Langkawi Wildlife Park - Taman Haiwan untuk Seisi Keluarga !

Salam alaikum untuk semua yang baca entry mek ..

Langkawi Wildlife Park ni adalah satu tempat yang baru je mek dengar. Sepanjang mek duk riki orang pergi Langkawi, tak pernah diaorang sebut Taman Hidupan ni. Biasa dengar kalau orang pergi Langkawi - HiG, Dataran Lang, Idaman Suri, tempat beli minyak gamat dan beberapa lagi tempat yang sinonim dengan Langkawi. Tapi bila Hawa planned untuk bawa mek dan Gee ke Langkawi Wildlife Park yang berlokasi di Kampung Belanga Pecah, Ayer Hangat memang kami semua teruja habis. Yela, macam satu lawatan ke Langkawi tapi yang extraordinary. 

Langkawi Wildlife Park ni wujud tahun 2002 lagi dengan nama Langkawi Bird Paradise. Which means masa mek melawat Langkawi pada tahun 2006 tu Langkawi Wildlife Park dah wujud. Cuma macam mek cakap dalam entry sebelum ni, kanak-kanak that time tak pandai demand. Mak pak bawak ikut je. 

Kita orang sampai di Langkawi Wildlife Park ni dalam jam 1.30tgh. Awal setengah jam. So sempatlah kami solat Zohor dulu. Langkawi Wildlife Park menyediakan surau untuk orang awam. Korang bolehlah menunaikan kewajipan sebelum / selepas masuk Langkawi Wildlife Park ni. Selesai semua, jam 2 petang, kami di greet oleh kakitangan Langkawi Wildlife Park yang sangat ramah untuk mulakan lawatan kami.


Lepas je ambik tiket masing-masing, setiap pemegang tiket boleh redeem makanan untuk diberikan kepada haiwan. Tapi, jika korang tak beli tiket yang include makanan haiwan, korang boleh aje beli dalam ni dekat kaunter yang disediakan. Memang mula-mula korang akan rasa nak masuk tengok haiwan je. Tapi bila korang boleh tengok haiwan dan sentuh mereka, sure korang akan nak feed diaorang pulak. Haiwan kat dalam ni semuanya jinak. Perangai bagus semuanya.


First haiwan yang akan menyambut korang adalah Burung Kakak Tua. Warna warni diaorang ni. Perangai pun baik, takde nak terbang merata. Tak scary. Yang kat belakang mek tu, tegap aje posisinya bila orang nak ambik gambor. Amani tak sihat sangat so dia tak nyanyi Burung Kakak Tua. Kalau tak, mesti dia nyanyi. Lagu favorite dia agaknya sebab everytime pergi dapur, tengok FM burung mesti nyanyi Burung Kakak Tua, pak atan sudah tua, giginya juga tua.


Ada jugak yang tak senonoh. Orang datang nak tengok dia, dia boleh pulak pergi tido sampai nak patah tengkuk. Yang ni dua beranak. Yang sedap tidur tu adalah mak dia. Yang tegap tu anak dia. Biasa la kan, mak-mak cepat penat. So anak dia memahami dan bagi mak dia tido dengan sedapnya nasib baik tak berdengkur je. Gambar ni mek nak guna balik bila time meeting. Siapa je yang tidur time meeting, mek nak gelarkan dia Burung Kakak Tua. Korang pun boleh guna gambar ni jugak.


Next station - Flamingo ! Korang tengok kaki dan muncung Flamingo tu, warna pink, kan? Sebenarnya warna depa ni warna putih je. Tapi bila diberi makan (regular) carrot - dia akan bertukar jadi pinkish gitu. Haa, hebatkan. Putih mulus pinkish Flamingo kat sini. Bila korang datang sini, ambik la tour guide seorang. Korang akan dapat explaination daripada dia dan korang akan dapat ilmu yang lebih lagi. Kalau korang masuk tanpa tour - korang duk acah acah burung tu sendiri je la. Nak panggil nama pun tak kenai. Kalau ada tour, boleh la diaorang introduce nama apa, baka apa, makan apa jadi macam ni. Haa gitu. Seorang tour bayar RM20 je. Datang ramai-ramai, kita pakat-pakat kongsi la.


Ini pulak, itik wek wek punya station. Diaorang tengah berehat-rehat. Panggil pun tak mai. Umpan makan pun tak datang jugak. Sudahnya bye bye you ugly duckling. Itik kat sini sama macam itik yang ugly duckling tu. Kalau korang pernah baca buku The Ugly Duckling tu, korang akan excited nak tengok depa. Sebijik ! Untuk korang yang bawak anak, every station lepas tour guide brief korang, korang boleh bercerita dekat anak-anak pulak. Untuk tarik minat dia plus untuk dia punya memories. Jangan buat cerita yang takde pulak, nanya kat budak tu nanti duk ingat cerita yang takde kaitan.


Nampok ke idok gambor ni? Mek nak tepek jugak. Ni adalah overview bila korang masuk ruangan sangkar. Kat dalam sangkar ni ada haiwan yang kita boleh pegang, ada yang tak boleh.


Haa yang ni nampak boleh dipegang, sebenarnya tak boleh sebab dia species anjing jugak. Tak boleh pegang untuk muslim je la. Sabun untuk samak tidak disediakan so anda dinasihatkan untuk tidak memegang species ini. Mek lupa apa nama dia. Tapi telinga dia panjang dan besar. Tubuh kecik aje. Yang pasti bukan baka Chihuahua.


Ini adalah species Raccoon. Berat dia sama macam Amzar - 10kg. Cuma Amzar tak berbulu kasar macam Sarip ni. Oh lupa, nama dia Sarip. Manja alahaiiiiii. Manja dia tu takde la sampai nak menyondol korang. Cuma dia behave. Dia tak menggigit kalau dia rasa selamat. Tapi kalau dia detect korang macam nak kacau dia, dia akan menggigit. Tapi tour guide mek bagitahu yang dia gigit takde la macam boleh bagi side effect apa-apa sebab dia macam kucing jugak. Paling penting, haiwan kat sini semua dapat vaccination daripada Vet. Yang paling noob mek cakap ni la kan binatang yang kentut busuk tu. Nasib baik tour guide tu tak gelakkan mek dan dia bagitahu yang kentut busuk tu adalah Skunk. So antara korang yang kentut busuk boleh la digelarkan skunk.



Next - Ulaq ! Yang ni species ular sawa. Ular sawa dia tak mematuk. Dia hanya membebelit. Ingat tak berita awal tahun ni yang mana ada seorang lelaki ni jumpa ular sawa kat jalanan time dia nak balik, pastu dia main ambik dan letak atas bahu dia. Dia mati sebab ular sawa tu belit dia. Ok, proven that sawa dont bite. Untuk yang ini, mek tak berapa berani untuk letak kat tengkuk. Sentuh tu ya. Amphibian memang sejuk. Amzar elok je pegang. Tak takut. Mungkin sebab dia tak tahu apa yang dia pegang tu.


Spouse ambik peluang ni untuk pegang ular. Amzar dah lari tak nak dukung dengan spouse sebab dah takot dengan ular. Mungkin geli. Kepala ular tu kecik je. Badan dia agak sado sikit. Cuba bayang kalau dia nganga nak makan kucing, elastik betul mulut dia. Mek lupa nak tanya tour guide tu, kat sini diaorang bekalkan apa kat ular untuk makan. Yang mek diberitahu adalah ular akan jadi buta bila dia bersalin kulit. Macam mana dia tahu ular tu buta? Ular akan menjelirkan lidah dia untuk tahu apa yang ada kat depan dia sebab bila kulit dia bersalin, dia tak dapat detect suhu disekelilingnya. Oh lagi satu, ular dapat detect kalau korang tengah gemuruh atau tak. Kalau korang gemuruh, korang dinasihatkan untuk tidak mendekati ular sebab dia akan rasa terancam. Macam mana dia detect kita gemuruh? Bila kita gemuruh, suhu badan kita akan meningkat, dan ular akan kesan dengan badannya.


Ini juga species Raccoon. Tapi ni bukan Sarip mahupun adik beradik Sarip. Yang ni memang pantang orang hulur makanan, memang dia cekau. Kuat makan dia ni tapi tak sado macam Sarip. Kalau korang datang sini memang korang akan dapat peluang untuk feed diaorang. Boleh eratkan hubungan sesama makhluk walaupun dia binatang dan kita manusia. Yang penting juga, dapat bagi anak-anak tengok secara depan-depan binatang. Bagi diaorang experience sendiri macam mana bulu binatang ni rasa. Macam mana kuku haiwan tu. Banyak lagi la.


Haa, dah lepas tengok binatang, ada iklan kejap. Iklan apa, jom skrol lagi.


Nin dia tempat untuk cuci mata pulakk. Kedai souvenir. Kat sini bukan sahaja key chain yang korang boleh hunting, tapi barang perhiasan wanita, minuman dan banyak lagi la untuk korang bawak balik, tanda kenang-kenangan.  


Mek pun terpaut dengan perhiasan wanita yang disediakan. Allahu, cantikkk ! Perhiasan kat sini coated dengan silver 925 dan original crystal. Memang merecik hawau ! Tapi Amani dah start demam balik this time so memang tak boleh nak fokus nak beli yang mana. Last-last tak beli. Balik Kelantan sampai sekarang duk teringat. Dah la time mek pergi tu ada offer !


Sorry, gambar agak gelap tapi tetap nak upload. Di sini kami diperkenalkan dengan super duper awesome GM of Langkawi Wildlife Park - Mr John. Allahu, dia ni memang easy going habis dan apa je yang kita tanya mesti dia jawab dengan sepenuh hati. Nanti akan ada gambar dia yang lebih jelas untuk korang kenal.


Yang kat tengah tu Mr John. Memang nampak serius dalam gambar sebab dia tengah tahan nafas *hihi* tapi serius memang dia membantu dan tak kedekut ilmu. Sambil borak sambil cerita pasal pengalaman, cerita pasal business dan pasal family juga. Korang fahamkan, bila 1st time kita jumpa tapi dah boleh cerita pasal family maksudnya memang kita rasa dekat dengan orang tu. Tak awkward. 


So dah selesai membeli sikit sebanyak untuk buat kenangan, kami dihidangkan pula dengan haiwan yang agak-agak ganas dah. Tadikan macam burung, raccoon, itik - haiwan yang behave. Ni semua orang mesti kenal. Buaya. Time kami kat sini semua buaya tengah tidur. Ternganga semuanya. Jumlah buaya yang sempat mek kira ada 4 ekor. Yang ni korang tak boleh nak feed la. Korang kena tengok je kakitangan Langkawi Wildlife Park feed kan buaya-buaya ni.

 

Ni kami punya tour guide tengah kejutkan buaya untuk diberi makan. Sebenarnya bagi buaya makan ni adalah hadiah daripada Mr John untuk kami. Kalau sebetulnya, ada hari-hari tertentu jugak untuk pertunjukkan bagi buaya makan ni. Sebab nak bagi buaya makan, kena kejutkan dia dulu. Nak bagi dia hidu ada makanan. Baru la boleh umpan dia untuk makan.


Yang ni depa tidak meliar sangat so kita boleh turun sendiri untuk feed diaorang. Ni species Rusa tapi rusa baka mana mek tak ingat. Sorry. Time mek pergi, musim diaorang mengawan. Bunyi rusa lebih kurang dengan lembu. Huhu. Mek duk cari mana lembu dalam Langkawi Wildlife Park ni, rupanya Rusa tu duk bunyi sebab nak mengawan. Kalau korang datang bawak anak-anak, memang syok sebab diaorang boleh turun untuk feed sendiri haiwan kat sini. Pengalaman yang amat berharga.


Ni Ostrich. Elok je dia duduk nak ambik gambar. Posing gitu. Haiwan ni boleh diberi makan tapi dia agak mematuk. Rata-rata yang mek tengok macam takot nak bagi dia makan sebab macam dia panjangkan tekuk dia tu. Walaupun nampak macam dia ni nak menyondol orang tapi sebenarnya dia tak menyondol. Cuma dia eager bila tengok makanan.


Ini adalah Merak Kayangan yang turun ke Langkawi Wildlife Park. Ni memang rezeki spouse dapat ambik gambar dia tengah bukak bulus-bulus dia. Tapi nak tunggu dia pusing punyalah lama. Duk tunjuk kat sape la belah sana tu oii. Dan Merak ni adalah jantan. Kalau betina dia takde warna. Yang mek tengok tu warna putih. So datang Langkawi Wildlife Park baru tahu yang Merak jantan adalah berwarna. Hihi.


Ini adalah Ikan Koi. Dan eksklusif di Langkawi Wildlife Park yang mana koragng boleh menyusukan Ikan Koi ! Menyusu? Ia, bagi dia makan melalui botol susu. Korang tengok kat dalam kolam tu, penuh ikan Koi duk bergilir-gilir isap botol susu yang ada makanan diaorang. Peluang ni korang akan dapat kalau korang datang Langkawi Wildlife Park je.


Gini la rupanya dari atas kalau korang menyusukan Ikan Koi. Seronok tau. Rasa tenang je. Kan tengok ikan salah satu terapi untuk free kan minda. Korang datang sini akan have so much fun disamping belajar benda baru dan jugak tenangkan jiwa.


Ni pulak Ayam Belanda. Takde kena mengena dengan Durian Belanda. Ayam Belanda ni ada banyak species. Mek lupa nak snap ni baka apa. Biasa tahu ayam Turkey yang omputih selalu makan time makan besar diaorang. Mesti korang dah rasa banyak haiwan yang mek share kan? Kalau datang sini, lagi banyak haiwan yang korang akan kenal.


So lepas dah tengok tengok binatang mesti dahagakan, Langkawi Wildlife Park sediakan mini cafe untuk korang hilangkan dahaga sambil sejukkan badan dalam aircond. Jom skrol bawah untuk tengok mek try menu apa.


Haa, Banana Split ! Memang sesuai untuk sejukkan tekak time panas. Sedapp ! Aiskrim tu korang nak perisa apa, boleh mintak dengan akak kaunter tadi. Selain tu, banyak lagi menu untuk korang sejukkan tekak tapi mek recommend yang ni la sebab dia aiskrim !


Ni pulak Mocha ! Berbuih buih dia punya Mocha, memang best ! Selain Mocha, banyak je lagi air kopi lain yang ada, Soft Drink pun ada. Air mineral lagi la ada. Dekat cafe ni korang boleh hilangkan lelah kejap lepas round tengok haiwan-haiwan. Disamping tu, korang boleh tengok je anak korang duk feed ikan melalui transparent glass dalam cafe ni. So memang korang takkan risau, boleh je nampak anak-anak kat luar.


Ni la team superb yang telah melayani kami sepanjang explorasi kami disini. Yang tengah tu seperti yang mek perkenalkan kat atas tadi la, Superb GM so far yang mek pernah jumpa. 


Tak sah la kalau takde gambor kami semua kan. Dikesempatan ni mek nak say thanks kepada semua yang membantu kami dalam buat tour di Langkawi Wildlife Park. GM dia yang sempoi habis dan ofcourse anak anak buahnya juga macam dia yang banyak membantu dalam memberi ilmu kepada kami. Ada tika dan masa, kita bersua lagi.


Langkawi Wildlife Park juga dapat Sijil Cemerlang daripada TripAdvisor pada tahun 2017. Haa, korang boleh agak la kan macam mana hebatnya tempat ni sampaikan TripAdvisor pun iktiraf hasil usaha kerja mereka. Dan Langkawi Wildlife Park ni bukan kali pertama diaorang dapat anugerah ni. Dari tahun 2014 lagi dapat anugerah daripada TripAdvisor. So memang highly recommended untuk korang visit tempat ni bila datang ke Langkawi.


Diambil dari website Langkawi Wildlife Park
Berita baik untuk korang yang lahir pada April ! Kalau korang plan nak pergi Langkawi, jom serbu Langkawi Wildlife Park sebab diaorang nak bagi 30% discount untuk entrance ticket ! Jimat banyak dah jugak tu. Jangan lupa, Langkawi Wildlife Park dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang - haiwan-haiwan dekat sana tak sabar nak di pamper oleh korang semua !

Korang boleh godek-godek website Langkawi Wildlife Park untuk maklumat lanjut. Mana tahu time korang nak pergi tu ada promorion. Dan juga korang boleh lawati FB Langkawi Wildlife Park untuk korang dapat info lanjut jugak. Tapi kalau korang macam datang in big group, korang boleh je deal dengan dia punya sales person yang cantik manis namanya Emma. Korang boleh call 049665855 untuk call office atau direct email dekat akak manis di emmazuella.wildlife@gmail.com . Rugi kalau korang dah sampai Langkawi tapi tak jenguk Langkawi Wildlife Park.

Korang yang dah pernah pergi ke Langkawi Wildlife Park, meh kongsi pengalaman korang dekat komen di bawah ❤

Baca juga daripada Blogger Sis Gee

Sekian ..

7 comments

  1. kenangan yg sangat bermakna!best gila kan?

    ReplyDelete
  2. dlu ms g langkawi tak tahu la pulak ada tempat ni...
    btw kalau bwk anak lg best la kot..
    banyak benda boleh belajar ttg binatang :)

    ReplyDelete
  3. Wahh syok dapat tengok macam macam jenis haiwan. Heheh :)

    ReplyDelete
  4. beraninya mek pegang sarip tuuu
    kalau CR tak lah nk dukung mcm tu. hee

    ReplyDelete
  5. sudah lama I tak pi Pulau Langkawi dah :(
    rindu masa travel saya dulu

    Love,
    MissJasJas
    www.missjasjas.com

    ReplyDelete
  6. Apabila memilih kereta, anda patut menentukan berapa ramai penumpang yang akan bergerak dengan anda dan berapa banyak bagasi akan diletakkan dalam kereta Langkawi. Ambil perhatian bahawa bilangan beg untuk kereta adalah tertakluk kepada syarat. Satu beg pakaian biasanya merujuk kepada beg tangan untuk bagasi tangan standard. Jika anda menyewa kereta untuk lebih daripada 5 penumpang, ia biasanya lebih murah dan lebih menyenangkan untuk menyewa dua kereta dari kelas kereta sewa standard, daripada satu kenderaan banyak tempat duduk.

    ReplyDelete