Restoren D'Muara Chenang - Dinner yang mendamaikan di Langkawi

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek dan jugak untuk korang yang baca entry ni ..

Kesinambungan lepas kitaorang balik daripada Langkawi Wildlife Park dan berehat-rehat di Homestay Hj Bahari mestilah malam tu kitaorang nak keluar dinner pulak. Haa, ke manakah destinasi untuk kitaorang dinner korang kena baca entry ni. 

Restoren D' Muara Chenang yang berlokasi di muara Sg Chenang atau lebih senang Jeti LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) menjadi pilihan untuk kami semua isi perut yang dah berkeroncong that time. Daripada homestay yang kami tinggal, around 20 minit je nak pergi Jeti LKIM ni. Dan macam biasa, korang boleh waze / maps / google maps sahaja untuk ke sana. Amat mudah.

Sampai je kat Restoren D' Muara Chenang korang mesti akan terpegun sebab kedainya open air, tepi sungai, nampak kapal terbang nak landing dan that time mek pergi 2 Rejab - memang bulan tengah cantikkkk sangat. Mek bet kalau korang pergi time purnama lagi cantik. Sorry, mek tak sempat snap gambor kedainya macam mana tapi di Jeti LKIM tu ada satu ni je kedai makan. So korang tak akan macam tertukar atau rambang mata untuk pilih kedai.


Tengok ! Penuhkan orang makan kat sini. Restoren D' Muara Chenang memang menjadi sebutan dalam kalangan orang Langkawi tapi kureng dikenali oleh pelancong. Mungkin kedainya yang berlokasi di Jeti - nun hujung sana menyebabkan not very well known by tourist. Yela, biasa tourist dia akan cari makan yang dekat dengan hotel apa semua kan. So why not, bila korang datang ke Langkawi - jadikan D' Muara Chenang dalam bucket list korang untuk dinner.


Antara menu yang laju berdesup orang order adalah Ikan Jenahak Bakar. To be honest, this ikan bakar bukan yang macam ordinary punya type. Kenapa? Sebab dia bakar tapi still lagi moist ! Biasa kalau ikan bakar yang mek try, mesti agak kering. Dan kalau moist pun dekat bahagian bawah je la. Tapi D' Muara Chenang boleh buat ikan bakar tu moist atas dan bawah. Pada mulanya kami fikir yang mesti chef dia akan siram balik pes kat atas ikan tu nak bagi moist tapi sangkaan kami silap. Memang dia di bakar macam itu dan dihidangkan terus lepas buka wrapping ! Hebatkan? Korang kena try this Jenahak Bakar.


Ni pulak Tom Yam Campur Merah Menyala Sehangat Cili Di Dalamnya. Gitu.. Walaupun merah menyala tapi idok ler pedaih sangat. Standart tom yam. Bagi mek yang berlidahkan Rantau Panjang Kelantan, Tom Yam yang dihidangkan oleh D' Muara Chenang adalah mengikut piawaian tom yam dengan betul dan tepat. Seperti yang mek bagitahu korang, bila mek travel, taste makanan memang menjadi masalah bagi mek sebab lidah Kelantan, bila makan yang orang luar Kelantan masak memang tak kenyang dibuatnya. Tapi Alhamdulillah. Langkawi memang taste dia lebih kurang dengan Kelantan. So no need to worry. Cukup rasa.


Bila dah ada Tom Yam, pelengkap selera mestilah Sotong Celup Tepung. Tapi jangan ingat celup tepung ni semudah ABC dan rasanya semua sama. Sebab setiap kedai pasti tak sama rasanya Sotong Celup Tepung disebabkan ramuan tepung tu sendiri. Bagi mek, celup tepung kalau tak rangup akan kurang sikit markahnya sebab celup tepung adalah sinonim dengan crunchy. Kalau tak crunchy tak sedap la. Agak-agak Sotong Celup Tepung D' Muara Chenang ni crunchy tak? Seharusnya lah ! Daripada gambar tu pun dah tahu crunchy kan. Tambah pulak dengan pencicah yang pedas-pedas manis. Memang selera habis makan dekat D' Muara Chenang.


Ikan ni tak nak pusing. Tu yang duk menegak tu. Maafkan dia ye. Ni pulak Ikan Siakap 3 Rasa. Memang cukup rasa dan Siakapnya garing ! Mek suka. Ikan Siakap kalau digoreng tapi tak garing nak makannya tu kureng sikit bagi mek. Lain orang lain seleranya. Tapi yang ni memang sesedap tekak mek dah. Alhamdulillah. Tidak mengecewakan semua menu daripada D' Muara Chenang ni.


Haa ni adalah special menu daripada D' Muara Chenang yang mana korang takkan dapat rasa Ketam Berempah Kari ni kat mana-mana kedai sekalipun sebab dia specially made oleh chef kat D' Muara Chenang. Yang ni mek bagi full rating sebab ya Allah, memang juicy dia punya isi ketam dan rasa kari tu masuk ke dalam isi ketam. Ni pun duk menaip berair mulut ingatkan kelazatan isi ketam manis digandingkan dengan rempah kari. Perghhh ! Teramat rugi korang datang Langkawi tapi tak datang ke D' Muara Chenang sebab menu ni hanya kat sini.


Penuh mulut makan ! Tempting ! Lazat ! Aroiii ! Ni bukan mengampu semata-mata ye. Bloggers diberi mandat untuk review yang jujur, bukan untuk mengampu. Jangan salah anggap ye. Semua makanan yang terhidang malam tu licin ! Yang paling mek rasa nak menambah adalah Ketam Berempah Kari ! Mungkin darah Pakistan mek kuat so mek suka gilos dengan hidangan yang berempah kari ni.


Ni owner D' Muara Chenang. Selesa dipanggil Che Rus. Di kesempatan ni mek nak ucapkan ribuan terima kasih kepada D' Muara Chenang punya team sebab sudi terima kunjungan kami dan didoakan agar D' Muara dapat mengekalkan kualiti masakan sekarang dan agar senantiasa mendapat kunjungan daripada pelanggan. Amin..

Itu lah kisah dinner kitaorang di Langkawi yang mana korang pun kena datang sini jugak untuk try semua makanan yang mek dah recommend kat atas tu. Bagi mek rugi kalau korang datang Langkawi tapi tak try all these food. Walaupun masakannya nampak macam ala Thai tapi tetap ada keunikannya tersendiri. Korang nak booking meja dulu sebelum datang boleh call 012475 2425 and cakap je dengan Che Rus. Korang jugak boleh tengok FB D' Muara Chenang untuk info lanjut. Jangan lupa, waze / maps / google maps Jeti LKIM untuk ke D' Muara Chenang.

Korang yang dah pernah datang sini, meh drop komen korang kat bawah ❤

Baca juga daripada Blogger Sis Gee


Sekian ..

5 comments

  1. Ya allah...sedap sgt nampak semua lauk tu.
    memang menyakinkan sgt mek promote nih.
    terasa mcm nak g langkawi skrng jugak.kihkihkih

    ReplyDelete
  2. Semuanya sedap2 belaka.sotong celup tepung sedapppnya.. susah jugak nak goreng sotong celup tepung dkt rumah ni..minyak dia tu asyik merencik je.sbb tu rabia makan kt kedai

    ReplyDelete
  3. semua nampak sedap lauk2 dia. kalau ade rzki ke lgkawi lagi boleh la dtg ke rstrn ni

    ReplyDelete
  4. Kereta sewa termurah di Langkawi adalah Proton Saga dari Merge-Car-Rental. Harganya cuma USD15.74 sehari. Merge-Car-Rental dinilai oleh 5+ pelanggan dengan purata skor rating 9.1/10.

    ReplyDelete