Restoran Siti Fatimah - Sup Gamat Langkawi

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek dan juga yang baca entry ni ...

Dah nyenyak tidur di Homestay Hj Bahari dengan kenyang perut terisi oleh makanan lazat di Restoran D' Muara Chenang - keesokannya mek teruskan lagi misi untuk mengisi perut. Semestinya yang diburu adalah makanan Langkawi. Takkan nak cari nasi kakwok pulak kat sini, kan.

Pilihan kami for that morning adalah Restoran Siti Fatimah yang terletak di Kg Mata Ayer, Ulu Melaka, Langkawi. Korang jangan perasan benda ni kat Melaka pulak. Mek pun heran kenapa Langkawi ni banyak sangat nama Melaka. Ada kaitan ke diaorang ni? Mek tak sempat nak siasat. Untuk pengetahuan korang jugak, Restoran Siti Fatimah ni adalah salah satu kedai makan yang di-recommend oleh TripAdvisor maksudnya restoran ni menjadi pilihan para pelancong (top rate).

Restoran Siti Fatimah ni dibuka dari jam 8.00 pagi lagi sehingga lah korang selesai lunch, lebih kurang jam 4.00 petang. Kalau korang nak breakfast pun sesuai, nak lunch pun sesuai. Lauk pauknya? Nanti mek tunjuk sat lagi.


Ni adalah view depan kedai Restoran Siti Fatimah. Jangan risau, walaupun dah pudar korang akan tetap dapat membacanya dengan baik. Korang yang nak datang sini hanya perlu waze / maps / google maps Restoran Siti Fatimah sahaja. Sure akan jumpa. Kedainya agak spaces untuk parking dan untuk korang yang datang in big group. So no worries for that.


Ni antara lauk yang ada. Ni baru beberapa tau. Time mek sampai around jam 9 lebih pagi. Orang ramai sedang breakfast. Mek difahamkan oleh owner Restoran Siti Fatimah - En Farid yang setiap hari menu adalah tidak sama. So kalau hari ni dah ada gulai ayam, esok dia gantikan dengan menu lain pulak. Dalam seminggu takkan sama dia punya menu. Disebabkan keunikan tu lah Restoran Siti Fatimah ni menjadi popular among tourist. Tapi bukan kerana itu sahaja. Ada lagi sebab lain. Moh skrol ke bawah untuk tahu.


Antara lauk yang mek agak teruja adalah hotdog masak pedas. Setahu mek, hotdog yang dijadikan lauk ni hanya dekat Sabah sebab last time mek pergi, hotdog masak kicap. Bagi mek yang tak biasa jumpa ni memang rase pelik la. So kali ni jumpa dekat Langkawi pulak. Apa lagi, harus lah try ! Tak pedas sangat dan cukup rasa. Bagi mek, nasi dengan hotdog masak pedas macam ni boleh diterima tekak. Lagi-lagi mek yang ada anak kecik yang memang suka makan ayam je, boleh tuning diaorang untuk makan dengan hotdog pulak.


Haa, ni adalah speciality yang ada kat Restoran Siti Fatimah iaitu Sup Gamat ! Selama yang mek duk pergi kedai makan around Langkawi ni, mek tak jumpa lagi Sup Gamat. Hari tu dekat Restoran Selera Akmal mek hanya try Kerabu Bronok sahaja. So ini adalah antara tarikan bagi Restoran Siti Fatimah untuk lebih dikunjungi. Bukan setakat tourist je kena try Sup Gamat ni, korang pun kena try sama bila datang ke Langkawi. Rugi tau kalau tak try. Rasa Gamat tidak sekenyal Bronok. Gamat lebih lembut. Ibarat makan daging macam tu je. Tak rasa pelik pun. Kalau rasa pelik tu sebab korang yang fikir macam-macam.


Kut-kut la takde selera dah nak try gulai-gulai atau sup-sup, jangan bimbang - ulam-ulaman pun ada dengan sambal-sambal yang korang akan terangkat. Paling win adalah sambal buah machang. Mek tak tahu la korang panggil buah apa, tapi Kelantan panggil buah machang. Makan pulak dengan peria pahit tu perghhhhhhh ! Merecik hawau ! Okei, memang mek jenis tak makan pedas tapi mek tengok suami Sis Hawa makan selera sangat dengan this one. So mek bet memang sedap la. Kalau tak pedas, mek pun nak try jugak sebenarnya. Hihi.


Air pulak hmmmmmppphh ! Sejuk tekak ni haa. Dalam jam 10 pagi, Langkawi tak sejuk macam Cameron Highland bahkan tidak sesejuk Kelantan. 10 pagi Langkawi lebih kurang cuaca 11.30pagi di Kelantan. Dah nak start panas lit lit. So, ABC is highly recommended untuk korang yang nak hilangkan dahaga. Plus, dia letak aiskrim. Mana boleh tolak, kan.


Ni adalah round one mek punya breakfast. Haa, western kan? Yang ni ada je kat depan Restoran Siti Fatimah yang mana korang boleh order sendiri. Roti telur cheese dia memang sedap. Penuh cheese. Mek suka. Air Jus Durian Belanda tu pulak memang bagus untuk cuci buah pinggang korang. Rasanya masam-masam manis. Sejuk anak tekak bila minum Jus Durian Belanda.


Ni pulak round two ! Hotdog tu nampak je satu, tapi lepas satu-satu kat dalam pinggan. Telur Masak Lemak Cili Padi dia tu memang Cili Padi yang pedas. Haha, ingat ambik telur kuning nak suapkan anak-anak tapi dengan mummynya sekali tak boleh makan. Pajeri nenas tu memang alhamdulillah sedap. Sesedap yang mek bayangkan. Air asam kat tepi tu pulak, takde la pedas sangat walaupun nampak cili meriah.


Ni la owner Restoran Siti Fatimah - En Farid Idris yang dah berkecimpung dengan Restoran Siti Fatimah lebih 25 tahun ! Kat tepi dinding belah sana banyak gambor time dia muda-muda dan ahli keluarganya yang lain jugak. Banyak jugak keratan akhbar tentang kejayaan En Farid Idris dalam mengusahakan restoran ni. Kami daripada team #bpt nak ucapkan ribuan terima kasih di atas layanan En Farid Idris kepada kami dan keluarga. Semuanya cukup tidak kurang. Kami doakan agar Restoran Siti Fatimah terus menempah nama dalam bidang pengrestoranan semoga ianya akan lebih maju di masa akan datang.

Dah pun siap breakfast dengan Sup Gamat yang tentunya banyak khasiat. Korang kena try jugak bila datang Langkawi kalau tak korang akan rasa tak lengkap lawatan korang. Yang nak datang Restoran Siti Fatimah boleh aje waze / maps / google maps nama kedainya tu atau korang boleh aje call En Farid Idris ditalian 0124737430 untuk sebarang tempahan meja atau lain-lain pertanyaan yang berkaitan. Untuk tengok-tengok gambor lain boleh jugak tengok FB Resoran Siti Fatimah.

Korang yang dah try, meh drop komen kat bawah ❤


Sekian ..

9 comments

  1. Gamat ni boleh masak jugak rupanya. Nani ingatkan selama ni untuk minyak tu aje. Baru tahu. Heheh :)

    ReplyDelete
  2. Bolehlah cari bila ke Langkawi nanti.

    ReplyDelete
  3. Menarik ini.. Sup gamat.. tak pernah cuba dan tengok..

    ReplyDelete
  4. pergi langkawi byk kali pun tak pernah lagi singgah kat sini

    ReplyDelete
  5. Sedapnya..yang tak tahan tgok Abc tu terliur jer.. Del singgah sini nak follow :)

    ReplyDelete
  6. rasa mcm rajin g kedai ni wak tgok ko kedai ngn lauk tu....

    ReplyDelete
  7. first time makan sup gamat!!sedap jugak rasanya!haha

    ReplyDelete
  8. puas hati la mek make kali ni. yummy!

    ReplyDelete
  9. Jika anda mahu menjimatkan sedikit wang, pilih masa ambil dan kembali yang sama. Syarikat kereta sewa Langkawi mengambil wang untuk sewaan sehari penuh, jadi jika anda mengambil kereta untuk 25 jam, anda akan membayar untuk 48 jam (2 hari penuh) sewaan, dan 74 jam akan dikenakan 96 jam (empat hari penuh) sewaan.

    ReplyDelete