Salam untuk semua sahabat blogger mek dan untuk yang baca entry ni ..
Hujung minggu ni (Sabtu 10 Feb. 2018) mek berpeluang untuk hadirkan diri ke Muzium Negeri Kelantan yang berhampiran dengan Roundbout Jam Besar untuk Pameran Kegemilangan Ciptaan Saintis Islam. Allahu, masa dapat invitation daripada pihak muzium negeri Kelatan rasa bertuah sangat. Ye la, boleh dapat info pasal Ciptaan Saintis Islam sebab kebanyakkannya tahu ciptaan orang putih aje macam ciptaan telefon oleh Alexendar.
Korang jangan tak tahu, Kelantan ni ada sembilan muzium. Yang di Bulatan Jam Besar salah satunya dan muzium ni adalah tempat untuk pameran. Muzium lain tu untuk yang statik punya. Misalnya Muzium Istana Jahar yang berlokasi di Depan Masjid Muhammadi, itu adalah untuk pameran barangan Diraja pada masa dulu. Kat dalam tu ada replika adat istiadat raja-raja dulu. Banyak lagi ada dalam tu. Kalau korang berkesempatan datang Kelantan, boleh terjah muzium yang ada kat sini.
Tapi untuk entry kali ni mek nak cerita Pameran Kegemilangan Ciptaan Saintis Islam. Ni adalah kolaberasi antara Institut Pengajian Tinggi kat Kelantan juga. Pameran ni dianjurkan adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk tambah ilmu atau info yang sahih melalui replika dan penceritaan yang dipamerkan. Rasa macam dah panjang mek karang ye dak. Meh mek tunjuk dekat korang gambar yang mek snap :
Main entrance Muzium Negeri Kelantan. Seronokkan kalau bawak anak-anak sekali. Macam learning centre.
Untuk tempoh sampai 15 Feb. 2018 (Khamis) ada peraduan Teka Silang Kata yang dianjurkan oleh pihak Muzium Negeri Kelantan. Mudah sangat je korang. Jawapan semua ada kat dalam pameran ni. Just korang kena baca dan paste sahaja jawapan kat belakang form ni.
Ini antara hadiah yang ditawarkan oleh pihak Muzium Negeri Kelantan untuk korang. Banyakkan. Mana tahu rezeki kita ada dalam ni. Kalau tak dapat hadiah ni pun, at least berkunjung ke muzium ni dah dapat input pasal saintis islam.
Ni gambaran dalam muzium yang mek snap dari atas. Jawapan bagi peraduan teka silang kata tu ada je kat dalam informasi. Sambil tu korang akan disajikan juga dengan replika-replika ciptaan para saintis islam. So korang akan nampak dengan lebih jelas apa yang dimaksdukan dalam informasi tu.
Ni contoh replika Menara Jam Gajah yang dicipta oleh Al-Jazari.
Replika Torpedo yang dicipta oleh Hassan Ar Rammah. Nak tahu fungsi Torpedo ni? Korang kena datang tengok kat Muzium Negeri Kelantan.
Pakaian perang yang dicipta oleh Sultan Muhammad Al-Fatih. Satu nama yang memang mek suka sangat sebut. Sebab klasik gitu.
Muzium Negeri Kelantan juga sediakan bilik tayangan. Bilik tayangan ni akan mainkan cerita pasal cerita para saintis islam. Yang sempat mek tengok tu lakonan semula. Bukan saintis islam yang betul. Tapi nampak real cara diaorang bersungguh duk reka benda tu. Worth to watch.
Ni adalah team Muzium Negeri Kelantan yang amat mengalu-alukan kedatangan korang ke Muzium Negeri Kelantan. Korang boleh je jumpa diaorang if korang ada masalah time mengunjungi muzium, confirm diaorang tolong punya.
Di kesempatan ni mek wakil #bpt nak ucapkan ribuan terima kasih kepada team Muzium Negeri Kelantan terutamanya Tuan Pengerusi Musium Negeri Kelatan merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kelantan - Dato' Mejor Hj Md Anizam dan Tuan Pengarah Muzium Negeri Kelantan - En Mohd Nazwan kerana sudi terima kunjungan kami. Harapannya dapatlah kolaberasi ini berterusan.
Disamping korang datang ke Muzium Negeri Kelantan ni, anak-anak korang boleh jugak join pertandingan mewarna yang dianjurkan oleh team muzium. Time mek melawat hari tu, dah dekat tengahari so pertandingan mewarna tu dah tamat, mek sempat tengok orang dapat hadiah daripada Tuan Pengerusi dan Tuan Pengarah je. Maksudnya kat sini, korang kalau datang muzium selain daripada dapat aktiviti dan masuk peraduan teka silang kata, anak-anak pun dapat masuk pertandingan mewarna. Untung-untung dapat hadiah. Kalau dah rezeki tak ke mana ye dak.
Korang jangan lupa kalau datang Kelantan, singgah di Muzium Negeri Kelantan. Tak kisahlah that time bukan pameran ni dah, yang pasti korang akan dapat ilmu kalau mengunjungi musium. Anak-anak pun akan seronok, macam lawatan sambil belajar gitu. Mek bet, korang pun akan dapat input baru kalau datang muzium, kan?
Korang yang dah pergi Muzium Negeri Kelantan, meh share pengalaman korang kat sini ❤
Sekian ..
wah..bestnya..nak kna g jgk ni..:)
ReplyDeletejemput baca & komen:https://norminieza.blogspot.my/2018/02/petua-atasi-kulit-bermasalah-glow.html
kena g ciknor.
Deletetambah ilmu. kalu ad rzeki, bleh menang hadioh.
Bestnyaa masuk muzium macam ni, banyak replika yang menarik :)
ReplyDeleteyes. nani kalau datang kelantan kena singgah tau muzium yang ada kat sini.
Deletekat kelantan banyak muzium.
Menarik apa yg di pamerkan tu mek. Boleh tambah ilmu pengetahun sekali.
ReplyDeleteyes ana.
Deletekalau datang sini jangan lupa singgah tau.
untuk info kita juga sbnrnya
Banyak kali dah ajak wife temankan melawat muzium kat Kelantan nie... tapi, sampai sekarang tak berkesempatan lagi... teman nie kan orang Perak, nak la jugak tau serba sedikit pasal negeri Kelantan nie...
ReplyDeleteaa. boleh aje
Deletekelantan ada 9 musium.
memang best jalan musium dapat kumpul ilmu
Wahh bestnya. Nak pergi la..tapi pameran ni last bila ye
ReplyDeletealamak ! time mek reply ni dah habis ciktie.
Deletenanti kalau ada pulak event dekat musium, nanti mek up kan ye.