KTH Homestay & Cottage - Homestay yang Mendamaikan Jiwa

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek dan untuk yang membaca entry ni ..

Cuti sekolah Mac 2018, mek dijemput oleh rakan blogger Sis Hawa dan Sis Gee untuk buat trip ke Utara. Memandangkan sepanjang mek hidup ni tak pernah lagi sampai Perlis Indera Kayangan so mek pun pujuk spouse untuk ke Perlis. Alhamdulillah dia bersetuju. Dan Allah pun melembutkan juga hati boss mek untuk luluskan cuti selama 3 hari. 

Mek bertolak dari Kelantan pada hari Sabtu 17 Mac 2018. Pada mulanya kami nak konvoi beramai-ramai tapi disebabkan satu dua benda yang tak dapat dielakkan, so kami bertolak asing-asing dan janji untuk jumpa di KTH Homestay & Cottage, Mata Ayer Perlis. Dalam kepala mek, KTH Homestay & Cottage ni mesti lawa sebab namanya tu pun dah menarik. Biasakan homestay namanya homestay lah. Takde cottage dah kat belakang tu. Hihi.

Mek sampai di Perlis jam 6 petang. Time tu Hawa dan Gee still lagi kat tempat kenduri. So mek kena find sendiri KTH Homestay & Cottage ni. Berpandukan Maps Iphone (spouse berpandukan Maps Google) Alhamdulillah, jumpa dengan jayanya KTH Homestay & Cottage. Memang jalan dia agak pening untuk 1st timer macam mek ni sebab dia kena turun jambatan dan masuk bawah jambatan untuk ke Sekolah Kebangsaan Oran. KTH Homestay & Cottage just few meter from that school. Kalau korang tak jumpa KTH Homestay & Cottage, korang juga boleh guna landmark Sekolah Kebangsaan Oran.


Pintu masuk KTH Homestay & Cottage. Bila buat ukiran kayu macam ni, first impression mek adalah damai because its nature.


Ni salah satu homestay untuk kitaorang menginap. Satu homestay ni muat dua family. Tapi kalau korang datang ramai-ramai pun boleh muat satu ni je sebab dia spaces sangat ! This homestay harganya RM 140 hingga RM160 sahaja. Kalau share ramai-ramai, memang jimat gilos !


Ni pulak cottage yang ditawarkan oleh KTH Homestay & Cottage. Cottage ni elok untuk keluarga kecik macam mek, atau backpackers. Konsepnya macam resort atau bilik hotel. Haa gitu. Bilik macam ni harganya RM85 sahaja. 


Ni ruang dalam cottage. Satu queen dan satu single. Ada aircond, ada TV yang berastro, bilik air, iron, heater. Memang sesuai untuk mek. Paling cun, cermin kat belakang tu buat mirror selfie *thumbsup*


Haa gituu.. Mek antara yang masih lagi mengamalkan mirror selfie. Padahal benda ni dah lama ditinggalkan oleh kaum hawa. Eyh, yeke?


Canggihkan KTH Homestay & Cottage ni. Korang nak on switch kena pakai kad tau. Macam hotel. Sebab tu tadi mek cakap Cottage dia macam bilik hotel. Tak pernah lagi mek jumpa homestay yang buat macam ni.


Walaupun korang ambik cottage, tapi kemudahan mesin basuh dan pantry tetap ada. Kena pulak dengan mek yang memang jenis kalau travel, mesti mek basuh siap-siap pakaian semalaman. Dua sebab mek buat macam tu, satu sebab nanti balik rumah dah tak payah nak berbakul-bakul nak basuh kain. Sebab kedua adalah kita boleh regulate balik baju tu - just incase emergency.


Ni suasana pagi. Amat damai ! Tenang, sejuk. Tak bising. Memang nature habis. Depan cottage mek ada pondok. Nampak tak? Kat pondok tu korang dibenarkan untuk buat BBQ tau. Tapi barang BBQ tu korang kena bawak sendiri la. Pihak KTH Homestay & Cottage tak sediakan tapi dia benarkan.


Haa ni la BBQ yang kita orang buat. Ni namanya percik Utagha. Kuah dia merah sama macam Kelantan jugak dan cukup rasa macam Kelantan jugak. Takde berpantang diabetes dan hypertension. Gitu..


Lauk kenduri pun ade oii. Memang meriah habis BBQ kitaorang malam tu. Menambah-nambah nasi nya. Memang damai la buat BBQ kat KTH Homestay & Cottage ni. Takda la rasa macam kekok atau tak selesa untuk buat BBQ. Seakan BBQ kat tepi pantai dengan angin sejuk dingin.


Jangan sangka homestay takde kolam tau. KTH Homestay & Cottage memang faham sangat kalau korang bercuti, anak-anak mesti nak berendam kolam, kan? Biasa dekat hotel boleh la berendam kolam. Ni diaa pihak KTH Homestay & Cottage sediakan kolam renang untuk anak-anak serta mak bapak sekali berendam dalam kolam.


Bukan sebijik dia sediakan, dua biji bak hang ! Yang mek rasa macam kagum tu sebab kolam depan Cottage yang korang sewa. So amat senang la kan nak pantau anak mandi atau anak nak tukar baju. Depan mata je. Kedalaman kolam pun dah suit dengan kanak-kanak dan dewasa. Yang ni memang mek sangat impress !


Laluan untuk ke kolam pun mendamaikan. Pihak KTH Homestay & Cottage buat macam mini garden atau lebih senang mek cakap garden walkaway la untuk ke kolam. Tu yang mek duk cakap KTH Homestay & Cottage ni damai. Dia kekalkan alam semulajadi untuk kita nikmati. Elok tersusun pokok-pokok di bawah kanopi.


Buah anggur pun ada. Rasa macam duk Cameron dah. Seronok bawak anak-anak jalan tengok pokok, tengok kawan-kawan mandi kolam. Amani dengan Amzar still bawah umur (hehe, istilah bawah umur bagi mek untuk mandi kolam). Walkaway ni boleh dijadikan sudut untuk korang photoshoot kalau datang kat KTH Homestay & Cottage ni.


Ni seisi keluarga BPT yang menginap kat KTH Homestay & Cottage. Dikesempatan ini mek nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Asri (antara owner kepada KTH Homestay & Cottage) for having us dan memberi layanan yang baik sepanjang kami berada di sini. Diharapkan Cikgu Asri dan keluarga dirahmati serta dimurahkan rezeki lagi. Amin..


Ladies only *tehee*

Korang yang nak stay kat KTH Homestay & Cottage, Mata Ayer Perlis boleh hubungi Cikgu Asri ditalian 0195638475 . Dan korang boleh jugak usha-usha FB KTH Homestay & Cottage mana tahu nak tengok gambor-gambor lain ❤

Baca juga daripada blogger Sis Gee

Baca juga daripada blogger Sis Hawa


Sekian ..

8 comments

  1. amboi..bestnya homestay dia..:)

    ReplyDelete
  2. bestnya tengok suasana KTH homestay ni , berpatutan dengan harga , yang paling best siap ada swimming pool

    ReplyDelete
  3. best juga tempat dia, harga pun berbaloi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa. boleh try tidur sini kalau datang perlis.
      memang berbaloi

      Delete
  4. Fuh! meriahnya baru tiga family tu.
    Okaylah dapat homestay yang puashati macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa. meriah habis mrs a
      kalau lagi ramai lagi best ni.
      homestay ni memang puas hati
      ank ank pun bored duk kat sini

      Delete