Mr Crab Kelantan : Nak Ketam Masak Apa, Bagitahu Je !

Salam untuk semua sahabat blogger mek dan juga untuk pembaca entry ni ..

Korang suka makan seafood tak? Tapi kalau korang tak suka pun, kalau korang singgah kedai yang mek nak recommend ni mesti korang akan rasa nak repeat lagi. Kedai makan Mr Crab Kelantan yang berlokasi di Kutan, Wakaf Bharu. Bunyi nya macam jauh  tapi sebenrnya dekat aje. Korang boleh maps atau waze Mr Crab Kelantan sure jumpa. Kalau tak jumpa jugak, korang boleh maps Perodua Service Kutan dan Perodua Sales Kutan. Kedai Mr Crab Kelantan ada in between tu sahaja. 

Meh mek share gambar yang mek sempat ambik time dinner weekend minggu lepas.


Banner ni ada je tergantung kat tepi pagar kedai Mr Crab Kelantan. Bila masuk je kedai ni, korang akan nampak banner ni. Dalam banner dah lengkap info dia bagi. Misal korang nak booked meja, korang boleh je call nombor yang dalam banner ni.


Ini pula gambar signboard Mr Crab Kelantan. View ni bila korang menghala ke Pasir Mas, Mr Crab Kelantan akan berada ni sebelah kanan korang.


Ni view signboard daripada depan. Masuk je nampak ler signboard gini. Cerah je kedainya. So korang akan nampak dengan jelas.


Ni antara menu yang ada. Sat gi mek cerita panjang sikit.


Another menu untuk korang try.


Korang yang nak makan shellout kat sini pun boleh ! Tengok cara dia hias meja tu. Perghh ! Kalau nak romantik dinner pun elok sangat. Kreatif betul cara hidangannya.


Close up shellout ! Tempting kan. Perghhh ! Korang kena try ni. Kalau mek tulis aje korang takkan dapat rasa rempah yang diaorang buat shellout tu. Cukup rasa weih !


Ni pulak udang gemok gemok. Mek tak pasti dia masak perasa apa sebab tak ambik kuahnya. Tapi disebabkan udang gemok gemok, manis sangat isinya.


Senget pulak dia. Nampak tak kaki ketam berjuntai tu. Haa, ni ketam masak blackpapper. Yang ni makan kena ada tukul kat tepi. Isi ketam dia banyak dan manis ! Tak caye? Tengok gambor kat bawah ni.


Nahhh ketamnya ! Besar kan, memang takleh takde tukul. 


Tengok isinya tu ! Padat penuh oii. Manis pulak tu. Puas hati makan ketam dekat Mr Crab Kelantan ni.


Ini pulak antara hidangan yang rare dan unik jugak. Kelantan ni terkenal dengan Teh Tarik Madu. Buih dia tak usah cakap la, melimpah ruah. Kedai asal untuk teh ni dah tutup kalau belah malam. So, korang boleh la try teh tarik madu ni kat Mr Crab Kelantan sambil makan hidangan seafood.


Gini cara makannya. So tempting ! Mek ambik belah luar so best sikit ambik angin belah malam. Jangan risau, nyamuk tak ada *hihi* Anak pun boleh makan dengan bahagia.


Selain daripada shellout, korang boleh jugak try Maggy Ketam Special yang dihidangkan khas oleh Mr Crab Kelantan ni. Dalam maggy ni ada segala seafood bak hang ! Lala ada, Udang ada, Ketam ada. Puas hati sangat-sangat ! Worth to buy. RM 35 je semangkuk. Maggy dia tak pedas. Nampak aje merah menyala tapi Amani boleh makan so memang tak pedas. Kalau korang suka pedas, kena request dengan diaorang untuk pedas.


Tengok ! Amzar terliur je tengok mek makan maggy tu. Abaikan mek makan sambil berdiri. Amzar dah boring kat dalam babychair memang cam gini la caranya mek makan. Tapi still menikmati maggy yang dihidangkan sampai licin ! Overall mek rate 4.5 out of 5 star.


Ni antara team Mr Crab Kelantan. Mek nak ucapkan terima kasih sangat-sangat sebab layan kami daripada #bpt terutama mek yang ada anak kecik ni. Bagus diaorang ni concern, kita ada anak kecik cepat-cepat bawak datang babychair tanpa dipinta. Five star service uols. InsyaAllah ada kesempatan boleh berkolaberasi lagi.


#bpt yang dah kenyang dan bersyukur dapat merasa Mr Crab Kelantan.

Korang kena try Mr Crab Kelantan ni. Memang berbaloi. Bagi mek harganya tidak lah mahal, berbaloi dengan ketam, udang dan lala yang dihidangkan. Pulak tu boleh masak pelbagai jenis rasa dengan that ketam, udang dan lala. Info semua dah ada kat gambar mula-mula tadi. Harap dapat membantu korang untuk datang ke sini.

Yang dah try Mr Crab Kelantan, meh la komen kat bawah apa pendapat korang ❤


Sekian ..

10 comments

  1. Kecur airliur je ira mampu disini huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tkpe, nnt datang kelantan boleh singgah sini.
      memang highly recommended.

      Delete
  2. bestnye but too bad i cant really eat seafood hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ke.
      hmm. tk leh nk suggest la
      huhuhu.
      mungkin drop by untuk try air je la

      Delete
  3. best kan mek?lepas ni boleh repeat lagi!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh gee.
      nanti datang kelantan lagi sekali boleh kita gather sini

      Delete
  4. kecur airr liur masuk blog mek hahahahha

    ReplyDelete
  5. Kikiki.. bila ada anak kecik memang macam-macam gayalah mak ngan ayah makan kan mek.. Ketam memang kesukaan tapi jarang order kat kedai sebab kena makan dengan ganas kan.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa kak sha.
      memang ganas betul pasal kena ada tukul.
      tkleh gigit dengan gigi cam tu je
      tp if kak sha datang sini, kak sha kena try kalau tk rugi

      Delete