Putra Brasmana Hotel Kuala Perlis - Transit sebelum ke Langkawi

Salam alaikum untuk yang membaca entry mek ..

Sambungan lepas balik daripada Gua Kelam Sis Hawa bawa mek dan Sis Gee ke rumah bondanya untuk menjamu selera tengahari serta solat Asar. Mek dan Gee dimaklumkan oleh Hawa yang kami akan menginap dirumah bondanya pada malam nanti. Bila dah sampai tu 'it feels like a home' la kan. Rasa nak angkut beg bawak keluar, nak mandi dan nak rehat. Tapi pelik jugak kenapa Hawa tak jemput mek dan Gee untuk buat semua tu. Sebagai tetamu, mek segan la nak tanya. Orang tak pelawa tapi kita dah nak buat macam rumah kita pulak.

Tunggu la sampai 6.30 petang macam tu, masih lagi tak bawak turun beg tu semua. Mek dah start gelisah dah. Gelisah bukan sebab nak tidur, tapi gelisah nak mandi. Badan dah melekit. Plus waktu macam tu memang time anak mek mandi. Sis Hawa cakap nak bawak kita orang round dekat pantai. Tak jauh pun katanya. Dalam 15minit je dari rumah bondanya. Mek takde la berat hati cuma rasa macam, alaaa nak jalan lagi ke ni. Nak mandiiiii *sob sob sob*

Alhamdulillah, pemandangan pantai dekat Perlis lain daripada pantai yang ada di pantai timur. Pantai kat Perlis berdekatan dengan sawah bendang. Terpisah dengan jalan raya je. Korang boleh bayang tak, 6.45 petang punya cuaca. Macam nak sunset gitu. Lawaaa ya Allah ! Memang betul la orang cakap, dengan travel kita akan tengok satu sudut yang lain. Akan rasa lebih bersyukur, lebih merasakan kuasa Allah tu besar dan akan mematangkan diri kita secara tidak sengaja. Memandangkan mek dalam kereta duk pangku Amzar, maka tak sempat la nak snap gambor pemandangan tu.

Sis Hawa dah bawa mek sampai ke Jeti Kuala Perlis. Dalam fikiran mek, ke nak pergi Langkawi malam ni? Logik ke naik feri jam 7.00 petang? Sis Hawa yang lead kereta, so dia masuk pusing Putra Brasmana Hotel. Spouse mek pun cakap ler, best jugok kalau dapat tidur sini semalaman. Mek cakap tak mungkin la sebab akan tidur di rumah bonda Sis Hawa. Bila tengok Sis Hawa park kereta dia, Sis Gee pun park jugak kereta dia so mek pun kena park jugak la kan kereta. Bila semua dah turun Sis Hawa cakap 'mek jom kita lepak sini sat'. Amboi dia, nak makan petang ke apa pulak ni. 

Mek dengan Gee tunggu kat lobi hotel. Hawa dah ke receptionist. Mek dah start meneka. Ni mesti nak check in. Kalau tak kenapa nak ke receptionist. Gee dah start gelak gelak. Mek duk mendesak Gee suruh dia bagitahu apa sebenarnya rancangan kita datang Putra Brasmana Hotel ni. Sambil Hawa datang, 'mek dengan Gee tidur sini okei malam ni. Gee sebab husband dia punya birthday. Mek sebab anniversary yang ketiga. Ini yang Hawa mampu buat untuk korang.' Kau rase??? Nasib baik lah mek ni brutal bukan jenis tangkap leleh. Kalau tak mahu bersujud menangis aku dekat lutut Hawa tu. Allahu, datang tempat orang, diberi hadiah lagi. Allah aturkan yang terbaik dan dipertemukan dengan orang yang baik-baik.


3rd Anniversary mek dan spouse di surprise kan oleh Sis Hawa. Dibaginya bilik mengadap laut. Tenang. Nampak sunset. Subhanallah. Bila terkenang rasa indahnya aturan yang Allah buat. Dia tahu apa yang terbaik. Dan mek tahu Allah akan balas yang lebih baik kepada Sis Hawa dan keluarganya untuk kebaikan yang dia lakukan.


Korang kalau menginap dekat Putra Brasmana Hotel request bilik yang sea view, memang korang akan dapat tengok sunset baik punya. Ni view dari bilik 205. Kat depan tu banyak kedai makan. So kalau korang datang sini tak perlu gerakan kereta untuk cari dinner atau makan petang. Dengan Jeti Kuala Perlis korang perlu berjalan 5 minit sahaja untuk sampai. Teramat dekat ! Kereta korang pun boleh park dekat hotel ni tau dengan kadar bayaran RM10 sehari. Kalau dekat luar RM20 and above. So kalau park dekat Putra Brasmana Hotel lebih save dan safe. Gitu..


Amzar : Kakak, mummy got surprise from Auntie Hawa, are we going to have surprise from Mummy and Papa too?
Amani : Not yet adik. Ue still gonna be adik as long as ue can be.


Tadaa ! Ni bilik airnya. Memang takde tub tapi bersih dan selesa. Yang penting basic supply macam towel, sabun mandi tu semua ada. Ada jugak sekarang hotel nak jimat kos dia tak letak dah towel dan sabun. Mungkin takot kena rembat kot. Mek sekali sekala rembat jugak. Tengok towel baru ke idok. Kalau baru tapi takde lambang hotel pun, tak nak jugak. Yang Putra Brasmana ni, takde cop so mek tak ambik lah. *haha*


Mirror selfie. Dah senget tudung mek. Ni sebelum bilik mandi dicucuri air oleh dua orang budak. Spaces kan bilik air nya? Towel ada kat atas para yang disediakan.


Sabun yang disediakan. Kalau tidur 3 malam pun tak habis lagi guna sabun ni. Kewangian sabun tu standart sabun hotel. Tak sewangi dove tapi elok bersih badan korang kalau pakai yang ni.


Ada iron board, ada peti ais dan heater untuk panaskan air. Perfect ! Macam mek yang ada anak kecik macam mek ni heater memang diperlukan untuk buat susu. Peti ais tu penting jugak untuk letak makanan anak atau susu yang telah dipam. Iron tu semua orang perlukan untuk iron baju sebab duk dalam beg dah berkedut seribu. Semuanya functional dengan elok. Good job Putra Brasmana Hotel !


Katil boleh request samada korang nak queen atau double single. Bilik pun sama, boleh request. Yang diberikan kepada mek adalah Standart Sea View. Untuk pengetahuan korang jugak, Putra Brasmana Hotel ni bertaraf 3 bintang so memang logik la kan facilities yang diberikan tu. Wifi ada (kat lobi), smoking area pun ada. Just nice and macam hotel-hotel lain jugak.


Good Morning !! Putra Brasmana Hotel ni memang sediakan breakfast untuk mereka yang menginap. Breakfast disediakan dari jam 7.00pagi hingga 10.00pagi. Standart macam hotel lain jugak. Untuk korang yang ambik feri jam 8.00pagi, sempatlah breakfast dulu. Lagipun nak jalan pergi Jeti Kuala Perlis dalam 5 minit je. 


Mirror selfie. Sian Amani dah start demam. Tapi still active cuma meraung je la. Mek pun hampir nak meraung sama jugak.


Ni layout Cafe Samudera by Putra Brasmana Hotel. Rapi dan tak crowded. Lagi satu senang nak ambik sebab jarak antara satu satu makanan tu tak dekat sangat. Kalau dekat sangat, kalau ada jiran tetangga duk ambik makanan kat sebelah, boleh berlaga siku nanti.


Menu yang wajib ada - Nasi Goreng. Memang orang Perlis ni makan pedas la kan. Nasi goreng pun pedas oi. Pedas dia tu mek yang tak boleh makan, bukan Amani dan Amzar. Kalau korang yang minat pedas, mungkin ni adalah mild pedas untuk korang.


Ada jugak macam nugget. Untuk western punya food. Ni bukan sahaja dibedal oleh Amani dan Amzar, tapi mek sekali. Sedap nugget dia, tak berminyak sangat. Plus lembut aje isinya.


Ni pulak add-on untuk nasi bubur. Kalau ada anak kecik macam mek, seronok la tengok hidangan ni sebab senang nak suap untuk Amzar dan Amani. Hidangan yang diaorang hidangkan semuanya menepati piawaian hotel. Just nice. Tidok lerr nasi aje semata-mata. Atau roti aje semata-mata. Variaty. Korang boleh pilih nak makan apa.


Appetizer ! Tembikai merah. Untuk sejukkan tekak dipagi hari.

Haa, tu lah experience mek sepanjang menginap di Putra Brasmana Hotel ni. Takde apa-apa yang kurang, semuanya elok sahaja. Dan mek harap Putra Brasmana Hotel ni akan dijadikan tempat penginapan korang juga bila sampai di Perlis. Korang yang nak tempah bilik boleh je call 049855900 atau boleh je PM diaorang di FB Putra Brasmana Hotel .

Korang yang pernah menginap dah disini, boleh la share pengalaman korang pulak dekat komen ❤

Baca juga daripada blogger Sis Gee

Baca juga daripada blogger Sis Hawa


Sekian ..

5 comments

  1. lama juga saya tak menginap di hOtel ini..

    mesti bestkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa. masih lagi best.
      memang featuresnya tak banyak tukar tapi servis tetap ok.

      Delete
  2. Tiap kali teringat balik masa tu mesti nk tergelak! Hahaha... kejam betul daku x kasi korang angkat beg masuk rumah.. kakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha.
      jahatkan.
      tapi disebaliknya tu memang allah sahaja yang mampu membalasnya.

      Delete
  3. pasni boleh repeat lagi check in sini!!

    ReplyDelete