Salam semua sahabat blogger mek ..
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk tengok Blue Blood Moon. 2018 rakyat Malaysia diberi keizinan oleh Allah untuk saksikan sendiri dengan mata kepala salah satu tanda kebesaran Allah. Ni bukan sekadar tengok 'Oh cantiknya bulan' tapi lihatlah juga dengan mata hati.
Jam 8.00 malam 31 Januari 2018 (Rabu) bulan dah start gerhana. Gerhana ni berlaku sebab bulan terlindung dengan bumi. Bumi berada di tengah, jadi cahaya matahari tak dapat nak pantulkan cahaya kepada bulan. Disebabkan itu bulan jadi gelap. Ni adalah review jika tengok dengan mata kepala.
Bumi, matahari dan bulan juga adalah ciptaan Allah dan tiada siapa tahu antara bertiga ni, siapa yang wujud dulu. Tapi Allah dah tetapkan cara kehidupan mereka masing-masing. Matahari bersifat panas, memberi cahaya dan dia adalah paling besar dalam sistem galaksi. Bulan - tiada cahaya dan bergerak hanya mengelilingi bumi. Bumi - mempunyai pelbagai kehidupan yang mana kehidupan ini juga adalah ciptaan Allah. Tak pernah antara tiga ni mengingkari perintah yang telah Allah aturkan. Tak pernah lagi dengar matahari sengaja nak bergelap atau ikut suka dia nak duduk kat mana-mana ruang galaksi. Bulan pun sama. Tak pernah la tengok bulan sengaja nak jadi purnama, sengaja nak jadi sabit.
Kita? Kita ni kebanyakkannya sengaja nak ingkar perintah Allah. Sengaja nak bagi Allah murka. Tahu Allah tak suka, tapi buat jugak. Sebab syaitan dah pesan awal-awal, macam mana sekalipun dia akan berusaha untuk sesatkan, lalaikan anak-anak Adam. Allahu. Mari kita sama-sama istihgfar 'Astaghfirullahazim'
Diambil dengan Asus
Diambil dengan iPhone
Entry ni untuk kita semua, termasuk mek sendiri. Marilah sama-sama kita tingkatkan amal ibadah kita. Jangan kita lalai dan ikut bisikan syaitan. Syaitan adalah ahli neraka dan pastinya semua manusia tak nak masuk neraka.
Sekian ...
Subhanallah, cantiknya setiap ciptaan-Nya. Semoga kita sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan dari-Nya sentiasa. Aamiin
ReplyDeletealhamduillah. dia buat tu ad sebabnya dan dia maha esa, dia mampu buat segalanya.
Deletegood reminder :)
ReplyDeleteinsyallah. untuk peringatan bersama ni ayra
Deleteuntuk sama sama tingkatkan amalan kita
Subhanallah indahnya.
ReplyDeleteIn Sha Allah terima kasih ingat-mengingati
alhamdulillah dapat tgk gerhana kali ni.
Deletedan insyaAllah kita sama sama tingkatkan amalan kita
Subhanallah. .canyiknya mek. Sha terlepas peluang nak tengok..
ReplyDeletealhamdulillah. sempat jugak rakam kat sini.
Deletekat sana tk nmpk ke sha?