Pok Mat Teh Tarik Madu, Kuala Besar PCB

Salam untuk rakan blogger mek semua ..


Alhamdulillah, diberi kesempatan lagi untuk menulis blog hari ni. Sebelum sibuk dengan urusan hakiki, boleh la hadap blog ni kejap, update mana yang patot. Mek bet korang yang bekerja macam mek pun alami macam mek jugak, kan? Kekangan untuk on time up entry. Nasib baik la boleh draf siap-siap, tunggu publish je.


Hari ni nak share pasal satu lagi kedai makan yang korang boleh singgah bila datang Kelantan. Ramai jugak dah yang tahu pasal kedai ni sebab pernah tular kat media massa suatu ketika dahulu. Tapi ada jugak yang masih tak tahu, kan? Pok Mat Teh Tarik Madu / Pok Mat Sup Ikan, Kuala Besar PCB. 



Nasi Daging Goreng


Teh Tarik Madu plus Ais Krim Teh Madu


Sup 0


Ini basic menu yang kalau korang datang ke kedai Pok Mat. Kalau nak try sup ikan pon boleh jugak cuma mek tak pernah la try sup ikan sebab mek tak suka *erkk*. Makan macam ni harganya lebih kurang RM14 termasuk air. Kedai ni bukak daripada waktu breakfast sampai lunch sahaja. Dinner tak bukak. Tapi lunch tu sampai jam 2 je la ye. Kalau korang yang jenis lunch kul 3, kena awalkan sikit. 



Kenyang, Alhamdulillah


Korang pernah sampai sini tak? Kalau yang dah pernah, boleh share apa menu yang korang ambik. Kalau tak sampai lagi, tak terliur ke tengok teh tarik madu tu ❤



Sekian ...


25 comments

  1. Tak pernah merasa.huhu....mcm sedapppp je tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap. kalau datang kelantan, kena singgah kat sini.

      Delete
  2. sdap terr mek:)

    psst : mek..the juice tu ada di Aeon Mall..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. key.. jom sep kito pakat jupo di pok mat. adjust hari.

      oo yoko. nnt nk try g jenguk eyh. napok jeliro air tu

      Delete
  3. Tempat ni termasuk dalam checklist ira kalau datang kelantan tapi tiap kali plan mesti ada halangan ada hal itu lah ini lah. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa. plak dah. skali lg datang kelantan mesti kena pegi kedai ni. try teh madu dia. hihi

      Delete
  4. Dah pergi dah tahun lepas satu pejabat! Kitorang minum teh madu dia dengan nasi sup kepala ikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu dio.. mek tk ambik sup palo ikan. dengar ko hargo tu gerun dh plus tak mkn ikan mano. hehehe. tp klu hp minat ikan memang kato sedap sungguh sup dio

      Delete
  5. cam best je.
    so tak de pakai gula lah ye..
    buih2 tu, sakan lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena try ni kak yan. aa buih tu huhu, meleleh. manis dia memang rasa madu.

      Delete
  6. mcm sedap je kn... hmmm.. tgk teh tarik dgn aiskrim tu... mknn pon nmpk sedap jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap yan. kena try. kalau yan suka aiskrim memang padu la yan aiskrim dia tu. falvor tak jual kat kedai lain. heheh

      Delete
  7. Wow, antara banyak-banyak gambar, akak lebih tertarik pada nasi daging goreng sebab nampak lebih menyelerakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. simple tapi tempting. key kak kin..

      Delete
  8. sedapnya daging tu.Tapi nape lahh nampak macam kambing aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap. lembut. kalau kambing lagi sedap. allah,,,

      Delete
  9. Sedapnyaa mek. Tak pernah sampai lagi Kelantan. Huhu. Teringin sangat nak try makan dekat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena datang tu nani. at least 1night stay. hehehe. nnt datang bgtahu mek

      Delete
  10. memang teringin sangat nak dtg sini. viral kan. terliur jeee tgk teh ais beng madu ni...terliurrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapp elya. nnt datang kelantan, have a try

      Delete
  11. Fames kan kedai ni. kalau gi KB, wajib pergi sini kan. Thanks for sharing mek. nanti boleh lah saya masukkan dalam list - tempat makan best di KB. hihi

    ReplyDelete
  12. lama da tak jejak KB.
    sejak asben takde lagi ke sana lately.
    rindu plak dgn holiday villa.
    2016 kerap gak aida naik KB tau mek.
    nanti bebila bleh carik ni kedai viral.

    ReplyDelete
  13. Tak pernah sampai. Aiskrim tu nampak menarik..

    ReplyDelete