dan semestinya sindrom mak-mak memang kalau boleh nak pakai sedondon dengan anak-anak dan suami. Cantik je bila dah masuk dalam gambor, kan?


Selain daripada nak pilih pakaian, mek jugak memilih kedai. Haha. Kenapa? Weih, nak pilih baju raya kot ! Mestilah nak kedai yang cosy - tak serabut dengan susun atur pakaian (senang nak pilih design dan warna), yang selamat untuk anak-anak (kalau susun atur tak elok, anak boleh hilang disebalik baju-baju) - itu antara elemen yang mek titik beratkan bila nak pilih baju raya. Kalau beli baju yang nak pergi kerja, tengok-tengok macam tu je. Ni raya weih ! Kena fikir sedalam-dalamnya. Haha !


Next adalah design baju. Dengan pelbagai pilihan baju kurung / jubah / kurung moden / kurung peplum / baju melayu / kurta dan yang terbaru baju melayu rompers untuk anak lelaki yang berumur setahun ! Memang rambang mata dibuatnya. Semua design ni memang kena dengan hati mek - simple yet nice. Itu yang selalu mek titik beratkan bila memilih baju. Tak dinafikan sesetengah orang dia lebih suka yang vouge untuk hari raya. But heiii ! Yang sependapat dengan mek ramai jugak ok. Gene Martino menawarkan kain yang berkualiti tinggi di mana selesa dipakai sepanjang hari. Bukan hari raya je, korang nak pergi kenduri pun mesti nak yang selesa, kan ? Selesa ni bukan setakat mak bapak je, anak-anak sekali lebih-lebih lagi anak yang berumur macam Amani dan Amzar. Berpeluh duk main dengan sepupu, kalau jenis kain yang tak menyerap peluh akan lebih mudah diaorang nak kena gatal-gatal kulit. Dah pulak satu kerja nak kena letak ubat bagai.


Ni pulak pilihan warna untuk korang. Tengok warna-warna Gene Martino hidang untuk pelanggannya, banyak pilihan kan? Dengan pilihan warna yang pelbagai akan memeriahkan lagi aildilfitri korang. Kata aidilfitri warna-warni, ye dak? Dan mek sure korang tak perlu fikir panjang pasal tema warna hari raya pertama tu. Pergi je butik Gene Martino tengok design baju yang korang nak, then pilih warna. Tapi kalau korang dah fikir siap-siap nak warna apa, korang boleh je cakap dengan staff Gene Martino nak colour mane, dan diaorang akan assist korang untuk design pulak.


Psst, ni pulak satu berita daripada Gene Martino. Korang pernah dengar iklan 'beli dulu bayar kemudian' ? Mek selalu jugak dengar dalam radio. Heran jugak. Tapi memang teka installment punya cara la kan. Takkan buat baju, bagi pinjam pastu hantar balik macam Bridal selalu buat. Huhu. So korang yang rasa macam nak buat installment (untuk pengguna kad CIMB dan MAYBANK sahaja) boleh la ke Gene Martino. Pilih baju yang korang nak, masa nak bayar tu bagi tahu je dekat staff Gene Martino yang korang nak pilih plan installment. Senangkan? Boleh la belanje anak beranak pakai baju Gene Martino for this Aidilfitri !



Dikesempatan ini, mek nak ucapkan ribuan terima kasih kepada team Gene Martino Tesco Kota Bharu kerana sudi terima kunjungan mek sekeluarga dan melayan karenah kami sekeluarga. Yela, bukan senang nak control anak sebesar Amani dan Amzar. Nak tukar baju tu pun dua tiga drama. Fuuhhh ! Mek harap team Gene Martino akan terus sukses di masa akan datang. InsyaAllah..


Korang yang nak usha-usha dulu design keluaran Gene Martino boleh terjah FB Gene Martino dan Gene Martino punya website . Boleh la tunjuk-tunjuk gambor dulu dekat pasangan, setuju ke idok dengan design dan colour tu, kan? Dah pilih, boleh ke butik Gene Martino yang berdekatan dengan korang.


1st Design and 1st try. Kepok-kepok gitu kat tepinya. Untuk Amzar - Rompers (didatangkan dengan dua size untuk rompers). Amani ofcourse sama dengan mummy. Tudung tidak termasuk.


2nd try dan 2nd choice with colour yang mek suka ! Sejukkkk je nampak (pakai pun selesa). This design Amzar punya ada baju melayu untuk umur setahun. Serta, mummy and Amani dapat Rantai for accessories. Tak payah fikir dah nak beli lain. 

Korang yang pernah membeli di Gene Martino, meh komen dekat bawah pengalaman korang. Puas hati ke idok dengan Gene Martino ni. Dan teka lah sekali, design dan warna yang mek pilih. Kalau betul tekaan korang, boleh mek transfer duit raya ❤


Sekian ..

8 comments

  1. amar baru tahu butik gene martino pun ada baju lelaki jugak

    ReplyDelete
  2. Abe kie pun beli 2 helai kemeja batik di gene martink tanah merah.. .

    ReplyDelete
  3. Wow, cantik-cantik design nya.. boleh rambang mata dibuatnya..

    ReplyDelete
  4. Teruja tengok design dari Gene Martino ni

    ReplyDelete
  5. Gene Martino Nie kat KB ke? Huhuhuhu... pantasnya membuat persiapan raya...

    ReplyDelete
  6. Start first kahwin smpai skrng slalu bli bju kat gene martino design lawa colour cun..tpi dulu slalu strugle smpn dt utk rya tpi skrng dh ada pakai dlu byr kmdian xrsau lar sgt maybe blh blnja 1 family trmsuk dgn mertua kan2..

    ReplyDelete
  7. Mek, masih boleh teka lagi ke warna apa? Hahahaha... Bash teka Mek pilih yang warna turquoise tu, sebab dapat sekali dengan rantai tu..

    Bash baru sedar kewujudan Gene Martino ni masa nak car baju majlis abang kahwin sebab semua nak sama colour kan... Memang selesa kain dia, jahitan pun kemas. Dah beli awal-awal dah haritu sebelum puasa lagi sebab takut takde saiz sofia nanti.

    ReplyDelete
  8. Kain jenis apa tu sis? serap peluh ke?

    ReplyDelete