Sam Cafe Wang Ulu - Cafe Urban yang ada Pelbagai Menu

Salam alaikum untuk yang membaca entry mek ..


Sam Cafe Wang Ulu Kangar Perlis

So lepas dah berdrama dekat Putra Brasmana Hotel malam tu Sis Hawa bawak lagi kita orang pergi dinner. Tempat ni memang dah diberitahu awal-awal, sudah direncanakan. Cuma mek sendiri tak google tempat ni macam mana. Maksud mek, rupa kedai ni macam mana. Bila sebut cafe tu mek bayangkan cafe hipster zaman sekarang lah. Dari Putra Brasmana Hotel nak ke Sam Cafe Wang Ulu ni dalam 10 - 15 minit je. Korang boleh waze / maps google / maps iphone untuk ke Sam Cafe Wang Ulu.

Mek dan Sis Gee sampai Sam Cafe dalam jam 8.30 malam. Parking dah penuh babe ! Dan tekaan mek untuk cafe ini berbentuk hipster, tepat sekali ! So boleh la feeling-feeling lepak gitu dengan spouse dan anak-anak. 


Welcome to Sam Cafe ! Hipsterkan cafe diaorang? Macam yang selalu mek tengok dalam movie, yang biasa dekat hawaii tu. Sam Cafe ni locate dekat aje dengan UniMAP yang kampus Wang Ulu. Jalan kaki memang sampai dan mengambil masa around 5 minit cam tu je. Sam Cafe dibuka pada jam 6.00petang dan closed by 12.00am.


Ni another hipster style yang diaorang sediakan untuk kita lepak-lepak. Kat sini angin dia sepoi-sepoi jugak sebab sebelah kirinya tu kawasan lapang (mungkin bendang) so memang belah malam memang nyaman untuk dinner dekat sini. Aircond semulajadi gitu. Plus, jalan raya depan Sam Cafe ni tidak sibuk sangat so korang takkan terganggu dengan bunyi kereta duk lalu lalang. Bukan la takde kereta lalu, tapi tidak banyak. Kalau nak berborak tu boleh je la dengan volume biasa. Tak yah duk 'haa, apa dia' banyak kali.


Ni juga tempat untuk korang duduk. Kat bawah tu kira berbumbung la. But still open air. Untuk yang berfamili beranak kecik macam mek, elok la duk bawah bumbung tu. Kang tetiba hujan nak berlari tu satu hal pulak. 


Haa yang ni ruang atas. Open terus. Kalau datang nak chill dan relaks dengan kawan-kawan memang sesuai duk atas ni. Nak romantik dinner dengan tersayang pun elok jugak kat atas ni. Kiranya, more privacy la. Sambil tu korang boleh tengok bintang-bintang.


Kebetulan time mek pergi tu ada yang tengah celebrate birthday ! Sekarangkan kalau sambut birthday selain daripada nak menikmati makanan yang best, mestilah nak bergambor ditempat tempat yang cantikkan. Nak buat kenangan. Disamping nak meraikan betul-betul orang yang kita sayang.


Sambil menunggu hidangan, team bpt disajikan dengan french fries dulu. Disebabkan terlampau ramai orang, trafik jem dekat kitchen so kitaorang kena tunggu turn untuk dinner. Untuk pengetahuan korang juga, chef yang masak dekat kitchen adalah owner Sam Cafe ni sendiri. Untuk yang dah pernah rasa makanan Sam Cafe, mesti akan cuba untuk tunggu sebab memang sedap belaka menu yang disajikan.


Next menu adalah Kuey Teow Kantonese. Memang cukup rasa. Dengan masin manis masamnya. Kuey Teow Kantonese ni macam Kuey Teow Hong Kong la. Yang masak macam ni memang kena cukup rasa tau supaya tidak muak. Mek ada try several menu ni, rata-rata kalau orang tak pandai goreng memang akan jadi muak. Tapi Sam Cafe ni elok je rasanya. Korang boleh try menu ni kalau datang sini.


Untuk air pula, speciality dekat sini adalah Green Apple Asam Boi. Ada banyak lagi tapi ini antara yang menarik. Sebab green apple tu masam dan asam boi tu masin. Kalau combine dengan air gula pula, apa rasanya? Memang suit rupanya gandingan 3 benda ni. Sejuk tekak bila minum. Time panas kalau dapat minum ni, rasa perit tekak tu hilang. 


Next menu yang sampai adalah Chicken Chop. Ini mek boleh katakan macam yang ramai-ramai. Budak-budak suka chicken chop ni. Sos yang dihidangkan Sam Cafe tidak begitu berat untuk tekak menerima. Just nice.


Next beverage ! Mocha float ! Haaa apa rasanya bila pahit manis mocha ditambah dengan manis vanilla? Superb babe ! Mek suka. Mek vote untuk Mocha Float. Elok je manisnya tu. Takde la sampai manis nak kena diabetic. 


Shell out pun ada gaisss ! Okei, ini serius sikit. Dalam banyak-banyak shellout yang mek try, Sam Cafe paling unik rasanya untuk shellout. Satu rempahnya yang agak pedas (ini memang orang Perlis kata biasa) dan ramuanya dicampur telur. Haa, tak pernah lagi mek makan shellout yang ada telur tau. Rasa dia ok, boleh diterima tekak. Nak compare dengan previous shellout yang bpt review, must admit - this one couldnt meet as them. Tapi takpe, lain orang lain citarasanya.

There's another menu yang memang mek kasi 6 bintang out of 5 iaitu mee goreng mamak Sam Cafe. Allahurabbi, mek tak pernah lagi jumpa mee goreng mamak sesedap itu. Dalam banyak-banyak menu, mee goreng mamak adalah menu yang wajib korang try kalau datang Sam Cafe. Disebabkan terlampau syok duk borak dengan owner Kak Intan, mek dah makan licin mee goreng mamak tu. So takde gambar simpanan. Tapi serius, mee goreng mamak dia nampak macam mee goreng mamak biasa jugak tapi dia punya rasa tu memang cukup. Sekali makan nak makan lagi. Dan mek sure, kalau mek datang Perlis lagi sekali, mek akan datang Sam Cafe for their mee goreng mamak !

Korang kalau nak datang Sam Cafe boleh aje walk in tapi kalau nak tempah pun boleh jugak. Call je Kak Intan 0174592160 untuk sebarang order. Dan diaorang pun buat delivery jugak area Perlis. Hebatnya Sam Cafe COD tak kena caj dan no minimum purchase untuk COD. Gituu. Korang boleh juga usha Sam Cafe dekat FB Sam Cafe mane lah tahu korang nak tengok-tengok dulu menu yang mek duk cerita tu.

Korang yang dah datang Sam Cafe any experience? Menu apa yang korang paling vote? Mind to share, ok ❤

Baca juga daripada blogger Sis Gee

Baca juga daripada blogger Sis Hawa


Sekian ..

Putra Brasmana Hotel Kuala Perlis - Transit sebelum ke Langkawi

Salam alaikum untuk yang membaca entry mek ..

Sambungan lepas balik daripada Gua Kelam Sis Hawa bawa mek dan Sis Gee ke rumah bondanya untuk menjamu selera tengahari serta solat Asar. Mek dan Gee dimaklumkan oleh Hawa yang kami akan menginap dirumah bondanya pada malam nanti. Bila dah sampai tu 'it feels like a home' la kan. Rasa nak angkut beg bawak keluar, nak mandi dan nak rehat. Tapi pelik jugak kenapa Hawa tak jemput mek dan Gee untuk buat semua tu. Sebagai tetamu, mek segan la nak tanya. Orang tak pelawa tapi kita dah nak buat macam rumah kita pulak.

Tunggu la sampai 6.30 petang macam tu, masih lagi tak bawak turun beg tu semua. Mek dah start gelisah dah. Gelisah bukan sebab nak tidur, tapi gelisah nak mandi. Badan dah melekit. Plus waktu macam tu memang time anak mek mandi. Sis Hawa cakap nak bawak kita orang round dekat pantai. Tak jauh pun katanya. Dalam 15minit je dari rumah bondanya. Mek takde la berat hati cuma rasa macam, alaaa nak jalan lagi ke ni. Nak mandiiiii *sob sob sob*

Alhamdulillah, pemandangan pantai dekat Perlis lain daripada pantai yang ada di pantai timur. Pantai kat Perlis berdekatan dengan sawah bendang. Terpisah dengan jalan raya je. Korang boleh bayang tak, 6.45 petang punya cuaca. Macam nak sunset gitu. Lawaaa ya Allah ! Memang betul la orang cakap, dengan travel kita akan tengok satu sudut yang lain. Akan rasa lebih bersyukur, lebih merasakan kuasa Allah tu besar dan akan mematangkan diri kita secara tidak sengaja. Memandangkan mek dalam kereta duk pangku Amzar, maka tak sempat la nak snap gambor pemandangan tu.

Sis Hawa dah bawa mek sampai ke Jeti Kuala Perlis. Dalam fikiran mek, ke nak pergi Langkawi malam ni? Logik ke naik feri jam 7.00 petang? Sis Hawa yang lead kereta, so dia masuk pusing Putra Brasmana Hotel. Spouse mek pun cakap ler, best jugok kalau dapat tidur sini semalaman. Mek cakap tak mungkin la sebab akan tidur di rumah bonda Sis Hawa. Bila tengok Sis Hawa park kereta dia, Sis Gee pun park jugak kereta dia so mek pun kena park jugak la kan kereta. Bila semua dah turun Sis Hawa cakap 'mek jom kita lepak sini sat'. Amboi dia, nak makan petang ke apa pulak ni. 

Mek dengan Gee tunggu kat lobi hotel. Hawa dah ke receptionist. Mek dah start meneka. Ni mesti nak check in. Kalau tak kenapa nak ke receptionist. Gee dah start gelak gelak. Mek duk mendesak Gee suruh dia bagitahu apa sebenarnya rancangan kita datang Putra Brasmana Hotel ni. Sambil Hawa datang, 'mek dengan Gee tidur sini okei malam ni. Gee sebab husband dia punya birthday. Mek sebab anniversary yang ketiga. Ini yang Hawa mampu buat untuk korang.' Kau rase??? Nasib baik lah mek ni brutal bukan jenis tangkap leleh. Kalau tak mahu bersujud menangis aku dekat lutut Hawa tu. Allahu, datang tempat orang, diberi hadiah lagi. Allah aturkan yang terbaik dan dipertemukan dengan orang yang baik-baik.


3rd Anniversary mek dan spouse di surprise kan oleh Sis Hawa. Dibaginya bilik mengadap laut. Tenang. Nampak sunset. Subhanallah. Bila terkenang rasa indahnya aturan yang Allah buat. Dia tahu apa yang terbaik. Dan mek tahu Allah akan balas yang lebih baik kepada Sis Hawa dan keluarganya untuk kebaikan yang dia lakukan.


Korang kalau menginap dekat Putra Brasmana Hotel request bilik yang sea view, memang korang akan dapat tengok sunset baik punya. Ni view dari bilik 205. Kat depan tu banyak kedai makan. So kalau korang datang sini tak perlu gerakan kereta untuk cari dinner atau makan petang. Dengan Jeti Kuala Perlis korang perlu berjalan 5 minit sahaja untuk sampai. Teramat dekat ! Kereta korang pun boleh park dekat hotel ni tau dengan kadar bayaran RM10 sehari. Kalau dekat luar RM20 and above. So kalau park dekat Putra Brasmana Hotel lebih save dan safe. Gitu..


Amzar : Kakak, mummy got surprise from Auntie Hawa, are we going to have surprise from Mummy and Papa too?
Amani : Not yet adik. Ue still gonna be adik as long as ue can be.


Tadaa ! Ni bilik airnya. Memang takde tub tapi bersih dan selesa. Yang penting basic supply macam towel, sabun mandi tu semua ada. Ada jugak sekarang hotel nak jimat kos dia tak letak dah towel dan sabun. Mungkin takot kena rembat kot. Mek sekali sekala rembat jugak. Tengok towel baru ke idok. Kalau baru tapi takde lambang hotel pun, tak nak jugak. Yang Putra Brasmana ni, takde cop so mek tak ambik lah. *haha*


Mirror selfie. Dah senget tudung mek. Ni sebelum bilik mandi dicucuri air oleh dua orang budak. Spaces kan bilik air nya? Towel ada kat atas para yang disediakan.


Sabun yang disediakan. Kalau tidur 3 malam pun tak habis lagi guna sabun ni. Kewangian sabun tu standart sabun hotel. Tak sewangi dove tapi elok bersih badan korang kalau pakai yang ni.


Ada iron board, ada peti ais dan heater untuk panaskan air. Perfect ! Macam mek yang ada anak kecik macam mek ni heater memang diperlukan untuk buat susu. Peti ais tu penting jugak untuk letak makanan anak atau susu yang telah dipam. Iron tu semua orang perlukan untuk iron baju sebab duk dalam beg dah berkedut seribu. Semuanya functional dengan elok. Good job Putra Brasmana Hotel !


Katil boleh request samada korang nak queen atau double single. Bilik pun sama, boleh request. Yang diberikan kepada mek adalah Standart Sea View. Untuk pengetahuan korang jugak, Putra Brasmana Hotel ni bertaraf 3 bintang so memang logik la kan facilities yang diberikan tu. Wifi ada (kat lobi), smoking area pun ada. Just nice and macam hotel-hotel lain jugak.


Good Morning !! Putra Brasmana Hotel ni memang sediakan breakfast untuk mereka yang menginap. Breakfast disediakan dari jam 7.00pagi hingga 10.00pagi. Standart macam hotel lain jugak. Untuk korang yang ambik feri jam 8.00pagi, sempatlah breakfast dulu. Lagipun nak jalan pergi Jeti Kuala Perlis dalam 5 minit je. 


Mirror selfie. Sian Amani dah start demam. Tapi still active cuma meraung je la. Mek pun hampir nak meraung sama jugak.


Ni layout Cafe Samudera by Putra Brasmana Hotel. Rapi dan tak crowded. Lagi satu senang nak ambik sebab jarak antara satu satu makanan tu tak dekat sangat. Kalau dekat sangat, kalau ada jiran tetangga duk ambik makanan kat sebelah, boleh berlaga siku nanti.


Menu yang wajib ada - Nasi Goreng. Memang orang Perlis ni makan pedas la kan. Nasi goreng pun pedas oi. Pedas dia tu mek yang tak boleh makan, bukan Amani dan Amzar. Kalau korang yang minat pedas, mungkin ni adalah mild pedas untuk korang.


Ada jugak macam nugget. Untuk western punya food. Ni bukan sahaja dibedal oleh Amani dan Amzar, tapi mek sekali. Sedap nugget dia, tak berminyak sangat. Plus lembut aje isinya.


Ni pulak add-on untuk nasi bubur. Kalau ada anak kecik macam mek, seronok la tengok hidangan ni sebab senang nak suap untuk Amzar dan Amani. Hidangan yang diaorang hidangkan semuanya menepati piawaian hotel. Just nice. Tidok lerr nasi aje semata-mata. Atau roti aje semata-mata. Variaty. Korang boleh pilih nak makan apa.


Appetizer ! Tembikai merah. Untuk sejukkan tekak dipagi hari.

Haa, tu lah experience mek sepanjang menginap di Putra Brasmana Hotel ni. Takde apa-apa yang kurang, semuanya elok sahaja. Dan mek harap Putra Brasmana Hotel ni akan dijadikan tempat penginapan korang juga bila sampai di Perlis. Korang yang nak tempah bilik boleh je call 049855900 atau boleh je PM diaorang di FB Putra Brasmana Hotel .

Korang yang pernah menginap dah disini, boleh la share pengalaman korang pulak dekat komen ❤

Baca juga daripada blogger Sis Gee

Baca juga daripada blogger Sis Hawa


Sekian ..

Gua Kelam - Tempat Tarikan Semulajadi di Perlis

Salam alaikum untuk pembaca entry mek ..

Lepas dah kenyang perut (hasil foodhunting di Nat Pokok Getah ) family BPT bergerak lagi ke next location iaitu Padang Besar. Tapi disebabkan Amani dan Amzar tidur, mek tak nak kejutkan diaorang, mek dan Hawa ambik keputusan untuk tunggu Gee dalam kereta sahaja. Antara team kami, yang merendek Padang Besar adalah Sis Gee. Mek dah letak link dia kat bawah, nanti korang boleh baca pengalaman dia kat Padang Besar.

After sembahyang Zohor, kami bergerak ke Gua Kelam, Kaki Bukit Perlis. Allahu, korang tahu tak yang mek ni dah berapa lama belajar sejarah dan geografi tapi ni adalah kali pertama mek nak jejak kaki ke Gua Kelam. Kan gua ni famous dalam buku geografi. Famous dengan apa, cer teka? Gua Kelam ni famous dengan batu kapur yang terhasil secara semulajadi di dalam gua ni dan juga lorong semulajadi yang ada dalam gua ni. Dulu-dulu ada aktiviti perlombongan biji timah tapi sekarang dah tutup. Masa dia duk melombong tu rasanya Malaysia tak merdeka lagi kot (fakta yang tak dapat disahihkan).


Selamat datang ke Gua Kelam ! Sampai sini teringat Bukit Bakar kat Machang. Ada macam mini air terjun tempat orang mandi-manda. Parking kat sini macam nak limited tapi boleh je parking jauh sikit. Tapi korang kena jalan la sikit nak masuk gua tu. Time mek sampai memang cuaca agak panas. Walaupun tempat dia redup dengan pokok-pokok tapi still bahang panas tu terasa. Disarankan kalau korang datang sini kena sediakan air mineral. Amani tu pun mek dah letak siap siap bekas air untuk dia minum.


Kena la masuk dalam gua kalau dah sampai sini kan. Terowong semulajadi yang ada dalam gua ni dah disenangkan dengan jabatan gantung untuk kita lalui. Panjangnya adalah 370meter. Sepanjang laluan ni korang akan disajikan dengan suhu yang agak sejuk, bunyi air yang mengalir di bawah jambatan dan juga batu kapur kiri dan kanan gua. Batu kapur dia shining ! Macam ada diamond gitu. Memang segala pujian buat Allah yang telah mengaturkannya. Hebat kuasa Allah ni.


End of 370meter, korang akan dapat bergambar kat sini. Tengok muka mek dan spouse. Penat kan? Berdukung sambil jalan dalam gua. Tidak lah mencabar seperti mendaki tapi agak penat jugakla. Yang lucunya, mek ingat dah habis perjalanan boleh la keluar dengan gembira nak balik ke tempat parking. Salah uols ! Korang kena patah balik, lalui 370 meter back untuk ke parking kereta. In total kalau korang berjaya masuk dan keluar Gua Kelam adalah sebanyak 740 meter baby !


Ini pulak port yang korang kena ambik gambar lepas berjaya keluar daripada Gua Kelam. Tempat hentian hilangkan lelah. Muka paling tak lelah adalah Amzar. Yang lain semua dah lelah panas dahaga air. Apa-apa pun, mek seronok dapat jejakkan kaki ke Gua Kelam sebab mek rasa amat berbaloi dengan bayaran RM1 tiket yang dikenakan, mek dapat tengok keindahan yang Allah ciptakan, mek dapat hilangkan beberapa kalori lemak serta meningkatkan dehydrate tubuh badan mek. Semoga mek diberi peluang lagi untuk cipta memori sebegini dengan family mek dan rakan-rakan yang lain. Hajatnya nak beli la FM untuk kenang-kenangan tapi kedai cenderahati kat Gua Kelam ni dah ditutup. Mungkin sebab tak dapat sambutan sangat kot.

Alhamdulillah, selama satu jam berada di sini, mek akhirnya dapat rehatkan diri di dalam kereta sementara menuju ke satu destinasi lain pulak. Anak-anak pun dapat rehatkan diri dulu. Perlis ni nampak je kecik, tapi dari satu tempat ke tempat yang lain tu jauh jugak. Bukan takat hujung situ, hujung sini dah nampak.

Korang pernah datang Gua Kelam tak? Kalau pernah, boleh la share dekat komen ❤

Baca juga daripada blogger Sis Gee

Baca juga daripada blogger Sis Hawa


Sekian ..

Perdana Street Food by Hotel Perdana Kota Bharu

Salam alaikum untuk para pembaca entry mek ..




Holaa warga bumi Kelantan ! Dah tengok video kat atas tu? Tak teringin ke nak datang #perdanastreetfood ? Okei, meh mek ceritakan tentang #perdanastreetfood ni. 

Mek berpeluang untuk sama-sama menjamu selera di Hotel Perdana Kota Bharu this weekend iaitu seminggu selepas #perdanastreetfood ni bermula. Pada mulanya, mek faham konsep #perdanastreetfood ni macam pasar malam la cuma korang makan dekat hotel. Satu lagi yang terlintas dalam kepala mek adalah pasal HARGA mesti agak tinggi berbanding pasar malam atau pasar pagi.


Harga untuk Dim Sum. Dim Sum ni banyak choice. Mek bet kalau korang yang suka makan Dim Sum mesti akan pilih set 3 sebab nak try semuanya.


Harga untuk Ikan Bakar. Korang boleh pilih korang nak ikan tu dibakar dengan perasa apa. Tak silap mek ada 3 atau 4 pilihan sauce tu. Sangat variaty. Dan setiap pembelian ikan bakar, korang akan diberikan Nasi Lemak secara percuma ! Boleh ler makan dengan nasi lemak kan. Kalau kat kedai biasa takde ni ikan bakar makan dengan nasi lemak.


Haa, yang teringin nak makan Soto tu, boleh la datang dan try soto yang dihidangkan dengan harga bagi mek berbaloi. Sebab portion yang dia bagi gedabak tau ! Makan dua orang punya size. Laksa pun ada. Laksa Utara tu Laksa Penang. Bukan Laksa Lemak yang macam selalu orang Kelantan buat. Kuah Laksa Penang perah dengan limau kasturi, perghhhh ! Memang terangkat.


Haaa, ni korang kena teka samada sejenis kuih atau sejenis benda lain. Mek bet, korang pun sama akan teka sejenis kuih, kan? Korang kena datang sini sendiri untuk tengok apa sebenarnya Teppanyaki ni.


Ini pun korang kena add in dalam menu korang. Beli satu bekas pastu share ramai-ramai. Memang banyak ! Buah tu sampai penuh bekas. Bukan bekas mangkuk biasa tau. Bekas yang macam gelas besau tu. Haa, boleh bayang tak buah sepenuh itu. Yang popia basah tu pun gemuk gemuk semuanya. Next gambor mek tunjuk close up.


Ni pulak gerai Lok-lok yang menghidangkan cucuk cucuk tu. Macam satay ikan. So santai la kalau korang ambik menu ni. Sambil borak sambil makan. Gituu..


Ni gerai Shawarma. Rasenya korang dah kenal kut rupa Shawarma ni kan. Kalau korang nak substitute dengan burger boleh la. Tapi mek lebih vote burger lagi. Hihi. Mungkin sebab shawarma ni banyak sayur yang dah di potong-potong halus.


Bagi peminat aiskrim, korang kena try Crepe Suzette. Nanti tengok gambar yang mek close up. Sweet Pasta tu memang inovatif. Korang pernah try makan pasta tapi kuahnya vanilla atau chocolate? Haaa, korang datang sini kena try ni. Biasa korang makan yang kuah carbonara je kan. Why not ubah selera kadang-kadang.


Gerai ni antara tumpuan orang ramai sebab ABC dan Ais Kepal Buah Buahan. Sekarangkan musim panas, memang enak lerr tekak kalau ambik air ni. Yang cendol pulut mangga tu pun sedap. Biasa makan yang tapai dan durian je kan, kali ni di #perdanastreetfood ada cendol pulut mangga. Harga tu tengok lah, berbaloi sangatkan?


Air panas dan juice pun ada. Jangan risau. Mek dah cakap kan tadi, variety. Memang korang pulak yang rambang mata nak pilih makanan.


Ni favorite mek ! Mek kalau tak de nasi pun takpe. Makan roti canai aje. Kat sini special dia letak pisang dalam roti canai. Kalau taknak pun takpe, cakap je dengan brother tu. Dia sedia buat roti canai ikut kemahuan pelanggan.


Last stall yang ada adalah stall burgers ! Yang ni korang nampak je macam erkk sikit harganya tapi kalau korang tengok burger tu depan mata, korang akan cakap memang berbaloi sangat. Padu isi kandungannya.

Memang ternyata harga kat #perdanastreetfood ni amat berbaloi dan harga mampu milik. Idok ler sampai air segelas RM12 kan. Tidok lerr sepinggan nasi sampai RM10. Just nice harganya dengan tempat yang disediakan. Sambil korang makan, korang boleh la menikmati pool side - angin sepoi-sepoi bahasa gitu. Macam korang makan tepi pantai. 


Tengok ler ni apa yang mek hunting, penuh meja. Paling excited adalah Ammar Amzar. Aimy Amani macam blur tengok makanan penuh atas meja, mungkin dia fikir siapa yang nak habiskan semua ni. Haha. Ni mek ambik satu menu satu hidangan. Untuk taste sendiri #perdanastreetfood ni. Baru lah boleh review dengan hati yang terbuka, jujur, ikhlas, amanah dan segala yang murni-murni.


Ni popia basah. Gemukkan? Memang padat isinya, ada sayur mayur, ayam daging dan secukup rasa gula dan garam. Memang mek tak menyesal try popia ni. Sebenarnya mek bukanlah peminat popia (disebabkan sayur mayur di dalamnya) tapi try yang ni, memang lain rasanya sebab sayur mayur dan ayam daging itu balance. Korang fahamkan bila makan popia, asyik telan taugeh je. Itu yang menyebabkan mek tak berapa gemar dengan popia sebelum ni. Diingatkan sekali lagi, mek review dengan personal taste mek ye, bukan untuk mengampu.


Ni pulak Crepe Suzette. Rasa dia manis vanilla ice cream campur pulak dengan buah-buahan segar kat dalam crepe tu. Yang ni memang antara yang mek suka sebab dia memang memenuhi selera tekak mek. Salah satunya sebab aiskrim vanilla. Mek recommend this dessert yang inovatif untuk korang try.


Ni antara suasana selepas waktu Isyak kat #perdanastreetfood . Memang ramai. Time mek sampai dalam 6.30 petang gitu, dah penuh jugak meja. Tapi belah malam ni lagi meriah ! Dengan lanterns yang diaorang gantungkan so memang korang rasa conducive sangat untuk lepak lama-lama kat sini. Untuk yang ada anak kecik macam mek pun ok nak lepak sini sebab dia terjaga rapi. Idok ler korang nak berborak dengan anak tapi mata duk jeling je anak kat mana. Memang #perdanastreetfood ni kat tepi pool tapi para kakitangan Hotel Perdana ada untuk membantu korang. Plus, korang boleh request untuk makan kat dalam (if necessary. tapi mek suka kat tepi pool lagi)


Ni antara customer yang mek sempat interview. Korang boleh dengar sendiri apa yang dia bagitahu. Memang suasana #perdanastreetfood ni mendamaikan, harga makanan pun reasonable dan yang penting, boleh repeat lagi next time sehingga event ni tamat.


Terima kasih team #perdanastreetfood by Hotel Perdana Kota Bharu sebab sudi jemput mek dan family untuk menikmati hidangan di sini. Korang memang baik-baik belaka dan memang amat membantu bagi mek yang ada anak kecik ni. Dah la makanan sedap, layanan pulak tiptop. Memang berbaloi makan kat sini.

Korang boleh juga tengok full video dekat FB mek - Ayuni Dibble untuk tengok sendiri macam mana interior #perdanastreetfood ni sebab mek tak boleh nak upload kat blog, the size more than 100mb. 

Untuk korang yang rasa ada pertanyaan, boleh hubungi 097458888 untuk tempah atau sebagainya. Tapi boleh je korang datang walk in sebab tempat dia spaces sangat. Tak runsing kalau datang in big size pun. 

Korang yang dah pergi #perdanastreetfood meh komen experience korang ❤


Sekian ..


Nat Pokok Getah Arau Perlis - Tempat Wajib Pergi Jika Sampai di Perlis

Salam alaikum untuk semua yang baca entry mek ..

So, lepas dah bermalam di KTH Homestay & Cottage mestilah next program nak cari makan kat Perlis. Tapi cari makan pagi ni mek tak nak la yang berkedai makan sebab dekat rumah mek selalu sangat dah makan kat kedai, jadi rasa nak makan yang macam kat tempat tumpuan gitu. Sis Hawa cadangkan kepada mek dan Sis Gee untuk ke Nat Pokok Getah yang berlokasi di Kampung Kubang Arau Perlis. Masa mek dengar pasal Nat Pokok Getah tu, mek dah boleh bayang pokok-pokok getah tapi bayangan Nat tu belum muncul lagi.


Haa, pokok getah kat belakang tu. Sama macam mek duk bayangkan. Meriah giler kat Nat Pokok Getah ni. Memang nyaman je korang nak membeli belah sebab tak panas. Rimbunan pokok getah tu akan jadi kanopi original untuk kita. Untuk ruang parking pulak memang disediakan tapi disebabkan terlampau ramai orang so, korang kena que jugak la untuk dapatkan parking tu.

Bila ditanya, apa yang dimaksudkan dengan Nat tu, Sis Hawa cakap Nat tu merujuk pada Pasar Pagi. Mek cam ooooo pasar pagi rupanya. Barulah teringat and boleh relate dengan Munduk Thailand. Diaorang pun ada hari nat jugak iaitu hari Jumaat. Jadi, penggunaan Nat tu tidak setakat Thailand sahaja la, Perlis pun guna jugak *hihi*


Membeli dekat Nat Pokok Getah ni memang rambang mata. Makanan dia memang murah ! Murah tu tidak tertakluk kepada klausa murah sampai bawah daripada harga kawalan. Murah tu maksudnya memang harga standart untuk pasar pagi. So keinginan untuk membeli tu agak tinggi plus hidangan tu pelbagai. Datang dengan perut kosong pulak. Memang melimpah-limpah la barang kat tangan yang korang beli tu. Antara lain yang mek suka adalah ada satu gerai ni jual air panas. Jarang mek jumpa kedai yang jual air panas. Biasa mesti letak ais. Macam erkk je nak minum ais belah pagi. Dengan adanya pilihan macam ni, memang mek impress sangat.


Dekat Nat Pokok Getah ni jugak ada tempat yang pekedai sediakan. Korang boleh la makan kat sini just order air je daripada kedai yang sediakan kerusi meja ni. Macam mek sempat la melabuhkan kedudukan di bench ni kejap hilangkan lelah mendukung Amzar. Sambil tu suap diaorang makan. 

Mek tak ambik pulak gambar overall Nat Pokok Getah sebab excited nak tinjau apa yang diaorang jual. Cuma mek boleh bagi gambaran yang Nat Pokok Getah ni terbahagi kepada dua bahagia. Dua dua di bawah pokok getah cuma yang ni sebelah kiri jalan dan sebelah sana kanan jalan. Nat Pokok Getah bukan sahaja menjual makanan pagi seperti kuih muih tapi ada jugak barang basah macam sayur dan lauk pauk. Selain itu ada juga baju dan aksesori lain. Macam uptown kat tempat korang la. Haa gitu. Cuma bezanya, bila sampai Perlis kena datang Nat Pokok Getah sebab ianya salah satu tarikan yang ada di Perlis Indera Kayangan. Masa keberadaan di sini mungkin akan ambil masa dari 15 minit hingga ke sejam. Macam mek haritu lebih kurang 45 minit untuk selesaikan tinjauan. Tu pun sebab tak singgah tempat jual kain, tak singgah tempat lauk pauk. 

Korang dah pernah sampai Nat Pokok Getah ? Kalau dah, boleh share dekat komen. Mek nak tahu jugak pendapat korang dengan Nat Pokok Getah ni ❤

Baca juga daripada blogger Sis Hawa

Baca juga daripada blogger Sis Gee


Sekian ..