Apam Balik : Versi 2018

Salam untuk semua sahabat blogger mek dan yang membaca entry ni ..

Kali ni mek nak share pasal Apam Balik. Sape kat sini suka makan Apam Balik? Mek memang suka sangat-sangat la. Daripada yang tebal hingga ke nipis. Kalau hari pasar malam, memang yang diburu adalah Apam Balik. Tak beli nasi pun takpe dah. Kenyang makan kuih tu.

Lately ni mek dah kureng dengan apam balik yang tebal. Muak pulak bila makan tepung banyak cam gitu. Yang best adalah yang nipis. Kalau makan panas-panas lagi la crunchy oiii ! Mek tak pasti kat negeri lain ada ke tak apam balik versi 2018 ni. Yang pasti mek pun baru jumpa yang pesen ni tiga minggu lepas. Jom tengok apam balik versi 2018 :


Tadaa ! Apam balik intinya telur sebiji. RM 1 sekeping.

Ini antara yang inovatif pernah mek tengok. Tu yang mek cakap apam balik versi 2018. Kalau yang lain tu biasa je la intinya. Tapi this kedai memang sedap gilos dia punya apam balik. Inti dia banyak - tak kedekut kacang, jagung dan gula ! Kalau yang jenis kedekut tu mak aiiii ! Dia tabur inti macam secubit garam je. Geram pulak mek tengok. Harga sama je semua kedai - RM 1 untuk 3 keping. 


Korang yang nakkan perkhidmatan Abg Syed ni, boleh contact dia macam nombor kat gambor tu. Dia boleh je attend kenduri kendara / program yang korang buat. Harga boleh runding. Kualiti apam dijamin 9/10 !

Bang Syed ni berniaga kat atas truck. So portable la. Kalau hari Isnin dia ada je dekat Pagar Belakang Istana yang dekat Nasi Ulam Cikgu (Kg Kraftangan). Kalau hari Rabu pulak dia ada dekat Pasar Malam Kg Lembah Sireh. So boleh ler try apam balik versi 2018 ni ye.

Korang yang dah try this apam balik, cerr komen kat bawah. Sedap tak ❤


Sekian ..

27 comments

  1. Bab apam balik nie, kat KL.. macam-macam apam balik pun ada, dari apam balik biasa, ada yang add on pisang, ada yang add on pulut, kacang merah bagai... memang banyak la... Apa yang penting, mesti sedap, gebu...😊😊😊🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo gtu.
      kat kelantan tk jumpa lagi yang macam tu.
      yg ni pun dah kira kreatif.

      Delete
  2. Wow.. unik sangat nie.. ada telur sebiji.. Sedap ke mek.. Sha suka yang cruchy ada kacang, jagung tu je.. yang tebal pun kureng..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap gak sha.
      boleh telan la.
      memang kena makan time dia crunchy kalau tak hilang selera. hahaha

      Delete
  3. mak aihh Mek. Cici dahlah takleh tengok telur mata macam tu. Tempting benau.

    belum pernah jumpa lagi kat KL. yang ada pun apam balik yang lagi 1 jenis tu tapi ada macam macam filling. coklat la peanut butter lah.

    I minat dua dua jenis :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo dah jadi macam wafer pulak ye.
      mek pun tempting jugak yang macam ni.
      makan tk ckup 2inggit. hahahah

      Delete
  4. Unik apam balik dia sebiji telur diatas!

    ReplyDelete
  5. suka jugak makan apam balik tapi jenis yang nipis-nipis tu ada rasa rangup sikit...

    ReplyDelete
  6. Belum pernah try apam balik telur sebijik tu.

    ReplyDelete
  7. wah, best tu apam balik Versi 2018.jauh pula tak le nak cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.
      tkpe, kalau ad rzeki datang sini atau kat sana buat jugak, boleh ler rase

      Delete
  8. wah nampak sedap setakat ni belum pernah lagi makan apam macam ni...ada telur lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau datang kelantan boleh try.
      kalau ada kat tempat miss tins pun boleh gak try

      Delete
  9. gee pun suka apam hok kecik sebab rasa garing tu sedappp.tapi inovatif sungguh apam balik inti telor tu..haha

    ReplyDelete
  10. telur gokgekkk. macam sedap ajooo. kat tumpat ni ada satu pakcik jual :D

    ReplyDelete
  11. Uniknya apam balik yang ni. Nanti kalau kebetulan keluar KB boleh la usha-usha. Tapi hari Isnin je ke dia ada kat pagar belakang istana tu? Hari lain selain isnin dan Rabu dia kat ada kat mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya khamis pun ad di pagar istana jugak.
      bleh try mari.
      hari lain tk igt dio duk mano.
      dio ad oyt hr tu, tp mek hp tk igt.

      Delete