Gua Kelam - Tempat Tarikan Semulajadi di Perlis

Salam alaikum untuk pembaca entry mek ..

Lepas dah kenyang perut (hasil foodhunting di Nat Pokok Getah ) family BPT bergerak lagi ke next location iaitu Padang Besar. Tapi disebabkan Amani dan Amzar tidur, mek tak nak kejutkan diaorang, mek dan Hawa ambik keputusan untuk tunggu Gee dalam kereta sahaja. Antara team kami, yang merendek Padang Besar adalah Sis Gee. Mek dah letak link dia kat bawah, nanti korang boleh baca pengalaman dia kat Padang Besar.

After sembahyang Zohor, kami bergerak ke Gua Kelam, Kaki Bukit Perlis. Allahu, korang tahu tak yang mek ni dah berapa lama belajar sejarah dan geografi tapi ni adalah kali pertama mek nak jejak kaki ke Gua Kelam. Kan gua ni famous dalam buku geografi. Famous dengan apa, cer teka? Gua Kelam ni famous dengan batu kapur yang terhasil secara semulajadi di dalam gua ni dan juga lorong semulajadi yang ada dalam gua ni. Dulu-dulu ada aktiviti perlombongan biji timah tapi sekarang dah tutup. Masa dia duk melombong tu rasanya Malaysia tak merdeka lagi kot (fakta yang tak dapat disahihkan).


Selamat datang ke Gua Kelam ! Sampai sini teringat Bukit Bakar kat Machang. Ada macam mini air terjun tempat orang mandi-manda. Parking kat sini macam nak limited tapi boleh je parking jauh sikit. Tapi korang kena jalan la sikit nak masuk gua tu. Time mek sampai memang cuaca agak panas. Walaupun tempat dia redup dengan pokok-pokok tapi still bahang panas tu terasa. Disarankan kalau korang datang sini kena sediakan air mineral. Amani tu pun mek dah letak siap siap bekas air untuk dia minum.


Kena la masuk dalam gua kalau dah sampai sini kan. Terowong semulajadi yang ada dalam gua ni dah disenangkan dengan jabatan gantung untuk kita lalui. Panjangnya adalah 370meter. Sepanjang laluan ni korang akan disajikan dengan suhu yang agak sejuk, bunyi air yang mengalir di bawah jambatan dan juga batu kapur kiri dan kanan gua. Batu kapur dia shining ! Macam ada diamond gitu. Memang segala pujian buat Allah yang telah mengaturkannya. Hebat kuasa Allah ni.


End of 370meter, korang akan dapat bergambar kat sini. Tengok muka mek dan spouse. Penat kan? Berdukung sambil jalan dalam gua. Tidak lah mencabar seperti mendaki tapi agak penat jugakla. Yang lucunya, mek ingat dah habis perjalanan boleh la keluar dengan gembira nak balik ke tempat parking. Salah uols ! Korang kena patah balik, lalui 370 meter back untuk ke parking kereta. In total kalau korang berjaya masuk dan keluar Gua Kelam adalah sebanyak 740 meter baby !


Ini pulak port yang korang kena ambik gambar lepas berjaya keluar daripada Gua Kelam. Tempat hentian hilangkan lelah. Muka paling tak lelah adalah Amzar. Yang lain semua dah lelah panas dahaga air. Apa-apa pun, mek seronok dapat jejakkan kaki ke Gua Kelam sebab mek rasa amat berbaloi dengan bayaran RM1 tiket yang dikenakan, mek dapat tengok keindahan yang Allah ciptakan, mek dapat hilangkan beberapa kalori lemak serta meningkatkan dehydrate tubuh badan mek. Semoga mek diberi peluang lagi untuk cipta memori sebegini dengan family mek dan rakan-rakan yang lain. Hajatnya nak beli la FM untuk kenang-kenangan tapi kedai cenderahati kat Gua Kelam ni dah ditutup. Mungkin sebab tak dapat sambutan sangat kot.

Alhamdulillah, selama satu jam berada di sini, mek akhirnya dapat rehatkan diri di dalam kereta sementara menuju ke satu destinasi lain pulak. Anak-anak pun dapat rehatkan diri dulu. Perlis ni nampak je kecik, tapi dari satu tempat ke tempat yang lain tu jauh jugak. Bukan takat hujung situ, hujung sini dah nampak.

Korang pernah datang Gua Kelam tak? Kalau pernah, boleh la share dekat komen ❤

Baca juga daripada blogger Sis Gee

Baca juga daripada blogger Sis Hawa


Sekian ..

4 comments

  1. hahahhaha!kami duk ganu ketandusan tempat menyopping!hahaha

    ReplyDelete
  2. Hari-hari masuk gua kelam boleh kurus ku rasa.. hahaha

    ReplyDelete