TEMPAT BREAKFAST DI KELANTAN ; KEDAI KOPI WHITE HOUSE

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek dan juga yang baca entry ni ..

Mek memang anak jati Kelantan. Tapi soal kedai makan yang best, tempat yang best untuk melawat di sekitar Kelantan ni, memang agak kebelakang sikit. Sejenis mek, kalau orang tak bawak / recommend, memang takkan ambik tahu dan jejak ke tempat tersebut. Salah satu sebab mek jadi macam tu adalah sebab kekangan masa. Hihi. Plus, jenis tak suka try and error.

That day, officer mek bawak mek try satu kedai BREAKFAST yang popular di Kelantan. Katanya WHITE HOUSE. Dalam kepala mek 'oo, mesti macam KOPITIAM.' Sebab nama WHITE HOUSE tu seakan dengan OLD TOWN punya KOPITIAM. Tanpa banyak tanya, mek ikut aje.


KEDAI KOPI WHITE HOUSE. Kemain tanya mana WHITE HOUSE, officer mek cakap tengok signboard kat atas. Mek ber ooo panjang gitu sambil snap gambor. Kedai ni officer mek cakap lama nau dah, Maybe around 1980 something atau before that lagi tapi serious memang lama ! Interior dia pun dikekalkan dengan style vintage / classic. Memang rasa back to P RAMLEE punya zaman kedai kopi.


Speciality yang ada dekat KEDAI KOPI WHITE HOUSE ni ROTI BAKAR bersama KAYA yang dibuat sendiri. Yang butter tu ANCHOR punya brand. Seharusnya sedap. Selain daripada ROTI BAKAR, ada jugak NASI BERLAUK, NASI DAGANG dan pelbagai nasi lain jugak yang dihidangkan kepada para pelanggan.

Nak cari kedai ni tak susah sebab located betul-betul depan PINTU PAGAR MASUK MUSLIMAT MASJID MUHAMMADI KOTA BHARU. Kedai ni bukak pagi je. Tengahari tu dah tutup. Korang yang datang ke Kelantan boleh la singgah sini untuk merasai suasana kedai ala-ala 80s gitu. 

Korang yang dah pernah datang KEDAI KOPI WHITE HOUSE boleh la drop komen. Apa pendapat korang untuk kedai breakfast ni ❤


Sekian ..

7 comments

  1. lama x g sini.... sedap roti bakar tu... ngn kopi kaw...

    ReplyDelete
  2. kedai febret aboh ni.. hahahah aduhhh kelik kelantan kena g ni

    ReplyDelete
  3. nampak sedap tp ntah bilalah nak sampai sana tu

    ReplyDelete
  4. Sedapnya roti bakar dan kaya tu. Rindu nak make pagi di Kelate

    ReplyDelete
  5. Suka pi makan kat kedai camni sebab rasa dia tu, tapi nak tanya..memang orang Kelantan tak makan tengahari kat kedai ye? Aritu singgah pi Gua Musang, berenti makan kat kedai dalam pukul 11 pagi tapi lauk sikit je. Orang yang makan pun tak ramai..heran pulak rasanya sebab awal lagi, takkan lauk dah habis..

    ReplyDelete