Salam alaikum untuk semua rakan blogger mek ..
Kesinambungan daripada mek dah menjengah tempat makan di Langkawi dan juga tempat untuk sigtseeing disamping timba ilmu bersama-sama ahli keluarga mestilah kami akan check in pulakkan. Okei, kali ni mek nak share tempat penginapan kami pulak yang mana mek rasa tempat yang mek menginap tu agak stratergik. Kenapa?
Homestay Hj Bahari yang terletak di tengah-tengah antara Chenang dan Pekan Kuah memang menjimatkan banyak masa mek untuk ke lokasi lain. Sebab bila kat tengah, korang nak pergi Lapangan Terbang pun dekat, nak pergi Jeti pun dekat. Tambah pulak kawasan Homestay Hj Bahari ni depannya ada kedai makan dan petrol station, belakang dah highway. Tapi jangan risau, bunyi je highway tapi tak la bising bila korang menginap kat sini.
Ni view di hadapan Homestay Hj Bahari. Ada 3 rumah semuannya. Kalau korang datang in big group contohnya dalam 5 keluarga, boleh ambik 2 homestay ataupun kalau nak ambik satu homestay pun boleh. Setiap homestay ada 3 bilik. Skrol bawah untuk tengok selanjutnya.
Ni ruang biliknya. Setiap bilik ada aircond. Jangan risau. Cuma setiap bilik takada TV je. Kalau nak tengok TV, korang kena berjemaah di luar bersama keluarga yang lain. Tapi kalau korang just stay untuk tidur, tak nyempat nak tengok TV.
Homestay Hj Bahari pun ada tempat dining jugak walaupun agak sempit. Tapi takpela, at least malam-malam korang nak buat air untuk table talk sebelum pillow talk tu, ada tempatnya. Gitu..
Peti ais juga disediakan. Penting untuk letak makanan anak atau susu yang telah dipam. Untuk korang yang takada anak kecil, mungkin peti ais ni boleh digunakan untuk simpan air mineral atau apa-apa air je la. Kalau travel kena selalu sediakan air mineral sebab time travel korang akan lebih mudah untuk dehydrate. So, beware.
Amani yang dah demam almost 38.5c dah this time. So mandikan dia dulu, bukak aircond dan beristeri rehat kejap. Sebelum nak tour Langkawi lagi malam nanti.
Untuk korang yang malas nak fikir banyak benda time datang Langkawi macam mana nak sewa van atau kereta, mana nak tidur, mana nak beli tiket atau sebagainya - korang call je Hj Bahari untuk deal semua tu. Ni nombornya 0194172002 atau 0135225566 . So korang akan dapat free kan minda bila jejak Langkawi, semua dah tersedia. Tunggu nak explore je lagi.
Korang yang dah pernah datang Langkawi, mana pilihan korang - homestay / hotel ? Nanti share dekat komen ye ❤
Sekian ..
Wah.. bestnye ke langkawi
ReplyDeletehihi, sonok sonokkk.
Deletenanti kalau pegi boleh rujuk sini okei untuk penginapan
Nampak selesa homestay dia
ReplyDeleteaa, selesa dah untuk 3 family yang kami pergi.
Deletejust nice.
wah..nampak selesa homestay tu..:)
ReplyDeleteaa cik nor selesa jugak.
Deletekalau pegi langkawi boleh la stay sini.
dia ad prkihdmatan rental kereta atau van jugak.
senang la deal dengan sorang je.
nampak selesa homestaynya
ReplyDeleteaa, selesa zie.
Deleteboleh stay sini lagi bila pegi langkawi
Dah 12 thn x ke Langkawi. Mesti byk yg dah berubah...
ReplyDeletebanyak dah abe kie.
Deletesrupo la abe kie dengan mek.
12 tahun tak sapa di langkawi.
xpernah sampai langkawi lg...kesiannyer...huhu..
ReplyDeleteSenang kan duk homestay, tak payah susah nak fikirkan keselesaan diri..
ReplyDeleteKalau hotel agak sempit sedikit dan takde kitchen
Nampak selesa sangat homestay ni mek :)
ReplyDelete1 malam bape harga ni
ReplyDeletekena save entry ni.nti nk ke lgkwi sng nk cri hmstay ni.
ReplyDeleteJika anda mahu menaiki feri atau merentasi sempadan negara dengan kereta sewa anda, baca Syarat-syarat Langkawi Sewa beberapa vendor dengan teliti. Ia adalah tidak mustahil bahawa satu syarikat kereta sewa akan membenarkan merentas sempadan to negera yang diperlukan dan satu lagi syarikat membenarkan menaiki pengangkutan feri untuk kereta sewa anda. Sebagai tambahan, jika anda merancang untuk membeli tiket feri, beritahu syarikat kereta sewa tentangnya terlebih dahulu, kemudian mereka akan memberitahu anda nombor kereta yang akan anda sewa.
ReplyDelete