Salam alaikum untuk semua yang baca entry ni..
Ihsan Google Pesona Pengantin
Topik hari ni agak wow sikit sebab ianya akan melibatkan luahan pendapat mek personally dan mungkin akan berkaitan dengan kehidupan yang mek jalani. So mek ambik topik ni daripada Wanita Hari Ini yang bersiaran pada Jumaat 02 Mac 2018. Menariknya topik ni bagi mek sebab memang betul, perlu ke kita merubah pasangan kita mengikut acuan atau kehendak kita?
Penafian : Coretan ini adalah hanya pendapat mek dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana individu.
Tipu kalau dalam bercinta dan melayari alam rumah tangga, kita tak pernah bergaduh dengan pasangan kita. Bagi mek, kalau korang tak bergaduh dengan pasangan korang maknanya hati korang ni kering *huhu* sebab manusia mana ada maksum - mesti ada sifat marah cemburu dan sakit hati. Plus, mesti setiap individu tidak sama perangainya.
Mek dengan spouse pun selalu jugak gaduh. Kadang lama, kadang kejap. Kadang mek cepat sejuk kadang mek punya api menyala tak padam, lama la jadinya. Masa couple lagi macam tu. Tapi bila dah kahwin, ingatkan dah biasa, rupanya sama je gaduhnya. Macam tak pernah kenal perangai antara satu sama lain. Bila gaduh je, akhir perbahasan mesti keluar ayat ni 'ubah la perangai u tu untuk kebaikan'. Dia pun cakap macam tu, mek pun cakap macam tu kat dia.
Tapi penting ke kita ubah pasangan kita? Ni antara jawapan panel Dazrin, Norkhairiyah dan Ust :
Ust : Perkahwinan adalah satu bahtera di tengah lautan. Ada sahaja gelombang ombak besar dan kecil. Itu semua pasangan kena hadapi. Bila bergaduh, itu adalah proses perkenalan antara pasangan. Masa tu seolah-olah brainstorming untuk cari penyelesaian cuma dalam keadaan yang marah. Bergaduh itu bagus, ubah pasangan juga perlu tapi bukan sampai ikut kehendak kita sahaja. Kita sendiri pun susah nak ubah perangai kita, apatah lagi pasangan kita.
Dazrin : Semenjak berkahwin, isteri banyak memberi idea kepada saya untuk buat perkara dalam pelbagai cara. Contohnya, ada plan A dan plan B. Bukan stick kepada satu plan sahaja. Dia ubah cara pemikiran saya dan saya rasa itu adalah satu benda yang positif dan saya boleh ikut rentaknya. Sama juga dengan isteri, kadang tarik tali. Mungkin hari ni dia tak dengar apa yang saya cakap, tapi oneday dia akan bagitahu yang 'ye la yg, betul apa yang awk ckp hari tu'. At one point sebagai suami kita kena firm, tapi bukan bermaksud kita tak boleh nak tolerate. Kena tengok situasi.
Norkhairiyah : Saya berubah berhijab bukan sebab suami. Saya berhijab atas kesedaran saya sendiri. Kami juga bergaduh seperti pasangan lain tapi iainya untuk mematangan hubungan. Matlamat saya hanya satu, saya ingin bersama keluarga saya di dalam syurga. Jadi saya mengambil langkah untuk itu. Suami saya terima perubahan saya. Dan dia tak pernah memaksa saya untuk suka apa yang saya tak suka kerana setiap manusia ada benda yang dia suka dan tak suka.
So, mek conclude - ubah untuk diri sendiri. Ubah untuk pasangan mungkin kita akan berpura-pura. Kau akan baik depan dia, tapi belakang cam haroooom. Huhu. So berubah la untuk diri sendiri. Yang kecik-kecik mungkin la masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Yang penting komunikasi dua hala. Tak boleh jugak letak syarat 'i nak ni ni ni ni ni' - pening kawan tu nanti. So tolerate.
Itu pendapat mek, korang pulak cam mane? ❤
Sekian ..

Tak perlu lah... mcm kak sha dgn husband.. jauh pangganb dr api sifat. Mmg tak kan boleh ubah dan paksa sifat seseorang.. yg penting didik antara satu sama lain dengan kebaikan..Inshaa allah pasto baik2.
ReplyDeletehttps://byshaz.blogspot.my/2018/03/buat-duit-secara-meluas-dalam-blog.html
kan.. masing masing ada perangai masing masing.
Deletekalau diri sendiri pun susah nak ubah, apatah lagi pasangan kita yang nk ikut kepala kita.
tolerate tu penting supaya gaduh tak berpanjangan.hihi
Berubah ke arah yang lebih baik untuk diri sendiri dan menggembirakan orang2 yang rapat dalam hidup kita.
ReplyDeleteNice sharing mek
ReplyDeleteTopik yang menarik
ReplyDeleteBukan sahaja perangai, pada LZ pula komunikasi 2 hala juga penting supaya sama-sama faham..
ReplyDeleteJadi bila bertengkar takde laa masing-masing mengungkit tentang perangai masing-masing..
Huhuhu
pada aida, berubah tu samada utk diri sendiri or husband or org lain, mesti dtg dari hati yg ikhlas. bcoz kekadang kesedaran tu kita dpt bukan dari diri sendiri. tapi org lain dan persekitaran. perlu ada org ketuk skit pintu hati kita, then baru kita sedar...
ReplyDeletebiasanya perubahan ni utk kebaikan. utk sape sekalipun, kalau kita sendiri tak rela, memang takkan jadik.
and when it comes to husband and wife, pada aida, as a wife, kita wajib berubah ikut suami selagi ia tak bertentangan dgn islam. sebab kita kena buat dia suka. dlm masa yg sama, kita as wife pun boleh kot ubah dia ikut pandangan mata kita. give and take.
but hakikatnya, mek, pompuan yg kena ikut lelaki. standard dah tu kan...