BR1M 2018 bagi Negeri Kelantan

Salam alaikum untuk semua sahabat mek dan juga pembaca entry ni ..


Kredit to Google Image

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bagi tahun 2018 akan mula diagihkan kepada rakyat pada 26 Februari 2018 (Isnin). So mek nak update sikit perihal pembahagian BR1M 2018 bagi Negeri Kelantan.

Untuk tahun ni, beberapa parlimen memilih untuk membahagikan bantuan ini dalam bentuk voucher dan beberapa parlimen bersetuju untuk mengkreditkan bantuan ini terus ke dalam akaun penerima. Berikut adalah parlimen yang bersetuju untuk mengkreditkan bantuan ke dalam akaun :

1. Parlimen Tanah Merah
2. Parlimen Machang
3. Parlimen Pasir Mas
4. Parlimen Pengkalan Chepa

Selain daripada parlimen tersebut, pembahagian voucher akan diberikan secara berperingkat dan dijangka akan selesai sebelum atau pada 1 April 2018. Kepada penerima voucher BR1M 2018, anda boleh menunaikan voucher anda di mana-mana cawangan BSN yang berdekatan dengan anda.

Penerima BR1M 2018 juga boleh menyemak status kelulusan di link ini : semakan BR1M 2018

Bagi mereka yang dikreditkan ke akaun pula (yang bank penerima BSN), boleh menyemak kemasukan bantuan tersebut melalui online di pautan ini : daftar MyBSN

So korang takyah la bersusah payah duk keluar masuk ATM untuk check balance dah masuk ke idok korang punya bantuan. Check dulu di MyBSN, kalau dah masuk boleh la pergi ATM untuk draw-kan duit. Gituuuu. Tak membazir masa dan minyak kereta.

Korang yang dah dapat BR1M, buat investment apa dengan duit tu? Mind to share ye ❤


Sekian ..

29 comments

  1. erm... penuh la bsn.... mek sibuk ter... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.
      mek duk atas, orang bawah sibuk la kak sheila.
      nk kecing nk membuang pun keno okkk dh trek ni.
      #demikerja

      Delete
  2. wahhh... tahniah pada penerima br1m tahun ini...

    ReplyDelete
  3. kalau dapat alhamdulillah rezeki..
    duit brim biasa buat byr hutang je.kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha.
      mek tkdp dalam palo lagi ni nk wat gapo dgn duit brim pasalnya status tu trgantung sepi dan sendu.

      Delete
  4. dah check masih dalam proses hahahahaha

    ReplyDelete
  5. ayuni...nak jugak brim..tp sama macam mg. sunyi sepi semakan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha.
      ak ni tak tahu la ala weii lepas ke dp.

      Delete
  6. dapat voucherrrr. emmmmm bersesak pula laaa kat bsn lepasni. hahaha. tapi xpe, rezeki dapat brim kan :))) hai hai sis. yee azah dok kelantan jugok. area tumpat. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu tkpe.
      tp nk wat cam mane.
      dapat pun dah kira beruntung.
      oo duk tumpat. area mno tuu

      Delete
    2. tulaa dapat pun kira untung dah kan. takpelah, kita dengar je la dia bebel ape kalini. hihi. tumpat dok berangan. hihi.

      Delete
  7. dapat duit brim ada nak baiki kereta kut.. tak pun nak bodek suami nak gak duit tu hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.
      mek kalau dapat brim pergi langkawi la kot.
      baru timbul idea ni semalam.
      hahahahaha

      Delete
  8. Tak dapat brim.. haha tahun 2016 yang lepas, dapat 😂

    sebab ada lesen niaga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa ramaikan yang tak dapat sebab ad ssm.
      tp diaorang nafikan yg ad ssm tkdpt brim.
      tkpela, tkde rezeki kat sini.

      Delete
  9. Oo..mmaknaya bukan semua akan dapat voucher dan bukan semua masuk akaun ye. Thanks mek for info ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa cik tie.
      ado hp buleh voucher ado hp buleh duit slaluh.
      nanti share la dengan ore lain etek sbb ramai duk mari check akaun tp sbnrnya parlimen sep dio wt tubik voucher.

      Delete
  10. tak tahu lah dapat ke tak
    check masih dalam proses
    hahaha

    ReplyDelete
  11. Bila baucer tu start diagihkan?

    ReplyDelete
  12. Untung siapa dah dapat ni. Heheh.

    ReplyDelete
  13. Untung ke... Duit BR1M tu kan datang dari GST... kikikiki Dapat BR1M, lepas tu kena GST semula.... kikikikikikiki...

    ReplyDelete
  14. pasti sesak cawangan2 BSN di seluruh Kelantan nanti....

    ReplyDelete
  15. Area tunjung tahu dop nk ambik baucer kat mana . lulus dr 26/2 lg tapi baucer xdapat2

    ReplyDelete