Duit Hilang Dalam Akaun Bank - Apa Hak Anda Sebagai Pelanggan

Salam alaikum untuk semua yang membaca entry mek ..

Lately ni, ramai yang duk tulis kat Fb yang duit dalam akaun diaorang hilang. Hilang macam mana? Hilang dengan amount yang beberapa sahaja tapi mungkin lebih daripada sekali, dan ada jugak yang sekali je. So, sebagai pelanggan, apa yang korang perlu buat bila korang kehilangan duit secara maya ni.

Tapi sebelum mek ulas apa hak korang sebagai pelanggan, korang juga kena tahu antara sebab kenapa duit korang boleh hilang secara maya. Antaranya :

1. Insurans

Yang insurans ni kadang korang tak ambik pun. Tapi bila diaorang call buat tele-marketing, korang dengan niat malas nak layan dan nak end perbualan secara hemah korang pun 'ok,ok, takpela saya busy ni.' Korang dah sebut OK ! Ok tu diaorang boleh twistkan jadikan YA untuk apa yang diaorang jual. Maksudnya, korang dah pun bersetuju untuk langgan insurans diaorang tu. Walaupun kadang polisi tidak dihantar ke rumah, tapi tetap insurans tu dipotong dalam akaun korang. Macam mana diaorang boleh tahu nombor akaun korang sebenarnya itu adalah kebocoran data maklumat peribadi korang dalam sengaja atau tidak. Kadang korang isi je form dekat mana-mana dan tick bersetuju untuk dedahkan maklumat. Sedangkan korang main tick je pun. So lain kali hati-hati dalam tick mentick ni ye. Untuk berhentikan insurans tu korang kena isi beberapa borang. Cuma duit yang diambil tu rasanya dah tak dapat diselamatkan.

2. Withdraw by 3rd party

Yang ni, tak tahu la nak cakap apa. Memang pelanggan akan deny habis habisan this one tapi yang ni bila kita bukak kes siasatan dan view CCTV, alamak tuan ! Itu suami / isteri / anak / cucu saya. Sebagai officer, mek mampu huhu sahaja. Korang balik bincang sendiri la ye. No pin perlu jugak dishare kepada pasangan tapi korang sebagai pemegang kad kena pastikan yang kad korang tak diambil sewenag-wenangnya oleh 3rd party tadi. Yang ni kadang ulas sampai nak terbakar bank, tapi tetap jugak tak mengaku. Memang tak boleh nak buat apa la dengan kes macam ni.

Done for that. Okei, hak korang pulak bila korang dah tahu duit korang takde dalam akaun :

1. Rujuk pihak bank

Rujuk pihak bank untuk bantuan. Check dalam sistem macam mana duit korang dipotong. Samada melalui ATM atau Internet Banking. Kalau pihak bank cakap tak boleh check sebenarnya dia membohong sebab kau pemilik kad boleh check apa jua tentang akaun korang. Untuk lebih selamat, korang daftar Internet Banking so korang boleh check from time to time. At least pergi kaunter bank dengan yang dah ada knowledge.

2. Repot polis

Ini bila pihak bank mintak korang buat, korang kena buat sebab untuk tengok CCTV semua bagai tu memang kena ada repot polis. Tak boleh main tengok aje. Dalam repot tu tulis la amount korang hilang, bila korang perasan dan last balance dalam akaun korang supaya repot itu lengkap dan tidak tercicir maklumat.

3. Tengok rakaman CCTV

Kalau korang tak puas hati jugak, boleh request untuk tengok CCTV tapi dengan syarat korang kena buat repot dulu la. Biasanya lepas tengok CCTV tapi tak dapat lagi jawapan ke mana duit korang hilang, have no choice - korang boleh proceed apa yang patut. Nak tutup akaun atau nak saman pihak bank sebab tak boleh clarify mana duit korang hilang.

Itu sahaja perkongsian daripada mek. Harap dapat membantu. Dan harap jugak korang concern dengan duit yang ada dalam bank korang tu. Jangan mudah nak cakap OK OK kat nombor korang tak kenal. Baik terus letak sahaja daripada korang melayan sebab kang nanti dia twist perbualan korang, korang jugak yang merana. Lepas tu salahkan bank sebab telan duit korang. Hukhuk.

Yang ada pengalaman dalam hal ni, jemput komen di bawah ❤


Sekian ..

9 comments

  1. Bagus mek share pasal ini.. Sebab banyak juga ternampak orang duk up kata duit hilang dari akaun..

    ReplyDelete
  2. Tips yg bagus.
    Kena alert. Hati-hati. No pin simpan sorang diri.
    pe pe hal rujuk dgn famili dulu sebelum report.
    Tq mek. keep sharing info.

    ReplyDelete
  3. X pernah kena tp lps ni kena berjaga2. Tq mek sbb bagi peringatan.

    ReplyDelete
  4. Gud info mek.. thanks for sharing

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kongsi mek.. Lepas ni.kena berhati2

    ReplyDelete
  6. info bagus ni ada jugak hilang duit dlm bank tp nasib baik jumlah sikit

    ReplyDelete
  7. banyak betul kes duit hilang kat bank ni.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum sis, nak tanya.

    Berapa lama tempoh untuk dapat lihat cctv tersebut after kita dah submit report and isi borang?

    2. Nak lihat rakaman cctv tu, hanya spesifik/tempat kejadian sahaja or semua branch boleh tengok?

    Thank you sis!

    ReplyDelete