BUFFET RAMADHAN 2018 DI HOLIDAY VILLA KOTA BHARU

Salam alaikum untuk semua yang membaca entry mek ..

Ramadhan dah nak menjengah kita in few weeks and days. Untuk lebih tepat in 22 hari lagi kita akan sama-sama bangun sahur dan sama-sama buka puasa. Tentunya bila dah masuk Ramadhan, kita semua nak beribadah dengan tenang, nak kumpul pahala sebanyak mungkin sebab amalan pada Ramadhan berlipat kali ganda dia punya pahala. Allahurabbi. Sampaikan Nabi Muhammad bagitahu 'jika umat ku ketahui betapa besarnya pahala dan nikmat pada Ramadhan, nescaya mereka hanya ingin hidup untuk Ramadhan'

Tentunya juga Ramadhan adalah untuk kita semua berkumpul bersama-sama untuk iftar. Tak kisah berkumpul dengan sanak saudara atau rakan taulan. Yang penting, Ramadhan adalah satu bulan yang mana kita boleh imbau kembali Tradisi Nostalgia yang mana masa kita kecik-kecik dulu, juadah apa yang biasa mak kita sediakan. Kena dengan tema Holiday Villa Kota Bharu menyediakan 98 juadah untuk iftar pada mereka yang ingin mengimbau lauk-pauk Tradisi Nostalgia.

Mek dan 4 orang lagi team #bpt berpeluang untuk menikmati sendiri masakan Chef Syam yang mana telah lebih 5 tahun berkhidmat dengan Holiday Villa Kota Bharu. Dan semestinya Chef Syam mempunyai banyak pengalaman dalam menyajikan hidangan kepada para pelanggan. So mek agak korang mesti tak sabar nak tengok menu-menu yang ada ni kan. Jom !


Ni lah Chef Syam yang mek perkenalkan kat atas tadi. So, untuk Ramadhan Buffet by Holiday Villa Kota Bharu untuk 1439H ni, Chef Syam diberi mandat untuk masak yang enak-enak untuk kita semua merasa. Nak tahu menggamit memori masa kecik-kecik ke tak, jom skrol tengok gambar next.


Mek mulakan dengan maincourse dulu ye. Agak-agak apa kat tengah tu? Chef Syam tampilkan kelainan pada tahun ni dengan menghidangkan korang Lamb Kuzi untuk dinikmati bersama pelbagai jenis roti. Lamb yang dihidangkan pula diambil pada bahagian rusuk kambing yang mana mek pasti bagi peminat kambing, korang tahu sejauh mana keenakan bahagian rusuk tersebut. Sebut je korang nak makan dengan roti yang macam mana. Semuanya ada. Kalau korang nak makan dengan nasi pun boleh. Tapi biasanya mek kalau lauk Kuzi ni mek makan dengan roti.


Haa yang ni memang makan dengan nasi. Tapi kalau nak ratah macam makan KFC pun boleh jugak. Ayam Percik ni mek tak tahu nak kategorikan Kelantan ke Perlis sebab sama je rasa ! Sedap, cukup masin manisnya. Ayam dia lembut dan juicy. Maksud mek tak dia tak overcooked (tak keras).


Ni pulak Ayam Bakar Perapan Tradisi Kelantan yang akan dibakar secara live kepada korang yang berbuka di Holiday Villa Kota Bharu. Tentunya aroma perapan akan buat korang makin tak sabar nak berbuka puasa dan juga akan buat korang kecur air liur. Cadangan hidangan, korang perah sedikit asam limau kat atas ayam bakar dan makan dengan pencicah yang disediakan. Perghh, korang rasa la sendiri. Mesti menambah-nambah punya. Hidangan ni ada pada setiap hari selama 30 hari kita berpuasa.


Sup Gear Box ! Walaupun nampak Gear Box, tapi dalamnya ada pelbagai. Ada perut, ekor dan isi daging yang lain. Dicampur semuanya supaya dapat hasilkan sup yang korang akan hirup sampai habis. Mek agak cerewet bab sup sebab mek pernah terkena bila makan sup yang banyak lemak ! Allahu, azab tau makan sup yang berlemak sana sini. Nak sendawa pun susah. Untuk yang Chef Syam masakkan ni, tak timbul pun ketulan-ketulan lemak dipermukaan sup walaupun kami duk dalam aircond. Rasanya cukup. Mek tak komen bab rasa. Memang taste mek dah semua makanan yang dihidangkan.


Ni adalah Masak Lemak Cili Udang. Kalau orang Kelantan senang je - Gulai Kuning Udang. Yang ni favorite spouse mek. Udang-udang pun besar dan semestinya manis dan juicy ! Kuahnya memang cukup rasa.


Nampak semua yang berkuah je dak, yang ni ulam-ulaman untuk kesihatan korang. Jangan risau, Chef Syam tak drop menu budu untuk korang. So, korang boleh la buat 3 portion nasi untuk try semua jenis masakan.


Tak lengkap lah kalau ada ulam-ulaman tapi takde singgang kan? Lagi pulak Kelantan memang sinonim sangat dengan singgang ni. Chef Syam tampilkan Singgang Ikan untuk korang nikmati iftar korang bersama keluarga atau kawan. Yang ni sure sape-sape pun akan teringat dekat singgang yang mak dia buatkan. Itulah hasrat Chef Syam agar Tradisi Nostalgia akan terus diingatan.


Paru Goreng Rangup ! Kelantan panggil Plepung Goreng. Yang ni kalau ngap time nasi tengah panas memang sedap oii. Tambah pulak dia goreng rangup macam keropok gitu. So memang kena ambik sebagai side dish dalam pinggan.


Yang ni Acar Mentah. Orang KL panggil Jelatah. Yang melatah mek tak tahu. Hihi. Yang ni mek biasa ambik makan macam tu je sebab dia ada nenas. Seakan dessert untuk mek. Korang yang nak makan dengan Kuzi tu pun ok.


Kerabu Pucuk Paku pun tetap ada untuk tingkatkan selera korang. Rasa masam manis memang pembuka selera bila dah seharian berpuasa. Yang ni pun korang kena ambik side dish jugak.


Ni pulak Kerabu Perut cicah dengan air asam / sambal belacan / budu. Perghhhh. Ni ratah saja pun ok ni kalau tak nak makan dengan nasi. Tapi kalau makan dengan nasi lagi lerr puas hati !


Kerabu Jantung Pisang. Mek tak sure kalau belah luar dipanggilnya apa. Sejujurnya mek pun tak pernah try jugak tapi bila mek makan, rase dia boleh tahan jugak untuk 1st timer macam mek ni. 


Yang ni Cendawan Celup Tepung. Masa panas memang sedap makan. Cicah pulak dengan pencicah, memang mek ambik lagi dan lagi this Cendawan Celup Tepung. Walaupun dulu mek tak vote sangat Cendawan Celup Tepung. Tapi yang ni just nice. Not too oily.


Untuk pencuci mulut, Chef Syam amat memahami orang Kelantan yang gemarkan Colek a.k.a Rojak Buah. Memang betul, mek kalau pergi bazar Ramadhan pun akan beli jugak Rojak Buah ni. Kadang time morekh baru makan. Kadang lepas dah siap semua, sambil nak tunggu isyak tu sempat jugak ngap sikit-sikit. Takut duk teringat time terawikh. Huhu.


Mesti dari tadi korang duk tertanya-tanyakan, mana tamar untuk sunah berbuka puasa. Ada ni haa. Benda sunah takkan Holiday Villa Kota Bharu nak tinggalkan pulak. Bagi mek, bila berbuka, mulakan dengan tamar. Minum lah air segelas dan solat Maghrib dulu. Sebab bila dah solat semua, korang akan lebih tenang untuk menikmati hidangan.


Kuih muih pun ada. Kuih ni mengingatkan mek kepada arwah papa. Dia suka sangat dengan kuih lapis. Dulu lapisnya pink dan putih je. Mek kalau makan mesti makan layer by layer. Arwah papa gelak je bila tengok anak perempuan dia makan macam tu.


Tapai Beras ! Yang ni biasanya ada time raya tapi Chef Syam nak hilangkan craving korang, so dia buat juga untuk berbuka puasa. Tapi korang dinasihatkan makan this tapai after makan nasi atau makan maincourse sebab tapaikan acidic. Perut tengah kosong, tak boleh makan benda acidic.


Ni mek panggil kuih badak. Mek tak sure korang panggil apa tapi mek pasti this kuih ada several name jugak. Ni pun sebagai pemanis mulut jugak.


Kuih Cek Mek dan Jala Emas yang sinonim dengan Kelantan ni juga tidak ketinggalan dalam hidangan Tradisi Nostalgia. Dulu-dulu, takda bazar Ramadhan macam sekarang. So kalau nak makan kuih biasanya uli buat sendiri. Most popular adalah cek mek dan onde-onde. Allahu, meriahnya dulu sambil buat sambil sembang.


Haa. Ini adalah satu-satunya kuih yang mek tak tahu namanya. Mek pandai describe bentuknya sahaja. Kalau kirim dekat kawan, 'kau tolong belikan aku kuih yang warna hijau macam bentuk bunga yang ada kelapa kat atasnya'. Gitu. Dengan Chef Syam hari tu pun tak tanya jugak ni kuih apa. Malu sebab takot nanti Chef Syam cakap mek tak pernah masuk dapur. Huhu.


Ni pulak senarai harga untuk korang berbuka puasa di Holiday Villa Kota Bharu. Dari sekarang hingga 16 Mei 2018, korang boleh dapatkan harga early bird / booking dengan RM45 dewasa dan RM23 kanak-kanak. Bagi mek, korang booking dulu untuk buka puasa dekat sini. Nanti tarikh bincang kemudian. Takkan datang Kelantan / balik Kelantan / existing dekat Kelantan tak nak try apa yang Chef Syam masak. Bagi mek, amat berbaloi dah dengan harga tu. Korang boleh try pelbagai juadah, plus korang boleh je sembahyang dulu then sambung makan balik. Tak rugi pun. Biasa yang tak nak beli eary bird sebab tak tahu tarikh nak makan, takot tak berbaloi sebab dah makan kenyang, dah tak boleh try yang lain. As mek suggest kat atas tadi la. Makan tamar, minum air dan korang sembahyang. Pastu sambung la makan sampai Isyak.

Untuk korang yang menginap di Holiday Villa Kota Bharu sepanjang Ramadhan, Buffet Ramadhan adalah tidak termasuk dalam pakej korang tapi korang boleh je mintak dengan Chef Syam sendiri untuk Buffet Ramadhan dengan harga istimewa. Untuk yang menginap, korang akan dapat kupon untuk sahur di mana worth RM25 dewasa dan RM 12 kanak-kanak. Untuk orang luar pun korang boleh sahur dekat Holiday Villa Kota Bharu ni dengan bayaran seperti dinyatakan. Waktu untuk hidangan sahur adalah daripada jam 4.30 pagi hingga 5.30 pagi.

Holiday Villa Kota Bharu jugak amat mengalu-alukan korang datang in big group dan korang yang datang 10 orang akan dikenakan bayaran sebanyak 9 orang sahaja ! Itu minimum la. Kalau korang datang in 2 table macam tu la jugak cara kiranya. Untungkan? Boleh la ajak gang office  / keluarga datang buka puasa kat Holiday Villa Kota Bharu.

Dah siap sembahyang terawikh, mesti korang nak makan colek / rojak pulak, kan? Itu memang biasa untuk dalam Ramadhan. Chef Syam akan hidangkan korang dengan pelbagai jenis colek tradisi dengan tema Singgah Colek Bazar di ruang parkir Holiday Villa Kota Bharu. Biasala, morekh nak jugak merasa makan dalam suasana open air. Yang laki nak berhembus asap. Yang perempuan nak jugak merasa angin sejuk dingin malam. Gitu. Singgah Colek Bazar hanya RM 18 per head. Air Free Flow. Berbaloi, kan? Amat ! Singgah Colek Bazar akan start jam 9.00 malam sehingga 11 malam.

Last but not least, Holiday Villa Kota Bharu juga amat memahami untuk orang yang tak sempat masak macam mek ni. Balik dah petang, kadang malas nak singgah bazar. Bersesak dengan orang. So, antara inisiatif lain yang korang boleh ambik adalah dengan Food Pax which mean Chef Syam akan siap bungkuskan nasi berlauk untuk korang ambik sahaja bila balik kerja nanti. Setiap bungkus berharga RM10 (minimum order 10 bungkus). Tapi kalau korang nak pakat-pakat dengan orang office pun boleh, 100 bungkus ke atas - delivery adalah percuma

Itulah cerita Buffet Ramadhan di Holiday Villa Kota Bharu. Korang yang berminat boleh la call Chef Syam sendiri untuk buat tempahan ditalian 0132249201 atau nombor office 097474004 . Korang jugak boleh search FB Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu untuk tengok promosi dan tengok gambar-gambar yang orang dah tag.

Korang yang teringin nak buka puasa kat sini boleh komen kat bawah. Mane tahu, kita boleh jumpa buka puasa sama-sama ❤


Sekian ..

11 comments

  1. Murah je harga bufet tu mek. Makanan pun menarik semuanya. Confirm kenyang dan puas hati.

    ReplyDelete
  2. Rasanya ni offer buffet termurah yang Mai duk baca kawan2 review.

    ReplyDelete
  3. kerabu tu betul-betul menggoda lah..haishhh..sedapnya

    ReplyDelete
  4. alahaiiiiii mekkkkk buat ekin rindu nok kelik kelate ni

    ReplyDelete
  5. semua menuu kelate.hiii .. murahdah harga bufet nak banding tempat lain .. dan sedap2 semua

    ReplyDelete
  6. semua makanan nampak sedap je. kena try rasa ni

    ReplyDelete
  7. menariknya boleh beli yg da siap pack da makanan dia .lain dr yg lain kan.. makanan pun semua besttt

    ReplyDelete
  8. Murah dan berbaloi.. Boleh ajak geng berbuka dan lepak nie..

    ReplyDelete
  9. Sedapnyer dear. Selamat berpuasa hari khamis ni ya

    ReplyDelete