DR BEAU SERUM PREMIUM VITAMIN E

Salam alaikum sahabat blogger mek sekalian ..

Mek rase Dr Beau Serum Premium Vitamin E ni bukanlah nama yang baru nak muncul. Mungkin antara korang dah pun dengar / baca / mencuba untuk diri sendiri. Ye dak? So kali ni tiba giliran mek pulak untuk mencuba this serum.


Serum yang di-blend (campur) enam minyak natural yang pastinya akan buat kulit muka korang tampil moist, segar dan sihat bila apply this Dr Beau Serum. Serum ni serius wangi ! Bau macam Dashing gitu. Bila pakai memang oily tapi within three minutes dah meresap masuk epidermis. Selesa untuk korang pakai sebelum tidur atau selepas solat then tak apply makeup.


In capsule form. Untuk elak daripada serum korang dijangkiti kuman yang ada dekat tangan. With this capsule form, lagi senang. Korang just guna satu capsule time apply. Penggunaan dua atau sekali sehari sahaja. Terlebih serum nanti kulit akan jadi lain pulak. This bottle contains 30 capsule so kalau guna sekali sehari cukup untuk sebulan. Memang mek suka cara packaging dia sebab menyenangkan. Tak perlu fikir terlebih pakai atau terkurang pakai.


See, senangkan. Just apply one whole capsule then sapu rata. Tunggu kejap your skin will be smooth as silk gitu. Percubaan mek untuk Serum Dr Beau ni rasanya boleh di-rate empat bintang sebab kulit mek makin lembut halus lepas apply this serum. To my bintik bintik lindsay lohan, itu memang tidak berganjak (as doctor pun cakap it cannot be reduce unless ue take injection vit C regularly) . Tapi mek tak aim for my lindsay lohan pun. Mek memang nak kulit yang lembut halus gitu. Kalau kita sapu pipi kita rasa best je. Bila apply makeup pun rasa seronok je sebab tak kena tenyeh banyak. Muahah !

Mek berpuas hati dengan Dr Beau Serum dan menyarankan untuk korang yang nak kulit halus lembut, boleh try this serum. Banyak testimoni yang dah berjaya. Korang boleh check it out di Website Dr Beau atau FB Dr Beau Malaysia. Untuk sebarang pembelian Serum Dr Beau korang boleh je whatsapp ke nombor 0169633443 . Mane lah tahu time promosi boleh la korang grab banyak sikit,kan?

Korang yang dah try this serum, komen dekat bawah please. Nak dengar jugak apa yang jadi pada korang ❤


Sekian ..

MENU UNTUK BERBUKA ; MINGGU KETIGA RAMADHAN

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Untuk entry kali ni, mek tak de gambar close up cuma mek boleh bagi cadangan menu untuk korang masak / beli untuk sesi iftar korang nanti.

Tanpa lengahkan masa korang ..


1. Tom Yam Putih Campur
2. Ikan Siakap Stim Limau
3. Sotong Celup Tepung
4. Kerabu Mangga
5. Ayam Bakar
6. Sayur Campur
5. Kerabu Rumpai / Kerabu Sarang

Ada lima menu untuk korang fikir-fikir mana yang terpaut / lidah rasa nak makan. Mek rasa semua menu yang mek cadangkan tu cukup simple dan mudah kot bagi korang nak buat. Kalau mek, mungkin lambat / rasa tak seperti yang digambarkan. 



Sebenarnya ni macam bukak puasa dengan family la cuma mek berbuka dekat rumah. Sebab mek ada anak kecik, kalau bukak dekat kedai kang nanti nak bergilir ramai pulak. Kalau dengan spouse je kejap aje la. Rasa bahagia dapat buka puasa dengan semua ahli keluarga walaupun hanya dengan parents. Alhamdulillah..

Korang kalau rasa nak open table dekat rumah, menu-menu ni pun boleh dijadikan hidangan untuk gathering. InsyaAllah ..

Korang ada menu lain tak? Kalau ada drop dekat komen ye ❤


Sekian ..

PENYAKIT KUKU DAN MULUT ; KAEDAH RAWATAN

Salam alaikum untuk semua rakan blogger mek ..

May 2018, Amani dapat penyaki Kuku dan Mulut atau lebih mesra HFMD (Hand, Foot and Mouth Diseas). Entah daripada mana dia berjangkit. Ye, HFMD memang merebak melalui jangkitan. Its a virus with no vaccine. Dan its not cure by antibiotic.

Mek detect Amani dapat HFMD ni bila tengok tapak kaki dia berbintik-bintik. Check tapak tangan pun sama. Yang ulser dalam mulut tu pun satu hal jugak. Meraung tiap kali nak isap susu. Allahu, memang luluh hati seorang ibu. Even worst, tengok kaki Amzar pun ada jugak that red spot ! Tanpa berlengah terus ajak spouse pergi klinik. 

Doktor cakap yang HFMD ni tidak la bahaya unless anak kita tak boleh makan dan minum. So that infection akan getting worst. Itu yang mungkin akan menyebab kepada kematian atau warded. Thats why, bila korang dapat tahu je anak ada simptom HFMD, terus rujuk doktor dan kuarantin kan anak-anak daripada bergaul dengan kids lain sebab nanti kesian dekat yang tidak bersalah tu. HFMD ada tiga simptom yang simple untuk korang detect iaitu red spot dekat kaki dan tangan (some like chickenpox tapi tak besar) dan ulser dalam mulut

Cara perawatan HFMD pulak, korang kena bagi anak minum air masak sebanyak mungkin. Kalau macam Amani, susu dia dikurangkan dan lebihkan minum air putih. Minum air adalah untuk elak anak daripada hidrasi. Macam orang dewasa dapat ulser, kena minum air sebanyak mungkin. Dan ulser tu kalau boleh sapu dengan Oral Aid lagi elok supaya dapat kurangkan sikit pedih ulser.


Untuk tapak kaki dan tangan pulak, korang kena sapu this cream. Sapu sekerap mungkin contohnya lepas mandi, lepas dia orang membuang - terus apply. This cream elak daripada red spot terus membiak dan elak jugak rasa gatal. Sebab bila gatal, diaorang akan garu dan red spot tu akan pecah. Air bisa red spot tu boleh merebak ke bahagian kulit yang lain pulak. So this time of HFMD memang kena hygiene sehabis mungkin. 

HFMD jugak boleh menyebabkan anak kita demam. Tapi demamnya biasa tidak berpanjangan dan suhu tidak tinggi mencecah 40c. Untuk demam, korang boleh sahaja continue PCM untuk turunkan suhu badan.

InsyaAllah, dengan penjagaan yang rapi dan terkawal, dalam tempoh 3 - 5 hari, anak yang dijangkiti HFMD akan pulih seperti biasa. Jika day 6 masih lagi ada red spot, ulser tak surut dan demam tak kebah, korang sekali lagi kena rujuk doktor. Please jangan lengahkan sebab kadang kita tak tahu antibody anak kita setakat mana. Jangan kerana kecuaian kita anak menjadi mangsa.

Korang yang ada pengalaman anak dijangkiti HFMD, boleh share dekat komen ❤ 


Sekian ..

MENU UNTUK BERBUKA / SAHUR ; MINGGU KEDUA RAMADHAN

Salam alaikum semua sahabat blogger mek ..

Fuhh, dah day twelve kita berpuasa ye. Setakat ni macam mana? Ok tak? Untuk mek, setakat ni masih dalam keadaan alhamdulillah. Cuma ada la satu dua benda yang macam tak boleh nak control lagi terutamanya mulut. Muahaha. Susah betul nak jaga lidah ni daripada menyumpah orang. Maksud mek, time bawak kereta - kereta depan tu slow so mek cakap 'bowok slow tok mikir ko oghe blakey. Mu ingat mu sore jah ko bowok kreto. Mu takpo la balik daripada bazar ramadhan. Aku ni nak kelik jauh lagi.' Haa gitu la biasa mek bebel. Memang dia tak dengar tapi bebel jugak dalam kereta sorang sorang. 

Lupakan kisah itu. Mek nak kongsikan dekat sini beberapa lagi resepi yang boleh korang rujuk untuk berbuka dan bersahur. Antaranya :


Ayam Panggang Kenny Rogers. Harga RM 10.90. Bagi mek yang malas memasak dan malas nak fikir menu yang sarat, mek akan pilih apa yang ada depan mata sahaja. Weekend memang mek akan ke Tesco Kota Bharu so sesuai sangatlah, kat sana ada Kenny Rogers Roaster. Plus, mek memang suka ayam panggang dia. Mek akan ambik kuah black pepper. So korang just balik tanak nasi sahaja.


Roti Sosej Cheese. Harga entah la. Less than RM10 untuk makan tiga hari. Sosej tu je yang perlukan korang goreng. Mek goreng terlajak api. Maklumlah, jarang-jarang guna api untuk memasak. Ni menu mek untuk sahur. Mek tak makan nasi time sahur. Just makan roti atau biskut dan minum milo sahaja. Untuk korang yang acah-acah nak loose weight, boleh la try this menu pulak.


Gulai Kuning Udang dan Ayam Percik. Yang ni spouse mek punya menu. Gulai kuning tu paling mudah uols nak buat. Amatur macam mek ni pun lulus buat gulai kuning apatah lagi korang yang memang memasak hari-hari. Ayam percik tu mek pun tak pandai jugak. Tapi boleh terjah SINI untuk resipi percik mudah.

So, ada yang terliur atau terlintas di fikiran tak nak makan yang mek cadangkan tu? Atau korang dah pun makan first week? Kalau ada cadangan lain, nanti komen dekat bawah ye. Atau kalau korang pun buat entry menu-menu ni, boleh jgak drop link dekat komen. Senang nak BW gitu ❤


Sekian ..

MENU UNTUK MOREKH V1

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Sengaja mek tulis V1 macam tu sebab tak pasti ada ke tak V2 yang muncul nanti. Bukan sebab takda source sebenarnya. Kadang dah makan baru teringat nak snap gambor. Kadang dah tidur, spouse kejutkan bangun untuk morekh. Tengah mamai takdenya teringat nak snap gambor. So ini antara yang mek sempat snap untuk morekh.


Fabulous Four by Dominos. Cost RM25.90. Yang ni memang mek vote sangat sebab semua di atas tu kegemaran mek. Terutama Cheesy Stick tu. MasyaAllah ! Mungkin weekend ni kena beli pulak this Fabulous Four. Kalau spouse mek, dia tak vote sangat roti-roti macam ni. Dia lebih suka another morekh. Nanti mek tunjuk dekat bawah.


BBQ Dominos Pizza. Cost RM15 kot. Yang ni pun bukan pilihan spouse mek. Ni adalah pilihan mek. Bagi mek worth to buy and kenyang la kan. Sambil layan movie, sambil makan. Tapi Dominos ni mek prefer weekend je. Kalau weekdays kebanyakkanya spouse akan kejut mek untuk morekh sebab mek akan terlelap awal. Menyusu anak, sekali dengan mak tidur. 


Murtabak Pok Dee. Cost RM2.70 sebiji. Haa, yang ni spouse mek suka. Mek pun suka. Isi dia tebal. Lately, Amzar pun suka makan murtabak. Alhamdulillah. Amani macam kurang berminat. Mungkin sebab rasa rempah kot. Untuk korang yang berada di area Kota Bharu, boleh beli Murtabak Pok Dee di jalan Wakaf Che Yeh sebelum Perodua Kota Bharu. Jalan menghala ke susur keluar Kota Bharu. Kalau tak faham, tanya dekat komen nanti.



Shinjuku Bake by Secret Recipe. Cost RM 12.80. Yang ni time nak sejukkan tekak memang best. Mek ambik yang nutella. Tak try lagi yang lain. Kek dia tu macam kek kosong je, rasa marjerin macam tu. So manis nutella dan vanilla aiskrim tu memang awesome ! Taburan kacang tu pun membuatkan mek rasa sayang nak habiskan. Gitu.

So korang ada yang rasa terliur nak try apa yang mek suggestkan? Atau korang ada better idea, boleh kongsikan dekat bawah ni ye ❤


Sekian ..

MILO CONE by KFC

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Sebab mek peminat aiskrim so mek nak share jugak dengan korang aiskrim yang ada sekarang ni. Yang PinkFong tu je lagi mek tak sempat nak try. InsyaAllah soon. Milo Cornetto ni mek dapat dekat KFC dengan harga RM 1.50. Seingat mek, Milo pernah keluarkan satu asikrim around 2015 (hujung tahun) sebab that time mek pantangkan Amani. That one yang biasa je la but sama harga dengan this one.

Mek tak sure Milo Cornetto ni ada ke tak dekat outlet lain. Yang mek jumpa di KFC. Kalau korang jumpa dekat outlet lain nanti tolong drop komen ye.


Standart rupa Milo. Memang dah trademark Milo dah orang berlari macam tu sebab Milo bagi tenaga, kan. Elok ambik time puasa ni.


Ni rupanya kat dalam. Ada Choc Chip kat atas. Rasa Milo sejati tu maintain. Cornetto pun macam biasa jugak. Overall three over five sebab just mencapai KPI yang mek expect.

Korang boleh je try untuk tahu rasa macam mana. Sedap jugak bukan tak sedap. Tambah pulak bila makan aiskrim ni dia macam boost tenaga sebab Milo kan. Sambil makan Milo Cornetto sambil taip entry gitu..

Korang yang dah try boleh la komen dekat bawah ni. Apa pandangan korang mengenai Milo Cornetto ni ❤


Sekian ..

Janna Nick Akan Bercinta : Luahan Isi Hati seorang Ibu yang Bekerja

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Korang pernah dengar tak lagu Janna Nick yang terbaru ni? Baru tak baru sangat la kot dah berbulan ada dekat radio. Time mula-mula dengar memang tak rasa apa-apa pun. Tapi bila lama-lama dengar macam kena pulak dengan isi hati mek.

Walau hanya sekejap saja,
Dapat aku melihat senyummu,
Cukup membuat hatiku rasa bahagia.

Temaniku genggam tanganku,
Biar kita sampai selamanya,
Kau ku cinta, untuk selamanya.
Akan bercinta ..

Untuk yang berkerja macam mek, yang travel lebih 80km sehari, yang masanya singkat dengan anak-anak. Maghrib baru ada dekat rumah. Isyak dah nak tidur. Subuh dah bangun. Asar pun sembahyang dekat office. Memang tak sempat dengan anak. Hantar anak dekat rumah mertua elok duk merangkak. Balik Maghrib dah boleh jalan anak aku. Itulah umpamanya. Hujung minggu je la waktu nak betul betul spend dengan anak. Nak mandikan dia, nak suapkan dia, nak tidur dengan dia, nak teman dia main, belajar. 

Tapi nak tak nak, semua tu kena telan. So, beruntunglah (dari satu sudut) untuk korang yang boleh jaga anak depan mata duapuluhempatjam. Ibu mana yang nak sebenarnya tinggal anak dia lama-lama tapi tuntutan kerja untuk ekonomi rumah tangga dan demi kelansungan hidup sejagat. Gitu.. 


Saat macam ni amat precious ok. Bukan setiap hari boleh pakaikan baju untuk anak. Kalau boleh buat macam ni dekat anak tiap-tiap hari, besar ganjaran pahala korang.

So korang ada tak lagu yang macam luahan isi hati korang? Mind to share dekat komen ye ❤


Sekian ..

SPRING & DUCK GIVEAWAY BY BLOG NADIAIZZATY.NIA

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Yuhhuuu, Giveaway Duck kembali lagi. Hehe tapi kali ni daripada Blogger Nadia pulak. Nadia ni pun mek kenal masa duk tukar-tukar sampul raya jugak. Nadia ofismate kepada Siqah dan diaorang memang suka giler dengan Duck ! Mek yang nengok tu gerun pulak huhu - berapa daa korang habis duit untuk beli tudung tu. Hukhuk. Tapi takpe, diaorang nak bagi jugak kita kita yang selama ini hanya melihat Duck dari jauh. Kalau ada rezeki, boleh la kita bergaya dengan Duck raya kali ni.



Link untuk Giveaway ni mek dah sediakan dekat atas so korang klik je dan nanti korang follow ler semua syarat yang Nadia dah jelaskan tu. Tapi hari ni dah tarikh tamat tau, so korang kena cepat buat entry dan cepat letak link dekat komen supaya nanti tidak tercicir. Check sekali untuk mek, kut kut mek lupa nak letak mek punya link. Hehe. 

Dan Nadia pun ada mintak satu komen jujur daripada blogger yang join Giveaway dia kali ni. Soalannya bertulis begini : what do you like about my blog or what you don't like about my blog or what I should improve about my blog or what topic do want me to write or you can write any suggestions and feedbacks about my blog.

So, secara jujurnya tanpa mengampu dan menjaga hati mek cuba komen ye.

Like about your blog - The entry and the picture that you written was so attractive and nice ! Seriously,  i bet all bloggers want the creativity that you have (flatlay pictures, nice photoshoot for every picture and also the way you write, easy to understand)

Dont like about your blog - Theres nothing to be corrected in your blog. Because all the font, the pictures, the colours is show your identity. Simple but nice. Doesnt confusing to read the new entry and most important, doesnt take longer time to load.

What should you improve for your blog - For me, just write up what you want to share. All the matures pictures and written will follow along with our experience and reading. 

Topic that you need to write - As for now, all your entry are related to you and i enjoy reading all those experience that you gain. The best that what we can give is when we are experience ourself and enjoy to share with others.

Haa, faham ke idok tu. Berbelit ayatnya. Harap Nadia faham ler. English mek berterabur tapi tak pe, tulis entry bukan untuk exam. Hihi. Tapi itulah sebenarnya yang mek harapkan untuk semua blogger. Tulis dengan keadaan anda enjoy bukan terpaksa atau ingin menarik perhatian semata-mata. Niat menulis untuk share pengetahuan dengan orang, insyaAllah kita akan menulis dengan baik. Amin..

Sempat lagi nak BW ni, jom korang ❤


Sekian..

Kompleks Haji Ismail Group (HIG) - Antara Shopping Mall yang WAJIB jejak di Langkawi

Salam alaikum untuk semua rakan blogger mek ..

Review di Langkawi haritu tak habis lagi. Bila mek dah keluarkan entry tentatif baru habis cite Trip Utara mek dengan #bpt. So bila dah jejak Langkawi, yang sinonim dengannya adalah Chocolate / Kain Batik / Minyak Gamat. Jadi, kalau korang datang Langkawi  tapi tak jejakkan kaki di Haji Ismail Group Mall atau lebih dikenali dengan HiG Mall memang tak sah dan tak complete la lawatan korang.


Ni la mall HiG Sdn Bhd yang terletak di Pekan Kuah. Nak ke sini tak susah, korang waze / maps nama HiG Mall je, terus berdesup sampai. Parking dia spaces dan tidak mengelirukan. Haha. Plus, mall dia ada troley untuk letak barang dan anak-anak. Hihi. Masuk dalam ni memang rambang mata. Tak caye?


Jangan tanya knp posing mek macam orang patah pinggang. Amani tak berapa sehat sebab tu nampak tak ceria. Amzar je yang ok time ni. Kat belakang tu pelbagai corak dan jenis kain batik ! Mek pun tak tahu semenjak bila mek jatuh cinta dengan kain batik ni. Ada mek beli untuk pakai dekat rumah, dan ada jugak beli untuk buat raya. Ole-ole untuk mummy dan mertua pun mek beli dekat sini jugak. Harganya bagi mek standart price yang dah ada GST sekarang ni. Nak yang bawah RM10 macam dulu, memang takde. Tapi kain dia berkualiti dan kena pandai pilih corak. Mek lebih suka corak bunga halus. Katanya batik indon. Tapi cop Malaysia. Design je la kot bagaikan Indon. Mane-mane la asal cantik.


Ni rambang mata nak pilih choc pulak. Harganya takde la murah sangat sampai berderai air mata korang tengok. Murah sikit je daripada kedai biasa. Tapi alang-alang dah datang, beli la kan. Kalau kedai biasa takdenya pulak nak beli unless kalau choc tu keluaran baru. Mek grab Kisses untuk dibawa pulang. Daim tak beli sebab harga dia dah errrkk kenyang. Rasanya mek beli Kisses je kot. Haha. Lupa !


Selain daripada tu, beg troli juga antara yang mek duk rancang dah nak beli. Mek pun tak tahu kenapa sebab nak beli dekat HiG ni. Padahal harga dia lebih kurang Barry Smith yang offer. Huhu. Mungkin sebab nak ambik syarat - Langkawi punya bag. Haha. Ok la. Standart bag troley. 

Itu lah semua hasil tangkapan mek di HiG Mall Langkawi. Korang datang sini jemput la singgah ye. Rugi tak singgah sini sebab kat sini macam pitstop sebelum naik feri. Bukan tak boleh nak pergi tempat lain, boleh jugak cuma dekat sini macam lagi banyak pilihan dan agak menyenangkan.

Korang yang dah pergi Langkawi, singgah sini tak? Apa yang korang beli? Nanti komen dekat bawah ye ❤


Sekian ..

IFTAR RAMADAN 'SOUQ RAMADAN @ PERDANA' DI HOTEL PERDANA KOTA BHARU

Salam alaikum untuk semua rakan blogger mek ..


Ramadhan tiba Ramadhan tiba ! Dan entry kali ni khas untuk korang yang teringin nak berbuka puasa di Hotel Perdana Kota Bharu. Saban tahun (to be exact, lebih 4 tahun), Hotel Perdana Kota Bharu tak pernah miss untuk sediakan buffet Ramadhan kepada para pelanggannya. Mek bet, korang dalam setiap Ramadhan mesti nak jugakkan rasa hidangan buffet hotel dan kesempatan itu mesti nak bawak family berbuka sama-sama, ye dak? 
Dengan bertemakan Souq Ramadhan @ Perdana tapi kejap ! Mesti korang tertanya tanya ni, ape SOUQ tu mek? SOUQ tu dalam istilah arab yang bermaksud pasar / bazar. Yang korang duk sebut PARAM tu Souq Ramadhan lerr. Kenapa bertemakan bazar? Sebab dengan pelbagai aneka juadah makanan (185 sajian, 13 jenis minuman sejuk, 2 jenis minuman panas) akan buat korang rasa bila masuk je Cerana Coffee House, macam masuk bazar ramadhan tapi nyaman dengan aircond. Dalam 185 sajian tu termasuk lah jugak 5 jenis masakan kawah yang terdiri daripada Kambing masak kari, Gulai Daging Lembu Tempatan, Kari kepala Ikan, Gulai Ayam Kampung dan jugak Daging Salai masak Lemak Mangga Muda.
Yang sup-sup pun tetap ada uols. Sup Torpedo, Sup Tulang - tetap disajikan kepada mereka yang suka dengan sup. Macam mek, mek vote kari lagi (pakistan tak tinggal okei).
Banyak sangat tulisan kat atas ni, moh skrol tengok gambor.






Itu antara lauk pauk yang disediakan dan antara lauk blogger Amar dan spouse mek ambik. Banyak giler ! Serius ! Dan paling penting semuanya menetapi citarasa mek. So mek nak puji lah chef Hotel Perdana Kota Bharu yang diberi nama Eksekutif Chef Ibrahim Abu Lasi. Dan semestinya dia ada para pembantu yang hebat sebab boleh maintain rasa setiap hidangan. Mek paling vote sampai menambah 3x adalah Udang Masak Kari / Berempah ! MasyaAllah memang lazat yang amat ! Sambil borak sambil ratah that udang.





Ni bagi mek appetizer la. Hihi. Sedap jugak. Semuanya ok la bagi mek. Takde pun rasa kurang. Yang ni pun duk ratah cam tu sambil borak dengan PR Hotel Perdana Kota Bharu - Fatihah. Sambil makan sambil puji makanan sedap. Sambil tu kenyang jugak. Hehe. Jom skrol lagi, banyak lagi mek nak tunjuk dan nak cerita ni.




Untuk masakan yang bergoreng-goreng ada jugak disediakan di luar dining hall iaitu di pool side. So ada live action cooking. Korang mintak je nak apa nanti dia akan gorengkan. Macam kambing golek semua tu pun golek dekat luar ni lah. ABC pun ada. Biasanya ABC ni orang akan ambik lepas turun daripada sembahyang Maghrib. Buka puasa mesti nak minum air teguk macam tu sebab haus kan.. Tapi kalau korang terliur sangat nak berbuka dengan ABC pun takde masalah. Bagitahu je dekat adik manis kita ni dan dia akan buatkan untuk korang. Manis dan topping apa korang nak, korang boleh mintak.




Korang boleh pilih nak duk kat luar atau nak dining kat dalam. Sitted berapa orang pun nanti bagitahu time korang booking. Bagi mek terpulang atas individu masing-masing nak duk tepi kolam atau kat dalam dining hall. Macam mek, mek lebih suka dining hall sebab sejuk dan anak mek senang sikit nak pantau takda nak risau dia terjun kolam ke apa benda lain lagi. Tapi bagi mereka yang smoking mesti pilih untuk duduk di luar. 


Korang disarankan untuk booking dahulu sebelum datang. Sehari sebelum amat dialu-alukan. Tapi kalau last minit punya plan, try la call 09-7458888 untuk tempahan. Kalau ada sit, diaorang akan bagi je. Walk in tu bukan la tak bagi cuma diaorang nak prepare meja apa semua. So tu yang pihak hotel mintak jasa baik para pelanggan untuk membuat tempahan terlebih dahulu. Seperti yang korang tengok gambar di atas, dewasa RM 85 dan kanak-kanak (6-12 tahun) half price. Reward la diri korang dan ahli keluarga sekali sekala berbuka di hotel. Biar dapat pengalaman dan penghargaan gitu setelah duk pulun cari gaji. Mihmih.


Yang ni tak semua hotel buat. Tadarus sambil tunggu buka puasa. Sambil korang tunggu nak register, boleh dengar alunan quran dulu. Sejuk telinga, sejuk hati. Hotel Perdana Kota Bharu pun adakan solat terawikh. Agak-agak korang rasa macam jauh penat nak balik terawikh kat rumah, boleh selesaikan terawikh kat sini dulu. Macam mek hari tu, lepas Maghrib jam 8.00 malam terus balik sebab esoknya kerja. Kalau tak kerja, boleh je join terawikh dekat sini. Spaces surau yang disediakan.



Dikesempatan ni mek nak ucapkan ribuan terima kasih kepada team Hotel Perdana Kota Bharu terutamanya Pn Nik Adura Zuliana (Head of Department - Sales and Marketing) dan jugak PR kesayangan Fatihah kerana sudi jemput bpt untuk merasai sendiri Souq Ramadhan @ Perdana. Harapnya kolaberasi ni dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Notes : Untuk warga Korporat area Kota Bharu, kalau ada yang nak buat Open House raya nanti, korang boleh jugak buat di Hotel Perdana Kota Bharu. Call je 09-7458888 dan cakap dengan Pn Nik Adura untuk menu dan harga. Seingat mek, BSN ada beberapa kali buat majlis raya di Hotel Perdana Kota Bharu (2014 dan 2015). Harap tahun ni dapat buat jugak dekat sini. InsyaAllah.


My kids . Huhu. Seronok tengok kolam !



Sekian ..

CONE CENDOL by McD

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Mek mungkin antara yang lambat update this aiskrim. Tapi untuk korang yang tak kenal lagi ni adalah Cendol Cone by McD. Setakat yang mek usha, masih ada lagi this aiskrim di McD. Boleh la korang try untuk morekh nanti. 


Cendol - memang terasa cendolnya. Lembut lemak manis gitu. Repeat ke idok? Seharusnya repeat ! Sebab yang ni memang lain. Biasa McD keluarkan aiskrim yang vanilla dikekalkan. Kali ni that vanilla digantikan dengan perasa cendol terus. Haa, nak tahu puas hati ke tidak, kena try sendiri. This cone cost RM2.50.

Korang dah try ke this cendol? Sedap tak? Ke korang lebih prefer vanilla? Nanti share dekat bawah eyh ❤


Sekian ..

MELARAM DENGAN GENE MARTINO

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Walaupun baru empat hari kita berpuasa, tapi kelengkapan raya kalau boleh siapkan lah awal-awal. Kenapa? Sebab seminggu lagi nak raya lebih baik tumpukan kepada ibadah. Sebab that time la ada Lailatul Qadr. Gitu. Mek pun baru nak praktik tahun ni. Disebabkan dah merasa azab menyiapkan kelengkapan raya pada last minute, so tahun ni awal-awal lagi siapkan on first week puasa. Baju raya pertama dah settle dan korang boleh baca dekat SINI .

Tinggal lagi nak cari baju raya untuk day two and three. Kalau tahun sebelum ni mek cari ikut terserempak. Sebab dah last minute, takde pilihan banyak sangat dah. Colour same laki bini anak, terus jadi. Berbeza dengan tahun ni, mek rasa nak shopping semua baju dan seluar di Gene Martino . Wah mek, kuat ampu Gene Martino tahun ni ye. Bukan sebab tu sebenarnya. Disebabkan mek bekerja office, so ada etika pakaian. Taknak beli baju atau seluar raya yang rasanya boleh pakai on weekend je. Mek rasa itu satu pembaziran yang sekian lama mek amalkan. Why not, beli baju raya yang boleh pakai on weekend, office time dan juga time raya


 




Memang design dia nampak simple tapi memang taste mek. Suka yang simple. Tak rimas. Tak perlu nak menyelak bagai bila kena cuci pinggan dekat dapur paling penting senang nak menyusu anak. Oh, mungkin karakter mek yang tak suka complicated. Haha. Kalau yang kenal mek setuju la kot dengan mek punya words tu. Selain daripada design dia yang menarik perhatian mek, harga pun menarik perhatian jugak ! Harga asal RM69 dan beli 3 dapat RM120. Simple matematik, RM40 sehelai. Affordable bagi mek. Dah la kualiti dia elok. Kalau tak elok, takdenya nak setia dengan Gene Martino hampir enam tahun.

Korang boleh pilih mana-mana design yang korang berkenan untuk that harga. Tak semestinya semua baju untuk 3 item tu. Campur la nak skirt boleh, blouse pun boleh dan seluar tu pun boleh. Senangkan? Takda rasa terikat nak kena beli blouse 3 helai, seluar pulak 3 helai. Just mix and match yang mana korang berkenan je.



Korang yang nak dapatkan offer ni, boleh berkunjung ke Gene Martino Kota Bharu berhadapan dengan Mydin Kota Bharu Jalan Pintu Pong. Kalau untuk state lain mek tak sure mana butik yang offer macam ni sebab offer macam ni dia letakkan setempat je untuk memudahkan korang cari. Plus, Gene Martino Kota Bharu dua tingkat so spaces sikit untuk letak banyak koleksi. Mek sure kalau korang datang Gene Martino takkan kecewa dengan kualiti kainnya. Design tu sebab taste masing-masing kan so itu tak boleh nak komen lebih.



Untuk setiap pembelian korang akan dapat paper bag Gene Martino dan jugak sampul raya ! Sejak 3 tahun lepas mek suka kumpul sampul raya. Suka tengok design makin tahun makin simple tapi nice. Dikesempatan ni jugak mek nak ucapkan terima kasih untuk staff Gene Martino Kota Bharu sebab yelah layan mek yang hmmm korang faham sendiri je la. InsyaAllah, lepas raya datang lagi untuk hunting that 3pc. Janji korang pelbagaikan lagi ye design.


One of design yang mek rasa sesuai dengan hati mek. Hahaha. Korang bet, mek beli ke tak design ni? Komen dekat bawah ok, mana tahu dapat duit raya untuk komentar bertuah ❤


Sekian ..

SENMY SHAMPOO AND CONDITIONER ; UNTUK RAWATAN SPA RAMBUT HANYA DI RUMAH

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Dulu, masa tak kahwin lagi rambut mek ada jugak yang gugur tapi sehelai dua je la. Plus rambut mek memang lebat dan kalau takat sehelai dua yang gugur tu memang tak terasa. Dan memang normal kalau rambut gugur sehelai dua dalam tempoh sehari. Mek pernah baca yang rambut kita boleh gugur dari satu hingga lima puluh dalam hari yang sama. Tapi kalau lebih, macam mana?

Bila dah kahwin, to be exact lepas beranak. MasyaAllah rambut gugur kemain. Time beranakkan Amani tu ok la sikit. Lepas dah habis tempoh dia menyusu rambut kembali normal. Tapi time Amzar allahurabbi - spouse cakap 'rambut ue dah macam takde kat tengah ni' (nak cakap botak kang nanti bini melenting pulak). Kalaulah rambut tu bukan aurat, mek dah snap bagi korang tengok. 

Cerita ini mek panjangkan juga kepada seorang doktor di Pasir Mas. Namanya mek lupa. Kisahnya Amzar dikhuatiri naik campak, so mek rujuk doktor. Kata doktor itu hanya ruam panas. Ok lah. Alang-alang ada depan mata, mek tanya la dia - 'doktor, kenapa rambut saya banyak gugur ye? Adakah sebab menyusu?' sebab mek biasa dengar kalau kita menyusu so banyak zat yang kurang kut kut lah zat untuk rambut berkurang sekali. "Saya tak tahu kenapa rambut puan gugur. Ibu lain juga menyusukan anak dia tapi takde pun rambut diaorang gugur. Puan stress ke?' Mek dah macam lain jugak time ni sebab dia boleh jawab tak tahu. 'Takde la stress sangat doktor, biasa je.' Jawapan aku tu sebenarnya nak maki kau dah tapi dalam keadaan sabar lagi. 'Puan kerja apa ye. Puan pernah rujuk psikitari ke. Daripada percakapan puan, saya tengok puan macam stress?' Ini dah melampau. "Eyh, apa pulak saya kena rujuk psikitari. Saya bukan nak gila. Saya tanya kenapa rambut saya gugur, adakah berkaitan dengan penyusuan saya. Kalau doktor cakap tak tahu, baik saya tanya google.'. Gitu. Sudahnya mek bangun dan blah. Kalau ikut hati tak nak bayar tapi sebab panel so memang klinik tu akan claim jugak la. Memang mek jenis berapi kalau orang cakap macam gitu. Tahap sabar setakat nombor dua je. Masuk ketiga mek dah meletup. Mek harap doktor tu sedar bahawa nak jawab TAK TAHU tu bukan untuk semua orang. Kalau kau betul tak pasti baru cakap TAK TAHU. Kau doktor tak sepatutnya jawab macam tu kat patient. Kalau kau tu nurse boleh jugak diterima. Ni doktor tapi macam bodoh tak belajar apa benda.

Dan cerita ini mek sampaikan jugak kepada kawan mek dekat pejabat. Dia pun tengok la rambut mek yang kian susut tu. Luckily, dia suggest dekat mek shampoo herbs yang dia tengah pakai sekarang. Memang nampak elok rambut dia. Terurus dan rapi aje. So dia bagi mek sample untuk try dulu.




Alhamdulillah Senmy Shampoo dan Conditioner ni sesuai untuk mek. Sesuai macam mana? Membantu mek dalam mengurangkan jumlah rambut gugur, mewangikan rambut mek, merapikan rambut mek. Lepas apply dua kali memang mek akui keberkesanan Senmy Shampoo dan Conditioner ni. Kalau nak kata rambut tak gugur langsung memang tipu sebab memang ada yang gugur sehelai dua (common punya keguguran) tapi obviously nampak adalah pada sikat rambut. Memang dah tak da dah secekak (rambut) dekat gigi sikat rambut. Alhamdulillah.

Senmy Shampoo dan Conditioner ni dirumus daripada halia yang mana akan membantu untuk kurangkan dandruff dan tumbuhkan kembali rambut-rambut korang yang gugur dengan lebat tu. Kalau yang conditioner tu pulak boleh melembutkan rambut, memberi vitamin kepada rambut dan jugak elak daripada rambut korang rosak (bercabang, rapuh). Itu sebab mek cakap bila korang apply Senmi Shampoo dan Conditioner ni macam buat spa rambut tapi dari rumah korang je.

Cara apply Senmy Shampoo dan Conditioner ni pun sama je dengan shampoo lain. Cuma conditioner tu korang apply hujung-hujung rambut sahaja. Jangan lumur sekepala pulak. Jenuh korang nak bilas nanti. 


Bagi korang yang berminat untuk try Senmy Shampoo dan Conditioner ni, boleh hubungi saudari Chu Ai Chia ditalian 01119902165 atau search FB AiChiaa Chuu untuk PM atau godek godek album Senmy Shampoo dan Conditioner. Sebotol Senmy Shampoo berharga RM62. Conditioner pun berharga RM62 juga. Tapi, kalau korang beli 3 botol ke atas, ada special price tau ! So cepat-cepat PM / Whatsapp Chia untuk maklumat lanjut.

Mek bet, ramai kalangan readers mek ni mengalami masalah rambut gugur kan? Korang dapat kenal pasti tak apa puncanya? Share dekat komen ye ❤

Sekian ..

MENU UNTUK BERBUKA / SAHUR ; MINGGU PERTAMA RAMADHAN

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Esok dah nak puasa ! Malam ni kita semua akan bertarawikh. Lepas bertarawikh orang perempuan (mostly) mesti duk fikir nak sahur dengan apa and esok mesti dah start cari menu untuk berbuka pulakkan. Macam mek pulak yang tak masak ni, memang mengharapkan mertua je la masak apa. Hidang apa itu lerr dimakan. Kecuali weekend. Mek akan listkan beberapa menu untuk rujukan semua - mana tahu antara menu ni boleh dijadikan hidangan untuk korang berbuka. 


Nasi Lemak Ayam Goreng McD ! Menu ni paling mudah dan kenyang untuk korang kalau nak sahur atau nak berbuka. Set macam ni hanya RM12 rasanya. Kalau yang ada telur tu RM15 (mek lupa harga asal). Tapi untuk korang yang tak suka pedas, sambal Nasi Lemak McD ni agak pedas so korang kena cuit cuit cam tu je bila makan.


Nasi Sayur Air, Telur Goreng letak Kicap dan Ikan Puyu Pekasam. Menu ni pun simple jugak untuk korang yang gian nak memasak (macam mek, gian nak masak tapi nak yang sesimple boleh). Makan sepinggan ni dah boleh terawikh / menjalani hari dengan baik dah.

Haa, korang rasa menarik tak menu yang mek cadangkan tu? Kalau ada menu lain boleh jugak drop dekat komen. Kita saling membantu la dalam bulan ramadhan ni. Mek tahu sangat, bulan puasa ni nafsu makannya tinggi tapi nak makan apa tu kadang buntu. So kalau pakat share sikit sorang boleh la merasa menu lain-lain. Dan sorry sebab mek boleh sediakan dua menu sahaja (hajat nak letak tujuh, tapi ada dua je) sebab komputer mek corrupt dan gambor gambor terdahulu dah hilang. Mek jugak nak pesan, makan jangan secara berlebihan. Makan cukup-cukup sahaja. Mentang-mentang lah siang hari tak boleh makan, di qadanya sebelah malam sampai tak selesa perut. Sunnah nabi - berhenti makan sebelum kenyang yang melampau.


Psst, mek sekarang macam tersuka tanpa sengaja ambik video lepas tu nak tempek dalam blog, korang rase ok tak? Ke berat nak loading page? Hukhuk. Pandangan anda amat dihargai.


Sekian ..

BUSINESS APPRECIATION DAY HOLIDAY VILLA KOTA BHARU 2018

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..


Business Appereciation Day @ Holiday Villa Kota Bharu

17 April 2018 telah pun berlansung satu program di mana Holiday Villa Kota Bharu menjemput semua rakan korporatnya bersama-sama media dan para blogger untuk diraikan. Program ini juga bertujuan untuk perkenalkan set menu ketika menjelang PRU 14 dan juga set buffet Ramadhan 1439H yang akan menjengah pada 17 Mei 2018 nanti.

Dah macam formal pulak tulis macam tu. Hukhuk. Macam reporter pun ada. So, jom lah mek tulis secara santai untuk kenang-kenangan event yang telah mek dan team bpt hadirkan diri. Kami dijemput khas oleh Cik Yatt untuk sama-sama memeriahkan this event dan of course sebab dia percaya blogger boleh hebahkan kepada umum dengan agak berkesan. Gituu. Angkat bakul ke tu? Tak, kan? 


Team BPT (mek, wani sukarno dan Ciktie). Kitaorang sampai around 2.45 ptg dan this time bukan takde orang, cuma hadirin duk kat luar dewan untuk sesi photoshoot (photobooth by DellDash Booth). Kami pulak photoshoot dalam dewan dulu sementara semua benda atas meja tak terusik lagi.

Rasa teruja sebab blogger disediakan satu meja khas supaya kami dapat buat kerja kami dengan baik sekali. Meja yang hampir dengan pentas, dekat dengan pintu - itu semua membantu kami para blogger untuk Go Live di FB dan jugak bangun untuk shoot gambar tanpa menghalang pandangan orang lain. Good job Cik Yatt.


Aturcara pengisian bagi Business Appreciation Day @ Holiday Villa Kota Bharu. Korang takkan sempat nak boring sebab banyak persembahan dan makanan disajikan untuk tetamu.


Urusetia yang manis-manis semuanya sambut guest. Kalau korang perasan. gambor kat atas tadi ada lucky draw kan. So rugilah datang event tapi tak register. Hihi. Mane tahu nombor registration korang tu bertuah.


Ni pulak persembahan pembukaan daripada team Jastera. Kalau korang nak tahu Jastera ni memang selalu dijemput untuk buat persembahan sehinggakan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kelantan pun mengiktirafkan team mereka antara the best that Kelantan have.

After this persembahan, para hadirin dihiburkan dengan celoteh pengacara event ni yang juga daripada Team Jastera dan memang tak boring la cara pengendaliannya. Teratur, mudah difahami dan juga menghiburkan. Idok lerr macam formal sangat tuturnya. Ada selingan mengusik, selingan iklan - itu membuatkan kita macam alert untuk dengar apa yang diperkatakan oleh pengacara. Paling yang ditunggu adalah announcement untuk jemput makan. Haha ! Lauk pauk tu tak payah cite, sebab mek dah cerita lanjut dekat entry ni . 


Sambil makan tetamu dipersembahkan dengan catwalk model-model daripada Qaseh Inspire Bridal yang memperagakan baju-baju cantik lagi vogue, diilhamkan khas oleh owner Qaseh Inspire Bridal iaitu Pn Ieyda dan En Harry. Korang yang berminat nak dapat sentuhan fesyen daripada diaorang, boleh je pergi butik diaorang dekat Guchil Bayam Kota Bharu atau search sahaja di FB Qaseh Inspire Bridal.


Ni owner Qaseh Inspire Bridal - ramah dan tak kedekut ilmu. Sepanjang duk sembang banyak ilmu bridal dan fesyen yang En Harry kongsikan pada mek. Mek bet kalau sape jadi pelanggan diaorang mesti puas hati sebab diaorang buat kerja kerana passion bukan kerana duit semata-mata.


Sesi QnA bersama Chef Syam. Ruang ini untuk para blogger dan para media mengajukan sebarang pertanyaan kut-kut ada yang tertanya-tanya macam mana hidangan buffet nanti, lauk-pauk yang disediakan. Penerangan Chef Syam memang cukup berinformasi dan membantu kami para blogger untuk menulis. Hikhik. Yela, owner explain sendiri apa yang dia nak buat so kami lagi jelaslah dengan idea dia tu.


Dah siap QnA bersama Chef Syam, ambik peluang untuk bershoot dengan DellDash Booth pulak. Gambar korang akan diprint serta-merta (gambar ukuran 4R) sebagai kenang-kenangan. So bagi korang yang nak buat event dan perlukan perkhidmatan photobooth, boleh je risik DellDash Booth dekat FB diaorang. 


Masuk je dewan balik untuk sesi bergambar, mek diberitahu oleh kawan Wani yang mek dapat cabutan bertuah ! Waa ! Alhamdulillah .. Rezeki mendaftar tadi. Thanks Holiday Villa Kota Bharu. Nanti lepas stay, kita review bilik pulak ye.

Tapi still ada berita baik untuk korang, Holiday Villa Kota Bharu ada memperkenalkan Privillage Card di mana korang perlu membayar RM480 one shot (hanya RM40 sebulan) dan korang akan dapat pelbagai privillage antaranya Akses Pool di Holiday Villa tanpa sebarang bayaran, Dapat Room percuma pada Hari Birthday korang, Diskaun bila korang Dine in di Holiday Villa dan banyak lagi. Amat menguntungkan ! Yela, akses pool tu tanpa had ok. Pool dekat Holiday Villa Kota Bharu ni dekat tingkat 3, so berteduh. Takkan panas la anak korang mandi kolam nanti. Korang pun akan rasa rilex je menjaga anak-anak korang mandi. Then dapat birthday treat lagi. Dapat room percuma. Kan seronok tu bila birthday dapat tidur hotel, pamper-kan diri. Pendek kata that RM480 memang worth habis. 


Ditepi Wani tu lah Cik Yatt. Kuruih orangnya. Duk sembang-sembang dengan Yatt ni mek boleh agak yang Yatt seorang berpandangan jauh dan kalau bagi dia handle satu-satu event, kita takkan kecewakan korang. Dia akan buat dengan sepenuh hati. Korang yang nak buat event dekat Holiday Villa Kota Bharu boleh contact Yatt untuk jadi advisor / organiser event korang. Kat sebelah Yatt pulak adalah owner kepada Holiday Villa Kota Bharu. Ditepinya pula anak lelaki beliau yang diberi nama En Wan Sazril. Memang sporting habis diaorang ni. Mulanya segan nak ajak bergambar tapi diaorang keep thanking dekat blogger sebab sudi datang event ni. Malu pulak kita, kita yang patut say thank kat Holiday Villa Kota Bharu sebab percayakan kami. Thanks pihak pengurusan Holiday Villa Kota Bharu.

Memang kami rasa dihargai dan seronok sepanjang event ni berlansung dan memang besar harapan kami nak stay closed dengan Holiday Villa Kota Bharu dan serve sebaik mungkin. Untuk korang yang masih meragui untuk ambik perkhidmatan blogger, its time to open up your mind and heart. Jangan segan untuk tanyakan blogger perkhidmatan yang diaorang boleh sediakan. So, put the trust on us, ok?

Korang yang dah pernah stay di Holiday Villa Kota Bharu boleh la komen di bawah. Nak jugak dengar pengalaman korang sepanjang stay di sini. Komen dekat bawah ye ❤


Sekian ..