Restoran Selera Akmal - Makan Tengahari Selera Langkawi

Salam alaikum untuk pembaca entry mek ..

Trip Utara 2018 mek diteruskan lagi lepas semalaman menginap di Putra Brasmana Hotel dan dinner di Sam Cafe Wang Ulu . So kali ni Hawa bawa mek dan Gee melangkah lautan pulak untuk ke Langkawi ! Last mek pegi Langkawi on 2006 tak silap. Setelah 12 tahun, im back baby ! Bawak dengan anak-anak sekali. Dulu datang mummy and papa yang bawakkan. That time hingusan, orang bawak jalan, jalan aje lah. Mana nak tahu erti sejarah atau demand nak pergi mana-mana. Makam Mahsuri pun tak tahu, macam mana nak demand dengan parents, kan. Noob betul that time.


Amani takut naik feri, plus dia demam. Paling bahagia adalah Amzar. Semua gambar dia senyum. Dik, nanti album untuk adik semuanya cantik dik, takde gambar meraung. Jari tu pun dah pandai ikut kakak, setiap kali nak tangkap gambar, mesti jari tu naik.


Lepas 45 minit dalam feri, we are here ! Muka budak-budak semua baru bangun tidur. So takdelah yang senyum ke telinga. Yang senyum hanyalah mek dan spouse sebab yehaaa, its a holiday !

Lepas dah ambik van semua, Hawa terus bawa mek dan Gee ke tempat untuk luncheon memandangkan perut mesti diisi untuk teruskan next ekspidisi. Tapi dalam masa yang sama, datang Langkawi mestilah kena try masakan orang Langkawi ye dak? Takkan nak cari kedai mamak pulak. So, restoren pilihan untuk kami adalah Restoren Selera Akmal. Restoren ni located on Jalan Lapangan Terbang. Sampai dekat roundbout airport, ambik jam 3. Ahead around 1.5km - landmark Tandas Awam, korang toleh belah kanan nampaklah Restoren Selera Akmal.


Haa, ni signboardnya. Parking untuk kedai ni ok aje. Time mek sampai tu, elok letak van bawah pokok. Teduh dan damai. Kedai ni dibuka daripada pagi untuk sarapan sehinggalah jam 5 petang.


Ini another signboard untuk Restoren Selera Akmal. Tengok kat signboard pun dah ada pelbagai menu, memang masa sampai ni tak sabar nak duduk kat meja nak jenguk lauk apa yang ada.


Tadaa ! Meriah nakkkk lauk pauknya ! Pelbagai hidangan ada. Ikut suka korang nak pilih lauk macam mana. Ikan, daging, ayam semua ada. Ulam pun ada ! Dannnn. Menu paling istimewa di Langkawi yang korang kena cuba adalah BRONOK. Kenal tak bronok tu ape? Haa, bronok ni macam gamat tapi dia bukan gamat. Biasa gamat ni gelap gitu. Bronok ni lebih cerah dan bronok kalau korang rebus atau masak atau jemur tengah panas - dia akan cair. 


Mek mungkin dalam kategori yang tidak urban. Bila datang ke Restoren Selera Akmal, mek tengok ada sotong percik ! Perghh, tak pernah tengok orang percikkan sotong. Beriya bagitahu Gee dan Hawa padahal diaorang dah biasa tengok dah. *sob sob* Orang jarang masak memang banyak tak tahu menu.


Sepanjang sesi memilih lauk pauk, kami ditemani dan dilayani oleh owner Restoren Selera Akmal yang selesa digelar Mak Teh. Mak Teh bagitahu kami lauk apa yang biasa menjadi pilihan setiap kali orang datang ke restorennya. Bagi mek personally, mek suka kalau owner datang greet pelanggan. Rasa dihargai, rasa macam diaorang mengalu-alukan sangat kita untuk makan.


Ni adalah menu yang mek ambik. Sotong percik kenalah ambik dan try. Kuah sup sebab nak suapkan nasi untuk budak-budak ni. Ayam kicap tu my favorite dan juga untuk anak-anak. Kerabu tu adalah kerabu bronok. Tak Langkawi la korang datang sini tak try bronok. Bila mek dah try rupanya bronok rasanya agak keras. Kenyal keras adalah term yang lebih tepat. Sebab tu dia dipotong kecik-kecik. Bila makan dengan kerabu, elok je rasanya. Bagi first timer macam mek yang makan bronok ni, ok - boleh diterima tekak. Rasanya tak memualkan tekak.


Lepas dah makan, ada pulak pencuci mulut ! Ni adalah pengat pisang. Mula-mula mek agak keberatan untuk try sebab biasanya pengat selain daripada Kelantan adalah kurang manis. Bagi mek, apa guna korang buat pengat tapi tak manis. Katanya nak jaga gula. OK ! Tapi bila Gee try cakap sedap, mek terus suh spouse ambikkan mek satu dan try myself. MasyaAllah. Sedap, cukup rasa - lemak dan manis. Seiring kehendak tekak mek bila sebut pengat. Pengat pisang ni kejap je avail, sebab rata-rata pelanggan yang masuk, mesti tapau this pengat.


Korang yang taknak makan nasi, boleh jugak try laksa atau laksam utara diaorang. Memang padu. Cukup rasa. Setakat yang mek try di Restoren Selera Akmal ni semuanya cukup rasa - menepati citarasa mek. Gundah pasal lauk Langkawi ni macam negeri lain tu hilang. 


Ni pulak beverage antara yang ada. Tengok teh tarik tu, berbuih jugak. Nescafe tu pun berbuih jugakkkkkk. Dan asam boi, kalau dekat Langkawi dengan cuaca yang panas memang sesuai minum asam boi. Untuk hilangkan dahaga dan perit tekak.


Selain tu ada jugak cendol. Kot kot tengah panas-panas nak makan cendol, haaa boleh. Ada je dekat Restoren Selera Akmal. Rasa dia tak mengecewakan. Sesedap tekak dan rasa.


Dikesempatan ini mek nak rakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Mak Teh and the team sebab bagi layanan yang amat sempurna kepada kami. Kedai Mak Teh memang bersih giler, selesa untuk kitaorang duduk lama-lama. Pilihan makanan pun banyak dan sedap belaka. Cuaca panas tu tak boleh buat apa la sebab kedai open air *hihi*. Mek harap kedai Mak Teh akan selalu dikunjungi oleh orang ramai dan menjadi pilihan untuk mereka try makanan Langkawi.

Korang kalau sampai Langkawi kena datang Restoren Selera Akmal ni. Highly recommended daripada segi zat lauknya, dari segi hygine persekitarannya dan kemudahan lain yang ada. Korang jugak boleh usha FB Restoren Selera Akmal untuk informasi lanjut. Korang pun boleh jugak call Mak Teh sendiri ditalian 0125944638 - manalah tahu nak tempah meja sebelum korang sampai. Last but not least, just waze / maps Restoren Selera Akmal mesti korang akan sampai ke destinasi yang tepat untuk kenyangkan perut.

Korang yang dah pernah sampai Langkawi, pernah datang restoren ni tak? Kalau pernah, boleh share dekat komen ❤

Baca juga daripada blogger Sis Gee


Sekian ..

16 comments

  1. memang sedap dan rasa terliur pulak nak makan

    ReplyDelete
  2. sedapnya tengok sotong percik tu hahahah.. kena buat la nanti

    ReplyDelete
  3. amboi..sakan jalan2 sampai langkawi..:)

    ReplyDelete
  4. Sotong percik. Kita sama la mek hehe firsttime juga dengar ni

    ReplyDelete
  5. terliur kita tengok.. tak pernah sampai langkawi lagi hehehe

    ReplyDelete
  6. Ya Allah, sedapnyaa yunie.. Marah sungguh laa tengok laksa.. haha

    ReplyDelete
  7. Fuhh sedapnyaaa laksa. Pergi Langkawi wajib makan laksa dia orang.

    ReplyDelete
  8. terliurrrrr wehh tgok gmbr mek ni

    ReplyDelete
  9. Lapar pulak tengok makanan ni

    ReplyDelete
  10. perghh macam macam adaaa! lauk pauk dia pun nampak menyelerakan hehehe

    ReplyDelete
  11. kalau dah namanya org kelantan..mesti nak makan manis leting kan?hehe
    tapi sy pulak kalau dessert..suka kurang manis. pengat ke bubur ke..
    manis sangat jadi pening kepala

    ReplyDelete
  12. Manakala untuk kumpulan kereta sewa paling popular di Langkawi Malaysia, adalah Ekonomi, kereta paling murah dari Merge-Car-Rental di Langkawi ialah Perodua Myvi, diletakkan harga pada USD15.74 sehari.

    ReplyDelete