Pesta Orked Negeri Kelantan - Peluang untuk kenal Pelbagai Spesis Orked

Salam alaikum untuk pembaca blog mek sekalian ..

Ni bukan sambungan cerita Trip Utara 2018 mek, tapi ni cerita weekend hari tu. Sebenanrnya agak terlewat dah sebab Pesta Orked, Floral dan Herba yang telah berlansung selama 10 hari di RTC, Tunjong Kota Bharu dah pun tamat pada 31 Mac 2018 (Sabtu). Tapi takpelah, mek masukkan jugak dalam blog untuk kenang-kenangan serta rujukan di masa hadapan. Mana tahu tahun depan diaorang buat pulak program ni, so boleh la menarik minat kita semua untuk pergi.

Mek tahu tentang Pesta Orked, Floral dan Herba ni bila Pengarah FAMA Kelantan - Tn Hj Ariffin hantar jemputan untuk majlis perasmian program ni kepada boss mek. Tapi on that date mek memang ada banyak program so memang tak sempat nak menjelajah Pesta Orked ni. Spouse mek pun bersungut jugak, kalau dapat pergi time opening, bestlah sebab dapat tengok macam-macam orked dan bunga-bunga lain yang still banyak lagi. Maklumlah, stok baru masuk. Tapi disebabkan kekangan masa, so kami tunda ke next weekend.


Tadaa ! Segar mekar semua orked. Sekali pandang macam yang plastik sebab dengan warnanya terang, tegap elok je orkednya. Memang terjaga betul orked diaorang ni.


Empunya diri pun nak jugak bergambor dengan orked. Sekarangkan tengah tular pasal tangan duk gosok dagu tu. Haa ni mek gosok orked je *wikiki*


Untuk 2018, harga pun dah berbeza. Seingat mek masa 2013 atau 2014, harga orked yang mek beli dekat pesta macam ni hanya berharga RM15 sahaja. Sekarang dah naik dalam RM10. Biasalakan, semua barang dah naik sekarang. Sebab gula tetap RM2.95 tak kesah la kau gaji RM10k sebulan ke atau gaji RM10 sehari. Nak tak nak, semua cost kena up sikit.


Close up gambor orked. Macam plastikkan? Tapi ni real yang hidup. Dah macam blogger WP mek duk close up gambor bunga.


Another orked. 


Kuning punya version.


Bonsai pun ada. Tapi bonsai rasanya dia tak jual. Untuk pameran sahaja. Kalau dah orked RM25, bonsai entah berapa la oi. Memang banyak bonsai yang dipertontonkan kepada umum dan korang mesti kagum dengan setiap bonsai yang dipamerkan. Memang amazing ! Patut la orang kaya-kaya ni suka dengan bonsai. Dah macam cerita sains fiction mek tengok setiap bonsai tu.


See ! Macam pokok cerita Avatar. Macam bergunung ganang punya tempat. Yang ni memang the best bonsai yang dipersembahkan kepada orang ramai. Tu yang ada dua lidi tu.


Yang ni pun sama. Macam pokok besar dekat gua. Dengan dahan dia sado macam tu. Memang unik sangat bonsai ni.

Selain tu ada jugak food truck yang diaorang sediakan, kiranya korang nak lepak hilangkan dahaga dan isi perut tu boleh la. Variaty jugak dia punya menu. Pesta Orked, Floral dan Herba 2018 tampil dengan lebih urban dan ikut gaya terkini. Tidak ler gerai orked dan bunga semata-mata. Lokasi yang dia pilih juga bersesuaian dari segi parking, kemudahan solat serta taman permainan kanak-kanak. Kiranya setempat tu je. Bagi mek personally, Pesta Orked, Floral dan Herba dapat diteruskan lagi di masa akan datang untuk menarik minat orang awam dalam menghijaukan bumi.

Korang pernah pergi Pesta Orked / Floral macam ni tak? Kalau pernah, boleh share dekat komen ❤


Sekian ..

11 comments

  1. kalau ada ekspo yg jual pokok-pokok ni memang first thing yg saya rasa nak beli pokok orkid tp bab nak jaga memang tak reti. pokok orkid yg ada kat rumah sekarang ni pun sume macam hidup segan mati tak mau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa, memang orang cakap nak jaga orked ni susah sikit.
      orked manja.
      mungkin kena letak baja kot.

      Delete
  2. Kita tak sempat pergi pun. Dalam duk rancang mai benda lain yang perlu diutamakan dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, nanti next time dia buat, boleh gi plak ciktie.

      Delete
  3. syoknyaaa!!memang nampak mcm bunga plastik lah mek!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. memang napok plastik.
      kalau orang minat bunga, memang giler rasa nk beli blako.

      Delete
  4. Abe kie malas tanam pokok bunga. Tp jiran sebelah pokok bunga dia mcm2! Tumpang tgok hok dia je la. Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha. mek pun.
      husband mek minat pokok bunga abe kie.
      dia jah duk caro kalu dumoh.

      Delete
  5. Susah betul nak jaga pokok orkid nie... teman pernah beli... New Orchid in the house tapi gagal untuk bertahan lama... dah la beli beratus2 RM... Tapi, teman masih tak serik lagi... masih lagi ingin mencuba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.
      chiayokkk !
      mek memang tak menanam dan membela bunga bunga ni.
      most of them kena jaga rapi sedangkan mek takde masa untuk itu.
      paling senang dan mek suka adalah cactus.

      Delete
  6. kat tmpt CR baru ni pun ada pesta orked, sume cantik2 bunga dia..geram ase nk beli,,

    ReplyDelete