RenoSkin : Membantu Masalah Kulit Bagi Setiap Peringkat Umur !

Salam alaikum untuk pembaca mek sekalian ..

Allahu, sekarang ni kan musim panas yang amat. Kalau keluar lunch memang terasa bahangnya. Kita yang tua ni pun rasa melekit-melekit tak selesa apatah lagi kalau budak yang besor Amani dan Amzar. Kesian kat diaorang kalau weekend keluar pergi tempat panas.

Semenjak Amzar dikesan alergic pada buah pear, mek diberitahu oleh doktor bahawa Amzar ni kulitnya agak kering dan sensitif. Kiranya eczema tapi tak teruk. Istilah tak teruk tu tak boleh pegang sangat ye sebab eczema ni kalau korang tak secure dari awal, memang akan melarat dan boleh menjadi luar jangkaan. Mek dapat tahu daripada kawan mek yang anaknya memang sah Baby E. Pipi anak dia memang teruk merah kadang sampai berdarah sebab anak dia garu.

Untuk pengetahuan korang jugak, eczema ni tak boleh nak rawat dengan ubat sembarangan. Kalau silap ubat, makin menjadi eczemanya. Sebab tu Baby E biasanya akan diberi rawatan berasaskan ubat herbs dan naturally. Takut bahan kimia ubat tu boleh meransang eczema. Macam Amzar hari tu, dah la musim ni panas. Mertua mek beli goreng pisang untuk minum petang. Bagi la satu kat Amzar untuk dia makan. Allah ! Merah pipi dia tak usah cakap. Rugi pulak tak snap gambor Amzar that time. Tapi memang teruk ! Tebal dia punya ruam kat pipi. Cuak jugak la sebab biasa kalau ruam kat pipi, idok ler setebal itu. Mek bet minyak yang pisang goreng tu dah diguna beberapa kali. Sebab tu makin cepat eczema Amzar menebal.

Alhamdulillah, lepas mandikan Amzar, mek sapukan dia dengan RenoSkin. Cream daripada RenoSkin ni meresap elok dalam kulit. Dan paling penting BEBAS BAHAN KIMIA. So amat selamat untuk guna dekat orang yang bermasalah eczema. Disebabkan RenoSkin ni kaya dengan Vitamin E dan A, ianya amat membantu dalam meredekan masalah kulit seperti ruam yang dialami oleh Amzar. Amani pun alami jugak ruam, tapi ruam lampin. So mek letak jugak dekat celah-celah berkenaan dan guess what ! Amani said "Mummy, sejuknya!" Hati mak mana yang tak seronok kalau anak pun suka disapu untuk redakan ruamnya.


RenoSkin, membantu korang yang ada masalah kulit.


Antara kandungan yang ada dalam RenoSkin. Bahan semulajadi ni amat membantu dalam usaha kita merawat kulit yang sensitif.


Ni diskripsi untuk membantu dalam merawat eczema. Dan proven bagi mek.

Alhamdulillah, lepas lena semalaman, celik mata pagi, tengok dah menipis eczema Amzar. Lega. So benda baik., haruslah dikongsi untuk pembaca mek semua. Mungkin hari ni anak-anak kita tak mengalami lagi ruam yang teruk. Tapi kalau satu hari nanti anak kita mengalaminya, as parents memang kita akan risau. Parents mana nak tengok kulit anak naik ruam, merah, tak selesa and paling worst kalau dah start berair dan terjangkit dengan kuman pulak terus bernanah. For secure, you should have one RenoSkin at home. Kalau tak guna kat anak pun, guna kat muka sendiri. Untuk moistkan kulit muka. Glowing tanpa bahan kimia gituu..

Korang yang nak purchase RenoSkin ni boleh je melalui medium yang mek sediakan di bawah ni :



0164907155 - whatsapp / mesej

Kalau korang berminat nak tambah pendapatan pun boleh whatsapp kat nombor yang mek bagi tu. Sambil guna, sambil promote dan sambil tambah pendapatan.

Korang yang dah guna RenoSkin, cer letak testimoni kat komen di bawah ❤


Sekian ...

BR1M 2018 bagi Negeri Kelantan

Salam alaikum untuk semua sahabat mek dan juga pembaca entry ni ..


Kredit to Google Image

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bagi tahun 2018 akan mula diagihkan kepada rakyat pada 26 Februari 2018 (Isnin). So mek nak update sikit perihal pembahagian BR1M 2018 bagi Negeri Kelantan.

Untuk tahun ni, beberapa parlimen memilih untuk membahagikan bantuan ini dalam bentuk voucher dan beberapa parlimen bersetuju untuk mengkreditkan bantuan ini terus ke dalam akaun penerima. Berikut adalah parlimen yang bersetuju untuk mengkreditkan bantuan ke dalam akaun :

1. Parlimen Tanah Merah
2. Parlimen Machang
3. Parlimen Pasir Mas
4. Parlimen Pengkalan Chepa

Selain daripada parlimen tersebut, pembahagian voucher akan diberikan secara berperingkat dan dijangka akan selesai sebelum atau pada 1 April 2018. Kepada penerima voucher BR1M 2018, anda boleh menunaikan voucher anda di mana-mana cawangan BSN yang berdekatan dengan anda.

Penerima BR1M 2018 juga boleh menyemak status kelulusan di link ini : semakan BR1M 2018

Bagi mereka yang dikreditkan ke akaun pula (yang bank penerima BSN), boleh menyemak kemasukan bantuan tersebut melalui online di pautan ini : daftar MyBSN

So korang takyah la bersusah payah duk keluar masuk ATM untuk check balance dah masuk ke idok korang punya bantuan. Check dulu di MyBSN, kalau dah masuk boleh la pergi ATM untuk draw-kan duit. Gituuuu. Tak membazir masa dan minyak kereta.

Korang yang dah dapat BR1M, buat investment apa dengan duit tu? Mind to share ye ❤


Sekian ..

TEMPAT BREAKFAST DI KELANTAN ; KEDAI KOPI WHITE HOUSE

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek dan juga yang baca entry ni ..

Mek memang anak jati Kelantan. Tapi soal kedai makan yang best, tempat yang best untuk melawat di sekitar Kelantan ni, memang agak kebelakang sikit. Sejenis mek, kalau orang tak bawak / recommend, memang takkan ambik tahu dan jejak ke tempat tersebut. Salah satu sebab mek jadi macam tu adalah sebab kekangan masa. Hihi. Plus, jenis tak suka try and error.

That day, officer mek bawak mek try satu kedai BREAKFAST yang popular di Kelantan. Katanya WHITE HOUSE. Dalam kepala mek 'oo, mesti macam KOPITIAM.' Sebab nama WHITE HOUSE tu seakan dengan OLD TOWN punya KOPITIAM. Tanpa banyak tanya, mek ikut aje.


KEDAI KOPI WHITE HOUSE. Kemain tanya mana WHITE HOUSE, officer mek cakap tengok signboard kat atas. Mek ber ooo panjang gitu sambil snap gambor. Kedai ni officer mek cakap lama nau dah, Maybe around 1980 something atau before that lagi tapi serious memang lama ! Interior dia pun dikekalkan dengan style vintage / classic. Memang rasa back to P RAMLEE punya zaman kedai kopi.


Speciality yang ada dekat KEDAI KOPI WHITE HOUSE ni ROTI BAKAR bersama KAYA yang dibuat sendiri. Yang butter tu ANCHOR punya brand. Seharusnya sedap. Selain daripada ROTI BAKAR, ada jugak NASI BERLAUK, NASI DAGANG dan pelbagai nasi lain jugak yang dihidangkan kepada para pelanggan.

Nak cari kedai ni tak susah sebab located betul-betul depan PINTU PAGAR MASUK MUSLIMAT MASJID MUHAMMADI KOTA BHARU. Kedai ni bukak pagi je. Tengahari tu dah tutup. Korang yang datang ke Kelantan boleh la singgah sini untuk merasai suasana kedai ala-ala 80s gitu. 

Korang yang dah pernah datang KEDAI KOPI WHITE HOUSE boleh la drop komen. Apa pendapat korang untuk kedai breakfast ni ❤


Sekian ..

Apam Balik : Versi 2018

Salam untuk semua sahabat blogger mek dan yang membaca entry ni ..

Kali ni mek nak share pasal Apam Balik. Sape kat sini suka makan Apam Balik? Mek memang suka sangat-sangat la. Daripada yang tebal hingga ke nipis. Kalau hari pasar malam, memang yang diburu adalah Apam Balik. Tak beli nasi pun takpe dah. Kenyang makan kuih tu.

Lately ni mek dah kureng dengan apam balik yang tebal. Muak pulak bila makan tepung banyak cam gitu. Yang best adalah yang nipis. Kalau makan panas-panas lagi la crunchy oiii ! Mek tak pasti kat negeri lain ada ke tak apam balik versi 2018 ni. Yang pasti mek pun baru jumpa yang pesen ni tiga minggu lepas. Jom tengok apam balik versi 2018 :


Tadaa ! Apam balik intinya telur sebiji. RM 1 sekeping.

Ini antara yang inovatif pernah mek tengok. Tu yang mek cakap apam balik versi 2018. Kalau yang lain tu biasa je la intinya. Tapi this kedai memang sedap gilos dia punya apam balik. Inti dia banyak - tak kedekut kacang, jagung dan gula ! Kalau yang jenis kedekut tu mak aiiii ! Dia tabur inti macam secubit garam je. Geram pulak mek tengok. Harga sama je semua kedai - RM 1 untuk 3 keping. 


Korang yang nakkan perkhidmatan Abg Syed ni, boleh contact dia macam nombor kat gambor tu. Dia boleh je attend kenduri kendara / program yang korang buat. Harga boleh runding. Kualiti apam dijamin 9/10 !

Bang Syed ni berniaga kat atas truck. So portable la. Kalau hari Isnin dia ada je dekat Pagar Belakang Istana yang dekat Nasi Ulam Cikgu (Kg Kraftangan). Kalau hari Rabu pulak dia ada dekat Pasar Malam Kg Lembah Sireh. So boleh ler try apam balik versi 2018 ni ye.

Korang yang dah try this apam balik, cerr komen kat bawah. Sedap tak ❤


Sekian ..

CNY 2018 : Selamat Tahun Baru untuk Dibble's Family !

Salam tahun baru untuk semua pembaca mek yang Chinese ..
Salamualaikum untuk pembaca mek yang beragama islam ..

Phew ! Mek dah pun selamat berhari raya Cina untuk 2018. Dan macam biasa, angpow tidak disediakan sebab mek dan keluarga biasanya berkumpul sahaja. Adik-beradik mek yang Chinese memang celebrate CNY macam biasa la. Ada makan besar, angpow dan adat-adat lain juga. Macam mek just wearing baju merah, makan malam bersama keluarga sahaja. 

2018, kakak mek dari Amerika pun ada balik ke Malaysia untuk sambut CNY. Mula-mula memang mek plan nak balik Ipoh / Taiping tapi fikir-fikir balik macam takpe la kot tak balik sana. Tunggu je la abang dan kakak mek balik Kelantan then nanti kitaorang jumpa.

Ni antara moment yang sempat mek rakam for CNY 2018 :


Happy Chinese New Year from us ! Tahun ni beraya dah berempat. Mintak-mintak tahun depan pun masih dengan kuota ini.


Ni gambar 1st yang Amani boleh pegang Amzar herself ! Teruja gila time nak snap. Lame dah nak gambor macam ni tapi asyik tak menjadi je.


Gambar makan malam bersama keluarga. Alhamdulillah. Semoga ukhwah macam ni dapat diteruskan untuk selamanya.


So. how your holiday during CNY? Nanti komen kat bawah ye ❤


Sekian ..

Dividen KWSP bagi 2017

Salam untuk semua sahabat blogger mek dan yang membaca entry ni ..

Alhamdulillah, KWSP dah pun umumkan berapa dividen untuk 2017. Awal-awal tahun macam ni memang duk tunggu berita dividen aje lerr. Bukan apa, nak jugak tahu hasil tabungan berapa dapat. Tapi dalam dua tiga tahun kebelakangan ini, dividen yang diumumkan tidak begitu memberansangkan. Kecuali KWSP. Meh tengok untuk 2017 :


Dividen KWSP 2017


Dividen KWSP 2016

See, ini antara pelaburan yang meningkat untuk 2017. Memang tak dinafikan TH pun ada peningkatan tapi cara calculation dia tak sama dengan calculation sebelum ini. Itu atas kehendak pihak pengurusan depa la. Kita pelabur memang nak tinggi aje tang dividen tu, ye dak.

Walaupun KWSP ni tak boleh draw sesuka hati dia punya duit, tapi at least dia membantu dalam hal-hal tertentu seperti penyelesaian hutang dengan PTPTN / bayar yuran pengajian, pembelian rumah dan pembayaran caj kesihatan. Jadi tak rugi jugak mencarum dengan KWSP walaupun duitnya boleh draw semua bila dah pencen. 

Korang ada KWSP tak? Dah check dividen masing-masing? Nanti share dekat komen ye ❤


Sekian ..

JL Fara Crab : Shellout Must Try di Kota Bharu

Salam untuk semua sahabat blogger mek dan juga pembaca bagi entry ni ..

Siapa yang suka makan shellout? Meh sini mek nak recommend satu kedai shellout dekat Kelantan yang korang mesti try. JL Fara Crab di Wakaf Che Yeh dan juga Lundang. Kalau di Wakaf Che Yeh, lokasinya tepi D'Klasik Kopitiam. Kalau datang daripada Pasir Mas, Machang - kedainya sebelah kiri sahaja. Kalau di Lundang pulak, JL Fara Crab ni berlokasi di Restoren Kapal Terbang dahulunya. Korang yang datang daripada Kota Bharu, lepas sikit je Masjid Kubang Kerian, JL Fara Crab di sebelah kiri korang. Kalau datang daripada Kubang Kerian memang kena uturn lerr. Nak mudah korang boleh sahaja waze atau google maps.

So jom mek tunjukkan gambar yang mek dah snap untuk mek review :


Ni adalah main signboard diaorang. Kalau korang datang daripada Tunjong, signboard ni akan berada di sebelah kiri korang. Parking untuk pelanggan adalah di depan JLFara Crab. Kalau korang datang dalam 2 3 kereta, boleh la parking kat Telekung Siti Khadijah juga. Tiada masalah bab parking.


Ni view depan kedai. Besor dia punya JLFara Crab. So tiada ragu ragu untuk masuk dalam restoren ni. JLFara Crab ni asalnya butik kosmetik yang dikeluarkan oleh ownernya sendiri iaitu Fara Beauty. Sebab tu kedainya nampak macam butik gitu.


Ini interiornya. Banyak gambar-gambar artis dan rakan-rakan perniagaan Fara yang diframekan untuk tatapan para pelanggan. Memang muka puas hati semuanya makan JLFara Crab ni.


Ni adalah ruang bawah yang agak private contohnya kalau datang dengan family atau kawan untuk celebrate birthday. So korang boleh la ambik gambar dengan kawan atau family tanpa segan dan silu *tehee*. 


Ni pun ruang bawah yang exclusive untuk korang yang nak santai-santai. Contohnya nak jumpa orang nak bincang pasal business ke atau apa-apa je la, so boleh ambik ruang ni. Sejuk, selesa dan private.


Ni pulak ruang atas untuk korang yang nakkan lebih privasi. Biasanya untuk celebrate birthday la kan. Nak nyanyi nak ambik gambar banyak-banyak. Kalau kat bawah takot mengganggu pelanggan lain pulak. Elok sangat lah korang ambik ruang atas.


Ni pun ruang atas, sambung dengan yang tadi. Bagi mek kalau korang nak celebrate birthday atau party apa-apa yang melibatkan lebih 10 orang, boleh la ambik tingkat atas. Untuk tingkat bawah tu kalau takat 8 orang, sesuai lah. Exclusive kan tempatnya?


Tengok atas meja tu, staff JLFara Crab tengah duk hidang shellout. Menarik takkkk. Masa duk menaip ni pun rasa lapar semacam je.


Sudahnya jadi macam ni. Dia ada lauk Lala, Ketam, Sotong, Udang dan Jagung. Nasi ofcourse lah. Air korang boleh pilih nak apa. Dengan lafaz bismillah moh kena ngap !


Inilah pengakhirannya. Alhamdulillah. Mek rate 4.5 out of 5 ! Rempah shellout dia memang sedap dan tidak pedas. Sesuai untuk yang ada anak kecik macam mek ni sebab boleh aje suapkan nasi tu. Paling mek suka adalah udang butter sebab udang gemuk dan butter tidak muak. Ketam kena makan pakai tukul atau pengepit. Tapi mek prefer tukul sebab lebih senang.


Sebelum kita pulang, ini adalah tempat korang nak berfoto. Siap ada photobooth. Senang korang nak ambik gambar kenangan. Mana nak cari kedai yang ada sediakan photobooth sekali. Korang pun kalau datang sini kena ambik gambar kat sini ok.


Ni adalah team JLFara Crab yang baik hati walaupun dalam gambar ni serius aje mukanya. Diaorang ni sedia membantu korang untuk makan kat sini. Yang kat tengah tu Kapten Mursyid. Dia yang incharge JLFara Crab Wakaf Che Yeh, ada pape, roger je dia. 


Dan dikesempatan ni mek nak ucapkan ribuan terima kasih kepada owner JLFara Crab iaitu Pn Fara sebab sudi terima kunjungan kami dan percayakan kami. Kami doakan agar JLFara Crab dapat kembangkan lagi sayap perniagaan untuk hidangkan kami dengan makanan yang sedap-sedap lagi. Amin..

Itu sahaja review mek pasal JLFara Crab. Korang boleh la pergi mana-mana cawangan JLFara Crab untuk menikmati sendiri hidangan shellout dan juga makanan lain. Ni sedikit info basis untuk pengetahuan korang :

Masa operasi : 10pg hingga 12mlm setiap hari
No tel : 013-9334545

Korang dah pernah try kat JLFara Crab? Boleh drop komen kat bawah ye ❤


Sekian ..

Mr Crab Kelantan : Nak Ketam Masak Apa, Bagitahu Je !

Salam untuk semua sahabat blogger mek dan juga untuk pembaca entry ni ..

Korang suka makan seafood tak? Tapi kalau korang tak suka pun, kalau korang singgah kedai yang mek nak recommend ni mesti korang akan rasa nak repeat lagi. Kedai makan Mr Crab Kelantan yang berlokasi di Kutan, Wakaf Bharu. Bunyi nya macam jauh  tapi sebenrnya dekat aje. Korang boleh maps atau waze Mr Crab Kelantan sure jumpa. Kalau tak jumpa jugak, korang boleh maps Perodua Service Kutan dan Perodua Sales Kutan. Kedai Mr Crab Kelantan ada in between tu sahaja. 

Meh mek share gambar yang mek sempat ambik time dinner weekend minggu lepas.


Banner ni ada je tergantung kat tepi pagar kedai Mr Crab Kelantan. Bila masuk je kedai ni, korang akan nampak banner ni. Dalam banner dah lengkap info dia bagi. Misal korang nak booked meja, korang boleh je call nombor yang dalam banner ni.


Ini pula gambar signboard Mr Crab Kelantan. View ni bila korang menghala ke Pasir Mas, Mr Crab Kelantan akan berada ni sebelah kanan korang.


Ni view signboard daripada depan. Masuk je nampak ler signboard gini. Cerah je kedainya. So korang akan nampak dengan jelas.


Ni antara menu yang ada. Sat gi mek cerita panjang sikit.


Another menu untuk korang try.


Korang yang nak makan shellout kat sini pun boleh ! Tengok cara dia hias meja tu. Perghh ! Kalau nak romantik dinner pun elok sangat. Kreatif betul cara hidangannya.


Close up shellout ! Tempting kan. Perghhh ! Korang kena try ni. Kalau mek tulis aje korang takkan dapat rasa rempah yang diaorang buat shellout tu. Cukup rasa weih !


Ni pulak udang gemok gemok. Mek tak pasti dia masak perasa apa sebab tak ambik kuahnya. Tapi disebabkan udang gemok gemok, manis sangat isinya.


Senget pulak dia. Nampak tak kaki ketam berjuntai tu. Haa, ni ketam masak blackpapper. Yang ni makan kena ada tukul kat tepi. Isi ketam dia banyak dan manis ! Tak caye? Tengok gambor kat bawah ni.


Nahhh ketamnya ! Besar kan, memang takleh takde tukul. 


Tengok isinya tu ! Padat penuh oii. Manis pulak tu. Puas hati makan ketam dekat Mr Crab Kelantan ni.


Ini pulak antara hidangan yang rare dan unik jugak. Kelantan ni terkenal dengan Teh Tarik Madu. Buih dia tak usah cakap la, melimpah ruah. Kedai asal untuk teh ni dah tutup kalau belah malam. So, korang boleh la try teh tarik madu ni kat Mr Crab Kelantan sambil makan hidangan seafood.


Gini cara makannya. So tempting ! Mek ambik belah luar so best sikit ambik angin belah malam. Jangan risau, nyamuk tak ada *hihi* Anak pun boleh makan dengan bahagia.


Selain daripada shellout, korang boleh jugak try Maggy Ketam Special yang dihidangkan khas oleh Mr Crab Kelantan ni. Dalam maggy ni ada segala seafood bak hang ! Lala ada, Udang ada, Ketam ada. Puas hati sangat-sangat ! Worth to buy. RM 35 je semangkuk. Maggy dia tak pedas. Nampak aje merah menyala tapi Amani boleh makan so memang tak pedas. Kalau korang suka pedas, kena request dengan diaorang untuk pedas.


Tengok ! Amzar terliur je tengok mek makan maggy tu. Abaikan mek makan sambil berdiri. Amzar dah boring kat dalam babychair memang cam gini la caranya mek makan. Tapi still menikmati maggy yang dihidangkan sampai licin ! Overall mek rate 4.5 out of 5 star.


Ni antara team Mr Crab Kelantan. Mek nak ucapkan terima kasih sangat-sangat sebab layan kami daripada #bpt terutama mek yang ada anak kecik ni. Bagus diaorang ni concern, kita ada anak kecik cepat-cepat bawak datang babychair tanpa dipinta. Five star service uols. InsyaAllah ada kesempatan boleh berkolaberasi lagi.


#bpt yang dah kenyang dan bersyukur dapat merasa Mr Crab Kelantan.

Korang kena try Mr Crab Kelantan ni. Memang berbaloi. Bagi mek harganya tidak lah mahal, berbaloi dengan ketam, udang dan lala yang dihidangkan. Pulak tu boleh masak pelbagai jenis rasa dengan that ketam, udang dan lala. Info semua dah ada kat gambar mula-mula tadi. Harap dapat membantu korang untuk datang ke sini.

Yang dah try Mr Crab Kelantan, meh la komen kat bawah apa pendapat korang ❤


Sekian ..

Muzium Negeri Kelantan : Pameran Kegemilangan Ciptaan Saintis Islam

Salam untuk semua sahabat blogger mek dan untuk yang baca entry ni ..

Hujung minggu ni (Sabtu 10 Feb. 2018) mek berpeluang untuk hadirkan diri ke Muzium Negeri Kelantan yang berhampiran dengan Roundbout Jam Besar untuk Pameran Kegemilangan Ciptaan Saintis Islam. Allahu, masa dapat invitation daripada pihak muzium negeri Kelatan rasa bertuah sangat. Ye la, boleh dapat info pasal Ciptaan Saintis Islam sebab kebanyakkannya tahu ciptaan orang putih aje macam ciptaan telefon oleh Alexendar.

Korang jangan tak tahu, Kelantan ni ada sembilan muzium. Yang di Bulatan Jam Besar salah satunya dan muzium ni adalah tempat untuk pameran. Muzium lain tu untuk yang statik punya. Misalnya Muzium Istana Jahar yang berlokasi di Depan Masjid Muhammadi, itu adalah untuk pameran barangan Diraja pada masa dulu. Kat dalam tu ada replika adat istiadat raja-raja dulu. Banyak lagi ada dalam tu. Kalau korang berkesempatan datang Kelantan, boleh terjah muzium yang ada kat sini.

Tapi untuk entry kali ni mek nak cerita Pameran Kegemilangan Ciptaan Saintis Islam. Ni adalah kolaberasi antara Institut Pengajian Tinggi kat Kelantan juga. Pameran ni dianjurkan adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk tambah ilmu atau info yang sahih melalui replika dan penceritaan yang dipamerkan. Rasa macam dah panjang mek karang ye dak. Meh mek tunjuk dekat korang gambar yang mek snap :


Main entrance Muzium Negeri Kelantan. Seronokkan kalau bawak anak-anak sekali. Macam learning centre.



Untuk tempoh sampai 15 Feb. 2018 (Khamis) ada peraduan Teka Silang Kata yang dianjurkan oleh pihak Muzium Negeri Kelantan. Mudah sangat je korang. Jawapan semua ada kat dalam pameran ni. Just korang kena baca dan paste sahaja jawapan kat belakang form ni.


Ini antara hadiah yang ditawarkan oleh pihak Muzium Negeri Kelantan untuk korang. Banyakkan. Mana tahu rezeki kita ada dalam ni. Kalau tak dapat hadiah ni pun, at least berkunjung ke muzium ni dah dapat input pasal saintis islam.


Ni gambaran dalam muzium yang mek snap dari atas. Jawapan bagi peraduan teka silang kata tu ada je kat dalam informasi. Sambil tu korang akan disajikan juga dengan replika-replika ciptaan para saintis islam. So korang akan nampak dengan lebih jelas apa yang dimaksdukan dalam informasi tu.


Ni contoh replika Menara Jam Gajah yang dicipta oleh Al-Jazari.


Replika Torpedo yang dicipta oleh Hassan Ar Rammah. Nak tahu fungsi Torpedo ni? Korang kena datang tengok kat Muzium Negeri Kelantan.


Pakaian perang yang dicipta oleh Sultan Muhammad Al-Fatih. Satu nama yang memang mek suka sangat sebut. Sebab klasik gitu.


Muzium Negeri Kelantan juga sediakan bilik tayangan. Bilik tayangan ni akan mainkan cerita pasal cerita para saintis islam. Yang sempat mek tengok tu lakonan semula. Bukan saintis islam yang betul. Tapi nampak real cara diaorang bersungguh duk reka benda tu. Worth to watch.


Ni adalah team Muzium Negeri Kelantan yang amat mengalu-alukan kedatangan korang ke Muzium Negeri Kelantan. Korang boleh je jumpa diaorang if korang ada masalah time mengunjungi muzium, confirm diaorang tolong punya.


Di kesempatan ni mek wakil #bpt nak ucapkan ribuan terima kasih kepada team Muzium Negeri Kelantan terutamanya Tuan Pengerusi Musium Negeri Kelatan merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kelantan - Dato' Mejor Hj Md Anizam dan Tuan Pengarah Muzium Negeri Kelantan - En Mohd Nazwan kerana sudi terima kunjungan kami. Harapannya dapatlah kolaberasi ini berterusan.

Disamping korang datang ke Muzium Negeri Kelantan ni, anak-anak korang boleh jugak join pertandingan mewarna yang dianjurkan oleh team muzium. Time mek melawat hari tu, dah dekat tengahari so pertandingan mewarna tu dah tamat, mek sempat tengok orang dapat hadiah daripada Tuan Pengerusi dan Tuan Pengarah je. Maksudnya kat sini, korang kalau datang muzium selain daripada dapat aktiviti dan masuk peraduan teka silang kata, anak-anak pun dapat masuk pertandingan mewarna. Untung-untung dapat hadiah. Kalau dah rezeki tak ke mana ye dak.

Korang jangan lupa kalau datang Kelantan, singgah di Muzium Negeri Kelantan. Tak kisahlah that time bukan pameran ni dah, yang pasti korang akan dapat ilmu kalau mengunjungi musium. Anak-anak pun akan seronok, macam lawatan sambil belajar gitu. Mek bet, korang pun akan dapat input baru kalau datang muzium, kan?

Korang yang dah pergi Muzium Negeri Kelantan, meh share pengalaman korang kat sini ❤


Sekian ..